Sunday, 26 January 2014

PROLOG


Kriiiigg………loceng tamat rehat baru sahaja berbunyi...
Suasana kelas Tingkatan 5ST hingar bingar dengan para pelajar yang keluar masuk dari kelas. Masing-masing mempunyai tujuan tersendiri. Apatah lagi sekarang ini musim guru-guru mengadakan ujian bagi mengukur prestasi para pelajar mereka. Maka tidak hairanlah mereka akan merujuk rakan-rakan yang telah menduduki ujian untuk mendapatkan tips atau lebih tepat lagi soalan bocor. Di penjuru kelas terdapat lima sekawan yang sedang rancak berbual. Siapa lagi kalau bukan kumpulan pemusnah alam SMKTT  yang menggelarkan diri mereka ANASA.. Hanya mereka sahaja yang mengetahui maksud disebalik nama tersebut.
ANASA disegani oleh pelajar lelaki di SMKTT. Maklumlah ke mana sahaja mereka akan berlima. Jadi apa-apa yang berlaku kepada ahli kumpulan mereka akan ada back up daripada ahli kumpulan yang lain. Walaupun begitu geng ini jugalah yang selalu menaikkan nama sekolah, sama ada dari segi akademik mahupun sukan. Kiranya sejahat-jahat kami ada juga baiknya….
“ Woi..sape yang main kasar ni? Baling aku dengan getah pemadam!!!’’ jerit Zie a.k.a ketua ANASA.
Tiba-tiba keadaan kelas kelas sunyi sepi. Semua pelajar berpaling ke arah Zie setelah mendengar jerkahan Zie yang kuat namun terdapat seorang pelajar yang tersengih-sengih disebalik pintu.
“Ooo… ni memang sah kerja ko kan? Ko hari-hari dengki dengan aku kan?” Zie mula membebel apabila melihat Anaz tersengih-sengih di sebalik pintu. Anaz juga merupakan pelajar yang nakal di SMKTT dan juga pelajar yang berani mengganggu geng ANASA.
“ Ha..ha.. aku bukan dengkilah. Ko tu kalau dah duduk ngan geng-geng ko mesti tak ingat dunia kan? Korang lupa ker sekejap lagi subjek Sejarah. Ko dah study ker? Lupa ker apa janji cikgu sejarah dengan kita. Sorang salah semua kena cubit!!’’ jerit Anaz  dari luar kelas.
“ Amboi-amboi panjang lebar ko bagi syarahan kat aku yer… kami dah study la..kamikan
scorer ha..ha..ha..’’ sambil Zie membuat gelak jahat.
“ Eleh berlagakla ko..Bukan aku tak tahu kalau dah duduk ngan geng-geng ko tu kan mesti ada agenda jahat korang plan kan?’’ nampaknya Anaz masih lagi tidak berpuashati dengan Zie.
“ Eleh ko ni sibuk asal? Ke ko nak join geng aku ni? ..tapi sorryla group kami dah penuh,” Sofi dengan selamba badaknya bersuara.
“ Woi korang ni asyik bertekak jer cuba tengok siapa yang datang tu?” jerit Alid.
            Semua mata memandang ke arah yang ditunjukkan oleh ketua kelas kami. Automatik semua pelajar menelan liur masing-masing. Maklumlah guru sejarah yang terkenal dengan cubitannya yang berbisa menuju ke kelas kami. Semua pelajar bergerak untuk kembali ke tenpat duduk masing-masing.

            Pada hari tersebut kami satu kelas merasa cubitan tersebut disebabkan oleh seorang rakan kelas kami yang tidak dapat menjawab soalan yang diajukan. Terasa kenangan di alam persekolahan begitu indah. Walaupun banyak suka duka namun bagi seorang pelajar itu adalah lumrah. Setiap hari bergelak riang kerana minda mereka belum dibebankan sepertimana orang dewasa. Rutin mereka hanya pergi dan pulang sekolah.

No comments:

Post a Comment