Ketika azan Maghrib berkumandang, kami baru sahaja sampai ke rumah. Barang-barang yang dibawa pulang aku letakkan di ruang tamu dahulu. Kami masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri. Bila sampai di rumah baru terasa penat. Mata asyik nak pejam saja. Kewajipan pada Allah perlu dilakukan terlebih dahulu. Kalau ikutkan mata, mahunya kutidur terus.
“ Letih sangat ker?” tanya Ryzal sambil mengusap kepalaku.
“ Balik rumah baru rasa penat. Nak angkat kaki tak larat dah ni.” Aduku pada Ryzal. Ryzal ketawa. Ingin saja aku berbaring di sebelahnya. Baru kini terasa lenguh seluruh badan.
“ Kat sana excited sangat. Sampai penat pun hilang ye. Dah la pergi mandi kita solat sama-sama.” Agaknya penat bercampur perut kenyang ini membuatkan mata tak boleh buka. Sampai sahaja ke jeti tadi aku dan Ryzal singgah makan dulu. Dilambung ombak membuatkan perut kami lapar.
Ryzal menarik aku ke ruang tamu. Kalau dibiarkan mahunya aku tidur. Oleh sebab masih kenyang, kami tidak turut serta dengan ahli keluargaku yang sedang makan malam. Ryzal membuka televisyen. Mencari siaran menarik. Aku bersandar pada badannya. Menahan kantuk. Ryzal memeluk bahuku. Sekali-sekala dia mencium dahiku. Aku cukup selesa dengan tingkahnya. Kadang-kadang aku mencium tangannya. Bahagianya kami.
Ryzal perhatikan Arleena yang dipeluknya. Alahai mengantuk benar dia ni. Dalam keadaan begitu, Arleena kelihatan agak manja. Sememangnya Arleena manja dengannya. Dia cukup sayang pada isterinya itu. Tidak jemu Ryzal mencium ubun-ubun isterinya. Arleena membiarkannya saja. Tangan menggosok bahu isterinya.
Pap! bahu aku ditepuk. Pedihnya. Aku mengangkat muka. Kiki tersengih. Tak ada kerja orang lain dah ni. “ Orang lain ada suami juga. Tak habis lagi ker nak bermanja.” Ejek Kiki.
“ Relaks la orang ada suami.” Sengaja aku memeluk pinggang Ryzal kuat. Juga mendapat kerjasama daripada suamiku. Sama-sama menyakat Kiki. Kiki mencebik.
“ Abang long macamm ana Pulau Redang? Ok tak?” tanya Kiki.
“ Cantik. Tak puas. Cuti pendek sangat.” Ujar Ryzal.
“ Patutla..orang tu macam tak cukup kasih sayang jer.” Juih mulut Kiki ke arahku. Aku mengambil bantal kecil yang berada dekat denganku lalu dibaling pada Kiki.
“ Alahai dah jadi bini orang pun gaduh ngan adik lagi ker?” ayah bersuara. Nampaknya tuan jeneral telah ada. Aku bangun dari berbaring di badan Ryzal. Nanti tak pasal-pasal aku pula yang kena. “ Ryzal kamu jangan ikut sangat perangai manja isteri kamu ni. Naik lemak dia nanti.” Ryzal hanya tersengih mendengar kata-kata ayahku. Kiki ketawa kuat gelakkan aku.
“ Ryzal, esok pukul berapa nak bertolak?” Esok kami akan bertolak untuk ke majlis sambut menantu di rumah Ryzal. “ Elok pagilah ayah.” Ujar Ryzal
“ Siapa ikut ayah,” tanyaku. Mereka semua akan tinggal di rumah sewaku.
“ Mak su ngan mak ngah akan ikut kita. Yang lain tunggu kita kat sana.” selebihnya ayah dan Ryzal berbincang mengenai majlis di rumahnya. Yang lain hanya pemerhati. Sekali sekala kami menyampuk.
Aku sudah mengantuk tahap maksima. Orang tengah bincangkan soal serius aku pula hendak tidur. Teruk kena dengan ayah nanti. Aku menahan kelopak mataku dengan tangan. Kononya masih mendengar perbincangan mereka. Ni kalau dapat bantal mahu pagi esok baru bangun. “ Dah la Ryzal. Bawa isteri kamu ni masuk bilik. Dah teruk sangat ayah tengok. Yang lain ayah uruskan.” Ujar ayah kepada Ryzal.
Aku ditarik Ryzal masuk ke dalam bilik. Laju aku menuju ke katil. Merebahkan badan. Selesanya. Sekejap sahaja aku dah hanyut dibuai mimpi. Ryzal hanya melihat sahaja gaya isterinya. Mengantuk tahap gaban dah tu.
Ryzal mengejut aku pada waktu subuh. “ Dah hilang ngantuk princess?” tanya Ryzal. Aduhai romantiknya suami aku ni.
“ Sorry malam tadi ayang tak dapat layan abang. Ngantuk sangat-sangat.” Ujarku pula. “ Tak apalah. Abang tahu ayang penat.”
Usai solat subuh aku mengemas pakaian aku dan Ryzal. Aku hanya membawa sedikit sahaja pakaian kerana semua pakaian ku masih terdapat di rumah sewa. Aku hanya membawa beberapa helai buju kurung yang baru dijahit oleh ibu. Ibu menyarankan aku memakai baju kurung sepanjang berada di rumah Ryzal dan juga melawat saudara maranya. Aku berharap mereka semua akan menerima aku sebaiknya.
Selepasa bersarapan kami memasukkan pakaian ke dalam bonet. Sedang kami menyusun barang ke dalam kereta, mak ngah dan mak su pun sampai. Ayah memeriksa semua pintu sebelum kami mula bertolak. Mereka mengikut di belakang kereta Ryzal. Kiki menaiki kereta bersama aku. Ingin bagi ruang kepada ibu dan ayah bermesra katanya.
“ Ayah boleh ke pandu jauh-juah ni Kiki?” aku mengintai kereta ayah di sebalik cermin sisi Harrier Ryzal.
“ Tuan jeneral tu kak.. tu pun belum dia tunjuk aksi drift lagi.” Selamba jawapan Kiki. Ryzal hanya ketawa.
“ Serius Kiki.. jalan jauh ni.” “ Bolehla kak.. Kalau tak boleh dah lama Kiki yang drive. Balik esok Kiki drivela.” Ujar Kiki.
“ Esok ko drive elok-elok. Jangan nak bawa laju-laju.” Bukan aku tak tahu Kiki memandu macam mana. Selagi dia boleh mencelah akan dilakukannya.
“ Apa akak ni tak percaya kat Kiki lak.” Macam merajuk jer bunyi. Aku berpusing ke belakang.
“ Sentap ke?” haha... aku ketawa sakan. Suka hati dapat kenakan Kiki.
“ Ayang ni yang nakal sangat kenapa? Asyik usik adik saja.” Alahai suami aku dah masuk campur. Giliran Kiki pula yang ketawakan aku.
“ Ni sayang lebih kat abang long.” Sejak ada abang ipar ni laju Kiki memanggil Ryzal dengan gelaran abang long. Kepada aku tak ada pula dia memanggil kak long. Agaknya segan nak panggil Abang Ryzal kot.
Jam empat petang kami sampai ke rumah sewaku. Ketika aku sampai, Nina masih belum pulang. Setelah mengangkut barang-barangku, Ryzal akan pulang ke rumah mamanya. Aku bersalaman dengan Ryzal ketika menghantarnya ke kereta.
“ Tak boleh ker abang tidur sama kat sini?” Ryzal masih mencuba.
“ Mana boleh esok pagi kita jumpa.
“ Macamana nak tidur bantal peluk tak ada. Dah la malam tadi tak dapat.” Hampeh dalam diam dia kenakan aku. boleh tahan juga nakal suami aku ni. Dah berjangkit dengan Kiki ke apa.
“ Ala.. malam ni saja. Esok dah boleh jumpa.” Malas aku nak sambung kata Ryzal. Dah tahu nanti aku juga yang terkena.
“ Nina tak kisah ke diaorang kat sini?” Ryzal takut kedatangan keluarga isterinya mengganggu Nina. dia hendak menempah hotel yang berdekatan tapi dilarang oleh Arleena. tidak mahu membazir katanya. Kalau tak sudah tentu dia akan menempah di Hotel Grenz. Agak berat hati Ryzal hendak meninggalkan buah hatinya.
“ Take care sayang.” Ujar Ryzal sambil masuk ke dalam kereta. Susahnya nak lepaskan buah hati.
“ Drive carefully.” Ujarku. Aku memerhati kereta Ryzal hilang dari pandangan barulah aku masuk ke dalam rumah. Cute pula muka Ryzal merayu aku tadi.
Masuk ke dalam rumah, ibu menyuruh aku mengemas pakaian yang hendak dibawa ke rumah Ryzal. Dia tidak mahu esok kami gopoh. Malam nanti ibu dan ibu saudaraku akan membuat pencuci mulut untuk dibawa sebagai buah tangan. Sengaja ibu ingin membawa makanan untuk besannya.
Rumah semakin gamat apabila Nina pulang. Nina merancang untuk membawa ahli keluargaku makan di Muara Ikan Bakar yang terletak di Selat Klang. Tempat tumpuan penggemar makanan laut. Sekali sekala mereka datang ke sini aku tidak teragak-agak untuk berhabis kepada mereka. Kesanggupan mereka menolong keluarga kami sepanjang majlis tidak akan terbalas.
Kami solat maghrib diimamkan oleh ayahku. Sejak berkahwin aku hanya diimamkan oleh suamiku. Usai solat maghrib, kami bersiap untuk keluar makan. Aku hanya menghantar mesej kepada Ryzal memaklumkan aku keluar bersama keluargaku. Tiada balasan daripada Ryzal. Mungkin dia tengah sibuk di rumahnya.
Aku dan keluargaku menaiki kereta yang dipandu oleh Nina. Ayah melarang aku memandu. Memandangkan esok majlisku. Takut apa-apa terjadi. Aku hanya mengikut.
Nasib baiklah ketika ini tengah bulan. Banyak tempat parking yang kosong. Kalau ketika orang terima gaji jangan harap kami dapat parking di hadapan restoran. Sudah pasti tempat ini penuh.
Aku, Nina dan Kiki memilih makanan laut. Kami meminta mereka masakkan tom yam campur, kailan ikan masin, siakap tiga rasa dan udang celup tepung sebagai hidangan untuk budak-budak. Sementara menunggu hidangan tiba, masing-masing bercakap sesama sendiri. Aku dan Nina berbual mengenai kerja-kerja di hotel. Lagi seminggu aku akan bekerja. Sudah terbayang kerja yang berlambak bakal aku hadapi.
Dalam kami leka berbual, terdengar orang memberi salam di belakangku. Aku cukup kenal dengan suara itu. Laju aku berpusing. Kan dah kata. Dia ni tak boleh berpisah dengan aku walau sekejap. Kelihatan Ryzal dan Harith. Patutla mesej aku tak balas.
Aku dan Nina membuka ruang untuk diduduki oleh Ryzal dan Harith. Mereka mengambil kerusi dari meja sebelah dan duduk di antara kami. “ Jauhnya datang, siapa drive?” Ryzal merenungku tajam. Mesti dia anggap aku yang drive. “ Nina la drive.” Ucapku.
“ Awak dah pesan ker?” tanya Nina kepada Harith. Harith menggeleng kepala. Kebetulan terdapat pelayan yang lalu. Kami memanggilnya. Pesanan untuk Ryzal dan Harith dibuat.
“ Mama kirim salam.”
“ Diaorang tahu abang kat sini?” tanyaku pula.
“ Tahu. Lagipun abang memang nak keluar dengan Harith. Dah ayang mesej tadi abang ajak Harith ke sini.” Ryzal merenungku. Kacaknya dia. Hatiku berdegup laju. Tahu dengan pandangan tajam Ryzal. Nasib aku berada di tempat awam. Kalau di rumah sudah tentu aku tak selamat.
“ Amboi pengantin.. sabar-sabarla. Malam esok jumpa lagi.” Laju Nina berkata d sebelahku. Seketika dia terjerit memandang Harith. Aku ketawa. Nampaknya Nina telah dicubit Harith. Tu la kacau daun lagi. Nina menjeling Harith. Dia ni tak boleh bagi aku chance langsung. Harith merenung Nina. Awek aku ni cakap tak pernah nak tapisla.
Kami mengadap hidangan penuh selera. Maklumlah Mr. Hubby ada di sebelah. Selera pun datang. Usai makan kami terus pulang ke rumah. Masing-masing ingin berehat memandangkan esok selepas majlis mereka akan bertolak pulang. Ryzal menghantar kami ke kereta. Setelah Ryzal bersalaman dengan ayah dan ibu, kami bergerak pulang.
“ Akak lain kali kita lepak sini lagi ye.” Kiki memberi cadangan. “ Kamu lepas ni jangan asyik nak susahkan kakak saja. Ingat kakak dah ada suami. Tak macam dulu kamu selalu lepak rumah sewa dia.” Panjang lebar ibu mengingati anak bongsunya. Kiki hanya mencebik.
“ Tak apa la ibu. Nanti Kiki datang rumah ada juga kawan berbual.”
“ Kamu nanti melayan Kiki jangan lupa pada suami pula. Apa-apa suami mesti diutamakan.” Ayah pula menyampuk. Bila tuan jeneral bersuara kami semua diam.
Dalam Arleena gembira untuk majlisnya esok, pada waktu yang sama Ian Rayyan sedang berduka. Ian Rayyan termenung di ruang tamu kondonya. Hari ini semua kakitangan hotel dijemput ke majlis sambutan menantu di rumah suami Arleena. Ian Rayyan masih tidak dapat menerima kehilangan Arleena dari hidupnya. Dia tidak dapat menghalang otaknya berfikir mengenai tingkah laku pasangan yang baru berkahwin itu. Membayangkan suami Arleena menyentuhnya. Sakit rasa di hati.
Dia tahu lambat laung dia juga akan mengadap Arleena. Mereka bekerja di tempat yang sama. Tapi tika itu dia tidak tahu hendak bereaksi bagaimana. Melihat kebahagiaan Arleena dia berasa sangat sakit. Macam mana dia hendak berurusan dengan Arleena kelak. Hatinya masih tidak dapat lupakan Arleena.
Ian Rayyan tidak bercadang untuk ke majlis Arleena. Acap kali Kak Yati mengingatinya. Malah kad undangan yang dikirimkan kepadanya pun tidak dibuka. Tidak mahu mengambil tahu langsung mengenai majlis tersebut. Masih menyesal dengan sikap sambil lewanya terhadap perasaan Arleena. Terasa sesalan yang tidak akan hilang. Ian Rayyan menangis untuk kesekalian kalinya.