Thursday, 11 September 2014

Bab 21 - SAYA SAYANG AWAK




https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/v/t34.0-12/10466793_10204184333796456_472437659_n.jpg?oh=f0037d2f4a85b363d2636535ed5c8991&oe=5414CB12&__gda__=1410570726_61556115887ef63f367843550131f96c
Hari ini merupakan hari pertama aku bekerja setelah dua minggu aku bercuti. Aku sudah menjangkakan akan diusik oleh rakan-rakanku terutamanya Nina.  Begitu juga dengan staf lelaki di unitku yang boleh tahan juga orangnya. Kuat menyakat. Nampaknya aku perlu bersedia dengan perisai bagi mengelak usikan mereka. Lumrah la usikan kepada pengantinkan.
Ryzal telah menetapkan supaya kami pergi bekerja bersama-sama kecuali ketika aku mempunyai temujanji di luar. Skop kerjaku tidak menentu. Susah sekiranya aku tidak membawa kenderaan sendiri untuk berurusan kelak. Nasib Ryzal memahaminya.
Apabila pergi kerja bersama, sudah tentulah Ryzal sebagai pemandunya. Boleh aku bersenang lenang. Macam mem besar pulak. Maklumlah orang sayang isteri katakan. Kebetulan pula laluan kami sehala.  Jadi Ryzal tidaklah membuang masa untuk menghantar ku.
Setelah sampai di tempat kerjaku, aku tunduk menyalami tangan Ryzal. Dahiku dikucup. Ambil berkat sebelum mulakan kerja. Sebelum beredar masing-masing menitipkan pesanan supaya menjaga diri. Indahnya hubungan suami isteri dalam mencari keredhaan Allah.
Sepanjang aku melangkah ke bilikku, aku disapa oleh kakitangan hotel. Masing-masing masih mengucapkan selamat pengantin baru..hehe..dah seminggu.. masih pengantin baru lagi ker. Setelah memasuki bilik, aku meletakkan tas tanganku di meja kecil di bahagian belakang kerusiku. Meja antik yang aku sediakan untuk menempatkan tas tangan dan telekungku. Remote aircond ku tekan. Wangian lavender mula memenuhi ruang di dalam bilikku. Wangian kesukaanku.  Terasa kesegarannya. Barulah ada mood untuk memulakan kerja.
Sedang aku menilik surat-surat di atas tray, pintu bilikku dibuka dari luar. Aku mengangkat kepala  bagi memastikan siapakah gerangannya yang akan mula mengacauku pagi-pagi ini. Tersembul kepala Nina disebalik pintu dengan lirikan senyumannya. Aku dah cam sangat dengan maksud senyumannya itu. Arleena, ko kena bersedia sekarang. Nampaknya musuh berada di depan mata.
“ Hah…apa intai-intai,” aku menyoal sebelum sempat Nina bersuara.
“ Amboi garangnya puan kita ni…” lirih suaranya. Amacam life sebagai isteri. Mesti seronokkan.  Kalau tak tak der lah orang tu lupakan terus best friendnya ni. Cukup mendalam tu.
Aku akui setelah resepsi di rumah Ryzal, aku jarang menghubunginya. Ditambah pula selepas itu, aku pergi berbulan madu. Banyak perkara yang perlu aku lakukan dan sesuaikan selepas bergelar isteri.
“ He..he…sorryla. Bukan lupa kawanla. Ko kan best friend aku. Mesti ada kat sinilah.” Aku menunjukkan tangan di hatiku. “Aku sibuk sikit nak sesuaikan diri sebagai isteri ni. Lepas majlis di rumah Ryzal aku kan terus pergi berbulan madu. Baru dua hari lepas aku pindah ke rumah Ryzal. Penat lagi ni.” Ujarku panjang lebar.
“ Laaa…asal tak cakap. Kalau tak aku boleh tolong. Boleh ajak Harith sekali.” Luah Nina.  Harith dan Ryzal kan sahabat baik. Sudah tentulah tak ada masalah jika diajak membantu.
“ Bukannya banyak barang pun. Cuma pakaian aku sahaja. Semua barang lain dah ada dalam rumah Ryzal. Cuma surinya sahaja belum rasmikan lagi. Tapi maklumlah rumah orang bujang dapur pun kosong. So apa lagi kerja akulah nak memenuhkan peti aisnya. Aku kan nak jadi isteri mithali…”
“ Ko kan terror masak. No hal la tu. Kalau aku ni jenuh jugak. Harus Harith yang masak. Dia kan pandai masak.” Nina ketawa.
“ Senang nampak.... isteri kena ikat suaminya dengan air tangan sendiri. Ingat tu.”
“ Amboi dah kahwin ni pandai pula nak nasihatkan orang. Baik puan. Patik menurut perintah.” Nina membuat gaya seperti orang mengadap sultan.  Aku cuba mencubit Nina. Gamat seketika bilikku dengan gelak kami berdua. Pelbagai rasa dikongsi bersama.
Dalam asyik berbalas kata dengan Nina, kami disergah dari luar. Terperanjat beruk kami. Siapa lagi kalau bukan Kak Yati. Nampaknya sorang lagi musuhku untuk hari ini.
“ Oo.. kat sini rupanya ko Nina. Patutla akak cari kat bilik tak der. Amboi awalnya ko cari pengantin kita ni.”
“ Kak Yati jangan nak kata saya apa-apa ye.” Sebelum Kak Yati mengusik ku cepat-cepat aku bagi amaran kepadanya. Walau aku tahu dua orang insan dihadapanku ini bukannya jenis makan saman pun. Aku pun bukannya beria sangat untuk menegur mereka. Cuma untuk mengelak rasa malu. Kak Yati hanya mencebik ke arahku. Setelah itu bermulalah serangan mereka berdua terhadap ku. Begitu riuh bilikku. Kami berbalas kata tanpa menghiraukan suara kami didengari oleh orang di luar bilikku. Nina walaupun belum berkahwin tapi kata-katanya advance dari aku yang dah berkahwin ni.
 Di sebalik pintu, Ian Rayyan memendam rasa. Keriuhan di dalam bilik Arleena telah mengamit perhatiannya untuk mengintai disebalik pintu yang sedikit renggang. Kata-kata usikan terhadap Arleena yang dituturkan oleh mereka di dalam sana sedikit merobek hatinya. Maklumlah buah hatinya telah dikebas orang. Itulah berat mulut sangat untuk meluahkannya. Inilah padahnya. Gigit jari jelah.
Ian Rayyan tidak dapat mengusir perasaan cintanya  terhadap Arleena. Walaupun Arleena telah menjadi milik orang lain, namun dia masih tidak boleh menerima hakikat itu. Bagi menjauhkan rasa cintanya, sejak daripada Arleena bertunang lagi, dia cuba menyakiti hati Arleena. Walaupun sebenarnya hatinya juga turut terasa sakit apabila melihat perubahan riak Arleena di atas setiap kata-katanya.
Terpandang sahaja wajah Arleena, menimbulkan pelbagai rasa. Geram, marah semuanya bercampur aduk. Berada dekat Arleena, sebolehnya dia cuba menyakiti, tetapi apabila tidak melihat Arleena, bayang itu lah yang dicari. Entah kenapa lidahnya begitu tajam apabila berbicara dengan Arleena walaupun hakikatnya hati dia juga yang turut pedihnya.
Sepanjang dua minggu ketiadaan Arleena, dirinya dirasakan tidak berpijak di bumi yang nyata. Semua kerja yang dilakukan dirasakan tidak kena.  Mana taknya, setiap saat jantungnya berdegup atas nama Arleena Sofea. Macam mana dia hendak melupakan sebaris nama itu.
Setelah mengumpul kekuatan,  Ian Rayyan menolak pintu bilik Arleena. Demi sahaja kami bertiga terpandangkan mukanya yang masam itu, tiba-tiba kami terus saja terdiam. Belum pernah Mr. Ian Rayyan menunjukkan air muka sebegitu sepanjang dia bekerja di sini. Apa pula masalahnya kali ini kerana setahu aku sejak aku bertunang bosku ini seolah-olah mencari hal dengan ku.
“ Kamu semua tak der kerja ker? Pagi-pagi dah melepak.” Tegas sekali suaranya. Tiada lagi senyuman mesra yang diberikan sepertimana dia berbicara dengan kakitangannya sebelum ini. Selepas menegur stafnya, Ian Rayyan berlalu dari bilik Arleena. Cukup sayu dia memandang  wajah Arleena. Apatah lagi apabila melihat stafnya terkesima memandangnya. Pantas kaki dibawa menuju ke biliknya.
Kami hanya memandang langkah Mr. Ian pergi dari bilikku. “ Kenapa dia tu? Tiba-tiba jer angin.”Arleena bersuara memecahkan suasana.
“ Itulah ko.. kahwin dengan orang lain. Kan dah meroyan mamat tu.” Ujar Kak Yati memandangku.
Aku terperanjat dengan kata-kata Kak Yati. Banyak persoalan yang dibenakku. Kenapa dia berkata demikian? Mr. Ian ada bagitahu apa-apakah padanya.
“ Apa ni kak. Cakap macam tak sayang mulut jer.” Aku cuba memprotes. Sambil memandang ke arah Nina. Dia hanya menjungkit bahunya. Mungkin malas hendak masuk campur dalam urusan kami. Usai aku bercakap Kak Yati melangkah keluar. Dia hanya tersengih padaku tanpa berkata apa-apa. Pelik pula perempuan ni.
Ryzal tersenyum di kerusi di dalam biliknya. Terasa hidupnya benar-benar berisi sejak dia berkahwin. Penuh warnawarni. Sekejap berpisah dengan isterinya membuatkan dia berasa rindu. Sejak berkahwin mereka hanya berkepit sahaja. Belum pernah berenggang lagi.
“ Weh menung apa? Aku ketuk bukan main kuat ko buat tak layan jer.” Ujar Harith sambil melangkah masuk kedalam bilik Ryzal. Dari tadi dia perhatikan kawannya itu asyik tersenyum sahaja. Parah orang baru kahwin ni.
“ Ingat binila weh.” Selamba Ryzal menjawab. Sememangnya dari tadi itu yangsedang diingatnya. Walaupun tangannya sedang memegang fail, tapi butiran yang tercatat di situ tidak satu pun lekat di kepalanya. Hanya wajah manis Arleena sahaja yang bermain di matanya.
“ Amboi baru berpisah sekejap dah jadi macam ni. Parah! Parah!” usik Harith.
“ Arleena dah start kerja ker?” tanya Harith lagi.
“ Ya...rasa berat hati aku ni. Tau mesti ada orang usha dia. Lepas kahwin aku tengok makin cantik pula bini aku tu.”
“ Agak-agakla nak puji bini pun.”
“ Amacam kahwin ok?” Harith bertanya sambil menjungkit keningnya.
“ No komen.. kalau ko nak tahu cepat-cepat kahwin.. tak mahu keluar bilik oo.” Selepas Ryzal berkata begitu mereka berdua ketawa kuat. Tahu apa yang terdapat dalam otak masing-masing.


Ya Allah. Kenapa dengan aku ni. Kenapa aku tidak boleh menerima kehadiran Arleena sepertimana staf-staf ku yang lain. Kenapa perlu lahir rasa kecewa dengan tindakan Arleena. Untuk apa aku lemparkan kemarahan padanya. Bukan salahnya!
Ian Rayyan berasa kan  ketika ini dia perlu berjauhan daripada Arleena.  Dalam keadaan berserabut begini, pastinya bukan jalan yang terbaik untuk dia berada di hotel tersebut kerana setiap hari dia akan berhadapan dengan Arleena. Macam mana hendak bekerjasama sekiranya hati pedih melihat kebahagiaan Arleena. Gelak ketawa Arleena dirasakan menghiris lumat hatinya. Sebagai orang yang menyayanginya, dia sepatutnya mendoakan kebahagiaan insan yang disayanginya.
Ian Rayyan menekan interkom di mejanya. Dia memanggil Kak Yati masuk ke dalam biliknya. Selepas interkom orang kanannya, Ian melangkah ke sofa. Badan dihempaskan ke sofa. Persis orang yang tidak bermaya. Kedengaran pintu diketuk. Selepas dia menyuruh masuk, tersembul muka Kak Yati di sebalik pintu. Tajam matanya menuju ke meja Mr. Ian. aik tak der pulak. Di mana ya. Matanya berkalih ke arah sofa. Kelihatan bosnya sedang enak bersandar di sofa sambil lengannya diletakkan menutupi dahi.

Kak Yati tergelak kecil. Frust menonggeng nampaknya. Kakinya melangkah masuk. Pintu ditutup rapat. Selepas mendapat interkom dari Mr. Ian, dia sudah mengagak apa yang dikehendaki oleh bosnya. Pastinya soal Arleena. Masak benar dia dengan cemberut  bosnya tadi.
“ Assalamualaikum…bos,” sapa Kak Yati bagi menghentikan lamunan bosnya.
 “ Duduk la..,” lemah dan kurang bermaya suara Ian Rayyan menyuruh pembantunya duduk. Malah dia masih dalam situasi tadi. Belum berganjak.
“ Amboi bos..frust sangat ker? Sampai salam saya pun tak jawab,’’ saja Kak Yati ingin memprovok bosnya. Siapa suruh lembap sangat. Kan dah gigit jari.
Ian Rayyan membetulkan postur duduknya. Tegak mengadap pembantunya. Kadang-kadang mulut pembantunya ini boleh tahan juga pedasnya. Tangannya meramas belakang tengkuknya. Kebiasaan yang dilakukan apabila dia berada dalam keadaan tertekan.
“ Kenapa ni?’’ Kak Yati cuba merungkai masalah bosnya. Teruk benar keadaannya. Faham benar dia dengan gelagat bosnya. Setiap pergerakan Ian Rayyan dah masak dalam fikirannya. Kasihan.
“ Saya tak boleh lupakan dia kak. Saya dah cuba tapi perasaan tu tetap ada. Saya masih harapkan dia kak. Tolongla saya.” Rintih Ian Rayyan kepada pembantunya. Dia dan Kak Yati sememangnya rapat. Segala masalah dikongsi bersama. Tiada perasaan malu lagi. Malah selama ini Kak Yati telah dianggap seperti kakak sendiri. Malahan dia juga rapat dengan keluarga Kak Yati.
“ Lepaskan dia Ian. Biar dia dengan pilihannya. Kita sebagai rakan doakan kebahagiaannya. Mungkin Ian dan Arleena tiada jodoh. Walau macam mana sayangnya Ian pada Arleena, sudah tertulis Arleena milik suaminya. Redhalah Ian. Belajar lupakan dia, barulah Ian akan merasa lega. Jangan lepaskan semua kemarahan terhadap Arleena. Kesian dia. Dia cukup tertekan dengan sikap Ian selama ini. Akak tahu dia rindukan Ian yang sebelum ini. Ian yang sentiasa ada di sisinya. Kamu berkongsi rasa yang sama. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Jangan kerana dendam, Arleena jadi mangsa.” Satu persatu Kak Yati menasihati Ian. Ian Rayyan telah dianggap seperti adiknya.
Sebagai rakan Arleena, dia juga tidak betah melihat Ian Rayyan melayan Arleena sebegitu. Gara-gara ingin mengusir kecewa di hatinya. Arleena gadis yang dicintainya sanggup dimarah, diherdik. Sedangkan Ian Rayyan bukanlah bos yang sebegitu sikapnya. Arleena juga terseksa dengan perubahan Ian Rayyan. Orang yang sebelum ini boleh diajak berkongsi segalanya, tiba-tiba berubah sikap. Seolah-olah telah lahir  Ian Rayyan yang baru. Ian Rayyan  yang tiada perasaan. Kak Yati tahu betapa kecewanya Arleena. Dia juga faham betapa celarunya Ian Rayyan. Dia amat memahami. Ian Rayyan  seorang yang amat pasti dengan pilihannya. Mungkin ada rahmat disebalik semua ini.
Bukan sekali dua dia melihat Ian mengherdik Arleena. dan bukan sekali dua dia melihat Ian menangis setelah memarahi Arleena. Begitu juga Arleena. Pastinya tandas menjadi pilihannya setelah dimarahi Ian. Masing-masing melepaskan perasaan melalui air mata. Dua hati yang terasa bukan dari kesilapan sendiri. Dua hati yang merana akibat keadaan tidak memihak kepada mereka.  Sebenarnya jauh di sudut hati Arleena juga menyintai Ian. Namun sebagai perempuan tentulah Arleena mengharapkan kata-kata cinta daripada Ian Rayyan terlebih dahulu. Sepanjang perkenalan mereka, Ian Rayyan tidak pernah menyuarakannya. Walau telah acapkali  Kak Yati meminta Ian Rayyan meluahkannya. Namun Ian Rayyan asyik berlengah. Mungkin mereka tiada jodoh walaupun hakikat sebenarnya mereka saling memerlukan. Ketentuan Allah tak siapa yang dapat meramal.

            Suasana hening seketika. Ian Rayyan tunduk memandang kasutnya. Tangan meramas rambutnya. Begitu tertekan keadaanya. Berfikir tentunya. Memang betul kata-kata Kak Yati. Dia harus melepaskan gadis pujaannya. Tapi bagaimana? Ikutkan hatinya mau dibawanya Arleena lari dari sini.
            “ Macamana saya nak lupakan dia. Jantung  saya berdegup atas namanya.” Luah Ian Rayyan.
            “ Akak tengok Ian serabut sangat ni. Pergilah bercuti. Ambil masa tenang fikiran. Buang segala masalah Ian. pulang nanti akak nak Ian yang sebelum ini. Bukan sahaja akak, malah semua rakan-rakan kita pun hendakkan yang sama. Please Ian…Jangan bazirkan masa Ian menunggu yang pastinya bukan milik Ian lagi. Its not good for you. Ramai lagi gadis di luar sana. Kalau Ian sayangkan dia, Ian doakan kebahagiaan dia.”
            But my love, my soul is here not out there…If  the best choice is leaving, I’m going.. but it’s not wrong to be hopeful… berkaca mata Ian setelah dia menutur kata-kata tersebut. Dalam terpaksa dia harus melepaskan gadis pujaannya. Dia harus mendoakan kebahagiaan gadisnya.
Terkelu Kak Yati mendengar luahan hati bosnya. Begitu dalam cintanya terhadap Arleena. Jikalau mereka bersama sudah tentulah cinta mereka terlalu agung. Mereka serasi tetapi tiada jodoh antara mereka.
No Ian…you must let it go..  baru Ian tak akan merasa sakit di sini.” Kak Yati menunjukkan ke arah hati Ian.
            “ Hmmph…panjang hembusan nafas Ian. I will try my best.
            Sebelum beredar sekali lagi Kak Yati meminta Ian pergi bercuti. Kasihan melihat bosnya. Percayalah bos kalau kuat jodoh antara kamu berdua, adalah nanti. Bukannya dia berharap kehancuran rumah tangga Arleena. Hatinya kuat menyatakan Arleena adalah milik bosnya.
            Seharian Ian Rayyan berada di dalam biliknya. Kepada Kak Yati dipesankan agar membatalkan semua temujanjinya. Panggilan masuk juga hanya diambil pesanan sahaja. Nampaknya hari ini bosnya benar-benar kehilangan mood.
Tiba waktu makan tengah hari, Kak Yati ke warung Mak Jah bersama-sama dengan Arleena dan Nina. Setibanya di sana Kak Yati menghubungi bosnya. Bertanyakan sekiranya mahu makan apa-apa. Tetapi Ian hanya menolak. Mahu berehat katanya.
“ Isshhh… makan pun tak nak. Sakitkan susah.” Sememangnya Ian mempunyai gastrik yang serius. Perutnya mana boleh dibiarkan kosong dalam tempoh yang lama. Pastinya Ian masih belum bersarapan kerana dia amat pasti Ian tidak keluar dari biliknya sejak dari pagi lagi.
            Arleena terasa hendak tahu ketika mendengar omelan Kak Yati.
            “ Kenapa kak? Telefon siapa tu?” Tanya Arleena.
            “ Mr. Ian la…dari pagi tak keluar bilik. Semua appointment disuruh batal. Calls pun suruh ambik pesanan je. Dah la ada gastrik.” Ujar Kak Yati sambil memancing perhatian Arleena. Tergaris kegusaran di wajah Arleena.
            “ Pesan jelah apa-apa. Lapar tahu la dia nak makan, dah tahu sakit perangai ntah apa-apa,” tegas suara Arleena. Padahal dalam hatinya Allah sahaja yang tahu. Risau mengenangkan Ian Rayyan yang mempunyai gastrik yang teruk. Ketika mereka baik dahulu pun, dia selalu mengingatkan bosnya soal makan.  Perkara  yang tidak dihiraukan oleh Ian Rayyan ketika leka bekerja. Nina juga perasan akan perubahan riak wajah Arleena. Dia hanya mengangkat bahu memandang Kak Yati.
            “ Manalah tahu dia suka makan apa. Nanti beli dia tak makan kan membazir saja.” Saja Kak Yati memprovok Arleena. Nina disebelah tersengih sambil mengadap makanannya. Jolok Kak Yati jangan tak jolok. Dia juga mengetahui sahabatnya amat meminati bosnya. Tapi bosnya terlalu lembap.
            Arleena mengamit Mak Jah ke mejanya. Nasi goreng nanas dan air tembikai dipesannya. Sudah tentulah itu makanan kegemaran Ian. Sudah hafal benar perkara mengenai kesukaan dan pantang Ian dalam kepalanya.
            Melihat Arleena membuat pesanan, Kak Yati dan Nina saling berpandangan. Masih sayang lagi rupanya. Seolah-olah itu yang dibualkan apabila mata mereka berpandangan. Arleena tidak menyedari kelakuannya dilihat oleh rakan-rakannya. Kegusaran terhadap Ian Rayyan menyebabkan dia lupa statusnya kini. Kerana hatinya masih menyintai Ian.

Melangkah sahaja ke pejabat, menonong kaki Arleena menuju ke bilik bosnya. Kak Yati membiarkan sahaja. Tengok muka Arleena pun dah pasti teruk bosnya akan dimarahi nanti. Walaupun Arleena kelihatan lemah lembut ada tikanya dia akan bertindak tegas. Hanya dengan bosnya sahaja Arleena tidak pernah melawan. Walau bagaimana teruk  Ian Rayyan melayannya, namun Arleena tidak pernah membalas. Hanya akur dengan kata-kata Ian Rayyan.
Pintu diketuk sekali. Tanpa menunggu suara menjemput masuk, pantas tombol pintu dipulasnya. Matanya menuju ke meja Ian. Kosong. Ian tiada di situ. Hatinya bertambah gusar. Mata dialih ke sofa yang terdapat di dalam bilik bosnya. Kelihatan bosnya terbaring di situ. Ooh di sini ye. Pantas kakinya dibawa menuju ke sofa.
“ Saya tak mahu diganggu la Kak Yati,” ucap Ian perlahan sambil mata masih lagi tertutup  rapat. Ketika ini perutnya mula terasa pedih. Itulah ada orang nak belikan makanan jual mahal pula.
Arleena memerhatikan bosnya. Teruk sekali. Dengan kemeja yang separuh terkeluar dari seluar, lengan baju dilipat kasar. Tali leher yang hampir tercabut dan kasut entah ke mana.  Walaupun teruk dia amat menyukai pandangan di hadapan matanya ini. Walaupun dalam keadaan begitu, Ian tetap menarik perhatiannya. Kelihatan tangan Ian mengusap perut. Sudah tentu Ian merasa sakit ketika ini. Arleena mula terasa hangin satu badan melihat kedegilan bosnya.
“ Bangunlah makan,” tegas suara Arleena.
Tidak salahkah suara yang aku dengar. Pantas Ian membuka mata. Terperanjat melihat Arleena dihadapannya. Bingkas dia bangun. Lupa sejenak perut yang kian mencucuk sakitnya. Akibat bangun yang mendadak, kepalanya sakit. Lalu tangannya mengurut pelipisnya. Bagi menghilangkan rasa pening.
“ Awak buat apa kat sini?”
“ Nak bagi orang tua makan. Dah tahu sakit tapi sengaja nak sakitkan diri lagi. Apa kes macam mati bini saja ni? ’’ begitu tegas suara Arleena. Geram mengenangkan kedegilan bosnya.
“ Memang bini dah mati pun,” selamba Ian Rayyan menjawab. Mata dipejamnya. Sebolehnya dia tidak mahu melihat wajah gadis di hadapannya. Dari tadi dia berfikir untuk kembali ke tempat dia dibesarkan. Tiket sudahpun ditempah sebentar tadi. Pagi esok dia akan berangkat. Malam ini dia akan berbicara dengan papanya. Mohon  papanya mengerti perasaannya. Dari tadi dia hanya membelek wajah Arleena di dalam Iphonenya.
Terdiam Arleena mendengar kata-kata Ian Rayyan. Dia mengunjukkan plastik makanan kepada bosnya.
“ Apa ni?”
“ Aik dah tak kenal ke ni apa?”
“ Letak ajalah di situ,” Ian menjuihkan mulutnya ke arah meja di hadapannya.
“ Makan sekarang jugak, depan saya.” Arleena pasti sekiranya dia keluar, belum tentu Ian Rayyan akan memakannya. Melihat keadaan Ian Rayyan yang sentiasa mengusap perutnya dari tadi dia tidak boleh membiarkannya. Teruk benar gayanya.
Ian Rayyan merengus mendengar arahan dari Arleena. Ketahuilah wahai gadisku aku tidak bisa memandang wajahmu lama-lama. Kata-kata itu hanya bermain dalam fikirannya. Melihat renungan tajam dari Arleena membuatkan Ian mengalah. Sememangnya kelemahannya dari dulu tidak dapat melawan renungan tajam mata Arleena. Makanan yang diunjuk dari tadi oleh Arleena dicapainya. Bekas makanan tersebut dibuka. Nasi goreng nanas kegemarannya. Thanks sayang…kata yang hanya berani diucapkan dalam hatinya sahaja.
Melihat Ian Rayyan mula menjamah makanannya, Arleena duduk membuka air untuk Ian Rayyan. Tumbler diambil untuk mengisi air tembikai. Seterusnya dia melangkah ke meja Ian, bekas ubat gastrik beserta minyak angin diambilnya. Dia meletakkannya di atas meja. Ian Rayyan memerhati sahaja pergerakan Arleena dari hujung matanya tanpa banyak soal. Arleena masih melayannya seperti dulu. Walaupun kini dia kerap memarahinya. Dia terasa malu dengan Arleena.
Setelah meletakkan semua keperluan yang perlu diambil Ian selepas makan, Arleena beransur mahu keluar. Ian tidak membantah. Setibanya tangan Arleena ingin memegang tombol pintu, laju dia bersuara.
Thanks for your concern, sayang.”
Pertama kali dia mendengar ucapan sayang dari bosnya. Ucapan yang paling ditunggunya sewaktu dulu. Pedih. Tanpa balasan dia melangkah keluar. Ketika ini air mata dirasakan mahu keluar. Ucapan yang dinanti sekian lama hanya didengari selepas dia menjadi milik Ryzal. Kenapa tidak dari dulu lagi Ian… kenapa selepas aku menjadi milik orang lain. Dalam pada hati Arleena baru belajar  mengukir nama Ryzal, dia agak goyah mendengar ungkapan sayang dari Ian Rayyan. Ungkapan yang amat ditunggu sebelum ini.
Keluar sahaja dari bilik Ian, Arleena tidak menyahut teguran Kak Yati. Bergegas dia ke biliknya. Mahu melepaskan apa yang terbuku di perasaannya. Masuk sahaja ke dalam bilik, Arleena menuju ke laci mejanya. Mencari pemberian Ian kepadanya dulu. Sebatang pen berwarna silver metallic yang terukir namanya dan Ian. pen yang disembunyikan daripada rakan-rakannya terutamanya Nina. Takut mereka salah anggap. Pemberian yang menguatkan lagi kata hatinya untuk menyintai Ian. Namun penantian yang sia-sia kerana sikap Ian yang tidak pernah melafazkannya.
Setelah pasti memilih Ryzal, dia cuba mengikis perasaan terhadap Ian Rayyan. Segala pemberian Ian dahulu disimpannya. Tidak mahu ada perselisihan faham antaranya dan Ryzal kelak. Hubungan dia dan Ian atas dasar pekerja dan majikan. Tiada lagi soal perasaan.
Namun hari ini dia tewas. Mendengar kesakitan Ian, dia merasa gusar. Ian lelaki yang dikenali sebelum ini kurang menitikberatkan soal kesihatannya. Lelaki yang kuat bekerja. Salama ini dialah yang sentiasa mengingatkan Ian agar tidak skip makan. Menilik pen yang berada dalam genggamannya, membuatkan air matanya mengalir. Terasa pedih.
Dalam Arleena cuba menghilangkan rasa sedih di dada, terdengar pesanan ringkas memasuki telefonnya. Pantas tanggannya menyelongkar tas tangannya untuk mencari telefonnya. Setelah berjumpa, butang kunci dibuka. Nama Ian jelas terpapar di skrin telefonnya. Sudah lama benar dia tidak menerima pesanan ringkas dari Ian.
Terima kasih, sayang.  Maaf atas segalanya. Take care.. I love you…sayang
Ringkas dan padat pesanan yang dikirim Ian. Untuk apa lagi semuanya ini. Kenapa kata sayang diucapkan setelah dia menjadi milik orang lain. Tanpa membalasnya Arleena memadamkan pesanan tersebut. Seperti mana dia memadamkan nama Ian di hatinya. Hanya Ryzal di hatinya kini. Dia harus kuat untuk melupakan nama Ian Rayyan. Dia tidak mahu dianggap isteri yang tidak setia. Mempunyai suami tapi masih menyimpan perasaan pada lelaki lain. Biarlah seluruh hidupnya diabdikan kepada lelaki yang baru dikahwininya. Belajar memahami dan mengenali hati suami. Itu yang lebih baik.




YEEEEEAAAAA!!!!!! pantai timur dah cuti... sekolah je cuti..aku tak pun. masih banyak kerja yg perlu dibereskan... online SAPS la apa lg..... tugas hakiki tu..

apa-apa pun mlm ni nk lyn blog la... meh sy up sikit cvr Saya Sayang Awak.. sebenarnye dh lame ade kt fb tp blm kesempatan nk up kt sini...