Ketika
kami sedang bersarapan pagi, ibu mertuaku mengajak kami keluar membeli belah.
Ingin membeli hadiah untukku. Hadiah perkahwinan katanya. Aku menegahnya. Tak
mahu mama menghabiskan wangnya untukku. Sudah cukup dengan majlis yang gemilang
semalam. Walaupun aku menolak, tapi beria ibu mertuaku mahu memberikannya. Aku
terpaksa mengalah apatah lagi disokong Ryzal. Tak kan menang kalau dua lawan
satu. Qistina hanya diam sahaja. Tidak menyampuk langsung.
“ Qis ikut sekali yea.” Ujarku pada
Qistina. Dia tersentak. Mungkin tidak menjangka aku akan mengajaknya. Aku tidak
mahu dia berasa terasing dengan kehadiranku. “ Tak apa la. Qis duduk rumah
saja.” Qistina menolak sambil matanya memandang kearah Ryzal. Ryzal tidak
memberi apa-apa respon.
“
Jom Qis. Mama dah lama tak belikan Qis baju.” Setelah didesak aku dan mama,
akhirnya Qistina mengalah.
Sebenarnya Qistina serba salah untuk
turut serta. Dia tidak mempunyai baju yang sesuai untuk keluar bersama kakak
iparnya. Arleena bertudung sedangkan dia, tiada satu pun bajunya yang
benar-benar menutup aurat. Jika berlengan panjang atau pun tidak berlengan,
pastinya dipadankan dengan skirt paras lutut.
Mama mengarahkan dia naik ke atas.
Mereka semua sedang bersiap. Qistina masih termangu di hadapan almari
pakaiannya. Memilih baju yang elok sedikit dipakai. Takkan dia hendak memakai
baju kurung. Qistina mengetuk-ngetuk kepalanya. Nak tak nak dia menarik juga
skirt paras lutut. Selepas itu menyelongkar blous berlengan panjang. Rambut
disikat rapi. Qistina memandang wajahnya di dalam cermin solek. Dia menyentuh
rambutnya. Pastinya dia akan berhijab nanti.
Qistina turun ke ruang tamu.
Kelihatan mama, abang dan kakak iparnya telah siap. Mereka sedang menunggunya.
Arleena memandang qistina. Diakui Qistina pandai bergaya. Pasti pakaiannya
berharga ratusan ringgit seperti juga Ryzal. Cukup sempurna di bahagian atas.
Kenapa perlu dibuka dibahagian bawah. Tapi inilah trend anak muda kota masa
kini.
Qistina perasan perubahan muka kakak
iparnya. Nak buat macam mana ini sahaja baju yang dirasakan menutup sedikit
auratnya. Kebetulan jeansnya ditinggalkan di rumah sewa. Puas digeledah tiada
satu pun yang tinggal dalam almarinya.
Mereka semua keluar dengan menaiki
Harrier Ryzal. Dia duduk di hadapan bersama suaminya. Mama dan Qistina di bahagian
belakang. Mereka bergerak ke Pavillion. Entah apalah yang hendak dibeli oleh
ibu mertuanya itu.
Arleena tidak berkesampatan untuk
beriringan dengan Qistina. Tangannya
sentiasa dalam genggaman Ryzal. Mama pula berjalan dengan Qistina. Mama
mengajak mereka masuk ke butik pakaian. Qistina memerhati sekeliling. Kakak
iparnya teruja dengan jubah-jubah yang sarat dengan manik. Qistina hanya
memerhati. Dia juga mempunyai keinginan yang sama tapi malu. Biarlah dia
membeli sendiri nanti tanpa ahli keluarganya. Dia malu sekiranya mereka
memerlinya.
“
Qis tak nak ke? Pilih mana-mana berkenan.” Tawar mama.
“
Tak pelah mama.” Puan Zainab merasakan sikap anak daranya ini sedikit berlainan.
Pagi ini dia rasakan Qistina tidak ceria seperti biasa. Apa yang bermain di
fikiran anaknya. Adakah Qistina cemburu dengan layanannya terhadap Arleena?
“
Tak kan Qis tak nak apa-apa. Nanti kita ke butik pilihan Qis pula ok.” Tanya
Puan Zainab untuk membeli mood anaknya.
Qistina
memerhatikan sekeliling. “ Qis ambil telekung saja la.” Dia beralih ke ruangan
yang meletakkan beberapa jenis tudung. Dia memilih satu yang berkenan denagn
hatinya. Setelah memilih dia beralih ke bahagian hujung butik. Duduk di sofa
yang disediakan. Hanya memerhati mama dan kakak iparnya memilih. Menunggu masa
untuk membuat bayaran bersama mereka. Terasa di sebelahnya diduduki seseorang.
Tidak dihiraukan Qistina.
“
Tak guna solat tunggang terbalik kalau tak tutup aurat.” Berdesup kata-kata itu
masuk ke dalam hatinya. Terasa seperti dituju kepadanya. Qistina berpaling ke
sebelah. Seorang pemuda sedang menilik Samsung Note III di tangannya.
Adakah
dia yang bersuara tadi? Qistina mengerutkan keningnya. Kalau tanya aku juga
yang malu. Dalam begitu, pemuda tersebut memusingkan kepalanya ke arah Qistina.
Dia tersenyum. Qistina sedikit tergamam. Dia kenal pemuda itu. Pemuda yang
sentiasa merenung tajam ke arahnya setiap kali pandangan mereka bertaut. Mereka
satu kuliah. Tapi dia tidak pernah ambil peduli siapa nama pemuda tersebut.
Baginya pemuda itu amat menjengkelkan. Selalu mencari salahnya. Ada sahaja
teguran yang kurang senang di hati Qistina. Tidak salahla mesti dia yang
berkata tadi. Qistina ingin bangun dari sofa tersebut. Tidak mahu bertelagah
dengan pemuda itu.
Melihat
keadaan Qistina seperti ingin meninggalkannya, cepat-cepat Riyad bersuara. “
Kan bagus kalau bertudung macam kakak awak. Saya pun sanggup jadi suami.” Panas
Qistina dengan kata-kata lelaki tersebut. Tanpa menjawab dia bangun
meninggalkan pemuda itu. Kalau dia ingin berubah pun bukan sebab ingin menjadi
isteri pemuda tersebut. Qistina menghampiri mamanya.
“
Lambat lagi kermama? Panasla kat
sini.” Arleena tersentak dengan kata-kata Qistina. Perasan muka Qistina yang
putih telah berona merah. Tengah marah agaknya. Marahkan siapa? Arleena
berpaling ke arah sofa yang diduduki Qistina tadi. Terdapat seorang pemuda di
situ. Adakah lelaki itu mengusik
Qistina? Mungkin ya sebab dia melihat lelaki tersebut tidak melarikan
pandangannya dari memerhati Qistina. Boleh tahan juga!
Riyad
tersenyum. Mata masih memerhati gadis yang telah lama bertakhta di hatinya.
Walaupun gadis tersebut dirasakan agak sosial tapi dia dapat rasakan ada
sesuatu dalam diri gadis tersebut. Seringkali dia menegur Qistina. Semuanya
melalui sindiran. Niatnya ingin melihat Qistina berubah. Nampaknya usaha dia masih
belum berhasil. Riyad berasa lega apabila melihat Qistina memilih telekung.
Walau dia gadis liar, sekurang-kurangnya dia masih tunduk kepada penciptanya.
Dua hari lagi kami akan bekerja
semula. Hari ini aku dan Ryzal mengangkut barang-barang ke rumah Ryzal. Rumah
yang telah lama dibeli tapi jarang didudukinya. Nasiblah rumahnya ini tidak
jauh dari tempat kerjaku. Tidak nanti aku mengambil masa yang lama untuk ke
tempat kerja. Aku hanya membawa pakaianku sahaja memandangkan rumah Ryzal telah
dilengkapi dengan semuanya. Barang-barang di rumah sewa aku tinggalkan sahaja.
Manalah tahu akan digunakan kemudian hari.
Rumah kepunyaan Ryzal agak besar.
Banglo mewah dua tingkat. Menjejak kaki ke dalam rumah tersusun elok
perabot-perabotnya. Nampaknya Ryzal lebih suka kepada gaya kontemporari.
Berbeza dengan aku yang lebih menyukai suasana santai. Tidak sarat dengan
perabot.
Setelah mengemas pakaian ke dalam
almari aku turun ke dapur. ingin melihat apa yang ada di dapur orang bujang.
Aku membuka peti ais. Kosong. Yang ada hanya beberapa botol air mineral. Apa
aku nak masak nui.
Memandangkan kami akan bekerja, aku
mengajak Ryzal ke pasaraya membeli barang-barang keperluan dapur. Jika hari
bekerja nanti, susah pula. Tentulah kami kesuntukan masa.
Nampaknya hari ini kami akan makan
di luar. Selepas aku membeli semua kelengkapan dapur nanti barulah kami akan
makan di rumah. Aku tidak mahu Ryzal makan di luar selalu. Ryzal menyerahkan
sepenuhnya tugas untuk membeli keperluan dapur kepadaku. Orang perempuan
tentulah lebih arifkan. Lagipun aku yang
akan memasaknya. Tugas Ryzal hanyalah menolak troli dan membayarnya.
Ke semua barang asas masakan telah
aku beli. Penuh satu troli. Bukan aku boros yer tapi dapur Ryzal kosong.
Terpaksalah aku membeli segala keperluan asas. Ini juga akan menyenangkan aku
apabila hendak memasak. Semua bahan telah ada.
No comments:
Post a Comment