Monday, 3 February 2014

BAB 2

“ Assalamualaikum…ibuuuu” ujarku setelah panggilanku disambut oleh ibu.
“ Waalaikumussalam…Amboi cerianya suara anak ibu ni. Tau la dah habis praktikal hari ni. Bila nak balik?” laju ibuku menyoal.
“ In Shaa ALLAH, esok Aleen tengok tiket. Ibu sihat ker?”
“ Alhamdulillah…’’ ujar ibuku.
Setelah bertanya khabar dan bercakap seketika aku menamatkan perbualan dengan ibuku. Apatah lagi esok atau lusa aku akan pulang ke kampung. Tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan ibu.
Aku bersyukur kerana selepas tamat menjalani latihan praktikal aku diserapkan terus di hotel tersebut. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu menganggur seperti kawan-kawanku yang lain. Lagi menggembirakan Nina juga diserap sama. Oleh itu aku dan Nina masih lagi menyewa di rumah yang sama cuma jabatan yang berlainan. Semasa menjalani latihan praktikal aku ditempatkan di bahagian akaun manakala sekarang aku ditawarkan di bahagian pemasaran. Manakala Nina masih lagi kekal di bahagian akaun sepertimana dulu. Sekurang-kurangnya Nina tidak menghadapi masalah untuk menjalankan tugas kerana dia telah mempunyai pengalaman yang lepas.
Berlainan pula denganku yang terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Maklumlah aku merupakan pelajar perakaunan dan subjek pemasaran hanyalah minor semasa aku di universiti. Tapi aku yakin aku dapat melakukan dengan sebaik mungkin. Bagiku pada masa kini tidak perlu memilih kerja dengan kelulusan yang ada. Berlambak lagi fresh graduate seperti aku di luar sana yang sedang mencari kerja. Peluang di depan mata perlu direbut segera. Lagipun aku bukannya orang kaya seperti Nina. Sudah sampai masanya ku perlu berbakti kepada orang tuaku.
Namun aku tidak kisah kerana semasa praktikal aku selalu melihat Kak Yati, penyelia pemasaran menjalankan kerja-kerjanya. Tidak dinafikan aku juga amat tertarik dengan unit tersebut maka tidak hairanlah semasa pratikal dulu aku selalu menghilang ke ruangan unit tersebut, lebih-lebih lagi apabila terdapat sesuatu event yang diuruskan oleh Kak Yati.  Stafnya boleh bergerak ke sana ke mari. Tidak seperti di unit kewangan. Statik dari masuk kerja sampailah habis waktu kerja. Hujung bulan kalut nak closing.
Sekurang-kurangnya aku juga telah mengenali staf di bahagian pemasaran walaupun aku tidak mengenali siapa bos mereka. Yang pasti bos di bahagian pemasaran agak tegas. Kurasa ia amat bersesuaian memandangkan bahagian tersebut yang agak penting bagi Hotel Grenz. Maklumlah income Hotel Grenz tentulah bergantung kepada event yang diadakan di hotel tersebut. Maka sudah tentulah memerlukan bos yang tegas bagi memastikan kelancaran perjalanan syarikat.  Berbeza dengan En. Rahmat bekas bosku di unit akaun dulu yang agak sporting orangnya. Paling best dia selalu belanja kami makan. Agaknya di tak mahu stafnya stress. Kalau tak terbengkalai la kerja. Ada yang tak dapat gaji nanti.
Walau apa pun keadaannya nanti, aku berharap semuanya berjalan lancar. Aku percaya dengan adanya keyakinan dan semangat yang kuat dapat melancarkan segala perkara yang akan dilakukan nanti. Niat tu penting wahai Arleena.
“  Weh sengih apa?” Nina menyiku tanganku.
“ Ni ha…’’ aku menunjukkan surat tawaran kerja kepada Nina yang diperolehi sebelum kami tamat menjalani latihan praktikal siang tadi.
“ Alhamdulillah kan.. kita terus dapat kerja. Tak perlulah nak pening-pening cari kerja lepas ni. Nampaknya usaha kita kenen-kenen ngan Kak Yati berjaya juga. Lagipun aku suka suasana kerja kat situ,” ujar Nina.
“ Tu la rezeki namanya. Walaupun unit lain aku tak kisah. Lagipun aku suka juga marketing ni. Aku ingat nak balik kampung dulu la sebelum kita start kerja. Ko macamana?” tanyaku kepada Nina.
“ Ko balik aku pun balik la.. Ala rumah aku bukannya jauh pun,” ujar Nina. Nina merupakan anak gadis kelahiran Kuala Lumpur. Walaupun dia berasal dari keluarga yang senang namun  Nina tidak meninggi diri. Malah Nina merupakan anak gadis yang suka berusaha sendiri dan tidak hanya bergantung kepada keluarganya untuk hidup senang.
“ Ok, esok ko teman aku cari tiket boleh tak?” aku bertanyakan kepada Nina.
“ Ok, set. Pukul sepuluh kita keluar.”
“ Engkaulah sahabatku yang terbaeeek ibarat kata Boboiboy, ’’ ujar ku sambil memeluk Nina.
“ Jomla tidur. Entah apa-apa la ko ni.’’

            Keesokannya, setelah bersarapan di warung tepi jalan, Nina menghantar aku ke perhentian bas Seksyen 7, Shah Alam. Masing-masing hendak pulang jadi kami tidak menyediakan sarapan pagi. Tidak mahu mengotorkan dapur. Kami tidak suka meninggalkan sisa makanan ketika pulang bercuti.
“ Bila ko nak balik sini?” tanya Nina setelah aku selesai membeli tiket.
“ Entah tak plan lagila…” ujarku lirih sambil mata memerhati ketibaan bas yang akan kunaikki.
“ Balik awal la sikit. Nanti boleh kita shopping baju kerja. Aku tak banyak baju formal ni,” ujar Nina.
“ Relaksla…dah habis aku melepaskan rindu aku balikla sini. Praktikal tiga bulan tak balik kampung ni. Rindu membuak-buak ni.’’
“ Yelah. Kirim salam kat Mak Cik Asiah kesayanganku tu…’’ Nina menyampaikan salam kepada ibuku. Memang Nina agak rapat dengan keluargaku kerana dia selalu mengikutku pulang ke kampung setiap kali cuti semesta.
Setelah bas yang  akan kunaikki sampai, aku bersalaman dengan Nina. Kami sempat menyatakan salam kepada keluarga masing-masing sebelum kami berpisah. Selepas aku menaiki bas, Nina akan pulang ke rumah keluarganya di Sri Hartamas.
Perjalanan ke kampung ku mengambil masa tujuh jam. Kalau dengan kereta tak adalah selama ini. Perjalanan berjalan lancar maklumlah bukan waktu cuti perayaan. Kalau tak aku mesti tersekat dalam jam. Mungkin setelah bekerja nanti aku dapat membeli kereta. Praktikal pun ditawarkan elaun yang agak banyak, sudah tentulah bila bekerja nanti gaji lagi banyak. Aku dah berangan nak membeli kereta. Sekarang ni aku hanya menumpang kereta Nina. Nasib Nina tidak berkira orangnya.
Ayah telah menantiku di perhentian bas Kuala Terengganu. Sejak pencen ni ayah banyak menghabiskan masa di rumah. Kalau sebelum ini nak melihat wajah ayah pun susah. Maklumlah tentera berkhidmat untuk negara. Setelah mengangkat beg aku menuju ke arah ayah yang sedang bersandar di keretanya. Aku hanya membawa pulang beg galas sahaja. Lagipun aku hanya sekejap di kampung. Hanya keperluan yang penting sahaja di bawa balik.
Hensem  jugak ayah aku ni ye. Kalau tak tak delah anaknya ini comel..hehe angkat bakul sendiri ni..Setelah bersalaman dan bertanyakan khabar dengan ayah, kami memasuki kereta. Terus pulang tanpa singgah di mana-mana. tak sabar nak berjumpa dengan ibu dan adikku, Kiki. Pastinya ibu memasak makanan yang enak untukku. Agak-agaknya ikan keli ada tak? Kecur liur bila terbayangkan masakan ibu. Sama tahan dengan masakan Warung Mak Jah.
Antara rumahku dengan hentian bas Kuala Terengganu tidaklah begitu jauh. Lagipun di sini pada waktu petang jalannya tidaklah terlalu sesak. Tidak seperti Shah Alam. Kadang-kadang tersepit dalam jam boleh buat aku rimas. Sepanjang perjalanan aku dan ayah berbual kosong. Maklumlah tiga bulan tak jumpa. Macamlah jauh sangat antara Shah Alam dan Kuala Terengganu ni. Selepas berganjak umur ni, dapat rasakan ayah semakin mesra dengan kami. Tak seperti masa kami kecil dahulu. Silap sedikit sahaja kami akan dihukum. Disiplin ala tentera diterap juga ke dalam rumah. Padahal aku dan Kiki perempuan. Kadang-kadang hukuman yang dikenakan agak berat. Kalau terlalu berat ibu akan masuk campur. Kalau tak nasiblah kami mengadap tuan jeneral tu...Tentunya Kiki yang rajin protes apabila dihukum. Maklumlah dia kan anak manja ayahku ini. Bila dihukum mula la hangin.
Tapi aku bersyukur walaupun dididik ala tentera, ini yang membuatkan kami menjadi manusia. Kami dilatih untuk bertanggungjawab dan berani. Bila difikirkan mungkin ini caranya ayah mahu kami melindungi diri sendiri. Apatah lagi dalam keluarga kami semuanya perempuan. Tiada lelaki yang boleh dijadikan pelindung kecuali ketika  ayah berada di rumah. Seingat aku dulu ayah banyak menghabiskan masa dalam perkhidmatannya. Banyak berada di luar berbanding di rumah.
Atas didikan ini jugalah aku dan Kiki menjadi manusia yang berguna. Kami tahu membataskan pergaulan dengan rakan-rakan lelaki. Tahu menjaga diri. Menjaga satu-satunya maruah yang amat bernilai bagi seorang perempuan. Bahkan ibu selalu mengingatkan kami yang mereka agak takut menjaga anak perempuan berbanding dengan anak lelaki. takut sekiranya mereka gagal sebagai ibu bapa. Mereka takut kami akan mudah terjebak dalam perkara negatif. Apabila aku melihat ramai antara rakan-rakanku yang terjebak dengan gejala sosial, barulah aku faham apa yang ditakuti ibu. Remaja kini yang terlalu lalai dengan arus kemodenan. Berani mencuba sesuatu yang diluar kawalan akal. Jika dari awal telah ternoda apa lagi yang tinggal untuk dipersembahkan kepada sang suami kelak.
Dalam aku mengalamun, kami pun telah sampai ke rumah. Kelihatan ibu menunggu aku di kerusi yang diletakkan di bahagian luar rumah. Tempat kami sekeluarga lepak di waktu petang sambil minum petang. Laju aku turun dari kereta. Berlari mendapatkan ibu. Kami berdakapan. Sememangnya aku lebih rapat dengan ibu. Fair la tu Kiki dengan ayah sementara aku dengan ibu.
Kami bersembang di situ sementara menunggu Kiki pulang. Kiki ada kelas tambahan di sekolahnya. Maklumlah tahun ni dia akan menduduki SPM. Dah besar adikku. Tapi perangai manjanya tetap ada. Maklumlah dia seorang saja yang ada di rumah. Tentulah lebih perhatian daripada aku yang duduk merantau ni. Tapi bila aku pulang sudah tentulah aku akan mengambil alih takhtanya. Bila lagi nak bermanja dengan ibu. Bagi chance la kat kakak seorang ni. Sah-sah menu sepanjang aku berada di kampung mengikut seleraku. Nasib ko la Kiki.

Kami solat maghrib bersama-sama. Diimamkan oleh ayah. Terasa semakin erat apabila berjemaah bersama. Nanti kami dah ada suami, mintak-mintak mereka mampu mengimamkan kami. Usai solat kami makan malam bersama. Sambil makan, giat berborak. Ayah asyik ketawa. Satu keadaan yang agak jarang dilihat sebelum ini. Ayah telah pencen daripada tentera hampir satu tahun. Agaknya dah tak ada stress dalam hidup ayah. Itu yang mampu membuatkan dia bersikap demikian. Keadaan semakin gamat apabila Kiki mula menyakat ayah mengenai sikapnya yang dulu. Kuat Kiki mengusik ayah. Ditambah pula dengan aku yang kaki menyakat. Ibu hanya tersenyum. Kalau di rumah sewa Nina la yang menjadi mangsaku. Rindu pula kepada sahabatku.
Usai mengadap makan malam, aku mengemas meja makan. Kiki membuat alasan ingin menyiapkan kerja sekolah. Bukannya aku tak tahu bab-bab mengemas Kiki malas. Nak larikan diri la tu. Takpe bagi peluang tahun ni dia nak exam besar. Tunggulah habis SPM no excuse ok. Tapi kalau bab memasak dia boleh tahan. Nampaknya kami berdua mengikut sikap ibu suka masak. Tapi aku rajin sikitla daripada Kiki hi..hi.
Setelah mengemas dapur, aku meminta izin dengan ibu masuk ke dalam bilik. Badan pun terasa penat. Lenguh duduk lama di dalam bas. Ditambah pula dengan perut yang kenyang. Berselera aku menikmati masakan ibu. Tambah berkali-kali. Habislah diet aku.
Masuk ke dalam bilik, kelihatan Kiki sedang berbaring di atas katilku. Aik kata nak siapkan kerja sekolah. Ni dah salah bilik.
“ Oi minah...kata nak siap homework? Asal lepak kat sini ni. Bilik awak kat sebelah ok..” aku menepuk badan Kiki supaya dia bangun. Sedap landing  atas katil aku. Tuan tanah belum rasmi lagi ni. Entah apa yang dibeleknya dalam telefon aku. Nasib tak ada pakwe. Kalau tak habis pesanan ringkas kami digeledah oleh Kiki. Budak ni bukannya betul otaknya.
“ He..he...akak ni macam tak faham la..orang rindu akakla... akak tak de pakwe ke?” soal Kiki. Dari tadi diperiksa folder message dalam telefon kakaknya. Tiada satu pun pesanan yang berbau sayang-sayang..  kebanyakan daripada Nina. takkan lah orang secantik kakaknya tak ada orang minat. Jual mahal sangat kot. Kiki membuat andaian sendiri.
“ Tu yang geledah telefon aku ek?” tanyaku sambil mengambil telefon di tangan Kiki. Kan aku dah agak itu kerja Kiki. Aku menyambung kata lagi.
“ Tak main la couple-couple ni..buat fening kepala aje..saje aku menyebut perkataan begitu.. lebih mengejek Kiki. Kiki menjuih bibir kepadaku. Merelakan telefon di tangannya diambil aku.
“ Muka cantik, tak de pakwe buang karan jelah.” Nampaknya Kiki tidak mahu mengalah. Cuba mengorek lagi.
“ Tak sayang mulut nampak. Akak cari mat salleh la..he.he..” alasan untuk menyelamatkan diri. Entah kenapa aku rasakan masih belum terbuka untuk mencari pasangan. Bukannya tak ada lelaki yang ingin lebih rapat denganku. Semuanya aku anggap kawan sahaja. Tidak lebih daripada itu.
“ Uii..selera tinggi. Belum tentu Mat bin Salleh tu nak kan akak...ha..ha..” Kiki ketawakan aku.
Geram dengan Kiki, aku menggeletek Kiki. Riuh bilik kami. Dalam begitu, terdengar ibu menegur kami dari luar. Seperti zaman kecil-kecil dahulu. Apabila kami bising dalam bilik, aku bunyilah siren ibu dari luar.
Di luar bilik ibu hanya menggeleng kepala  nasiblah rumah kami tidak bersebelahan dengan rumah jiran. Nasib bukannya tinggal di dalam taman. Kalau tak, malu saje dengan jiran-jiran. Anak dara memekik malam-malam buta.
“ Anak dara awak tu bila berjumpa tak ingat dunia dah. Apa Kiki usik kat Aleen tu?” tanya ayah kepada ibu. Tahu sangat perangat anak bongsunya itu. Dia pun kadang-kadang letih nak menepis sakat Kiki.
“ Orang jarang berjumpa macam tu lah bang..macam tak tahu perangai anak kesayangan abang tu..perangai sama je ngan ayahnya. Kalau tak puas hati lagi dikoreknya.” Sempat lagi Puan Asiah perli suaminya.
Sambil itu matanya mengerling suaminya yang sedang membaca buku agama. Sejak pencen itulah rutin suaminya sebelum masuk tidur. Mengisi masa dengan perkara yang belum sempat dia lakukan sebelum ini. Meneliti wajah suaminya. Walaupun telah berumur, badannya masih tegap. Wajah yang masih boleh tahan lagi. Wajah bujur sireh itulah yang menjadi pujaannya dari dulu hingga kini. Syukur hubungan mereka masih kekal hingga kini. Dikurniakan anak-anak yang tidak kurang juga cantiknya. Alen, anak sulungnya lebih mengikut kepada suaminya. Berwajah bujur sireh dan tinggi lampai persis ayahnya manakala Kiki pula lebih kepadanya. Agak rendah sedikit berbanding kakaknya dan bermuka bulat seperti dirinya. Kedua-dua anaknya berkulit putih sepertinya berbanding suaminya yang agak gelap sedikit.
Mendengar teguran daripada ibu, kami berdua menekup mulut. Takut ketawa terhambur keluar lagi. Nanti kalau dah masuk teguran daripada tuan jeneral lagi haru buatnya. Aku dan Kiki berbaring bersebelahan. Kaki menindih antara satu sama lain. Selesa dalam keadaan begitu.
“ Kaaak...” panjang Kiki memanggil kakaknya. Aleen yang sudah memejamkan mata hanya mengiakan saja tanpa membuka mata.
“ Kak Aleeeen.” Lagi kuat panggilan daripada Kiki. Cuba menarik perhatian kakaknya. Ada sesuatu yang ingin dikongsi dengan kakaknya. Perasaan muda-mudi.
Terasa lain dengan panggilan Kiki, Arleena membuka mata.
“ Apa?” tanya Arleena ringkas.
“ Orang ada minat kat satu budak ni la?”
Aku terperanjat. Biar betul adik aku ni. Tahu di tuan jeneral di luar sana mahu diamuk satu rumah. Ayahku sudah melarang tiada istilah couple semasa tengah belajar.
“ Ko biar betul Ki... tahu di ayah nanti teruk ko!” Aku agak cemas. Takut semua ini akan diketahui oleh ayahku. Parah nanti.
“ Orang minat jelah kak. Bukan couple pun. Suka tengok muka dia. Ada karisma la kak. Best student tu. Adik minat dari jauh jelah kak. Tegur pun tak pernah. Tu yang buat semangat nak pergi sekolah. Akak apa tahu.” Tutur Kiki.
Lega aku mendengar kata-kata Kiki. Kadang-kadang adik aku sorang ni bukan boleh dijangka tingkahnya.
Hencem sangat ke? Boleh lawan mat salleh akak? Jangan lebih-lebih sudah.” aku cuba menyakat Kiki. Selebihnya aku percayakan Kiki. Nampaknya dia masih ingat pesanan ayah.
“ Kiki punye mestilah encem...akak sungguh-sungguh ke nak orang putih ni?” cuak juga Kiki dengan kakaknya ni. Tapi ok jugak. Anak-anak mesti cantik. Kakaknya pun lawa.
Arleena hanya gelak sahaja mendengar soalan adiknya. “ Takut ke akak dapat mat saleh.. anak-anak akak mesti macam anak patung kan?” dia menyoal Kiki. Sebenarnya dia geram juga setiap kali ada pelancong dari luar negara yang menginap di hotel tempatnya bekerja. Ralit memerhatikan wajak anak-anak mereka. Persis anak patung.
Malas layan kakaknya. Kiki mendiamkan diri sahaja. Kalau dilayan makin mengarut pulak nanti. Ada sampai ke pagi mereka tidak tidur nanti.
Selama bercuti di kampung, Arleena hanya melayan sahaja karenah Kiki. Ada sahaja yang diminta dengan kakaknya. Arleena menjadi pemandu tidak bergaji kepada Kiki. Nasiblah dia tak perlu hantar Kiki ke sekolah. Malas hendak bangun awal pagi. Mahu tidur secukupnya. Nanti dah mula kerja dah tak boleh bangun lewat.
Sepanjang aku berada di kampung, ibu mengajak membeli kain pasang. Mahu membuat baju kurung baru untukku. Terdapat juga baju batik sutera yang dihadiahkan oleh orang tuaku. Dah kerja mestilah kena jaga penampilan. Selepas membeli kain pasang, kami ke butik tudung Alya Sarah yang terletak berdekatan dengan hentian bas Kuala Terengganu. Butik pilihan Arleena setiap kali hendak membeli tudung. Dia serasi dengan corak dan jahitan tudung di butik tersebut. Tudung-tudungnya pun terkini. Setelah puas memilih tudung yang dikehendaki, kami beransur pulang.
Dalam perjalanan pulang, kami sekeluarga singgah di Restoran Sri Merbau. Pekena steak dahulu. Sudah lama Arleena tidak menikmati steak di restoran tersebut. Seperti biasa restoran tersebut dipenuhi dengan para pelanggan.


Setelah hampir seminggu berada di kampung, aku pulang semula ke Shah Alam. Maklumlah aku telah berjanji dengan Nina untuk menemaninya membeli pakaian kerjanya. Aku hanya membawa beberapa helai baju kurung yang dijahit oleh ibu kerana masih banyak lagi pakaian yang aku tinggalkan di rumah sewaku. Ibu tetap menghulurkan wang sebagai belanja kepadaku walaupun aku menolaknya. Apatah lagi elaun yang kuterima semasa menjalani latihan praktikal masih banyak. Maklumlah aku praktikal di tempat ternama sudah tentulah elaun yang diberikan agak banyak. Untuk tidak menghampakan ibu, aku mengambilnya juga. Manalah tahu dapat digunakan semasa terdesak nanti.
Sampai sahaja di Hentian Putra, Nina telah menantiku. Kami terus bergerak ke kereta Nina yang diparkirkan di luar Hentian Putra. Nina menghalakan kereta ke Mid Valley.  Gedung membeli-belah kesukaannya. Kalau tak ada agenda lain boleh sahaja aku turun di hentian bas Shah Alam. Tak la buang masa.
Setelah penat merayau dan barang-barang yang dikehendaki semuanya telah dibeli, kami menghilangkan penat di  restoran segera yang terdapat di dalam pusat membeli-belah tersebut. Kami bergerak keluar dari Mid Valley tepat jam enam petang. Perut sudah kenyang. Nampaknya balik nanti membungkam awal lah kami. Esok first day kerja. Wajah kena jaga. Jangan monyok sebab tak cukup tidur. Yang paling penting dapat merasa lagi masakan warung Mak Jah...marvellosnye hehe..
            Dalam kereta barulah kami berasa penatnya. Apa taknya, habis satu Mid  Valley kami tawaf. Nina la yang banyak berbelanja. Aku hanya membeli dua pasang kasut untuk dipakai bekerja nanti dan sedikit kelengkapan penjagaan diri yang hampir habis. Yang lain boleh dicari lagi nanti.
            Sampai di rumah, kami mengangkut barang menuju ke dalam bilik masing-masing. Penat sungguh rasanya. Tak sabar hendak mandi. Badan pun dah melekit. Maklumlah dari kampung sampai sahaja terus shopping. Nasib badan tak berbau. Selepas membersihkan badan. Aku berbaring di atas katil. Terasa nikmat. Mata mula memberat. Sebelum terlupa aku kengunci jam. Kalau tar terjaga pagi esok teruklah kami. Di luar sana tidak kedengaran apa-apa. Nampaknya Nina pun seperti aku juga. Penat. Akhirnya aku tertidur.



 Setahun berlalu....

No comments:

Post a Comment