Saturday, 8 November 2014

Izinkan Kugapai Bahagia Itu






Ziyad melangkah ke arah motorsikal Cagivanya. Enjin motorsikal berkuasa tinggi itu dihidupkannya. Hari ini dia akan meluangkan masa bersama-sama rakannya Ammar. Sejak mereka tamat pengajian, belum pernah mereka bertemu. Sebaik sahaja pulang ke tanah air tahun lepas, Ziyad terpaksa menolong urusan perniagaan ayahnya di Johor Bahru. Pembinaan hotel yang baru dibina menghadapi masalah. Terpaksalah dia berkampung di sana. Esok bermula tugas barunya sebagai CEO di CEMARA Group. Baru semalam dia pulang ke rumah keluarganya. Ziyad memerhati halaman rumah jirannya. Satria Neo hitam tidak kelihatan. Semalam dia dapat melihat kereta itu. Bagai manakah rupa AD? Sudah berubahkah AD atau masih sama seperti dulu? Dia rindu untuk menatap wajah bujur sirih itu.

STREEEET!!!! Sepantas kilat Aleesya menekan pedal brek satria neonya. Tangan dihempas ke stereng. Geram dengan kereta yang memotong dan berhenti secara mengejut di hadapannya. Nasib baik dia memakai tali pinggang keselamatan. Kalau tak sah-sah dahinya akan mencium stereng. Mau benjol dahi licinnya ini.
            Melihat akan pemuda yang menghampiri keretanya, AD mengacip bibir menahan geram. Apa lagi mamat ni nak. Ingat aku takut ke dengan amaran dia sebelum ini. Jangan  berangan nak jadi bodyguard aku la. Tingkap keretanya diketuk kuat. Ini dah lebih. Ingat kereta aku ni kereta mainan ke? Dari gerak bibir pemuda tersebut, AD tau dia mahu AD keluar daripada keretanya.
            Aleesya menolak kasar pintu keretanya. “ Ko nak apa? Ingat nyawa aku ni jual kat pasar malam. Suka-suka mak bapak ko nak lentang kereta depan aku?” berdepan dengan jirannya ini, Aleesya tidak perlu menggunakan bahasa sopan. Mana pernah mereka berbaik. Ada sahaja yang akan digaduhkan.
            “ Ko ni memang telinga letak kat lutut kan! Aku dah cakap jangan pergi. Yang ko nak sangat join diaorang asal? Dah tak de orang peremouan kat dalam dunia ni yang ko boleh jadikan kawan. Si Hisyam gangster tu jugak ko cari!!” Ziyad melepaskan amarahnya. Merah sekali mukanya. Geram dengan sikap degil AD. Tak sayang nyawa betul minah sorang ni. Keras kepala.
            “ Yang ko nak menyibuk kenapa? Aku tak mintak tolong ko jaga hal aku la. Setakat jiran jer.  Ko jangan nak lebih-lebih. Dah..dah…alih kereta ko..nanti Hisyam mengamuk lak dengan aku.”
            “ Ko ni memang nak cari nahas tahu tak. Ko tak payah nak cover-cover jadi lelaki. Dengan bentuk badan ko ni, diaorang tahula ko perempuan. Cuba ko tengok ko dengan aku. Ada aku betis gebu macam ni. Kuat betisnya disepak Ziyad. Agak-agakla sepak pakai kasut Timberland. Mahu biru betis aku. Ada punggung aku shape macam ni. Kuat tangan Ziyad menepuk punggungnya…Ni…leher ko ni..mana halkum..takkan budak umur 18 tahun, misai tak tumbuh lagi. Halkum tak keluar lagi… Tengok bibir ko ni…jari Ziyad memicit bibir mungil AD…pink!!..hey..!!mana ada lelaki jambu macam ko ni..dan yang ni..kuat jari telunjuk Ziyad menepuk dadanya.. sakit la weh. Tapi jeritan itu sekadar di dalam hatinya. Kelu hendak bersuara apabila melihat muka Ziyad yang tegang. Bodoh Ziyad sampai kat sini disentuhnya aku. AD menepis kuat tangan Ziyad yang masih terletak di dadanya.
            “ Asal ko tepis tangan aku. Ko kan lelaki. Tak kan ko malu dengan lelaki kot.” Jerit Ziyad.
            “ Ko ni kenapa? Suka-suka nak pegang aku.” Marah AD. Bengang apabila dadanya diraba Ziyad.
            “ Aku buat ko marah. Ko tahu tak malam ni Hisyam dengan geng-geng nak gulaikan ko. Ko akan jadi lauk mereka. Ko ingat diaorang tak tahu ke ko ni peremouan. Ko ingat ko pakai macam ni boleh kabur pandangan diaorang ke? Dari bagi diaorang rasa, baik aku yang makan dulu. ziyad mendekatkan dirinya dengan AD.
            AD berundur ke belakang. Apa sangat ruang yang ada untuk larikan diri. Dia tersempit di antara kereta dan Ziyad. “ Ko jangan nak cari pasal. Aku menjerit kan!” AD memberi amaran. Matanya liar memerhati tingkah Ziyad.
            Ziyad menarik handset dari poket seluarnya.  Laju tangan dilarikan mencari mesej daripada Hisyam. Nasiblah dia belum memadam mesej-mesej tersebut. “ Ni ko baca sendiri. Apa yang aku cakap ko tak nak dengar.
            Terkedu AD membaca mesej di skrin telefon bimbit Ziyad. Ya Allah, engkau masih selamatkan aku. Melihat saja wajah keruh di wajah AD menggamuit rasa bersalah di hati Ziyad. “ Maaf kalau aku berkasar dengan ko. Diaorang dah lama tahu ko perempuan. Mula-mula diaorang syak bila ko tak smoking. Kalau ko smoking aku orang pertama yang lempang ko.” Ziyad memandang AD. Setiap kali menatap mata bening AD, timbul perasaan halus dalam hatinya. Ingin mengetahui kenapa AD berubah sikap sampai begitu sekali. Terpancar penderitaan pada sepasang mata hazel itu. Pertama kali melihat AD berambut pendek dia amat terperanjat.  “Hilang gadis ayu yang sering dipujanya. Mendadak sahaja perubahan pada AD. Dia pasti ada sebabnya Alisya bertukar menjadi AD. “ Kruz Nampak ko masuk tandas perempuan masa kat mall hari tu. Sejak hari tu diaorang plan nak kenakan ko. Ko tahu tak malam ni secara berjemaah mereka akan ratah ko. Sebab tu diaorang ajak jumpa kat Duxe. Senang nak angkut ko naik bilik hotel lepas ko mabuk. Aku dah masak dengan perangai diaorang. Aku tak sanggup tengok apa-apa jadi kat ko sebab aku sayangkan ko.”
            AD merenung Ziyad. Betul ke apa yang keluar daripada mulut lelaki hadapannya itu. Takkan dia minat orang macam aku ni. Lagipun dia ni selalu cari pasal dengan aku.“ Aku rasa ko tak selamat tinggal kat sini. Sementara waktu ko pergilah mana-mana. Balik kampung ke. Aku pasti Hisyam mahupun Kruz takkan lepaskan ko.”

Thursday, 23 October 2014

BAB 23 - SAYA SAYANG AWAK



        Ketika kami sedang bersarapan pagi, ibu mertuaku mengajak kami keluar membeli belah. Ingin membeli hadiah untukku. Hadiah perkahwinan katanya. Aku menegahnya. Tak mahu mama menghabiskan wangnya untukku. Sudah cukup dengan majlis yang gemilang semalam. Walaupun aku menolak, tapi beria ibu mertuaku mahu memberikannya. Aku terpaksa mengalah apatah lagi disokong Ryzal. Tak kan menang kalau dua lawan satu. Qistina hanya diam sahaja. Tidak menyampuk langsung.
            “ Qis ikut sekali yea.” Ujarku pada Qistina. Dia tersentak. Mungkin tidak menjangka aku akan mengajaknya. Aku tidak mahu dia berasa terasing dengan kehadiranku. “ Tak apa la. Qis duduk rumah saja.” Qistina menolak sambil matanya memandang kearah Ryzal. Ryzal tidak memberi apa-apa respon.
“ Jom Qis. Mama dah lama tak belikan Qis baju.” Setelah didesak aku dan mama, akhirnya Qistina mengalah.
            Sebenarnya Qistina serba salah untuk turut serta. Dia tidak mempunyai baju yang sesuai untuk keluar bersama kakak iparnya. Arleena bertudung sedangkan dia, tiada satu pun bajunya yang benar-benar menutup aurat. Jika berlengan panjang atau pun tidak berlengan, pastinya dipadankan dengan skirt paras lutut.
            Mama mengarahkan dia naik ke atas. Mereka semua sedang bersiap. Qistina masih termangu di hadapan almari pakaiannya. Memilih baju yang elok sedikit dipakai. Takkan dia hendak memakai baju kurung. Qistina mengetuk-ngetuk kepalanya. Nak tak nak dia menarik juga skirt paras lutut. Selepas itu menyelongkar blous berlengan panjang. Rambut disikat rapi. Qistina memandang wajahnya di dalam cermin solek. Dia menyentuh rambutnya. Pastinya dia akan berhijab nanti.
            Qistina turun ke ruang tamu. Kelihatan mama, abang dan kakak iparnya telah siap. Mereka sedang menunggunya. Arleena memandang qistina. Diakui Qistina pandai bergaya. Pasti pakaiannya berharga ratusan ringgit seperti juga Ryzal. Cukup sempurna di bahagian atas. Kenapa perlu dibuka dibahagian bawah. Tapi inilah trend anak muda kota masa kini.
            Qistina perasan perubahan muka kakak iparnya. Nak buat macam mana ini sahaja baju yang dirasakan menutup sedikit auratnya. Kebetulan jeansnya ditinggalkan di rumah sewa. Puas digeledah tiada satu pun yang tinggal dalam almarinya.
            Mereka semua keluar dengan menaiki Harrier Ryzal. Dia duduk di hadapan bersama suaminya. Mama dan Qistina di bahagian belakang. Mereka bergerak ke Pavillion. Entah apalah yang hendak dibeli oleh ibu mertuanya itu.


            Arleena tidak berkesampatan untuk beriringan dengan Qistina. Tangannya  sentiasa dalam genggaman Ryzal. Mama pula berjalan dengan Qistina. Mama mengajak mereka masuk ke butik pakaian. Qistina memerhati sekeliling. Kakak iparnya teruja dengan jubah-jubah yang sarat dengan manik. Qistina hanya memerhati. Dia juga mempunyai keinginan yang sama tapi malu. Biarlah dia membeli sendiri nanti tanpa ahli keluarganya. Dia malu sekiranya mereka memerlinya.
“ Qis tak nak ke? Pilih mana-mana berkenan.” Tawar mama.
“ Tak pelah mama.” Puan Zainab merasakan sikap anak daranya ini sedikit berlainan. Pagi ini dia rasakan Qistina tidak ceria seperti biasa. Apa yang bermain di fikiran anaknya. Adakah Qistina cemburu dengan layanannya terhadap Arleena?
“ Tak kan Qis tak nak apa-apa. Nanti kita ke butik pilihan Qis pula ok.” Tanya Puan Zainab untuk membeli mood anaknya.
Qistina memerhatikan sekeliling. “ Qis ambil telekung saja la.” Dia beralih ke ruangan yang meletakkan beberapa jenis tudung. Dia memilih satu yang berkenan denagn hatinya. Setelah memilih dia beralih ke bahagian hujung butik. Duduk di sofa yang disediakan. Hanya memerhati mama dan kakak iparnya memilih. Menunggu masa untuk membuat bayaran bersama mereka. Terasa di sebelahnya diduduki seseorang. Tidak dihiraukan Qistina.
“ Tak guna solat tunggang terbalik kalau tak tutup aurat.” Berdesup kata-kata itu masuk ke dalam hatinya. Terasa seperti dituju kepadanya. Qistina berpaling ke sebelah. Seorang pemuda sedang menilik Samsung Note III di tangannya. 
Adakah dia yang bersuara tadi? Qistina mengerutkan keningnya. Kalau tanya aku juga yang malu. Dalam begitu, pemuda tersebut memusingkan kepalanya ke arah Qistina. Dia tersenyum. Qistina sedikit tergamam. Dia kenal pemuda itu. Pemuda yang sentiasa merenung tajam ke arahnya setiap kali pandangan mereka bertaut. Mereka satu kuliah. Tapi dia tidak pernah ambil peduli siapa nama pemuda tersebut. Baginya pemuda itu amat menjengkelkan. Selalu mencari salahnya. Ada sahaja teguran yang kurang senang di hati Qistina. Tidak salahla mesti dia yang berkata tadi. Qistina ingin bangun dari sofa tersebut. Tidak mahu bertelagah dengan pemuda itu.
Melihat keadaan Qistina seperti ingin meninggalkannya, cepat-cepat Riyad bersuara. “ Kan bagus kalau bertudung macam kakak awak. Saya pun sanggup jadi suami.” Panas Qistina dengan kata-kata lelaki tersebut. Tanpa menjawab dia bangun meninggalkan pemuda itu. Kalau dia ingin berubah pun bukan sebab ingin menjadi isteri pemuda tersebut. Qistina menghampiri mamanya.
“ Lambat lagi ker mama? Panasla kat sini.” Arleena tersentak dengan kata-kata Qistina. Perasan muka Qistina yang putih telah berona merah. Tengah marah agaknya. Marahkan siapa? Arleena berpaling ke arah sofa yang diduduki Qistina tadi. Terdapat seorang pemuda di situ. Adakah lelaki itu mengusik  Qistina? Mungkin ya sebab dia melihat lelaki tersebut tidak melarikan pandangannya dari memerhati Qistina. Boleh tahan juga!
Riyad tersenyum. Mata masih memerhati gadis yang telah lama bertakhta di hatinya. Walaupun gadis tersebut dirasakan agak sosial tapi dia dapat rasakan ada sesuatu dalam diri gadis tersebut. Seringkali dia menegur Qistina. Semuanya melalui sindiran. Niatnya ingin melihat Qistina berubah. Nampaknya usaha dia masih belum berhasil. Riyad berasa lega apabila melihat Qistina memilih telekung. Walau dia gadis liar, sekurang-kurangnya dia masih tunduk kepada penciptanya.


            Dua hari lagi kami akan bekerja semula. Hari ini aku dan Ryzal mengangkut barang-barang ke rumah Ryzal. Rumah yang telah lama dibeli tapi jarang didudukinya. Nasiblah rumahnya ini tidak jauh dari tempat kerjaku. Tidak nanti aku mengambil masa yang lama untuk ke tempat kerja. Aku hanya membawa pakaianku sahaja memandangkan rumah Ryzal telah dilengkapi dengan semuanya. Barang-barang di rumah sewa aku tinggalkan sahaja. Manalah tahu akan digunakan kemudian hari.
            Rumah kepunyaan Ryzal agak besar. Banglo mewah dua tingkat. Menjejak kaki ke dalam rumah tersusun elok perabot-perabotnya. Nampaknya Ryzal lebih suka kepada gaya kontemporari. Berbeza dengan aku yang lebih menyukai suasana santai. Tidak sarat dengan perabot.
            Setelah mengemas pakaian ke dalam almari aku turun ke dapur. ingin melihat apa yang ada di dapur orang bujang. Aku membuka peti ais. Kosong. Yang ada hanya beberapa botol air mineral. Apa aku nak masak nui.
            Memandangkan kami akan bekerja, aku mengajak Ryzal ke pasaraya membeli barang-barang keperluan dapur. Jika hari bekerja nanti, susah pula. Tentulah kami kesuntukan masa.
            Nampaknya hari ini kami akan makan di luar. Selepas aku membeli semua kelengkapan dapur nanti barulah kami akan makan di rumah. Aku tidak mahu Ryzal makan di luar selalu. Ryzal menyerahkan sepenuhnya tugas untuk membeli keperluan dapur kepadaku. Orang perempuan tentulah lebih arifkan.  Lagipun aku yang akan memasaknya. Tugas Ryzal hanyalah menolak troli dan membayarnya.
            Ke semua barang asas masakan telah aku beli. Penuh satu troli. Bukan aku boros yer tapi dapur Ryzal kosong. Terpaksalah aku membeli segala keperluan asas. Ini juga akan menyenangkan aku apabila hendak memasak. Semua bahan telah ada.

Wednesday, 22 October 2014

IZNKAN KUGAPAI BAHAGIA ITU

ADE YANG RINDUKAN AD KE??? JOM LAYAN





Berlari anak Mak Ca ke dapur apabila mendengar telefon bimbitnya berdering. “ Siapalah yang call time-time macam ni. Nak katakan AD, dia baru sahaja pergi ke kafenya. Thaqif biasa menelefon pada waktu malam. Sekali imbas dia memerhati skrin telefonnya. Hanya nombor pemanggil yang tertera. Siapa pulak ni?
            “ Helo. Assalamualaikum…” ujar Mak Ca.
            “ Waalaikumussalam..” jawab pemanggil lelaki di sebelah sana. “ Mak Ca, Alisya ada?” Tanya Ammar.
            Mak Ca menarik nafas seketika apabila dapat mengecam suara pemanggil tersebut. “ AD tak ada. Dia baru saja keluar ke kafe.”
“ Boleh Mak Ca bagi alamat kafe dia? Please Mak Ca
“ Mak Ca serba salah Ammar. Nanti dia marahkan Mak Ca. mak Ca tahu dia belum boleh terima kehadiran Ammar.” Mak Ca mengeluh. Simpati pada anak-anaknya ini. Yang lebih sediah Alisya., baru sahaja ingin lupakan kisah lama Ammar muncul kembali. Walaupun ini yang dia mahukan. Biarlah dua beradik ini berbaik semula.
“ Please Mak Ca. Bertahun abang menyesal Mak Ca. Abang nak sangat bertemu dengan Alisya. Dah tak terbendung rasa berdosa saya pada mereka Mak Ca. Tolonglah saya Mak Ca.”
“ Ammar,hati AD sangat terluka sampaikan dia sanggup bina benteng tinggi dalam hidup dia. Bukan mudah AD nak lupakan apa yang berlaku.”
“ Saya tahu Mak Ca. bila Ad tak lagi hubungi saya, saya tau AD sudah putuskan hubungan dia dengan saya. Tapi saya tak Nampak kesan dia masa tu mak ca. saya suka bila AD tak call saya. Tapi lama kelamaan say rindukan dia. Sangat-sangat rindukan dia. sekarang saya nak bahagiakan adik-adik saya Mak Ca. Saya dah mampu jaga mereka Mak Ca.”
“ Ammar, AD tak pandang semua tu.AD dah ada kehidupan dia sendiri.”
“ Mak ca…tolongla saya. Bagilah alamat kafe Alisya. Saya berjanji tak akan bocorkan depan Alisya. Please Mak Ca…”.
“ Ok ni alamat dia…” laju Ammar menyalin alamat yang diberikan oleh Mak Ca. “ Terima kasih banyak-banyak Mak Ca.”
“ Ammar” panggil Mak Ca. Dia menahan air mata. “ Ammar tolong kembalikan Alisya Damia. Mak Ca rindukan Alisya Damia yang dulu.” Mak Ca tidak dapat menahan air matanya. Dia amat berharap Allah menpermudahkan urusan Ammar Darwisy.  
“ Terima kasih Mak Ca. Abang sayangkan Alisya. Sabar ye Mak Ca. Doakan abang.” Ammar Darwisy bertekad untuk merebut semula hati adiknya. Dia tahu itu bukannya kerja mudah. Membesar bersama Alisya damia dia sudah masak dengan perangai adiknya itu. Dalam lembut ada tegasnya. Apatah lagi dengan dia yang sudah dianggap sebagai musuh. Ammar darwisy merenung kertas yang mengandungi alamat kafe Alisya. Satu-satu butiran di kertas itu dihafalnya.
“ Lepas ni saya tak masuk office. Sesiapa cari awak ambil pesanan macam biasa.” Pesan Ammar kepada pembantunya. Dia mempunyai misi penting. Bergegas dia ke keretanya. Tidak sabar ingin melihat wajah adik kesayangannya. Bertahun dia tidak melihat wajah bujur sirih itu. Masih sama lagikah wajah adiknya itu? Sungguh dia amat rindu.
Ammar darwisy berasa bangga melihat kafe milik Alisya Damia. Akhirnya impian adiknya itu tercapai. Ralit Ammar Darwisy memerhati keadaan Kafe Cinta Novel. Hatinya berdoa agar dapat melihat wai jah adiknya.
Mata Ammar Darwisy bulat memandang ke hadapan. Walaupun perempuan itu berambut pendek, bertshirt dan memakai skinny jeans, dia dapat mengecam dengan tepat. Itulah Alisya Damia. Cara berjalan dan gerak geri semuanya sama dengan adiknya. Dia memerhati Alisya yang sedang mengambil barang di dalam kereta. No plat kereta Alisya dihafalnya. Satria Neo berwarna hitam yang kelihatan cukup ranggi. Jika tidak melihat pemiliknya, pasti orang menganggap itu kereta lelaki. DAM14. Pandai Alisya menyusun namanya begitu. Seketika, dia melihat Alisya Damia menoleh ke kiri dan ke kanan. Persis mencari sesuatu sebelum dia melangkah ke dalam kafenya semula. Adakah Alisya dapat merasa kehadirannya.
Ammar Darwisy mengurut dada. Mana perginya rambut panjang Alisya yang lurus. Dulu, dia yang paling suka bermain dengan rambut Alisya. Jika Alisya memotong rambut, dia yang akan mengamuk. Berhari-hari mogok bercakap dengan adiknya itu. Rambut Alisya sangat cantik. Sejak itu Alisya tidak pernah memotong rambutnya. Adakah disebabkan ini Alisya bertukar menjadi AD? Bertambah sesalan dalam jiwa Ammar Darwisy. Alisha Damia totally different.
Ya Allah..besarnya dosa aku pada adik-adikku. Ampuni aku Ya Allah. Semalam dia telah berjumpa dengan Thaqif. Alhamdulillah adiknya itu menerimanya dengan hati yang terbuka. Mungkin men to men talk lebih senang. Ataupun tika itu Thaqif masih lagi kecil. Belum memahami situasi yang berlaku. Sebab itulah mudah sahaja Thaqif menerimanya. Tapi tidak dengan Alisya damia. Yang satu ini memerlukan cabaran yang besar. Bukan setakat mak ca malah thaqif serta datuk dan neneknya juga berpesan perkara yang sama. Hati Alisya Damia sekeras batu. Kalau batu kerikil senang saya nak dipecahkan. Ini batu yang terdapat di kawasan air terjun. Memang dia perlu berusaha keras untuk memecahkannya. Hampir tiga jam dia menjadi pemerhati Alisya. Dia berundur sebaik sahaja Alisya menutup kafenya.

Friday, 17 October 2014

KERANA AKU SEORANG ISTERI



INSYA ALLAH...my new mss in making.. hopefully semuanya akan berjalan lancar.

      Kehidupan seperti roda. Disebalik kejayaan belakang lelaki pastinya terdapat seorang perempuan. Apatah lagi yang bergelar isteri. Bagi isteri yang bekerja, pastinya pengorbanan dan komitmen yang tinggi perlu dicurahkan bagi mengatur perjalanan keluarga. Si isteri menguruskan makan & pakai suami. Si ibu juga menguruskan makan & pakai anak-anak.

      Tenangkah si ibu apabila melihat keluarganya kucar kacir. Berbaloikah pengorbanan isteri dan juga ibu jika pengorbanannya dibalas dengan tuba. Atas satu kesilapan yang tidak disengajakan dia dihukum. Bahagiakah hati suami jika isteri yang sebelum ini menabur segala khidmat dan jasanya diabaikan. Tenangkah hati suami jika yang permata diabaikan malah si kaca digilap. Butakah suami itu?

     KERANA AKU SEORANG ISTERI.....
     #aku perlu menjaga kata.
     #aku perlu menjaga adab
    #mampukah aku tersenyum andai rumahtangga berada dihujung tanduk
   # tegakah aku hanya melihat bahagia mereka di hadapan mata
   # aku bukan malaikat yang mempunyai hati suci
  # aku hanyalah perempuan bergelar isteri
# salahkah andai aku ingin menggapai bahagia...
   

BAB 1 - IZIN KUGAPAI BAHAGIA ITU




“ Tolonglah jangan sebut nama orang yang dah mati depan saya Mak Ca. Saya tak nak ambil tahu langsung apa yang berlaku kat dia.”  Sungguh Alisya Damia amat membenci sebaris nama itu. Perubahan diri Alisya Damia juga berpunca daripadanya. Sejak Ammar Darwisy meninggalkan mereka, saat itu dia telah menganggap abangnya itu telah mati. Mati tanpa perlu diletakkan batu nisan. Tidak menyangka langsung Ammar akan bertindak sedemikian. Semata-mata ingin memenuhi impiannya, sanggup meninggalkan tanggung jawab besar yang diamanahkan padanya.
            “ AD.. dah bertahun semua tu berlaku. Takkan AD tak nak maafkan dia. AD perlu ingat, sekuat mana pun AD menolak, AD tak boleh nafikan yang kalian mempunyai pertalian darah. Selepas datuk, nenek dan Mak Ca tak ada nanti, AD perlukan dia juga. Tak kan AD nak hidup bersendirian.” Pujuk Mak Ca sambil mengusap kepala AD. Alisya Damia. Anak gadis yang dulunya periang, lemah lembut dan manja telah bertukar menjadi sedingin mint. Pantang tercuit akan mula memberontak. Dia tidak menyalahkan Alisya Damia. Dia faham apa yang bergolak di dalam hati anak gadis itu.
Alisya Damia berubah kerana mempertahankan dirinya. Manakan mampu gadis yang baru sahaja berusia enam belas tahun hendak mengatur hidupnya sendiri. Dia amat kecewa pulangnya Alisya pada lewat petang itu bersama bersama personaliti yang baru. Alisya Damia dimatikan terus. Yang ada hanyalah AD. Gadis berpewatakan tomboi. Rambut yang panjang mengurai telah dipotong pendek. Tidak ada lagi baju-baju feminin yang membalut tubuhnya. Berpakaian seperti lelaki. Bukalah almari pakaian AD. Tersusun tshirt, kemeja dan jeans. Akan melenting marah jika dipanggil Alisya. Yang ada hanyalah AD!
AD mula bergaul bebas. Mula mencari keseronokan di luar. Peristiwa dibuang sekolah telah menyedarkan AD. Anak pintar seperti AD senang sahaja hendak mengejar pelajaran yang tertinggal. Alhamdulillah AD mendapat keputusan cemerlang dalam SPMnya. Walaupun ditawarkan ke universiti luar negara, AD menolak. Alasannya tidak mahu meninggalkan adiknya seorang diri. Mak Ca tahu dari kecil lagi AD mahu ke luar Negara. Belajar di universiti yang sama dengan abangnya. Itulah impian mereka berdua.
            “ Mak Ca rindukan Alisya Damia. Mak Ca rindukan Alisya yang periang, yang manja… Mak Ca nak sangat sebelum Mak Ca tutup mata, Mak Ca dapat melihat Alisya Damia yang Mak Ca jaga dulu. Mak Ca sangat-sangat rindukan dia.” Mak Ca meluahkan rasa hatinya. Setiap kali melihat AD dia amat terkilan. Terasa tanggung jawab yang ditinggalkan tidak dilaksanakan.
            Alisya Damia menangis teresak-esak dalam dakapan Mak Ca. Cukup tersentuh dengan kata-kata Mak Ca, untuk berubah dia belum bersedia. Dia selesa dengan keadaannya sekarang. Pengasuh yang menjaganya daripada kecil itu telah dianggap sebagai ibunya. Sejak dia kehilangan mama dan papa, kepada Mak Ca lah dia mengadu nasib. Alhamdulillah dia dikurniakan seorang pengasuh yang baik hati. 
            “ Mak Ca, dia pergi saat kami amat memerlukannya. Perlukan semangat untuk kami teruskan hidup. Membimbing antara satu sama lain. Sebab bimbangkan masa depan dia sanggup tinggalkan saya dan Thaqif. Orang yang tak ada pendirian macam tu ker Mak Ca nak saya maafkan. Terima sahaja apa yang telah dia buat. Tidak sesekali Mak Ca.”      
            “ AD..selagi AD tak buang rasa dendam dalam hati, AD tak kan senang sayang. Mak Ca tak suka tengok keadaan AD sekarang. Sanggup tak berpasangan.”
            “ Biarlah keadaan yang tentukan Mak Ca. Macam selalu AD cakaplah, AD tak mampu maafkan dia. Kenapa sekarang baru dia datang cari kami. Nak tunjukkan dia dah berjaya! Lepas dia dapat apa yang dia hendak baru datang cari kami. Untuk apa? Kami semua dah besar. Kami tak perlukan dia lagi. Sejak dia keluar tidak pernah sekalipun dia datang jenguk kami. Masa Thaqif sakit, siapa yang ada disebelahnya? Terngiang lagi kata-kata dia kat telinga saya ni Mak Ca. AD merayu pada darah daging AD sendiri. AD sanggup jatuhkan ego asalkan dia pulang jenguk Thaqif. Semuanya hendak penuhi kemahuan Thaqif. Thaqif yang terlalu rindukan abang dia. Tapi dia tak datang Mak Ca. Hati dia dah tak ada dengan kami. Kalaula hari itu terjadi apa-apa kat Thaqif, sampai mati AD tak akan maafkan dia. Salah ke kalau AD bencikan dia. Salah Ad ke Mak Ca?” AD meluahkan perasaannya.
            Kenapa dia muncul saat aku dan Thaqif telah menerima ketiadaannya. Kami bahagia berdua. Di mana dia saat kami amat perlukan dia. Saat aku perlukan tempat bergnatung. Tegarnya dia sebagai anak sulung melepaskan tanggung jawabnya. Semuanya dipikul di bahuku. Segalanya aku yang tanggung.
            “ Dah.. pergi naik atas rehat. Mak Ca nak siapkan makan malam. Thaqif balik tak hari ni?” Tanya Mak Ca.
“ Tak balik. Mak Ca masak untuk Mak Ca saja lah. AD tak ada selera.” Perlahan dia bersuara. Sungguh dia letih dengan aturan hidupnya. Sukarnya dia hendak bahagia.

Selepas menunaikan solat maghrib, AD hanya bermalas-malasan di atas katilnya. Tangan diletakkan di atas dahi. Telinganya teringatkan perbualannya dengan Mak Ca siang tadi. Kotak fikirannya kembali memutarkan peristiwa lampau. Satu persatu kenangan yang memisahkan mereka terlayar di matanya. Persis melihat tayangan video di skrin putih.
DUM !! DUM!! Pintu kamar Ammar Darwisy ditolak kuat oleh Alisya Damia. Rempuhan kasar daripada Alisya Damia menyebabkan pintu tersebut berlaga dengan dinding. Menghasilkan lantunan bunyi yang kuat. Bergegar seketika bilik Ammar Darwisy.  Alisya Damia melangkah masuk dengan berang sekali. Lagak serikandi yang akan berperang demi mempertahankan negara. Ammar Darwisy yang ketika itu sedang memasukkan pakaiannya ke dalam bagasi hanya memandang kosong. Dia sudah mengagak tindakan adiknya itu apabila mendapat tahu keputusan yang telah dibuatnya.
“ Give me a very, very concrit reason why you do this decision!” Sepatah-sepatah Alisya menutur kata sambil mengacip bibirnya. Badannya telah mencapai suhu didih paling maksimum. Bila-bila masa sahaja boleh meletup. Keputusan abangnya itu tidak terjangka langsung. Sebaik mendengar perkhabaran daripada Mak Usunya tadi, Alisya tidak dapat menahan diri untuk bersemuka dengan abangnya. Ammar Darwisy di hadapannya kelihatan sekecil semut. Kalau la itu adiknya, pasti lumat dia kerjakan.
“ Keputusan abang muktamad.” Ringkas jawapan yang keluar daripada bibir Ammar Darwisy.
Alisya Damia menggeleng kepala. Ingat ni pertandingan nyanyian ker? Keputusan muktamad konon. Ada juga orang makan sup kaki sekejap lagi. Alisya Damia, dalam lembut terselit juga sikap lasak dan brutalnya. Apatah lagi dia di kelilingi adik beradik lelaki ditambah pula dia juga memiliki tali pinggang hitam dalam Taekwando seperti si abang dan adiknya  Adam Thaqif.
Alisya Damia menepis tangan Ammar Darwisy yang masih tekun menyusun pakaian ke dalam beg bagasi. Matanya dijengilkan. Ammar Darwisy berpaling. Mereka berdiri secara berhadapan. Kepala Alisya hanyalah setakat bahu Ammar Darwisy. Terpaksa dia mendongak untuk menentang mata Ammar.
“ Tak faham ker? Akak mintak alasan. Kenapa abang sanggup tinggalkan kita orang.” Aleesya masih tidak berpuas hati. Dalam keluarga, dia lebih mesra dipanggil kakak.
Look here!” Ammar Darwisy memegang bahu adiknya. “ Abang rasa abang perlu tinggal dengan Pak Usu. Mereka sayangkan abang. Dari dulu lagi mereka rapat dengan abang. Salah ker abang anggap mereka sebagai keluarga abang, sebagai pengganti mama dan papa!! Abang tahu dari dulu lagi mereka dah anggap abang macam anak diaorang.”
“ Abang tahu tak yang abang anak lelaki dalam famili. Abang sepatutnya menjaga saya danThaqif. Kami berdua dah menjadi tanggung jawab abang.”
“ Jangan nak jadi bodohla kakak. I’m sixteen okay..tak kan dalam umur macam abang ni dah ada tanggung jawab besar. Dah kena jaga korang berdua. Abang bukannya lelaki dewasa or married men yang perlu ada dua orang anak. Abang ada impian abang sendiri. Kita dah tak ada parents okay... siapa yang akan tanggung segala urusan pelajaran abang. You know what I want to be right?” panjang lebar Ammar Darwisy meluahkan rasa.
“ Yes!! You dah ada orang yang tanggung. What about Thaqif and me? You sanggup biarkan adik-adik you asalkan apa yang you nak tercapai. Sebagai abang sulung, you yang sepatutnya jaga kita orang. Lebih-lebih lagi dalam keadaan adik sekarang. Dia kemurungan okay..kita sebagai satu-satunya ahli keluarga yang ada perlu bagi support moral to him. Apa-apa pun kita tak boleh berpisah. And now, you sebagai anak sulung senang-senang nak angkat kaki.” Alisya Damia menunjukkan jarinya ke muka Ammar Darwisy.
Tangan Alisya dipulas kuat oleh Ammar Darwisy.“ Pantang aku, kalau ada orang tunjuk jari kat muka aku.”
Alisya tidak mengalah. Dia cuba menggunakan ilmu yang ada untuk melawan abangnya itu. Sekuat tenaga dia cuba melawan. Mereka bergelut.  Tumbuk terajang di badan masing-masing. Sama ada Ammar mahupun Alisya, masing-masing ingin melepaskan apa yang terbuku di hati. Buat pertama kalinya mereka bercakaran. Alisya tidak dapat mengimbangkan badan apabila kakinya terpijak beg pakaian Ammar Darwisy. Dia terjatuh ke atas lantai. Ammar Darwisy mengambil kesempatan dengan memulas tangan kiri Alisya ke belakang. Pergerakan Alisya terkunci. Dia tidak dapat menampung berat badan abangnya.
“ Listen!! Jangan sesekali ganggu urusan abang. So... sekarang gelaran anak sulung abang bagi kat kakak.. Thaqif tanggung jawab you sekarang. And I want to see, this beloved sister take care of her eldest brother... good luck sis...”
“ Ya Allah... apa kamu buat ni Ammar!!” jerit Hajjah Sapiah apabila melihat Ammar Darwisy menindih belakang Alisya. Ya Allah tidak pernahnya dia melihat keadaan cucunya begini sebelum ini. Nampaknya hubungan adik beradik ini akang menjadi renggang. Ini semua salah anaknya Merlisa. Dia tahu bagaimana perasaan Alisya apabila Merlisa menyatakan yang Ammar akan menjadi anak mereka. Bukannya dia tidak tahu, sejak Ammar Darwisy kecil lagi Merlisa telah meminta daripada Zaquan untuk dijadikan anak angkat mereka.
Ammar Darwisy melepaskan tangan Alisya yang dipulasnya. Perlahan dia bangun daripada badan Alisya. tidak timbul perasaan kasihan langsung melihat keadaan Alisya.
“ Kamu kalau dah marahkan sangat si Alisya ni, takkan sanggup bunuh dia.” Marah Hajjah Sapiah.
Ammar Darwisy  mengambil beg pakaiannya. Pakaian yang berselerakan dimasukkan dengan rakus sekali. Dia menarik beg pakaiannya ke arah pintu.
“ Ok fine!! Selepas ni, I tak nak tengok you balik sini lagi.” Jerit Alisya

Setiap kali terkenangkan peristiwa itu AD sentiasa mengeluh. Siapa sangka hubungan yang cukup rapat antara dia dan abangnya boleh renggang disebabkan itu. Jarak umur mereka hanyalah setahun sahaja bezanya. Setiap kali raya, dia rindu untuk menatap wajah abangnya itu. Dia dan Thaqif setia menanti. Tidak menyangka langsung, abangnya itu begitu tekad dengan keputusannya. Ammar tidak pernah pulang ke kampung atau ke rumah mereka. Hubungan mereka terputus terus semenjak Ammar keluar daripada rumah. Penantian yang tidak pernah kunjung tiba telah menyebabkan dia memendam dendam terhadap Ammar Darwisy. Baginya Ammar Darwisy telah mati.
Atas rasa dendam ini jugalah AD sanggup mengenepikan perasaannya untuk menyayangi dan disayangi. AD tidak seperti teman-temannya yang lain. Sibuk mencari pasangan. Dunia AD hanyalah Thaqif, kafe buku, datuk dan nenek serta Mak Ca. dia tidak lagi suka berfoya-foya seperti sebelum ini. Yang ada hanyalah AD yang begitu komited dengan kerjanya. AD tahu dia perlu mencari Ammar untuk menjadi walinya kelak. Tidak sesekali dia akan merendahkan egonya menuntut hak itu daripada Ammar. Tidak mahu mendengar kata-kata cacian daripada Ammar. Itulah sebab dia sanggup mengenepikan perasaannya.
            Tok! Tok! Pintu bilik AD diketuk. Belum sempat AD bangun daripada katil, kepala Mak Ca telah terjengul di pintu. “ Jom makan.” Ajak Mak Ca.
“ AD tak ada selera la. Mak Ca makan dulu. Kalau lapar Ad turun.” Balas AD pula. “ Rehat ye nak.” Balas Mak Ca sebelum dia menutup kembali pintu kamar AD. Dia sudah masak dengan perangai AD. Jika itu katanya jangan dipaksa.