“
Woi …jauh menung!! Ko tengah fikir apa?’’ sergah Nina kepadaku.
“
Ko ni Nina asyik peranjatkan aku jer. Kalaula aku ni ada masalah jantung dah
lama aku jalan tau, ’’ ujarku dengan geram.
“
Ala..relaksla kawan. Ko menung apa?’’ Tanya Nina tidak puas hati.
“
Bila tengok budak-budak tu teringat aku zaman sekolah dulu. Macam-macam hal aku
ngan kawan-kawan aku telah buat. Tapi siapa sangkakan geng yang dianggap
pemusnah alam semuanya dah sambung belajar kat luar negara.. Cuma aku jer kat
sini.”
“
Tapi ok jugakkan. Kalau tak takde la aku jumpa bff aku ni.. kawan yang amat
memahami, sporting bak kata omputeh best
in the world la..” ujarku sambil memeluk Nina.
“
Eleh ko kalau puji memanjang ni mesti
ada udang disebalik mee kan?’’
Sememangnya
aku telah menganggap Nina seperti saudaraku sendiri. Kami berkenalan semasa
minggu orientasi dan seterusnya ditempatkan di bilik yang sama. Aku dan Nina
mempunyai banyak persamaan dan mungkin inilah penyebabnya yang membuatkan kami
rapat. Kalau pasangan kekasih tu boleh dianggap ada chemistry. Walaupun Nina
berasal dari golongan yang senang namun dia tidak pernah meninggi diri. Tidak pernah membezakan rakan-rakannya. Aku
senang berkawan dengan Nina.
“ Oleh kerana kau puji aku, nanti
kita pergi makan aku belanja ko ek?” ujar Nina.
“ He...he ni ayang sayang kat ko,”
aku cuba mencium pipi Nina sambil membuat nada manja. Mengusiknya. Memang aku
ketahui Nina penggeli orangnya. Tak ada dia nak bagi pipinya dicium orang.
Suami lainlah kot.
“ Woi...ko ni agak-agaklah. Public ni weh. Ko ingat kat rumah ker?
Nanti tak pasal-pasal aku orang anggap lesbian...selisih malaikat 44...”. tu
dia. Panjang lebar syarahan keluar dari mulut Nina. usik lagi.
“ Eleh..gurau sikit pun nak sentap
ker? Agak-agaklah kawan. Aku yang cun ni ko kata lesbian. Kurang asam keping
betullah... jomlah kita balik. Rehat mesti cukup. Esok dah start praktikal.
Kami perlu menjalani latihan praktikal
bagi memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Amali yang dikehendaki
dilakukan oleh pelajar tahun akhir.
Itulah aku dan Nina. Hari-hari
dipenuhi dengan gurau senda. Kami hanya membahasakan diri ko dan aku. Lebih
mesra rasanya. Lebih rapat. Tipulah sepanjang perkenalan kami tidak pernah
bergaduh. Lagikan lidah boleh tergigit. Begitulah kami. Tapi semua itu tidak
berlaku dalam tempoh yang lama. Paling lama satu hari. Itupun mungkin masing-masing tidak puas hati antara satu
sama lain.
Hari ini kami berjumpa dengan
pensyarah yang akan menyelia kami semasa kami menjalani latihan praktikal
nanti. Dia memberikan beberapa kriteria yang akan dilihat sepanjang kami di
sana nanti. Selain itu kami juga diberikan panduan mengenai etika berpakaian.
Walaupun kami berada di hotel, etika berpakaian juga perlu di jaga. Bukan
sahaja kepada mereka yang menjalani
praktikal di pejabat sahaja. Kami membawa imej pelajar universiti kami.
Anggapan orang luar terhadap universiti kami itu yang penting. Aku dan Nina bersyukur kerana permohonan kami
untuk menjalani latihan praktikal di Hotel Grenz telah diterima. Sebuah hotel
terkemuka di kawasan ini.
Alhamdulillah,
akhirnya aku dan Nina telah mempunyai tempat untuk menjalani latihan praktikal
kami selama 3 bulan bagi mengcukupkan syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana
Muda Perakaunan. Kebanyakan rakan-rakan kuliahku yang lain memohon di
pejabat-pejabat besar tapi berlainan pula dengan aku dan Nina. Hotel menjadi
pilihan kami. Sepanjang tiga bulan ini aku dan Nina ditempatkan di unit
kewangan. Kami sengaja memilih Hotel Grenz kerana aku amat menyukai rekabentuk
dan dekorasi hotel tersebut yang unik.
Pertama kali menjejaki kaki di hotel tersebut
sempena majlis perpisahan batch kami,
aku telah tertarik dan menaruh minat untuk bekerja di sini. Bagiku apabila
bekerja di hotel aku akan dapat melihat pelbagai ragam manusia. Aku merasakan
di sini platform terbaik untuk aku mengenali manusia di bandar metropolitan
ini. Di mana manusia dan sekeliling bergerak pantas dan seiring jika
dibandingkan dengan tempat lahirku di Terengganu. Bukan dikatakan tempat
lahirku mundur, tetapi pembangunan di Terengganu tidaklah sehebat di Kuala
Lumpur.
Esok
kami akan memulakan latihan praktikal. Semoga semuanya berjalan lancar. Aku
mengharapkan nanti aku akan memperolehi rakan-rakan sekerja yang baik dan dapat
membantu aku selama tiga bulan aku di situ.
Awal
pagi aku dan Nina telah berada di lobi Hotel Grenz. Tanggapan pertama orang itu
adalah penting. Terdapat lagi dua orang pelajar yang akan membuat pratikal
seperti kami. Mereka akan ditempatkan di unit pemasaran. Sementara menunggu
dipanggil, kami sempat berkenalan antara satu sama lain.
Kelihatan
seorang wanita yang kuagak dalam lingkungan 40an menghampiri kami. Sudah tentu
ini penyelia kami. Wanita tersebut memperkenalkan dirinya. Seterusnya kami dibawa ke dalam bilik mesyuarat yang
berada di tingkat tiga. Di situ juga bertempatnya unit pengurusan dan juga
bilik pemilik hotel ini.
Kami
diberi pendedahan mengenai organisasi yang terdapat di dalam hotel ini. Selain
itu kami juga diajar untuk berkomunikasi dengan para penghuni yang menginap di
sini. Walaupun kami hanya menjalani latihan praktikal, nama baik hotel ini kami
perlu jaga juga. Tambahan pula hotel ini mengamalkan moto “Tetamu Diutamakan”.
Penampilan diri juga harus dijaga. Sepanjang tiga bulan di sini, kami diberikan
kupon untuk makan tengah hari di kafe hotel. Sama seperti staf-staf hotel yang
lain.
Setelah
diberikan pendedahan mengenai selok belok hotel, kami perlu mengisi beberapa
borang. Borang-borang tersebut akan diserahkan kepada penyelia kami di unit
masing-masing nanti. Dalam kami khusyuk mengisi borang, pintu bilik mesyuarat
di buka dari luar. Masuk dua orang lelaki. Berpakaian kemas. Kak Yati
memperkenalkan kami dengan mereka berdua. Rupanya pemilik hotel ini. Patutla ku
rasakan berkarisma orangnya. Seorang lagi, Encik Rahmat penyelia di unitku.
Nampaknya sepanjang tiga bulan aku di sini, masa kami akan dihabiskan dibawah
pemantauannya.
Pemilik
Hotel Grenz , Dato’ Kamarudin mengalukan kedatangan kami. Daripada
percakapannya aku mengagak dia seorang yang peramah. Melalui penerangannya
barulah kami tahu yang hotel ini juga mempunyai kerjasama dengan sebuah kolej
kulinari yang berhampiran. Pelajar yang mengikuti kursus kulinari di kolej
tersebut boleh memohon pinjaman dengan hotel ini. Lulusan kolej yang cemerlang
akan ditawarkan untuk bekerja di hotel ini bergantung pada kekosongan ketika
itu. Sekurangnya mereka telah terjamin akan perolehi pekerjaan selepas tamat
pengajian nanti. Selain itu, sekiranya terdapat majlis-majlis yang memerlukan
pembantu yang ramai, mereka akan memintanya daripada kolej tersebut. Para
pelajar yang dihantar akan diberikan tip mengikut bilangan jam bekerjanya.
Aku
amat berbangga dengan pemilik hotel ini kerana sanggup memberi ruang dan
peluang kepada para pelajar tersebut untuk menambahkan pengetahuan dengan dunia
sebenar pekerjaan selain teori yang dipelajari para pelajar tersebut dalam
bilik kuliah. Bukannya senang hotel-hotel yang gah untuk menerima para pelatih
yang rata-rata masih mentah dalam dunia perhotelan kerana mereka tentulah akan
menjaga nama baik hotel mereka. Ini berlainan sekali dengan Hotel Grenz di mana
banyak peluang diberikan para pelatih untuk merasai dunia pekerjaan sebenar.
Pengalaman inilah yang akan mendewasakan mereka kelak. Sudah tentulah mereka
akan lebih yakin untuk terlibat dengan dunia perhotelan selepas tamat pengajian
nanti.
Selepas
diberi penerangan oleh pemilik hotel, kami pun bergerak ke unit masing-masing.
Aku dan Nina dibawa oleh Encik Rahmat ke unit kewangan. Sepanjang perjalanan,
kami berborak kosong. Nampaknya Encik Rahmat ini kelakar juga orangnya. Boleh
jadi geng la macam ni. Sampai sahaja
di unit kewangan, kami di bawa masuk ke dalam biliknya.
Encik
Rahmat menerangkan skop tugas di unit kewangan. Satu unit yang agak berat
tugasnya. Satu fail diberikan kepada kami. Di situ terdapatnya spesifikasi
tugas di bahagian kewangan. Hotel tentulah mempunyai banyak unit. Semua unit
ini akan bergantung kepada unit kewangan. Oleh sebab itu integriti amat penting
bagi mereka yang bekerja di unit ini.
Kami
diberikan meja bersebelahan. Di sini mengamalkan konsep terbuka. Tidak ada partition yang menghalang kami. Aku rasa
cara begini elok juga. Memandangkan unit kewangan agak sibuk kami tidak perlu
menghabiskan masa untuk bergerak ke sesuatu tempat. Hanya melaung dari tempat
duduk sahaja. Ini sudah bagus bagi kami. Maklumlah kami ni orang baru hendak
belajar selok belok dunia pekerjaan. Aku dan Nina ditempatkan secara
bersebelahan.
Sudah seminggu kami membuat
praktikal di sini. Aku dan Nina sudah mula merasa seronok. Kami sudah dapat
menyesuaikan diri dengan budaya kerja di sini. sudah mula beramah mesra dengan
staf-staf yang lain. Bagiku skop kerja di bidang kewangan amat berat. Segala
butiran yang direkod mestilah tepat. Aku percaya bagi mereka yang bekerja di
bidang ini mestilah jujur. Hotel Grenz merupakan hotel terkemuka di sini. Jadi
pendapatan hotel juga agak tinggi.
Bagiku bekerja di bidang ini mestilah mempunyai sikap jujur dan amanah.
Nasib la staf dan bosku jenis orang
yang sekepala dengan kami. Walaupun tugas kerja yang berat, namun kami masih
mampu melakukan dengan ceria. Lagipun kami hanyalah pelatih dan tugasan yang
diberikan tidak berat mana tapi ilmu yang kami perolehi tiada nilainya.
Bukannya bekerja di bawah tekanan. Seberat mana pun kerja jikalau dilakukan
dengan hati yang tenang tentulah akan menjadi ringan.
Lebih-lebih
lagi aku dan Nina duduk bersebelahan. Asyik berboraklah jawabnya. Mana nak
stress kalau macam ni. Sepanjang seminggu di sini, banyak pengalaman yang aku
perolehi. Kini aku sudah mahir untuk
menyiapkan kerja yang diberi. Hujung bulan kami agak kalut. Segala urusan
pembayaran akan dibuat. Tika ini nak bersembang dengan rakan sebelah pun tak
sempat. Semua pembayaran akan dilakukan segera. Dalam pada itu kesilapan tidak
boleh berlaku. Sebab itulah jika dilihat para pekerja tidak ada yang mengangkat
muka. Tekun meneliti butiran di tangan. Selain itu laporan kewangan akan
dibuat. Laporan itu akan digunakan dalam perjumpaan para pengurus. Amalan
setiap bulan yang diamalkan. Setiap pengurus akan membentangkan perkembangan
unit masing-masing.
Di
sini, aku tidak ditetapkan melakukan
satu tugas sahaja. Kadang-kadang aku diminta membuat checklist untuk dibayar elaun kepada para pekerja sambilan yang
diambil semasa majlis-majlis diadakan. Kebanyakan mereka ini adalah para
pelajar dari kolej kulinari yang berhampiran.
Bulan
kedua menjalani praktikal, aku dan Nina dikehendaki berada di bahagian purchasing. Bahagian yang agak sibuk juga. Kami dikendaki mengendalikan bahagian claim. Hotel begitu banyak urusan
pembelian stok. Hotel mempunyai banyak unit. Hujung bulan banyak borang claim
yang dihantar kepada unit kami.
Hari
ke hari rutin kami begitulah. Pergi dan balik kerja. Aku dan Nina bukannya
jenis yang suka berpeleseran. Sebaik tamat waktu bekerja kami akan pulang ke
rumah. Hujung minggu sahaja kami akan keluar. Itupun jika ada barang yang
hendak dicari. Selebihnya kami lebih suka melepak di rumah.
Sepanjang
tiga bulan ini, aku masih lagi menumpang Nina. Walaupun elaun yang kuterima
agak banyak dan mampu untuk membeli kereta sendiri tapi aku biarkan dahulu
hasratku itu. Aku perlu menyimpan. Selepas ini aku tidak tahu berapa lama
tempoh aku terpaksa menunggu untuk mendapatkan kerja. Aku tidak mahu
menyusahkan orang tuaku. Walaupun aku tahu aku masih lagi di bawah
tanggungjawab mereka.
Pejam celik-pejam celik lagi dua
hari aku dan Nina akan menamatkan latihan praktikal kami. Terasa sekejap benar
masa berlalu. Sepanjang di sini banyak ilmu yang kami perolehi. Yang pastinya
dapat aku rasakan keyakinan diri aku semakin meningkat. Aku lebih yakin untuk
berurusan dengan orang lain. Maklumlah hotel merupakan tumpuan pelbagi lapisan
masyarakat. Semasa berurusan dengan mereka, secara tidak langsung aku dapat
mempraktikkan kemahiran berkomunikasi. Begitu berharga pengalaman yang aku
perolehi sepanjang tiga bulan di sini. Aku berharap keputusan latihan praktikal yang akan keluar nanti mendapat
keputusan cemerlang.
Hari ini kami telah berjanji untuk
makan tengah hari dengan Kak Yati. Selalunya aku dan Nina lebih suka makan di
Warung Mak Jah. Tapi tidak hari ini. Maklumlah esok hari terakhir kami di sini.
Terasa sekejap sahaja tiga bulan berlalu. Bermacam pengalaman dan pengetahuan
yang kami dapat di sini. hari-hari terakhir ramai pulak yang ingin belanja
kami. Esok bos dan staf-staf di unit kewangan akan belanja kami makan tengah
hari. Terasa sedih pula hendak berpisah. Sepanjang tiga bulan di sini, kami
rapat seperti sebuah keluarga. Saling menghargai antara satu sama lain. Saling
tunjuk ajar. Dikurniakan bos yang sangat memahami. Kadang-kadang tidak terasa
yang kami masih lagi pelajar.
Sepanjang tempoh ini, aku dan Nina
selalu mengendeng Kak Yati untuk rekomen kami bekerja di sini. Aku lebih mesra
dengan Kak Yati. Terasa selesa dengannya. Mungkin dia orang pertama yang
melayan kami semasa hari pertama melapor diri. Segala urusan mesti dirujuk
dengannya. Walaupun dia sudah berumur dalam lingkungan 40an, tetapi perangai
gila-gilanya sama sahaja dengan aku dan Nina. Terasa sayang benar dengan Hotel
Grenz.
Pensyarah
yang datang menilai kami juga menyatakan perkara yang sama. Terlihat keakraban
kami. Pengalama kerja yang pertama dengan persekitaran yang baik membuatkan aku
sayang untuk meninggalkan Hotel Grenz. Dengan bosku En. Rahmat pun kami selalu
berkias. Kot-kotla kami ditawarkan kerja tetap di sini nanti. Lagipun aku tahu ada kekosongan di sini.
Kak Yati membawa aku dan Nina makan
agak jauh dari hotel. Restoran Rumbia. Tak eprnah lagi aku dan Nina sampai ke
sini. selalunya kami akan makan di sekitar kawasan perumahan yang kami sewa
sahaja. Pertama kali datang ke sini aku amat menyukai dekorasinya yang ala
kampung. Terasa tenang. Persekitarannya juga bersih.
Pesanan makanan telah dibuat oleh
Kak Yati semasa dia menempah meja tadi. Menurutnya lagi, jikalau tidak ditempah
awal, alamaknya berjam-jam la kami menunggu. Restoran ini menjadi tumpuan para
pelanggan. Sebab itulah ia sentiasa penuh.
“ Korang jangan bimbang. Akak order special punya. Korang tak pernah
datang sini lagi kan? Nanti rasa ok ke tak kat sini.” tutur Kak Yati.
“ Kami tak kisah. Semua bedal. Tolak
kayu ngan batu jer.” Jawab Nina.
Aku hanya tersengih. Nasib aku dan
Nina bukannya orang yang berkira soal makan. Letak saja la apa makanan di
hadapan kami semua kami bedal. Sambil
menunggu hidangan yang dipesan, aku mengalih pandangan ke serata restoran. Aku
perhatikan ramai pengunjung datang dalam kumpulan. Agaknya lagi ramai, lagi meriah. Sudah tentulah
banyak topik yang dibualkan.
Kelihatan dua orang pelayan
restoran, menuju ke meja kami. Amboi banyaknya pesanan yang dipesan. Ligat
pelayan meletakkan hidangan di atas meja. Sekejap sahaja penuh satu meja. Amboi
larat ker nak habiskan semua ni.. kelihatan siakap masak stim, tom yam campur,
paprik, telur bungkus dan banyak lagi. Tercium sahaja bau tom yam terus kecur
liur. Ni belum rasa lagi. Tanpa berlengah kami mula makan.
Memang benar seperti yang dikatakan
Kak Yati tadi. Makanan di sini memang marvellousla..
apa yang dimakan terasa cukup lengkap perisanya. Perfect kata orang putih. Cukup puas hati. Berbaloi datang agak
jauh. Nampaknya selepas ini, di sini lah menjadi pilihan kami. Time makan semua tak angkat kepala.
Suasana sepi sahaja. Masing-masing khusyuk menikmati hidangan di depan mata.
Setelah Kak Yati selesai membuat
bayaran, kami pun keluar dari restoran tersebut dan bergerak ke arah kereta Kak
Yati yang diparkir di hadapan restoran.
“ Mahal jugak tadi kan? Kesian
akak..” ujarku. Nina juga mengangguk kepala tanda setuju denganku. Kesian pulak
aku rasakan.
“ Ala...sekali sekala..lepas ni
korang pulak belanja akak.”
“ In Shaa ALLAH kak. Tapi kena
tunggu kami kerja dululah.” Ujar Nina.
Kak yati hanya ketawa. “ Sebulan
lagi bolehla korang belanja akak ek,” dia mula menghidupkan enjin keretanya.
Sebulan lagi. Agak-agaknya masa tu
kami dah kerja ke belum. Tapi orang berbudi kita mesti pandai membalasnya kan.
“ Ala kak. Masa tu belum tentu kami dapat kerja. Nak belanja sekarang pun boleh,” ujarku.
Maklumlah elaun aku masih banyak. Setakat nak belanja Kak Yati seorang masih
lagi mampu. Tak perlu tunggu aku bekerja. Lagipun selepas ini entah bila boleh
jumpa lagi.
Kak yati mula mengeluarkan kereta
menghala ke jalan utama. Keadaan jalan raya agak sibuk. Semua pekerja hendak
pulang ke pejabat masing-masing. Tentulah sesak. Mintak-mintaklah kami tidak
lewat sampai ke hotel. Walaupun esok aku sudah tamat, tapi ketepatan masa perlu
dijaga.
“ Tak mau lah akak..Akak nak rasa first gaji korang...” ujar Kak Yatim
sambil tersenyum simpul. Lain macam pula aku melihatnya.
“ Hmmph... kalau dah macam tu kena
tunggulah bila kami dapat kerja. Sabar ek.” Ujarku.
Kami tiba di hotel, lima minit
sebelum tamat waktu rehat. Fuuh lega. Nampaknya reputasi masih dijaga. Sampai
sahaja di unitku, aku dan Nina menuju ke surau. Setelah mengerjakan solat
zohor, kami kembali ke meja. Sampai di meja, aku meletakkan tas tangan ke dalam
laci meja. Telefon bimbit dibawa keluar.
Kepada
Nina aku berpesan agar menghubungiku sekiranya bos mencari aku. Ketika ini aku
dan Nina sudah tidak diberikan tugas. Cuma kami menolong kerja-kerja mudah yang
diminta oleh staf yang lain. Aku mahu ke tempat Kak Yati. Malam ini akan diadakan majlis perkahwinan
seorang anak dato. Pasti hebat majlisnya. Mungkin sekarang Kak Yati sedang
sibuk di Dewan Tanjong. Aku dan Nina juga telah berjanji untuk membantunya
malam nanti. Lagipun di rumah, kami tidak ada apa-apa yang akan dibuat. Aku
suka menghabiskan masa bersama Kak Yati sekiranya dia mengetuai sesuatu majlis.
Suka melihat betapa cekapnya staf mereka melakukan kerja. Segala persiapan
dipastikan sempurna sebelum majlis bermula. Daripada PA System hinggalah ke
hidangan. Semua dipastikan sempurna.
Tanpa
perlu diarah banyak kali, mereka pantas melakukan kerja masing-masing.
Selebihnya aku suka melihat perunding-perunding yang terkenal membuat
dekorasinya. Kalau akulah tak sanggup nak habiskan duit berpuluh ribu untuk
satu majlis perkahwinan. Tapi bagi orang-orang kaya itu perkara biasa bagi
mereka. Maklumlah majlis yang hebat melambangkan status quo masing-masing. Agaknya kalau aku kahwin dengan orang
kaya bolehla aku buat majlis sebegini. Perasan tak hengat.
Setelah
berbual seketika, aku kembali semula ke mejaku. Kesian pulak tinggalkan Nina
lama-lama. Kelihatan Nina sedang membaca novel. Amboi patutla tak cari aku. Aku
menepuk bahunya. Dia menjeling. Marah diganggu. Aku dan Nina sememangnya kaki
novel. Aku membuka laci. Mengambil novel yang baru kami beli. Dekat Padamu.
Keluaran Love Novel. Bila mengadap novel, jangan haraplah nak dengar kami
bercakap. Sama juga di rumah sewa. Jika masing-masing telah memegang novel,
semua kerja diabaikan. Novel diutamakan. Aku akan mengambil tempat di kerusi three seater manakala Nina di kerusi
cleopatranya. Diakan lebih rendah dari aku hehe...masa tu keadaan ruang tamu
hanya kedengaran suara dari televisyen sahaja.
Kami
khusyuk dengan novel masing-masing. Tidak sedari waktu kerja telah tamat.
Masing-masing masih tidak berkutik. Sayang hendak memberhentikan bacaan.
Sehinggalah kami disergah oleh En.Rahmat. Terperanjat beruk. Terpelanting novel
di tangan. Itulah buat lagi kerja tak betul masa waktu kerja. Terasa luruh
jantungku. Bos aku ni pun agak-agakla. Kalau aku ada sakit jantung dah lama aku
jalan.
“
Nak jadi jaga kat sini ker?” aku perhatikan jam di dinding. Ceh! Dah lewat
sangat ni. Alahai kenapa la staf yang lain tak tegur kami. “ Bagus khusyuk membaca.
Patutla jadi best student.”bosku gelak jahat. Nina yang banyak alasan itu pun
tidak menjawab. Mana sempat otak nak befikir kalau dah disergah begitu. Kami
mengemas beg.
“
Nak balik la ni.” Jawab Nina. Bosku masih ketawa.
Kami
beriringan keluar dari unit kewangan. Hampeh punye bos. Masih lagi gelakkan kami. Hidung aku ni dah rasa kembang
kempis jer. Tahan malu.
“ Korang sampai part mana tadi. Saya tengok
masing-masing tersengih saja. Ada yang menarik ke?” tak habis lagi rupanya bos
aku ni.
“
Part buat haji. Terasa macam saya jer ada kat sana.” tu dia... Nina is back.
Dah mula menjawab tu. Hi..hi..novel Mama Mia Syaza ada part pergi haji ker?
Kelentongla ko Nina. Aku cuma gelak dalam hati. Bosku makin kuat ketawa.
“
Saya pernah muda Nina.” bukannya dia tidak tahu peel anak buahnya yang ini. Menjawab selagi boleh menjawab. Dia
tidak ambil peduli pun. Teringat kepada anak daranya di rumah. Suka membaca
novel juga. Elok sangatlah kalau
diletakkan mereka bertiga.
Apa
pun dia sayangkan anak buahnya ini. Sebab itulah dia memohon agar pihak atasan
mengambil mereka bekerja di Hotel Grenz. Dia dapat melihat kewibawaan anak
buahnya ini. Idea orang muda amat diperlukan. Di bahagian mana mereka di
tempatkan dia tidak kisah asalkan tenaga mereka dapat digunakan. Dia juga
memohon agar salah seorang dari mereka
dikekalkan di bahagian kewangan, memandangkan seorang stafnya akan berhenti
pada bulan hadapan. Mengikut suaminya pulang ke negara asalnya. Kedua-duanya
menunjukkan prestasi yang amat baik. Esok anak buahnya ini akan tamat
praktikal. Dia telahpun menempah restoran untuk meraikan mereka. Semua staf
kewangan akan dibawa makan tengah hari di situ.
No comments:
Post a Comment