Monday, 3 February 2014

BAB 3

“ Nina cepatlah sikit. Ko ni terhegeh-hegeh. Nantikan habis lauk kat Warung Mak Jah. Aku dahla lapar gila ni. Pagi tadi sempat minum horlicks je....Ko ni pun, time-time macam nilah nak pakai kebaya ketatlah, kasut tumit tinggilah...” leterku kepada Nina yang asyik memegang kainnya semasa berjalan. Itulah tiba-tiba melaram nak pakai kebaya pulak hari ini.
“ Amboi ko ni membebel tak ingat. Lapar sangat ke ko ni.. Selalu bila dah mengadap kerja ko lupa makan. Time aku nak melawa nilah ko macam-macam.” Hangin dia dengan Aleen yang tidak menyempat. Dia dah naik semput nak mengikut langkah Aleen.
“ Sorry beb... Aku lapar sangat ni. Mula nak hangin jer rase. Macam la ko tak kenal aku..” Aku menolak sedikit bahu Nina. niat untuk mengusiknya. Maklumlah muka Nina nampak stress sangat. Tu la gatal sapa suruh pakai kebaya ketat lagi. Baju yang dibeli oleh ibunya semasa mereka bercuti di Bandung. Kena benar dengan tubuh Nina. “ Jap lagi aku belanja, ko bayar ok..hehe..” usikku kepada Nina.
Hampeh ko...sempat lagi nak ambil kesempatan. Apa guna gaji ribu riban tapi kedekut dengan member...” balas Nina. Itulah Nina. Suka sangat guna istilah mengikut sesedap mulutnya.
“ Aik ? istilah baru nampak.. Mana cilok toot! Cepatlah kau ni pun, nanti habis ikan keli aku tu sapa nak tanggungjawab? Nanti ngan ko sekali aku makan nak? Montok-montok ni sedap jugak.” Laju tangan Nina memberi penangannya di lenganku. Adui nampaknya ketam dah mula menyepit. Sakit tak ingat woo..
“ Tak hingin aku... Tu Mak Jah ko dah senyum panjang sambut ko. Kalaulah Mak Jah ada anak, mesti ko diambilnya jadi menantu.”
“ Malas aku layan.” Aku melangkah masuk ke dalam Warung Mak Jah. “ Mak Jah tengoklah kawan kita ni. Pakai macam nak catwalk kat pentas jer. Perut saya ni dah main macam-macam lagu. Cuma belum masuk cromox je lagi.”
“ Amboi ko mengata tak hingat. Dari tadi membebel. Kang aku bagi makan sambal belacan Mak Jah ni baru ko tahu.”
“ Hi....Hi...terasa ke? Sorrylah kawan.” Ujarku sambil mengambil pinggan kosong yang diletakkan bersebelahan termos hijau yang terisi nasi putih di dalamnya.
“ Dah pergi pilih lauk ko tu. Kalau habis nanti ko merengek-rengek pula. Malas aku nak layan.” Arah Nina.

Tanpa mereka sedari, dua pasang mata sedang memerhatikan mereka. Ryzal tersenyum nipis memandang gelagat dua orang gadis di hadapannya. Gurauan mereka mencuit hatinya. Hatinya juga tertarik dengan gadis yang memakai baju kurung berbunga pink dan juga tudung lilit yang berwarna sama tetapi gelap sedikit. Nampak kontra tapi menarik. Typical of women..tak boleh dipisahkan dengan warna pink.
            “  Mak Jah....ikan keli dah habis ker? Kempunan la saya macam ni.” Aku mengeluh apabila tidak melihat bayangan ikan keli yang berada di rak hidangan.
            “ Ada... Mak Jah dah simpan untuk kamu. Hari ni Mak Jah tengok ramai sangat pengunjung daripada biasa. Jadi awal-awal lagi Mak Jah dah ambil simpankan untuk kamu. Dah hafal sangat lauk wajib kamu tu.” Ujar Mak Jah.
            “ Cleverlah Mak Jah.. kalau tak ada tadi dah sah-sah saya yang akan jadi kelinya,” sakat Nina.
            Aku menjuihkan bibir ke arah Nina sambil kaki mengikut Mak jah ke bahagian dalam warungnya. Ikan keli mana boleh dilepaskan. Tak ada yang tu kurang seleranya. Setelah mengambil ikan keli, aku keluar semula ke hadapan warung. Kelihatan Nina masih berdiri sambil memegang pinggan yang sarat dengan lauk pauk. Amboi tadi yang lapar rasanya aku. Ni dah terbalik. Memang pengunjung hari ini kelihatan lebih ramai daripada biasa. Nak kata dapat gaji belum lagi. Sekarang baru pertengahan bulan.
            “ Weh Nina, mana nak duduk ni? kenapa hari ni penuh semacam je aku tengok.” Soalku pada Nina.
            “ Tu la..aku rasa hari ni memang hari lapar sedunia kot.”
            “ Ko jangan banyak cakap. Cubalah intai-intai meja kosong. Cukup kita dua orang, tumpang meja pun tak pe.” Arahku kepada Nina.
            “ Hujung sana boleh tak? Kat situ ada dua kosong. Ala mengadap mamat tu tak pelah. Lagi lama kita berdiri masa rehat habis nanti. Ada kena sembur karang.” Tutur Nina.
            “ Aku tengok mamat tu macam kerek jer,” nyataku tidak puas hati.
            “ Alaaa....ko ni. Bukan kita nak duduk lama pun dengan dia. Kita tumpang meja jer. Yang lain aku tengok semuanya satu saja tempat kosong. Jomlah lepas makan kita angkat kaki.”
            Dalam terpaksa aku menurut langkah Nina. memang pun tempat lain semuanya hanya ada satu sahaja tempat kosong. Takkan kami nak makan secara terpisah. Tak sanggup pula rasanya.
            “ Maaf saudara, boleh kami tumpang duduk kat sini? tempat lain semuanya dah penuhla.” Nina bertanyakan kepada pemuda yang berada di meja itu.
            “ No hal..duduk sajalah.”
            “ Terima kasih.” Amboi sopan santun pula aku rasakan si Nina ni. Selalunya dia main bedal saja. Tak pernah minta izin pun.
            “ Ni air korang macam biasa.” Mak Jah datang menghantar air kepada kami. bestlah Mak Jah ni. Tak perlu pesan tup-tup air dah sampai. Mana Mak Jah tak tahu kalau hari-hari dia dan Nina pesan air yang sama sahaja. Seorang jus tembikai. Seorang lagi jus epal.
            “ Terima kasih Mak Jah.” Serentak aku dan Nina mengucapkan teima kasih kepada Mak Jah. Mak Jah telah kami anggap seperti ibu kami. maklumlah hanya dialah tempat aku dan Nina menumpang kasih semasa di perantauan. Rasanya ayat itu hanya sesuai untukku. Nina kan orang Kuala Lumpur sahaja. Tak ada jauh mananya. Keluargaku kan jauh di kampung. Tak rugi sekiranya kita berbuat baik pada orang tua. Banyak nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Mak Jah kepada kami. Sebab itulah dari kami mula-mula membuat praktikal di Hotel Grenz kami hanya makan di warung Mak Jah. Jikalau pengunjung tidak ramai, Mak Jah akan duduk bersama-sama kami di meja. Bersembang. Dari situlah banyak nasihat yang diberikannya.
            Maklumlah duduk di Bandar besar, tanpa pengawasan orang tua macam-macam boleh jadi. Hanya kewarasan akal dan kekuatan iman yang menjadi benteng kepada kita untuk menjalani hidup yang diredhai Allah.
            “ Maaflah ganggu. Saudari siapa nama? Dari tadi saya tengok cik ni asyik mengalamun saja.” Tegur pemuda di hadapanku. Memecahkan lamunanku. Ceh...dalam perut lapar sempat lagi aku mengelamun tadi. Apabila ditegur begitu, tiba-tiba aku rasakan mukaku merah semacam. Malu siot kena tegur dengan pakwe hensem.
            “ Ko apa hal, tak jamah lagi nasi tu?” tanya Nina. Dia ralit memerhatikan mamat di hadapannya. Dari tadi mereka asyik bermain mata. Nina yang kecoh tiba-tiba bertukar menjadi pemalu. Melihat pemuda tersebut, seperti rama-rama terbang riang dalam perutnya. Tidak disedari yang rakan di sebelahnya belum menjamah hidangan di dalam pinggannya.
            “ Ya lah. Aku makan ni. Tadi aku ralit pandang Mak Jah tu. Teringat mak aku kat kampung. Sebelum memulakan suapan aku memandang sedikit ke arah pemuda yang berada di hadapanku. Jika dilihat dari mata kasar, kami ibarat seperti pasangan kekasih. Maklumlah masing-masing duduk mengadap antara satu sama lain. Macam berjanji pula.
            “ Saudari sapa nama?” soal lelaki di hadapanku. Dari tadi bertanya kalau tak jawab tu faham-faham jelah. Kami ni nak tumpang meja sahaja. Bukan nak berkenalan. Ingin sahaja aku tutur sebegitu.
            “ Sorrylah wak.. kawan saya ni kalau lapar dia memang  blur macam ni.” Nina menjawab bagi pihak aku. Ini bukan menolong. Ini mengata secara terangan namanya.
            Tiba-tiba pemuda di hadapan Nina memutahkan gelaknya. Kuat pula tu. Lawak sangat ker?          Tanpa dapat menahan Harith ketawa apabila mendengar ucapan daripada mulut gadis di hadapannya. Nampak pemalu tapi apabila bersuara tepat ke sasaran. I like it. Sebenarnya dari tadi Harith tertarik dengan gadis di hadapannya. Baginya gadis tersebut memberikan aura tersendiri kepadanya. Ingin mengenali gadis di hadapannya dengan lebih dekat lagi. Bukan senang Harith hendak menyukai seseorang.
Dari zaman universiti sehinggalah sekarang, banyak gadis yang berurusan dengannya cuba mendekatinya. Tapi semuanya dianggap sebagai business associate sahaja. Tapi tidak di gadis di hadapannya. Gadis mampu membuatkan matanya tidak berkalih dari menatap sebentuk wajah di hadapannya. Adakah ini cinta pandang pertama? Pheweet...peluang jangan dilepaskan.
            Kurang asam kepung betullah. Nina pun satu. Kalau dah bercakap takder cover langsung. Aku kuis kaki Nina. Kelihatan dia tersengih sahaja.
            “ By the way, saya Nina. ni kawan saya Arleena.”
            “ Ooo..sedap nama. Selalu ker makan kat sini?” Harith mula menyoal.
“ Oo..setiap hari kami makan kat sini. lagipun dekat dengan tempat kerja kami.” ujar Nina.
            “ Kerja kat mana?” tanya pemuda di hadapan Nina lagi.
            “ Kami ni penyambut tetamu saja.” Aku pantas mencelah sebelum Nina membongkarkan lagi perihal kami. Bagi aku kami hanya menumpang meja, jadi tak perlulah nak bercerita semuanya. Aku tidak hiraukan jelingan Nina.
            Habis aku berkata begitu tidak semena-mena mataku terpandang pemuda di hadapanku. Pemuda tersebut mencebikkan bibirnya. Oh ... sungguh sinis gayanya. Amboi ingat penyambut tetamu tak ada class ker? Berlagak betul mamat di hadapanku. Agak-agak dia ni kerja apa yea? Tengok daripada penampilan, memang sempurna la. Mesti dia juga berjawatan besar. Patutlah memandang rendah pada kerja penyambut tetamu.
            Selepas itu tiada lagi pertanyaan daripada pemuda tersebut. Haha... terkena ke bang!
            “ Maaf saudara, kami minta diri dulu. Kalau kami tak ada susah pula bos kami. maklumlah tak ada yang nak melayan tetamu nanti.” Aku bersuara sambil mencuit lengan Nina. kami berdua bangun lalu beredar dari situ.

            “ Ko tengok aku cakap kita ni penyambut tetamu, terus diam mamat tu. Muka berubah tu. Tadi bukan main rancak. Sekali sentap la beb. Harap muka saja hensem tapi hampeh.” Luahku pada Nina. Sungguh aku tidak puashati dengan lelaki begitu.
            “ Betulla.. aku tengok kawan dia tu pun semacam. Muka kerek! Tapi aku tengok dia curi pandang kat ko jer. Aku rasa la kan ni mesti kes jatuh hati pandang pertama.” Usik Nina. aku hanya mengembangkan hidung padanya. Malas nak layan.
            “ Agak-agakla ko. Kalau yang tu baik aku cari lain. Macam bagus sangatla.”
            “ Ko jangan benci sangat. Kata orang tua awal-awal benci, lama-lama yang tu jadi suami.”
            “ Agak-agakla ko ni. Ke situ pula perginya. Tak hingin aku.” marahku pada Nina.
            “ Diaorang memang kerek. Tapi yang satu ni tak dapat nafikanlah. Memang tepat.” Nina tersengih-sengih. Semacam saja aku lihat.
            “ Apa dia?” tanyaku pada Nina.
            “ Mamat depan aku tadi tu. Hensem. Badan six pack. Bayangkan hari-hari dalam pelukannya..peh...” Nina mula berkhayal. Aku menepuknya. Sedarlah sikit. Macamla kami kenal dengan mamat tadi. Berangan saja lebih.

            Sementara itu di meja makan tadi Ryzal dan Harith saling berpandangan. “ Cun macam tu memang taraf penyambut tetamu la.” Ryzal mula bicara. “ Dari gaya macam educated, tapi sekali penyambut tetamula.” Sambung Ryzal lagi.
            “ Aku berkenanla dengan Nina tadi. Walau dia cakap agak lepas, nampak jujur jer.” Harith menyuarakan rasa hatinya.
            Ryzal memandang Harith. Biar betul. Banyak perempuan yang berebut nak kan Harith takkan yang ni jadi pilihannya. Memang dia akui dua-dua cantik. Dia pun dari tadi asyik curi pandang pada gadis di hadapannya. Tidak puas memandang. Cukup elok semuanya. Tidak ada yang kurang. Tapi kerjaya gadis tersebut membunuh niatnya. Takkan dia pengurus besar hendak berdampingan dengan penyambut tetamu.
            “ Tak baik ko judge diaorang macam tu. Manalah tahu diaorang pelajaran tinggi. Sekarang ni bukan senang nak dapat kerja.” Harith kurang setuju dengan sikap Ryzal. Memang dia tahu Ryzal lebih mementingkan kedudukannya.
            “ Ko tak  minat ker? Aku tengok mata ko asyik nak pandang depan jer tadi. Tapi Nina tu aku punya. Ko ambik kawan dia. Aku tengok macam ada chemistry je korang berdua.” Usik Harith pada Ryzal. Ryzalkan pantang berjumpa gadis cantik. Playboy Kuala Lumpur ni.
            “ Agak-agakla.. Aku nak cari yang sama standard dengan aku. Paling kurang bila aku cakap tentang sesuatu isu, dia pun tahu. Ini setakat penyambut tetamu yang pasti soal gosip artis la diaorang expert. Tak berkembang langsung.” Luah Ryzal.
            “ Berlagakla ko. Jangan cakap besar. Buatnya ko terbekenan dia nanti baru ko tahu. Jangan nanti lidah jilat balik la weh.”

            Ryzal menilik jam Tissot di lengannya. “ Jomlah... nanti lewat pula. Kita solat zohor kat sana jelah.”

BAB 2

“ Assalamualaikum…ibuuuu” ujarku setelah panggilanku disambut oleh ibu.
“ Waalaikumussalam…Amboi cerianya suara anak ibu ni. Tau la dah habis praktikal hari ni. Bila nak balik?” laju ibuku menyoal.
“ In Shaa ALLAH, esok Aleen tengok tiket. Ibu sihat ker?”
“ Alhamdulillah…’’ ujar ibuku.
Setelah bertanya khabar dan bercakap seketika aku menamatkan perbualan dengan ibuku. Apatah lagi esok atau lusa aku akan pulang ke kampung. Tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan ibu.
Aku bersyukur kerana selepas tamat menjalani latihan praktikal aku diserapkan terus di hotel tersebut. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu menganggur seperti kawan-kawanku yang lain. Lagi menggembirakan Nina juga diserap sama. Oleh itu aku dan Nina masih lagi menyewa di rumah yang sama cuma jabatan yang berlainan. Semasa menjalani latihan praktikal aku ditempatkan di bahagian akaun manakala sekarang aku ditawarkan di bahagian pemasaran. Manakala Nina masih lagi kekal di bahagian akaun sepertimana dulu. Sekurang-kurangnya Nina tidak menghadapi masalah untuk menjalankan tugas kerana dia telah mempunyai pengalaman yang lepas.
Berlainan pula denganku yang terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Maklumlah aku merupakan pelajar perakaunan dan subjek pemasaran hanyalah minor semasa aku di universiti. Tapi aku yakin aku dapat melakukan dengan sebaik mungkin. Bagiku pada masa kini tidak perlu memilih kerja dengan kelulusan yang ada. Berlambak lagi fresh graduate seperti aku di luar sana yang sedang mencari kerja. Peluang di depan mata perlu direbut segera. Lagipun aku bukannya orang kaya seperti Nina. Sudah sampai masanya ku perlu berbakti kepada orang tuaku.
Namun aku tidak kisah kerana semasa praktikal aku selalu melihat Kak Yati, penyelia pemasaran menjalankan kerja-kerjanya. Tidak dinafikan aku juga amat tertarik dengan unit tersebut maka tidak hairanlah semasa pratikal dulu aku selalu menghilang ke ruangan unit tersebut, lebih-lebih lagi apabila terdapat sesuatu event yang diuruskan oleh Kak Yati.  Stafnya boleh bergerak ke sana ke mari. Tidak seperti di unit kewangan. Statik dari masuk kerja sampailah habis waktu kerja. Hujung bulan kalut nak closing.
Sekurang-kurangnya aku juga telah mengenali staf di bahagian pemasaran walaupun aku tidak mengenali siapa bos mereka. Yang pasti bos di bahagian pemasaran agak tegas. Kurasa ia amat bersesuaian memandangkan bahagian tersebut yang agak penting bagi Hotel Grenz. Maklumlah income Hotel Grenz tentulah bergantung kepada event yang diadakan di hotel tersebut. Maka sudah tentulah memerlukan bos yang tegas bagi memastikan kelancaran perjalanan syarikat.  Berbeza dengan En. Rahmat bekas bosku di unit akaun dulu yang agak sporting orangnya. Paling best dia selalu belanja kami makan. Agaknya di tak mahu stafnya stress. Kalau tak terbengkalai la kerja. Ada yang tak dapat gaji nanti.
Walau apa pun keadaannya nanti, aku berharap semuanya berjalan lancar. Aku percaya dengan adanya keyakinan dan semangat yang kuat dapat melancarkan segala perkara yang akan dilakukan nanti. Niat tu penting wahai Arleena.
“  Weh sengih apa?” Nina menyiku tanganku.
“ Ni ha…’’ aku menunjukkan surat tawaran kerja kepada Nina yang diperolehi sebelum kami tamat menjalani latihan praktikal siang tadi.
“ Alhamdulillah kan.. kita terus dapat kerja. Tak perlulah nak pening-pening cari kerja lepas ni. Nampaknya usaha kita kenen-kenen ngan Kak Yati berjaya juga. Lagipun aku suka suasana kerja kat situ,” ujar Nina.
“ Tu la rezeki namanya. Walaupun unit lain aku tak kisah. Lagipun aku suka juga marketing ni. Aku ingat nak balik kampung dulu la sebelum kita start kerja. Ko macamana?” tanyaku kepada Nina.
“ Ko balik aku pun balik la.. Ala rumah aku bukannya jauh pun,” ujar Nina. Nina merupakan anak gadis kelahiran Kuala Lumpur. Walaupun dia berasal dari keluarga yang senang namun  Nina tidak meninggi diri. Malah Nina merupakan anak gadis yang suka berusaha sendiri dan tidak hanya bergantung kepada keluarganya untuk hidup senang.
“ Ok, esok ko teman aku cari tiket boleh tak?” aku bertanyakan kepada Nina.
“ Ok, set. Pukul sepuluh kita keluar.”
“ Engkaulah sahabatku yang terbaeeek ibarat kata Boboiboy, ’’ ujar ku sambil memeluk Nina.
“ Jomla tidur. Entah apa-apa la ko ni.’’

            Keesokannya, setelah bersarapan di warung tepi jalan, Nina menghantar aku ke perhentian bas Seksyen 7, Shah Alam. Masing-masing hendak pulang jadi kami tidak menyediakan sarapan pagi. Tidak mahu mengotorkan dapur. Kami tidak suka meninggalkan sisa makanan ketika pulang bercuti.
“ Bila ko nak balik sini?” tanya Nina setelah aku selesai membeli tiket.
“ Entah tak plan lagila…” ujarku lirih sambil mata memerhati ketibaan bas yang akan kunaikki.
“ Balik awal la sikit. Nanti boleh kita shopping baju kerja. Aku tak banyak baju formal ni,” ujar Nina.
“ Relaksla…dah habis aku melepaskan rindu aku balikla sini. Praktikal tiga bulan tak balik kampung ni. Rindu membuak-buak ni.’’
“ Yelah. Kirim salam kat Mak Cik Asiah kesayanganku tu…’’ Nina menyampaikan salam kepada ibuku. Memang Nina agak rapat dengan keluargaku kerana dia selalu mengikutku pulang ke kampung setiap kali cuti semesta.
Setelah bas yang  akan kunaikki sampai, aku bersalaman dengan Nina. Kami sempat menyatakan salam kepada keluarga masing-masing sebelum kami berpisah. Selepas aku menaiki bas, Nina akan pulang ke rumah keluarganya di Sri Hartamas.
Perjalanan ke kampung ku mengambil masa tujuh jam. Kalau dengan kereta tak adalah selama ini. Perjalanan berjalan lancar maklumlah bukan waktu cuti perayaan. Kalau tak aku mesti tersekat dalam jam. Mungkin setelah bekerja nanti aku dapat membeli kereta. Praktikal pun ditawarkan elaun yang agak banyak, sudah tentulah bila bekerja nanti gaji lagi banyak. Aku dah berangan nak membeli kereta. Sekarang ni aku hanya menumpang kereta Nina. Nasib Nina tidak berkira orangnya.
Ayah telah menantiku di perhentian bas Kuala Terengganu. Sejak pencen ni ayah banyak menghabiskan masa di rumah. Kalau sebelum ini nak melihat wajah ayah pun susah. Maklumlah tentera berkhidmat untuk negara. Setelah mengangkat beg aku menuju ke arah ayah yang sedang bersandar di keretanya. Aku hanya membawa pulang beg galas sahaja. Lagipun aku hanya sekejap di kampung. Hanya keperluan yang penting sahaja di bawa balik.
Hensem  jugak ayah aku ni ye. Kalau tak tak delah anaknya ini comel..hehe angkat bakul sendiri ni..Setelah bersalaman dan bertanyakan khabar dengan ayah, kami memasuki kereta. Terus pulang tanpa singgah di mana-mana. tak sabar nak berjumpa dengan ibu dan adikku, Kiki. Pastinya ibu memasak makanan yang enak untukku. Agak-agaknya ikan keli ada tak? Kecur liur bila terbayangkan masakan ibu. Sama tahan dengan masakan Warung Mak Jah.
Antara rumahku dengan hentian bas Kuala Terengganu tidaklah begitu jauh. Lagipun di sini pada waktu petang jalannya tidaklah terlalu sesak. Tidak seperti Shah Alam. Kadang-kadang tersepit dalam jam boleh buat aku rimas. Sepanjang perjalanan aku dan ayah berbual kosong. Maklumlah tiga bulan tak jumpa. Macamlah jauh sangat antara Shah Alam dan Kuala Terengganu ni. Selepas berganjak umur ni, dapat rasakan ayah semakin mesra dengan kami. Tak seperti masa kami kecil dahulu. Silap sedikit sahaja kami akan dihukum. Disiplin ala tentera diterap juga ke dalam rumah. Padahal aku dan Kiki perempuan. Kadang-kadang hukuman yang dikenakan agak berat. Kalau terlalu berat ibu akan masuk campur. Kalau tak nasiblah kami mengadap tuan jeneral tu...Tentunya Kiki yang rajin protes apabila dihukum. Maklumlah dia kan anak manja ayahku ini. Bila dihukum mula la hangin.
Tapi aku bersyukur walaupun dididik ala tentera, ini yang membuatkan kami menjadi manusia. Kami dilatih untuk bertanggungjawab dan berani. Bila difikirkan mungkin ini caranya ayah mahu kami melindungi diri sendiri. Apatah lagi dalam keluarga kami semuanya perempuan. Tiada lelaki yang boleh dijadikan pelindung kecuali ketika  ayah berada di rumah. Seingat aku dulu ayah banyak menghabiskan masa dalam perkhidmatannya. Banyak berada di luar berbanding di rumah.
Atas didikan ini jugalah aku dan Kiki menjadi manusia yang berguna. Kami tahu membataskan pergaulan dengan rakan-rakan lelaki. Tahu menjaga diri. Menjaga satu-satunya maruah yang amat bernilai bagi seorang perempuan. Bahkan ibu selalu mengingatkan kami yang mereka agak takut menjaga anak perempuan berbanding dengan anak lelaki. takut sekiranya mereka gagal sebagai ibu bapa. Mereka takut kami akan mudah terjebak dalam perkara negatif. Apabila aku melihat ramai antara rakan-rakanku yang terjebak dengan gejala sosial, barulah aku faham apa yang ditakuti ibu. Remaja kini yang terlalu lalai dengan arus kemodenan. Berani mencuba sesuatu yang diluar kawalan akal. Jika dari awal telah ternoda apa lagi yang tinggal untuk dipersembahkan kepada sang suami kelak.
Dalam aku mengalamun, kami pun telah sampai ke rumah. Kelihatan ibu menunggu aku di kerusi yang diletakkan di bahagian luar rumah. Tempat kami sekeluarga lepak di waktu petang sambil minum petang. Laju aku turun dari kereta. Berlari mendapatkan ibu. Kami berdakapan. Sememangnya aku lebih rapat dengan ibu. Fair la tu Kiki dengan ayah sementara aku dengan ibu.
Kami bersembang di situ sementara menunggu Kiki pulang. Kiki ada kelas tambahan di sekolahnya. Maklumlah tahun ni dia akan menduduki SPM. Dah besar adikku. Tapi perangai manjanya tetap ada. Maklumlah dia seorang saja yang ada di rumah. Tentulah lebih perhatian daripada aku yang duduk merantau ni. Tapi bila aku pulang sudah tentulah aku akan mengambil alih takhtanya. Bila lagi nak bermanja dengan ibu. Bagi chance la kat kakak seorang ni. Sah-sah menu sepanjang aku berada di kampung mengikut seleraku. Nasib ko la Kiki.

Kami solat maghrib bersama-sama. Diimamkan oleh ayah. Terasa semakin erat apabila berjemaah bersama. Nanti kami dah ada suami, mintak-mintak mereka mampu mengimamkan kami. Usai solat kami makan malam bersama. Sambil makan, giat berborak. Ayah asyik ketawa. Satu keadaan yang agak jarang dilihat sebelum ini. Ayah telah pencen daripada tentera hampir satu tahun. Agaknya dah tak ada stress dalam hidup ayah. Itu yang mampu membuatkan dia bersikap demikian. Keadaan semakin gamat apabila Kiki mula menyakat ayah mengenai sikapnya yang dulu. Kuat Kiki mengusik ayah. Ditambah pula dengan aku yang kaki menyakat. Ibu hanya tersenyum. Kalau di rumah sewa Nina la yang menjadi mangsaku. Rindu pula kepada sahabatku.
Usai mengadap makan malam, aku mengemas meja makan. Kiki membuat alasan ingin menyiapkan kerja sekolah. Bukannya aku tak tahu bab-bab mengemas Kiki malas. Nak larikan diri la tu. Takpe bagi peluang tahun ni dia nak exam besar. Tunggulah habis SPM no excuse ok. Tapi kalau bab memasak dia boleh tahan. Nampaknya kami berdua mengikut sikap ibu suka masak. Tapi aku rajin sikitla daripada Kiki hi..hi.
Setelah mengemas dapur, aku meminta izin dengan ibu masuk ke dalam bilik. Badan pun terasa penat. Lenguh duduk lama di dalam bas. Ditambah pula dengan perut yang kenyang. Berselera aku menikmati masakan ibu. Tambah berkali-kali. Habislah diet aku.
Masuk ke dalam bilik, kelihatan Kiki sedang berbaring di atas katilku. Aik kata nak siapkan kerja sekolah. Ni dah salah bilik.
“ Oi minah...kata nak siap homework? Asal lepak kat sini ni. Bilik awak kat sebelah ok..” aku menepuk badan Kiki supaya dia bangun. Sedap landing  atas katil aku. Tuan tanah belum rasmi lagi ni. Entah apa yang dibeleknya dalam telefon aku. Nasib tak ada pakwe. Kalau tak habis pesanan ringkas kami digeledah oleh Kiki. Budak ni bukannya betul otaknya.
“ He..he...akak ni macam tak faham la..orang rindu akakla... akak tak de pakwe ke?” soal Kiki. Dari tadi diperiksa folder message dalam telefon kakaknya. Tiada satu pun pesanan yang berbau sayang-sayang..  kebanyakan daripada Nina. takkan lah orang secantik kakaknya tak ada orang minat. Jual mahal sangat kot. Kiki membuat andaian sendiri.
“ Tu yang geledah telefon aku ek?” tanyaku sambil mengambil telefon di tangan Kiki. Kan aku dah agak itu kerja Kiki. Aku menyambung kata lagi.
“ Tak main la couple-couple ni..buat fening kepala aje..saje aku menyebut perkataan begitu.. lebih mengejek Kiki. Kiki menjuih bibir kepadaku. Merelakan telefon di tangannya diambil aku.
“ Muka cantik, tak de pakwe buang karan jelah.” Nampaknya Kiki tidak mahu mengalah. Cuba mengorek lagi.
“ Tak sayang mulut nampak. Akak cari mat salleh la..he.he..” alasan untuk menyelamatkan diri. Entah kenapa aku rasakan masih belum terbuka untuk mencari pasangan. Bukannya tak ada lelaki yang ingin lebih rapat denganku. Semuanya aku anggap kawan sahaja. Tidak lebih daripada itu.
“ Uii..selera tinggi. Belum tentu Mat bin Salleh tu nak kan akak...ha..ha..” Kiki ketawakan aku.
Geram dengan Kiki, aku menggeletek Kiki. Riuh bilik kami. Dalam begitu, terdengar ibu menegur kami dari luar. Seperti zaman kecil-kecil dahulu. Apabila kami bising dalam bilik, aku bunyilah siren ibu dari luar.
Di luar bilik ibu hanya menggeleng kepala  nasiblah rumah kami tidak bersebelahan dengan rumah jiran. Nasib bukannya tinggal di dalam taman. Kalau tak, malu saje dengan jiran-jiran. Anak dara memekik malam-malam buta.
“ Anak dara awak tu bila berjumpa tak ingat dunia dah. Apa Kiki usik kat Aleen tu?” tanya ayah kepada ibu. Tahu sangat perangat anak bongsunya itu. Dia pun kadang-kadang letih nak menepis sakat Kiki.
“ Orang jarang berjumpa macam tu lah bang..macam tak tahu perangai anak kesayangan abang tu..perangai sama je ngan ayahnya. Kalau tak puas hati lagi dikoreknya.” Sempat lagi Puan Asiah perli suaminya.
Sambil itu matanya mengerling suaminya yang sedang membaca buku agama. Sejak pencen itulah rutin suaminya sebelum masuk tidur. Mengisi masa dengan perkara yang belum sempat dia lakukan sebelum ini. Meneliti wajah suaminya. Walaupun telah berumur, badannya masih tegap. Wajah yang masih boleh tahan lagi. Wajah bujur sireh itulah yang menjadi pujaannya dari dulu hingga kini. Syukur hubungan mereka masih kekal hingga kini. Dikurniakan anak-anak yang tidak kurang juga cantiknya. Alen, anak sulungnya lebih mengikut kepada suaminya. Berwajah bujur sireh dan tinggi lampai persis ayahnya manakala Kiki pula lebih kepadanya. Agak rendah sedikit berbanding kakaknya dan bermuka bulat seperti dirinya. Kedua-dua anaknya berkulit putih sepertinya berbanding suaminya yang agak gelap sedikit.
Mendengar teguran daripada ibu, kami berdua menekup mulut. Takut ketawa terhambur keluar lagi. Nanti kalau dah masuk teguran daripada tuan jeneral lagi haru buatnya. Aku dan Kiki berbaring bersebelahan. Kaki menindih antara satu sama lain. Selesa dalam keadaan begitu.
“ Kaaak...” panjang Kiki memanggil kakaknya. Aleen yang sudah memejamkan mata hanya mengiakan saja tanpa membuka mata.
“ Kak Aleeeen.” Lagi kuat panggilan daripada Kiki. Cuba menarik perhatian kakaknya. Ada sesuatu yang ingin dikongsi dengan kakaknya. Perasaan muda-mudi.
Terasa lain dengan panggilan Kiki, Arleena membuka mata.
“ Apa?” tanya Arleena ringkas.
“ Orang ada minat kat satu budak ni la?”
Aku terperanjat. Biar betul adik aku ni. Tahu di tuan jeneral di luar sana mahu diamuk satu rumah. Ayahku sudah melarang tiada istilah couple semasa tengah belajar.
“ Ko biar betul Ki... tahu di ayah nanti teruk ko!” Aku agak cemas. Takut semua ini akan diketahui oleh ayahku. Parah nanti.
“ Orang minat jelah kak. Bukan couple pun. Suka tengok muka dia. Ada karisma la kak. Best student tu. Adik minat dari jauh jelah kak. Tegur pun tak pernah. Tu yang buat semangat nak pergi sekolah. Akak apa tahu.” Tutur Kiki.
Lega aku mendengar kata-kata Kiki. Kadang-kadang adik aku sorang ni bukan boleh dijangka tingkahnya.
Hencem sangat ke? Boleh lawan mat salleh akak? Jangan lebih-lebih sudah.” aku cuba menyakat Kiki. Selebihnya aku percayakan Kiki. Nampaknya dia masih ingat pesanan ayah.
“ Kiki punye mestilah encem...akak sungguh-sungguh ke nak orang putih ni?” cuak juga Kiki dengan kakaknya ni. Tapi ok jugak. Anak-anak mesti cantik. Kakaknya pun lawa.
Arleena hanya gelak sahaja mendengar soalan adiknya. “ Takut ke akak dapat mat saleh.. anak-anak akak mesti macam anak patung kan?” dia menyoal Kiki. Sebenarnya dia geram juga setiap kali ada pelancong dari luar negara yang menginap di hotel tempatnya bekerja. Ralit memerhatikan wajak anak-anak mereka. Persis anak patung.
Malas layan kakaknya. Kiki mendiamkan diri sahaja. Kalau dilayan makin mengarut pulak nanti. Ada sampai ke pagi mereka tidak tidur nanti.
Selama bercuti di kampung, Arleena hanya melayan sahaja karenah Kiki. Ada sahaja yang diminta dengan kakaknya. Arleena menjadi pemandu tidak bergaji kepada Kiki. Nasiblah dia tak perlu hantar Kiki ke sekolah. Malas hendak bangun awal pagi. Mahu tidur secukupnya. Nanti dah mula kerja dah tak boleh bangun lewat.
Sepanjang aku berada di kampung, ibu mengajak membeli kain pasang. Mahu membuat baju kurung baru untukku. Terdapat juga baju batik sutera yang dihadiahkan oleh orang tuaku. Dah kerja mestilah kena jaga penampilan. Selepas membeli kain pasang, kami ke butik tudung Alya Sarah yang terletak berdekatan dengan hentian bas Kuala Terengganu. Butik pilihan Arleena setiap kali hendak membeli tudung. Dia serasi dengan corak dan jahitan tudung di butik tersebut. Tudung-tudungnya pun terkini. Setelah puas memilih tudung yang dikehendaki, kami beransur pulang.
Dalam perjalanan pulang, kami sekeluarga singgah di Restoran Sri Merbau. Pekena steak dahulu. Sudah lama Arleena tidak menikmati steak di restoran tersebut. Seperti biasa restoran tersebut dipenuhi dengan para pelanggan.


Setelah hampir seminggu berada di kampung, aku pulang semula ke Shah Alam. Maklumlah aku telah berjanji dengan Nina untuk menemaninya membeli pakaian kerjanya. Aku hanya membawa beberapa helai baju kurung yang dijahit oleh ibu kerana masih banyak lagi pakaian yang aku tinggalkan di rumah sewaku. Ibu tetap menghulurkan wang sebagai belanja kepadaku walaupun aku menolaknya. Apatah lagi elaun yang kuterima semasa menjalani latihan praktikal masih banyak. Maklumlah aku praktikal di tempat ternama sudah tentulah elaun yang diberikan agak banyak. Untuk tidak menghampakan ibu, aku mengambilnya juga. Manalah tahu dapat digunakan semasa terdesak nanti.
Sampai sahaja di Hentian Putra, Nina telah menantiku. Kami terus bergerak ke kereta Nina yang diparkirkan di luar Hentian Putra. Nina menghalakan kereta ke Mid Valley.  Gedung membeli-belah kesukaannya. Kalau tak ada agenda lain boleh sahaja aku turun di hentian bas Shah Alam. Tak la buang masa.
Setelah penat merayau dan barang-barang yang dikehendaki semuanya telah dibeli, kami menghilangkan penat di  restoran segera yang terdapat di dalam pusat membeli-belah tersebut. Kami bergerak keluar dari Mid Valley tepat jam enam petang. Perut sudah kenyang. Nampaknya balik nanti membungkam awal lah kami. Esok first day kerja. Wajah kena jaga. Jangan monyok sebab tak cukup tidur. Yang paling penting dapat merasa lagi masakan warung Mak Jah...marvellosnye hehe..
            Dalam kereta barulah kami berasa penatnya. Apa taknya, habis satu Mid  Valley kami tawaf. Nina la yang banyak berbelanja. Aku hanya membeli dua pasang kasut untuk dipakai bekerja nanti dan sedikit kelengkapan penjagaan diri yang hampir habis. Yang lain boleh dicari lagi nanti.
            Sampai di rumah, kami mengangkut barang menuju ke dalam bilik masing-masing. Penat sungguh rasanya. Tak sabar hendak mandi. Badan pun dah melekit. Maklumlah dari kampung sampai sahaja terus shopping. Nasib badan tak berbau. Selepas membersihkan badan. Aku berbaring di atas katil. Terasa nikmat. Mata mula memberat. Sebelum terlupa aku kengunci jam. Kalau tar terjaga pagi esok teruklah kami. Di luar sana tidak kedengaran apa-apa. Nampaknya Nina pun seperti aku juga. Penat. Akhirnya aku tertidur.



 Setahun berlalu....