Monday, 15 August 2016

Meh kita layan sikit..part Ian Rayyan geram kat Arleena..tu la sape suruh lambat bertindak..kan dah melepas...


“Saya tak faham la bos?” sungguh dia tidak dapat mentafsir pada sticker note yang ditampal pada bahagian luar fail tersebut.
“Player!!”
Arleena tersentak. Tak ada ribut dia dituduh begitu. Ini dah lebih. Sah nak cari gaduh ni. “Apa hal pulak!” Arleena  tidak puas hati.
“Sana nak, sini nak. Tamak!!” sinis pandangan Ian Rayyan.
“Kalau tamak dua-dua sekali saya ambik,” balas Arleena. Dia dapat mengagak apa yang ingin dikatakan oleh bosnya itu.
“Dah ada pakwe buat apa nak pasang spare part? Sibuk cari lain. Tak cukup satu.”
“Dah yang kat sini lembap, nak tunggu apa lagi.” Ambik nak cari gaduh sangat kan.
“Takkan bengap sangat tak boleh rasa.” 
Amboi ni dah lebih. Mentang-mentang dah fasih cakap melayu dibengapnya dia. Dongkol hati Arleena marah.
“Banyak sangat rasa kalah tom yam Mak Jah sampaikan dah tak boleh beza. Semua rasa ada.” Arleena menjawab sinis.
“Kerek. Berlagak.”
“Apa bos ni? kalau tak puas hati cakap terus terang jangan nak sindir-sindir macam ni.” Arleena membentak keras. Matanya dicerlung. Tidak kiralah depan dia sekarang bos besar sekalipun.
“Kalau tak puas hati kenapa? Nak gaduh? Jom naik atas rooftop boleh buka gelanggang.  Saya dah lama tak test skill belasah orang.” Tanpa perasaan Ian Rayyan membalas.
“Malas nak layan orang separuh masak?”
“Dah ada orang lain apa nak heran dengan orang separuh masak.”
“Bos... kalau tak balas kata saya tak boleh ke?”
“Tak boleh!”
Arleena memicit dahi. Apa lagi yang dia harus buat. Tolonglah. Sabarnya senipis kulit bawang ni. “Bos kenapa?” sedikit tinggi dia bersuara.
“Apa?” Ian Rayyan menjungkit kening.
Arleena mendengus. Agak-agak kalau dia terajang manusia depan dia ni boleh selesai masalah tak?
“Kenapa diam? Habis modal nak cakap? Macam mana boleh jadi playgirl cepat sangat mengalah.”
Provok Ian Rayyan. Dalam sakit hati dia rindu hendak mendengar suara itu. Apa yang ada hadapannya sekarang ialah riak tidak puas hati. Bukannya wajah ceria seperti selalu.
“Saya bukan playgirl!!” Sedikit tinggi suaranya. Masih dalam kawalan. Kalau lebih-lebih mahu juga dia menjerit biar semua orang tahu sikap bosnya ini.
“Dah tu dengan saya pun awak boleh ada dia, kenapa?”
“Bos tak pernah cakap nak kat saya.” Betul seperti apa yang dia sangka. Dia pun malas hendak berkias-kias. Biarlah hari ini semua masalah terlerai.
“Yang awak sengal nak faham perasaan saya kenapa?”
“Semua salah saya?” Bentak Arleena geram. Tidak semena-mena pen di tangan dilempar ke atas meja.
Ian rayyan mencebik. Marahla tu!! Ada dia kisah. Sakit hati dia ni lagi parah tau tak? Bengang dia je, bengang aku ni dia tak tahu. Geram dengan sikap tidak mahu mengalah Arleena. Dia mahu Arleena meminta maaf daripadanya.
Look here. Jujur dengan saya. Betul ke awak tak pernah ada perasaan kat saya? Awak tak pernah rasa apa yang saya rasa.”
Ian Rayyan mendekatkan dirinya dengan gadis di hadapannya. Dia tahu gadis itu juga menyintainya sepertimana dia.
“Perlu lagi ke apa yang saya rasa. Saya dah jadi isteri orang.”
Arleena merenung mata bosnya itu. Ada kesedihan di situ. Ada juga rasa benci. Salah dia kah?
“Perlu sebab awak berhutang dengan saya?”
Arleena mengerut kening. Bila masa dia berhutang dengan bosnya ini. Dia belum hilang akal hendak berhutang.
“Hutang? Bila?”
“Tak sangka ye orang baru kahwin cepat sangat hilang ingatan.”
“Bos boleh straight to the point tak? Apa bos nak dari saya.”
“Janji awak!”
“Janji pulak? Tadi hutang? Saya tak faham la bos..”
Next time saya bagi tahu.”
No!! no!! Now!!”
“Jadi isteri jangan cepat melatah. Sabar.”
Ian Rayyan merampas fail yang berada di tangan Arleena.
“Satu hari nanti saya akan tuntut janji awak!” Ian Rayyan berlalu keluar daripada biliknya.
“Sekarang nak sewel bukan salah aku la. Nak main sentap-sentap pulak.”
Arleena mendengus. Kaki dihentak ke lantai. Tak kisahla jika kata-katanya didengari oleh bosnya itu.

No comments:

Post a Comment