lama x jengah blog.. dah bersawang agaknya. sampaikan berita gembira pun tak sempat nk diupdate..
syukur.. cubaan buat kali pertama cerpen yg dihantar utk satu peraduan khas telah diterima. Nantikan kemunculan Izin kugapai bahagia itu...utk mss Saya Sayang Awak juga ader good news.. skrg saya tengah memantapkan lg story mengikut kehendak publisher... semoga ia bakal menemui peminat dlm versi cetak pula...thanks kpd semua yg support fazila Adam...
Friday, 29 August 2014
BAB 20 - SAYA SAYANG AWAK...
Ketika
kami sedang bersarapan pagi, ibu mertuaku mengajak kami keluar membeli belah.
Ingin membeli hadiah untukku. Hadiah perkahwinan katanya. Aku menegahnya. Tak
mahu mama menghabiskan wangnya untukku. Sudah cukup dengan majlis yang gemilang
semalam. Walaupun aku menolak, tapi beria ibu mertuaku mahu memberikannya. Aku
terpaksa mengalah apatah lagi disokong Ryzal. Tak kan menang kalau dua lawan
satu. Qistina hanya diam sahaja. Tidak menyampuk langsung.
“ Qis ikut sekali yea.” Ujarku pada
Qistina. Dia tersentak. Mungkin tidak menjangka aku akan mengajaknya. Aku tidak
mahu dia berasa terasing dengan kehadiranku. “ Tak apa la. Qis duduk rumah
saja.” Qistina menolak sambil matanya memandang kearah Ryzal. Ryzal tidak
memberi apa-apa respon.
“
Jom Qis. Mama dah lama tak belikan Qis baju.” Setelah didesak aku dan mama,
akhirnya Qistina mengalah.
Sebenarnya Qistina serba salah untuk
turut serta. Dia tidak mempunyai baju yang sesuai untuk keluar bersama kakak
iparnya. Arleena bertudung sedangkan dia, tiada satu pun bajunya yang
benar-benar menutup aurat. Jika berlengan panjang atau pun tidak berlengan,
pastinya dipadankan dengan skirt paras lutut.
Mama mengarahkan dia naik ke atas.
Mereka semua sedang bersiap. Qistina masih termangu di hadapan almari
pakaiannya. Memilih baju yang elok sedikit dipakai. Takkan dia hendak memakai
baju kurung. Qistina mengetuk-ngetuk kepalanya. Nak tak nak dia menarik juga
skirt paras lutut. Selepas itu menyelongkar blous berlengan panjang. Rambut
disikat rapi. Qistina memandang wajahnya di dalam cermin solek. Dia menyentuh
rambutnya. Pastinya dia akan berhijab nanti.
Qistina turun ke ruang tamu.
Kelihatan mama, abang dan kakak iparnya telah siap. Mereka sedang menunggunya.
Arleena memandang qistina. Diakui Qistina pandai bergaya. Pasti pakaiannya
berharga ratusan ringgit seperti juga Ryzal. Cukup sempurna di bahagian atas.
Kenapa perlu dibuka dibahagian bawah. Tapi inilah trend anak muda kota masa
kini.
Qistina perasan perubahan muka kakak
iparnya. Nak buat macam mana ini sahaja baju yang dirasakan menutup sedikit
auratnya. Kebetulan jeansnya ditinggalkan di rumah sewa. Puas digeledah tiada
satu pun yang tinggal dalam almarinya.
Mereka semua keluar dengan menaiki
Harrier Ryzal. Dia duduk di hadapan bersama suaminya. Mama dan Qistina di bahagian
belakang. Mereka bergerak ke Pavillion. Entah apalah yang hendak dibeli oleh
ibu mertuanya itu.
Arleena tidak berkesampatan untuk
beriringan dengan Qistina. Tangannya
sentiasa dalam genggaman Ryzal. Mama pula berjalan dengan Qistina. Mama
mengajak mereka masuk ke butik pakaian. Qistina memerhati sekeliling. Kakak
iparnya teruja dengan jubah-jubah yang sarat dengan manik. Qistina hanya
memerhati. Dia juga mempunyai keinginan yang sama tapi malu. Biarlah dia
membeli sendiri nanti tanpa ahli keluarganya. Dia malu sekiranya mereka
memerlinya.
“
Qis tak nak ke? Pilih mana-mana berkenan.” Tawar mama.
“
Tak pelah mama.” Puan Zainab merasakan sikap anak daranya ini sedikit berlainan.
Pagi ini dia rasakan Qistina tidak ceria seperti biasa. Apa yang bermain di
fikiran anaknya. Adakah Qistina cemburu dengan layanannya terhadap Arleena?
“
Tak kan Qis tak nak apa-apa. Nanti kita ke butik pilihan Qis pula ok.” Tanya
Puan Zainab untuk membeli mood anaknya.
Qistina
memerhatikan sekeliling. “ Qis ambil telekung saja la.” Dia beralih ke ruangan
yang meletakkan beberapa jenis tudung. Dia memilih satu yang berkenan denagn
hatinya. Setelah memilih dia beralih ke bahagian hujung butik. Duduk di sofa
yang disediakan. Hanya memerhati mama dan kakak iparnya memilih. Menunggu masa
untuk membuat bayaran bersama mereka. Terasa di sebelahnya diduduki seseorang.
Tidak dihiraukan Qistina.
“
Tak guna solat tunggang terbalik kalau tak tutup aurat.” Berdesup kata-kata itu
masuk ke dalam hatinya. Terasa seperti dituju kepadanya. Qistina berpaling ke
sebelah. Seorang pemuda sedang menilik Samsung Note III di tangannya.
Adakah
dia yang bersuara tadi? Qistina mengerutkan keningnya. Kalau tanya aku juga
yang malu. Dalam begitu, pemuda tersebut memusingkan kepalanya ke arah Qistina.
Dia tersenyum. Qistina sedikit tergamam. Dia kenal pemuda itu. Pemuda yang
sentiasa merenung tajam ke arahnya setiap kali pandangan mereka bertaut. Mereka
satu kuliah. Tapi dia tidak pernah ambil peduli siapa nama pemuda tersebut.
Baginya pemuda itu amat menjengkelkan. Selalu mencari salahnya. Ada sahaja
teguran yang kurang senang di hati Qistina. Tidak salahla mesti dia yang
berkata tadi. Qistina ingin bangun dari sofa tersebut. Tidak mahu bertelagah
dengan pemuda itu.
Melihat
keadaan Qistina seperti ingin meninggalkannya, cepat-cepat Riyad bersuara. “
Kan bagus kalau bertudung macam kakak awak. Saya pun sanggup jadi suami.” Panas
Qistina dengan kata-kata lelaki tersebut. Tanpa menjawab dia bangun
meninggalkan pemuda itu. Kalau dia ingin berubah pun bukan sebab ingin menjadi
isteri pemuda tersebut. Qistina menghampiri mamanya.
“
Lambat lagi kermama? Panasla kat
sini.” Arleena tersentak dengan kata-kata Qistina. Perasan muka Qistina yang
putih telah berona merah. Tengah marah agaknya. Marahkan siapa? Arleena
berpaling ke arah sofa yang diduduki Qistina tadi. Terdapat seorang pemuda di
situ. Adakah lelaki itu mengusik
Qistina? Mungkin ya sebab dia melihat lelaki tersebut tidak melarikan
pandangannya dari memerhati Qistina. Boleh tahan juga!
Riyad
tersenyum. Mata masih memerhati gadis yang telah lama bertakhta di hatinya.
Walaupun gadis tersebut dirasakan agak sosial tapi dia dapat rasakan ada
sesuatu dalam diri gadis tersebut. Seringkali dia menegur Qistina. Semuanya
melalui sindiran. Niatnya ingin melihat Qistina berubah. Nampaknya usaha dia masih
belum berhasil. Riyad berasa lega apabila melihat Qistina memilih telekung.
Walau dia gadis liar, sekurang-kurangnya dia masih tunduk kepada penciptanya.
Dua hari lagi kami akan bekerja
semula. Hari ini aku dan Ryzal mengangkut barang-barang ke rumah Ryzal. Rumah
yang telah lama dibeli tapi jarang didudukinya. Nasiblah rumahnya ini tidak
jauh dari tempat kerjaku. Tidak nanti aku mengambil masa yang lama untuk ke
tempat kerja. Aku hanya membawa pakaianku sahaja memandangkan rumah Ryzal telah
dilengkapi dengan semuanya. Barang-barang di rumah sewa aku tinggalkan sahaja.
Manalah tahu akan digunakan kemudian hari.
Rumah kepunyaan Ryzal agak besar.
Banglo mewah dua tingkat. Menjejak kaki ke dalam rumah tersusun elok
perabot-perabotnya. Nampaknya Ryzal lebih suka kepada gaya kontemporari.
Berbeza dengan aku yang lebih menyukai suasana santai. Tidak sarat dengan
perabot.
Setelah mengemas pakaian ke dalam
almari aku turun ke dapur. ingin melihat apa yang ada di dapur orang bujang.
Aku membuka peti ais. Kosong. Yang ada hanya beberapa botol air mineral. Apa
aku nak masak nui.
Memandangkan kami akan bekerja, aku
mengajak Ryzal ke pasaraya membeli barang-barang keperluan dapur. Jika hari
bekerja nanti, susah pula. Tentulah kami kesuntukan masa.
Nampaknya hari ini kami akan makan
di luar. Selepas aku membeli semua kelengkapan dapur nanti barulah kami akan
makan di rumah. Aku tidak mahu Ryzal makan di luar selalu. Ryzal menyerahkan
sepenuhnya tugas untuk membeli keperluan dapur kepadaku. Orang perempuan
tentulah lebih arifkan. Lagipun aku yang
akan memasaknya. Tugas Ryzal hanyalah menolak troli dan membayarnya.
Ke semua barang asas masakan telah
aku beli. Penuh satu troli. Bukan aku boros yer tapi dapur Ryzal kosong.
Terpaksalah aku membeli segala keperluan asas. Ini juga akan menyenangkan aku
apabila hendak memasak. Semua bahan telah ada.
Saturday, 2 August 2014
BAB 19- SAYA SAYANG AWAK
Tepat
jam sebelas pagi Ryzal dan mak ciknya telah sampai di rumah sewaku. Pakciknya
akan memandu kereta. Ryzal kulihat bertambah kacak dalam baju melayu berwarna
ungu. Begitu kena dengan kulitnya yang putih bersih.
Aku
menaiki kereta bersama Ryzal. Kiki memandu kereta ayah memandangkan dia lebih
mahir dengan jalan di sini. Nina pula masih menunggu Harith datang
menjemputnya. Ryzal menggenggam jari-jemariku. Aku menepis, malu dengan pak
ciknya yang sedang memandu. “ Takutla.” Luahku pada Ryzal. “ Abang ada. Mama abang tak makan orang la.”
Pak cik Ryzal ketawa apabila mendengar kata-kata anak buahnya. Dia memulakan
bicara. Hilang rasa gementar.
Semasa
kami sampai di rumah Ryzal, halaman rumahnya telah dipenuhi oleh tetamu. Aku
disambut oleh mamanya. Kami dibawa ke pelamin yang diletakkan di ruang tamu.
Aku ingat majlis sambut menantu tidak perlu bersanding. Ryzal menyatakan
mamanya ingin melihat kami bersanding di sini juga. Selepas aku dibawa ke
tempat yang disediakan khas untuk bersalaman dengan menantu. Aku perlu
tersenyum setiap masa. Agak ramai juga tetamu yang dijemput oleh ibu mertuaku.
Setakat
ini aku amat berpuashati dengan layanan keluarga Ryzal. Adik Ryzal,Qistina
sentiasa berada di sampingku. Aku mengagak dia gadis pendiam sebab dari tadi
hanya aku sahaja yang bercakap. Dia hanya tersenyum.
“
Akak kami dah nak gerak.” Kiki mendekatiku. Aku bangun untuk bersalaman dengan
ahli keluargaku yang berada di bawah kanopi. Aku berpegangan tangan dengan
Kiki. Selepas ini tinggal aku di sini. Aku tak tahu bagaimana keadaan aku di
sini tanpa kehadiran familiku. Adakah
aku mampu menjadi menantu seperti yang dikehendaki oleh ibu mertuaku. Aku bepelukan dengan ibu.
Menitik air mataku. Mata ibu juga merah. Aku cuba menahan air mata dari keluar.
“ Dahla ibunya.” Ayah menepuk bahu ibu. Aku beralih pula kepada ayah. Walaupun
ayah seorang yang tegas, aku amat menyayanginya. Ayah memeluk aku erat.
Saat
ini Jeneral Khalid baru terasa akan kehilangan anak sulongnya. Walaupun Arleena
telah berkahwin, sebelum ini Arleena masih berada di hadapan matanya. Kini
barulah dia akan berpisah dengan Arleena. Dia juga faham perasaan isterinya.
Anak yang sentiasa menjaga hatinya.
Baginya Arleena masih lagi kecil. Siapa sangka gadis kecilnya telah menjadi
milik orang. Saat hendak meninggalkan Arleena di rumah Ryzal, terdetik juga
perasaan risau dihatinya. Begitu berat rasa hatinya. Dia berharap agar yang
baik-baik sahaja akan berlaku kepada anaknya. Tidak putus dia mendoakan
kebahagiaan rumah tangga anak sulungnya itu.
“ Jadi isteri dan menantu yang baik ye sayang.
Jaga maruah suami. Jaga hati ibu mertua.” Mendengar kata sayang diucapkan oleh
ayah, aku tidak dapat menahan air mata. Walaupun ayah seorang yang tegas dan
sampai ke umur ini aku masih takut dengan ayah, aku tahu ayah menyayangi kami.
Aku teresak dalam dakapan ayah.
“
Dah la tu bang ngah. Habis make up Aleen.” Mak su melarang ayah. Selepas itu
giliran mak su dan ahli keluargaku pula berpelukan denganku. Akhirnya Kiki.
Adik yang aku paling sayang.
“
Jaga ayah dan ibu.” Kami berpelukan.
“
Jangan lupa Kiki. Nampak dah ada pengganti tu.” Nampaknya Kiki cemburu dengan
Qistina.
“ Sayang akak ker?” usikku lagi. Kiki
mencebik.
Aku
memandang kaum keluargaku yang bergerak ke kereta. Sayu melihat ibu mengesat
air mata. Siapa tak sayang anak woi! Ryzal menggenggam jariku. “ Abang akan
jaga ayang.” Ucapan Ryzal menambahkan sebak dihatiku. Aku menguatkan lagi
genggaman di tangan Ryzal.
“
Jom ke khemah. Kawan-kawan hotel ayang ada datang. Nina pun ada.” Ucap Ryzal.
Aku mengikutinya. Kelihatan Kak Yati dan beberapa orang bos di Hotel Grenz
turut serta.
“
Terima kasih semua.” Aku ucapkan kepada rakan-rakanku. Aku turut duduk di
sebelah Kak Yati. Nina sedang menjamu selera bersama Harith. Alahai love birds ni. Aku berborak dengan Kak
Yati. Maklumlah sudah agak lama aku tidak bekerja. Aku memerhati bos-bos dari
Hotel Grenz menikmati hidangan. Berharap mereka berpuas hati. Sekali sekala
kedengaran usikan kepadaku.
“
Mr. Ian Rayyan tak datang.” Ucap Kak
Yati. Membuatkan hatiku berdetik. Nama yang aku telah padamkan dari hati aku.
“
Orang besar mana nak datang majlis kecil macam ni.” Aku menyedapkan hati.
Memang aku terasa dengannya. Orang yang agak rapat denganku tetapi disebabkan
perkara yang tidak diketahui hujung pangkalnya, dia telah berubah denganku. Bos
yang tidak lagi mengambil berat padaku. Kak Yati memandangku.
Aku
dipanggil oleh ibu mertuaku untuk masuk ke dalam. Ada saudara Ryzal yang ingin
berjumpa. Tanpa disedari sepasang mata Qistina asyik memerhati Arleena. Dari
tadi Qistina tertarik dengan hubungan yang erat Arleena dan ahli keluarganya.
Yang dia tidak pernah rasa dalam keluarganya. Dia dan abangnya tidak rapat.
Malah abangnya tidak pernah bertanyakan
soalnya. Apa yang dilakukannya. Malah abangnya juga turut sama berada di
kelab-kelab malam sepertinya. Dia
bersyukur jika abangnya berjumpa dengan pasangan yang boleh merubahnya.
Alhamdulillah
majlis sambut menantu berjalan lancar. Arleena tidak berasa kekok berada di
rumah mertuanya. Semuanya melayan dia dengan mesra sekali. Selepas majlis tadi
saudara mara Ryzal telah pulang ke rumah masing-masing. Kebanyakan mereka
tinggak berdekatan sahaja. Jadi tiada siapa yang bermalam di sini.
Aku
baru sahaja menamatkan perbualan telefon dengan ibuku. Lega apabila mereka
telah selamat sampai. Risau juga aku memandangkan Kiki yang menjadi pemandu. Setelah
berbual dengan ibu, aku turun ke tingkat bawah. Perut masih lagi kenyang.
Mencari kelibat Ryzal. Ryzal keluar dari bilik ketika dia sedang berbual dengan
ibu. Ruang tamu kosong. Dia terpandangkan pintu yang terbuka luas. Mungkin
Ryzal berada di luar sana.
Aku
menghala ke pintu. Ternampak Ryzal yang tengah menyusun kerusi di bawah khemah.
Hanya dibantu oleh adiknya. Aku masih belum sempat berbual panjang dengan
Qistina. Aku agak umurnya mesti sebaya Kiki. Mereka bekerja tanpa suara. Kalau
aku dengan Kiki dan kecoh. Terasa janggal pula. gaduh ke apa diaorang ni.
“ Abang, ibu ngan ayah kirim salam.”
Ryzal menyambut salam. Aku tersenyum ke arah Qistina. Dia malu-malu hendak
bercakap denganku.
“
Ayang rehat sajalah. Biar abang saja yang buat kerja ni.” Ujar Ryzal.
“
Tak apa bukan banyak pun lagi. Kesian juga kat Qis. Qis kan?” aku memandang
Qistina. Nampaknya aku yang perlu memulakan langkah. Gadis ini agak pendiam.
Qistina memandang aku dan kemudian pada abangnya. Mulutnya masih tidak
berbicara.
Sambil menyusun kerusi, mulut aku
yang banyak bercakap. Pada awalnya Qistina hanya memberi respon dengan
mengangguk sahaja. Lama kelamaan dia mula bercakap. Nampaknya dia agak peramah.
Tapi aku dapat rasakan hubungan dia dan Ryzal tidak baik. Tiada satu komunikasi
melibatkan antara dia dan Ryzal. Timbul rasa ingin mengetahui puncanya. Ryzal
hanya mempunyai Qistina adiknya. Tak kanlah hubungan mereka tidak rapat.
Kerja menyusun kerusi telah siap
dilakukan. Ryzal membawa keretanya masuk ke dalam garaj. Begitu juga dengan
Qistina. Oo... Qistina pakai mini cooper. Dia juga sukakan kereta tersebut.
Tapi mahal sangatla. Mereka ni orang kaya bolehla pakai kereta apa jenis pun.
Selepas itu Ryzal membawa masuk kereta mamanya pula. Dalam banyak kereta,
kereta Myvi aku saja yang buatan tempatan. Nasib aku tak bawa ke sini. Mana
setanding dengan kereta diaorang.
Aku menunggu Ryzal mengunci
keretanya. Qistina telah masuk ke dalam. Kami beriringan masuk ke dalam rumah.
“ Nak makan tak?” tanyaku pada Ryzal.
“
Kenyang lagila. Jom lepak tengok tv.” Ryzal memberi cadangan. Aku hanya
mengikutnya. Kami ke ruang tamu. Dari tadi aku tidak melihat kelibat ibu
mertuaku. “ Mama mana? Tak nampak pun?” tanyaku pada Ryzal. “ Kat atas kot.”
Cukup ringkas jawapan Ryzal.
Ryzal menekan remote astro mencari siaran yang menarik. Tangannya masih berada di
pinggangku. Aku berasa tidak selesa. Segan sekiranya dilihat oleh ibu mertua
atau Qistina. Tahulah kami pengantin baru tapi tak perlu lah nak tunjukkan
sangat. Takut orang berbulu saja nanti.
Telefon aku berdering. Aku melihat
nama tertera di skrin sebelum membuka butang kunci. Nina. Mahu apa dia ni. “
Assalamualaikum...” aku bersuara apabila panggilanku disambut.
“ Waalaikumussalam.... pengantin
baru..” ceria sahaja bunyi suara Nina.
“ Apa hal ni. Semacam saja aku
dengar suara. Ko kat mana?” tanyaku pada Nina.
“ I have something to tell you...” Nina masih mahu berteka teki.
“ Apa dia. Jangan nak main-main
la...” Ryzal memandangku. Mungkin hairan dengan cara ku bercakap. Aku menekup
telefon. Nina. Aku menunjukkan aksi memberitahu dengan siapa aku bercakap.
Ryzal hanya mengangguk. Pelukannya di pinggangku makin dikuatkan.
“ Harith lamar aku tadi.”
“ What!!” Aku terjerit kuat. Tidak
dapat mengawal suara. Semuanya spontan. Ryzal juga terperanjat dengan tingkah
ku. Nina ketawa dihujung sana.
“
Tahniah beb... kan dah kata mesti korang terkena badi kita orang.” Aku
bersandar di badan Ryzal.
“
Beb nanti aku call balik. Harith call la.” Cepat-cepat Nina mematikan
perbualannya denganku. Aku tersenyum memandang telefon di tangan. Nampaknya
Nina juga bakal mengikut jejakku.
“ Kenapa?” tanya Ryzal.
“
Harith lamar Nina. Mesti dia orang kena badi kita kan?” Ryzal ketawa.
“
Abang dah tahu. Siang tadi Harith dah bagitahu abang.” Aku merenung kearah
Ryzal.
“
Kenapa abang tak cakap dengan ayang.” Geram pula dengan sikap suamiku ini.
Perkara besar ni. Baik pula tu.
“
Abang dah tahu mesti Nina bagitahu juga kan? Saja nak tunggu Nina cakap sendiri
kat sayang.” Aku menarik hidung Ryzal. Melepaskan geram. Ryzal masih lagi
ketawa. Aku dipeluknya kemas. “ Malam ni jangan mengelak tau. Dah banyak kali
abang terlepas ni.” Aku mencebik ke arah Ryzal.
Qistina hendak turun ke dapur.
Niatnya terbantut apabila melihat adegan romantis di hadapannya. Kaku atas
tangga. Hanya memerhati abangnya bergelak ketawa. Syukur dengan kehadiran kakak
iparnya, dia dapat mendengar tawa abangnya. Nampak keserasian mereka berdua.
Qistina ingin berbual dengan kakak
iparnya. Perasaannya tertarik dengan kakak iparnya. Siang tadi dia terpegun melihat
kakaknya berhijab. Begitu juga malam ini. Kaku melihat rambut kakaknya yang
lurus hitam berkilat. Walaupun bertudung tapi masih mampu menjaga rambutnya.
Sedangkan dia selama ini tidak mahu bertudung dengan alasan tidak mahu
rambutnya rosak dan berbau. Terlalu menjaga rambutnya sampaikan dia mengingkari
perintah agama. Dia lebih suka mengenakan pakaian yang berbelah dan terdedah di
sana sini.Poor Qistina!
Malah
mama dan abangnya juga tidak pernah menyuruh dia bertudung. Hanya Mak Yam yang
sering menasihatinya. Walaupun dia dianggap gadis liar, tapi dia masih tahu
menjaga diri. Masih tahu batasan seorang gadis. Tapi sejak melihat kakak
iparnya tadi, timbul satu perasaan dalam hatinya. Terasa dia insan kerdil jika
dibandingkan dengan kakak iparnya.
Dia juga ingin rasa gembira seperti
abangnya. Mindanya terbayang pelukan kakak iparnya dengan adik perempuannya
tadi. Nampak begitu akrab. Dia juga inginkan seorang kakak. Ingin juga dipeluk
begitu rupa. Selama ini hanya Mak Yam yang sentiasa ada dengannya. Dia lebih
rapat dengan pembantu rumah daripada mama dan abangnya. Masing-masing leka
mengejar kerjaya. Mamanya sibuk dengan butik. Dia terlalu jauh dengan abangnya.
Abangnya banyak menghabiskan masa di asrama. Tinggal dia seorang di rumah.
Sejak itu dia jarang bercakap dengan abangnya. Bila bertembung masing-masing
terasa kekok.
Perkara ini berlanjutan sehinggalah
mereka dewasa. Walaupun mereka berada di tempat yang sama di kelab-kelab malam,
mereka hanya memandang seperti orang asing. Orang yang tidak mempunyai apa-apa
hubungan. Tiada teguran dari seorang abang kepada seorang adik dan juga begitu
sebaliknya. Masing-masing membuat hal sendiri. Dia bebas melakukan apa-apa tanpa
teguran dari abangnya.
Qistina melangkah ke arah dapur. Kelihatan
Mak Yam sedang menyediakan hidangan makan malam. “ Tak penat ke Mak Yam?” tanya
Qistina pada pembantu rumahnya. Mak Yam tersenyum kepada anak majikannya.
“
Qis nak makan ker? Mak Yam dah siap hidang semua. Pengantin mana?” tanya Mak
Yam.
“
Ada kat ruang tamu.” Jawab Qistina.
“
Pergilah panggil. Makan sekali.” Suruh Mak Yam. Qistina hanya memandang kepada
Mak Yam.
“
Tak kan Qis tak nak bertegur dengan abang. Anak Mak Yam ni kan baik. Tak salah
kita mengalah. Mak Yam tengok kakak ipar Qis tu baik orangnya.” Mak Yam
mengusap lembut kepala Qistina.
Dia
sudah menganggap Qistina seperti anaknya. Dari kecil dia telah menjaga Qistina.
Sudah faham perangai Qistina. Dia juga kasihankan Qistina. Gadis yang membesar
tanpa kasih sayang ibu sepenuhnya. Selepas pemergian Tuan Arshad, isterinya
terlalu kuat bekerja. Meninggalkan anak yang kecil di bawah jagaannya. Pulang
lewat malam. Dia lah yang memberikan didikan agama kepada Qistina. Tapi Qistina
membesar dalam kemewahan. Meningkat dewasa Qistina semakin hanyut dengan
pengaruh rakannya. Nasib ada dia yang sentiasa memantau pergerakan anak
majikannya itu. Dan dia juga bersyukur walaupun liar Qistina masih tahu menjaga
diri. Masih hormatkannya seperti dulu.
“ Mak Yam panggillah diaorang.” Kata
Qistina mematikan lamunan Mak Yam. Dia menepuk bahu Qistina sebelum beredar
untuk memanggil anak majikannya. Kelihatan Ryzal dan isterinya sedang bermesra
di ruang tamu. Mak Yam tersenyum. Berharap Ryzal benar-benar bahagia dengan
pilihannya. Semoga kehadiran seorang isteri mengubah cara hidupnya.
“ Tuan Ryzal, Puan Arleena... Makan
malam dah siap.” Lembut Mak Yam memanggil majikannya. Dia masih memanggil Ryzal
dengan panggilan tuan. Tanda dia hormatkan ketua keluarga itu. Cuma Qistina
sahaja dia memanggil nama. Itu pun setelah jenuh dimarahi Qistina. Menghentikan
gurau senda pasangan pengantin tersebut.
“
Kami masih kenyang lagi Mak Yam. Mama mana?” tanya Ryzal.
“
Puan mahu berehat. Penat katanya. Dia tak mahu makan malam. Qistina ada di meja
makan.” Beritahu Mak Yam. Mendengar nama Qistina, Ryzal menggeleng kepala.
Arleena perasan perubahan muka Ryzal dan juga Mak Yam. Pastinya ada sesuatu
antara Ryzal dan Qistina.
Mak Yam meninggalkan ruang tamu.
Nampaknya dia lagi yang menemani Qistina malam ini. Kasihan anak itu. “ Dia
orang kenyang.” Mak Yam memberitahu kepada Qistina.
“
Mak Yam teman Qis ok,” Mak Yam tahu Qistina berjauh hati. Dia mengambil pinggan dan diletakkan di
hadapan Qistina dan juga untukknya.
“ Sikit saja Mak Yam,” ujar Qistina.
Baru siang tadi dia berasa gembira ditemani saudara mara, malam ini seperti
sebelum-sebelumnya dia keseorangan lagi. Nasib ada Mak Yam. Dia menguis-nguis
nasi dalam pinggannya.
“ Abang, ayang nak minum sekejap.
Abang nak air?” tanya Arleena pada suaminya. Ryzal hanya menggeleng. Arleena
bangun untuk ke dapur. Memasang niat untuk mendekati adik iparnya.
Arleena memerhati Qistina yang hanya
bermain-main dengan nasinya. “ Hai Qis kenapa tak makan?” Qistina tersentak denagn teguran kakak
iparnya. Lidah kelu. Tidak tahu ingin bercakap apa.
“
Puan nak makan?” tanya Mak Yam. “ Mak Yam tak payah panggil saya puan. Panggil
Aleen dah cukup.” Ujar Arleena lembut. Matanya tidak dilarikan dari memandang
wajah Qistina. Cukup cantik. Patutlah
abangnya kacak. Ibu mertuanya juga mempunyai wajah yang cantik. Jika sudah berumur
masih begitu, tentulah masa mudanya dia seorang yang cantik.
“ Qis masih belajar lagi ker?” tanya
Arleena.
“
Ya kak. Kat Uitm.”
“
Ooo.. tak jauhla ye.. Qis ulang alik dari rumah ker?” tanya Arleena lagi.
“
Tak Qis menyewa ngan kawan-kawan. Ni
balik untuk majlis abang.” Selepas itu barulah panjang lebar aku dan Qistina
berbual. Dari situlah aku mula mengenali Qistina. Sebenarnya tingkah Qistina
sama sahaja dengan Kiki. Kuat menyakat juga. Aku senang dengan Qistina.
Nampaknya boleh menjadi pengganti Kiki ketika aku berada di sini. Tiba-tiba
rindu pula pada Kiki.
Agak
lama juga aku berbual dengan Qistina sehinggalah Ryzal datang ke dapur.
Mengajak aku masuk tidur. Kehadiran Ryzal terus sahaja membuatkan Qistina
terdiam. Terus berubah riak di wajahnya. Aku mengikut Ryzal. Tak apa esok masih
ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)