Alhamdulillah....saya sayang awak dh ada kat pesta buku sogo...di booth penerbitan Lovenovel ll...sabarkan hati...minggu dpn baru dpt peluk ni..
Friday, 23 September 2016
Thursday, 1 September 2016
Monday, 15 August 2016
Meh kita layan sikit..part Ian Rayyan geram kat Arleena..tu la sape suruh lambat bertindak..kan dah melepas...
“Saya
tak faham la bos?” sungguh dia tidak dapat mentafsir pada sticker note yang ditampal pada bahagian luar fail tersebut.
“Player!!”
Arleena
tersentak. Tak ada ribut dia dituduh begitu. Ini dah lebih. Sah nak cari gaduh
ni. “Apa hal pulak!” Arleena tidak puas
hati.
“Sana
nak, sini nak. Tamak!!” sinis pandangan Ian Rayyan.
“Kalau
tamak dua-dua sekali saya ambik,” balas Arleena. Dia dapat mengagak apa yang
ingin dikatakan oleh bosnya itu.
“Dah
ada pakwe buat apa nak pasang spare part?
Sibuk cari lain. Tak cukup satu.”
“Dah
yang kat sini lembap, nak tunggu apa lagi.” Ambik nak cari gaduh sangat kan.
“Takkan
bengap sangat tak boleh rasa.”
Amboi
ni dah lebih. Mentang-mentang dah fasih cakap melayu dibengapnya dia. Dongkol
hati Arleena marah.
“Banyak
sangat rasa kalah tom yam Mak Jah sampaikan dah tak boleh beza. Semua rasa
ada.” Arleena menjawab sinis.
“Kerek.
Berlagak.”
“Apa
bos ni? kalau tak puas hati cakap terus terang jangan nak sindir-sindir macam
ni.” Arleena membentak keras. Matanya dicerlung. Tidak kiralah depan dia
sekarang bos besar sekalipun.
“Kalau
tak puas hati kenapa? Nak gaduh? Jom naik atas rooftop boleh buka
gelanggang. Saya dah lama tak test skill belasah orang.” Tanpa
perasaan Ian Rayyan membalas.
“Malas
nak layan orang separuh masak?”
“Dah
ada orang lain apa nak heran dengan
orang separuh masak.”
“Bos...
kalau tak balas kata saya tak boleh ke?”
“Tak
boleh!”
Arleena
memicit dahi. Apa lagi yang dia harus buat. Tolonglah. Sabarnya senipis kulit
bawang ni. “Bos kenapa?” sedikit tinggi dia bersuara.
“Apa?”
Ian Rayyan menjungkit kening.
Arleena
mendengus. Agak-agak kalau dia terajang manusia depan dia ni boleh selesai
masalah tak?
“Kenapa
diam? Habis modal nak cakap? Macam mana boleh jadi playgirl cepat sangat mengalah.”
Provok
Ian Rayyan. Dalam sakit hati dia rindu hendak mendengar suara itu. Apa yang ada
hadapannya sekarang ialah riak tidak puas hati. Bukannya wajah ceria seperti
selalu.
“Saya
bukan playgirl!!” Sedikit tinggi suaranya. Masih dalam kawalan. Kalau
lebih-lebih mahu juga dia menjerit biar semua orang tahu sikap bosnya ini.
“Dah
tu dengan saya pun awak boleh ada dia, kenapa?”
“Bos
tak pernah cakap nak kat saya.” Betul seperti apa yang dia sangka. Dia pun
malas hendak berkias-kias. Biarlah hari ini semua masalah terlerai.
“Yang
awak sengal nak faham perasaan saya kenapa?”
“Semua
salah saya?” Bentak Arleena geram. Tidak semena-mena pen di tangan dilempar ke
atas meja.
Ian
rayyan mencebik. Marahla tu!! Ada dia kisah. Sakit hati dia ni lagi parah tau
tak? Bengang dia je, bengang aku ni dia tak tahu. Geram dengan sikap tidak mahu
mengalah Arleena. Dia mahu Arleena meminta maaf daripadanya.
“Look here. Jujur dengan saya. Betul ke
awak tak pernah ada perasaan kat saya? Awak tak pernah rasa apa yang saya
rasa.”
Ian
Rayyan mendekatkan dirinya dengan gadis di hadapannya. Dia tahu gadis itu juga
menyintainya sepertimana dia.
“Perlu
lagi ke apa yang saya rasa. Saya dah jadi isteri orang.”
Arleena
merenung mata bosnya itu. Ada kesedihan di situ. Ada juga rasa benci. Salah dia
kah?
“Perlu
sebab awak berhutang dengan saya?”
Arleena
mengerut kening. Bila masa dia berhutang dengan bosnya ini. Dia belum hilang
akal hendak berhutang.
“Hutang?
Bila?”
“Tak
sangka ye orang baru kahwin cepat sangat hilang ingatan.”
“Bos
boleh straight to the point tak? Apa
bos nak dari saya.”
“Janji
awak!”
“Janji
pulak? Tadi hutang? Saya tak faham la bos..”
“Next time saya bagi tahu.”
“No!! no!! Now!!”
“Jadi
isteri jangan cepat melatah. Sabar.”
Ian
Rayyan merampas fail yang berada di tangan Arleena.
“Satu
hari nanti saya akan tuntut janji awak!” Ian Rayyan berlalu keluar daripada
biliknya.
“Sekarang
nak sewel bukan salah aku la. Nak main sentap-sentap pulak.”
Arleena
mendengus. Kaki dihentak ke lantai. Tak kisahla jika kata-katanya didengari
oleh bosnya itu.
Wednesday, 13 April 2016
salam semua....dah lama tak jenguk sini...kesian dah bersawang..
TUHANKU KAMU TOLONGLAH HANTARKAN KEPADANYA
MALAIKAT UNTUK JAGANYA BILA KU TIADA
TUNAIKAN SEMUA PERMINTAANNYA
KERNA KUCINTANYA
Subscribe to:
Posts (Atom)