Thursday, 23 October 2014

BAB 23 - SAYA SAYANG AWAK



        Ketika kami sedang bersarapan pagi, ibu mertuaku mengajak kami keluar membeli belah. Ingin membeli hadiah untukku. Hadiah perkahwinan katanya. Aku menegahnya. Tak mahu mama menghabiskan wangnya untukku. Sudah cukup dengan majlis yang gemilang semalam. Walaupun aku menolak, tapi beria ibu mertuaku mahu memberikannya. Aku terpaksa mengalah apatah lagi disokong Ryzal. Tak kan menang kalau dua lawan satu. Qistina hanya diam sahaja. Tidak menyampuk langsung.
            “ Qis ikut sekali yea.” Ujarku pada Qistina. Dia tersentak. Mungkin tidak menjangka aku akan mengajaknya. Aku tidak mahu dia berasa terasing dengan kehadiranku. “ Tak apa la. Qis duduk rumah saja.” Qistina menolak sambil matanya memandang kearah Ryzal. Ryzal tidak memberi apa-apa respon.
“ Jom Qis. Mama dah lama tak belikan Qis baju.” Setelah didesak aku dan mama, akhirnya Qistina mengalah.
            Sebenarnya Qistina serba salah untuk turut serta. Dia tidak mempunyai baju yang sesuai untuk keluar bersama kakak iparnya. Arleena bertudung sedangkan dia, tiada satu pun bajunya yang benar-benar menutup aurat. Jika berlengan panjang atau pun tidak berlengan, pastinya dipadankan dengan skirt paras lutut.
            Mama mengarahkan dia naik ke atas. Mereka semua sedang bersiap. Qistina masih termangu di hadapan almari pakaiannya. Memilih baju yang elok sedikit dipakai. Takkan dia hendak memakai baju kurung. Qistina mengetuk-ngetuk kepalanya. Nak tak nak dia menarik juga skirt paras lutut. Selepas itu menyelongkar blous berlengan panjang. Rambut disikat rapi. Qistina memandang wajahnya di dalam cermin solek. Dia menyentuh rambutnya. Pastinya dia akan berhijab nanti.
            Qistina turun ke ruang tamu. Kelihatan mama, abang dan kakak iparnya telah siap. Mereka sedang menunggunya. Arleena memandang qistina. Diakui Qistina pandai bergaya. Pasti pakaiannya berharga ratusan ringgit seperti juga Ryzal. Cukup sempurna di bahagian atas. Kenapa perlu dibuka dibahagian bawah. Tapi inilah trend anak muda kota masa kini.
            Qistina perasan perubahan muka kakak iparnya. Nak buat macam mana ini sahaja baju yang dirasakan menutup sedikit auratnya. Kebetulan jeansnya ditinggalkan di rumah sewa. Puas digeledah tiada satu pun yang tinggal dalam almarinya.
            Mereka semua keluar dengan menaiki Harrier Ryzal. Dia duduk di hadapan bersama suaminya. Mama dan Qistina di bahagian belakang. Mereka bergerak ke Pavillion. Entah apalah yang hendak dibeli oleh ibu mertuanya itu.


            Arleena tidak berkesampatan untuk beriringan dengan Qistina. Tangannya  sentiasa dalam genggaman Ryzal. Mama pula berjalan dengan Qistina. Mama mengajak mereka masuk ke butik pakaian. Qistina memerhati sekeliling. Kakak iparnya teruja dengan jubah-jubah yang sarat dengan manik. Qistina hanya memerhati. Dia juga mempunyai keinginan yang sama tapi malu. Biarlah dia membeli sendiri nanti tanpa ahli keluarganya. Dia malu sekiranya mereka memerlinya.
“ Qis tak nak ke? Pilih mana-mana berkenan.” Tawar mama.
“ Tak pelah mama.” Puan Zainab merasakan sikap anak daranya ini sedikit berlainan. Pagi ini dia rasakan Qistina tidak ceria seperti biasa. Apa yang bermain di fikiran anaknya. Adakah Qistina cemburu dengan layanannya terhadap Arleena?
“ Tak kan Qis tak nak apa-apa. Nanti kita ke butik pilihan Qis pula ok.” Tanya Puan Zainab untuk membeli mood anaknya.
Qistina memerhatikan sekeliling. “ Qis ambil telekung saja la.” Dia beralih ke ruangan yang meletakkan beberapa jenis tudung. Dia memilih satu yang berkenan denagn hatinya. Setelah memilih dia beralih ke bahagian hujung butik. Duduk di sofa yang disediakan. Hanya memerhati mama dan kakak iparnya memilih. Menunggu masa untuk membuat bayaran bersama mereka. Terasa di sebelahnya diduduki seseorang. Tidak dihiraukan Qistina.
“ Tak guna solat tunggang terbalik kalau tak tutup aurat.” Berdesup kata-kata itu masuk ke dalam hatinya. Terasa seperti dituju kepadanya. Qistina berpaling ke sebelah. Seorang pemuda sedang menilik Samsung Note III di tangannya. 
Adakah dia yang bersuara tadi? Qistina mengerutkan keningnya. Kalau tanya aku juga yang malu. Dalam begitu, pemuda tersebut memusingkan kepalanya ke arah Qistina. Dia tersenyum. Qistina sedikit tergamam. Dia kenal pemuda itu. Pemuda yang sentiasa merenung tajam ke arahnya setiap kali pandangan mereka bertaut. Mereka satu kuliah. Tapi dia tidak pernah ambil peduli siapa nama pemuda tersebut. Baginya pemuda itu amat menjengkelkan. Selalu mencari salahnya. Ada sahaja teguran yang kurang senang di hati Qistina. Tidak salahla mesti dia yang berkata tadi. Qistina ingin bangun dari sofa tersebut. Tidak mahu bertelagah dengan pemuda itu.
Melihat keadaan Qistina seperti ingin meninggalkannya, cepat-cepat Riyad bersuara. “ Kan bagus kalau bertudung macam kakak awak. Saya pun sanggup jadi suami.” Panas Qistina dengan kata-kata lelaki tersebut. Tanpa menjawab dia bangun meninggalkan pemuda itu. Kalau dia ingin berubah pun bukan sebab ingin menjadi isteri pemuda tersebut. Qistina menghampiri mamanya.
“ Lambat lagi ker mama? Panasla kat sini.” Arleena tersentak dengan kata-kata Qistina. Perasan muka Qistina yang putih telah berona merah. Tengah marah agaknya. Marahkan siapa? Arleena berpaling ke arah sofa yang diduduki Qistina tadi. Terdapat seorang pemuda di situ. Adakah lelaki itu mengusik  Qistina? Mungkin ya sebab dia melihat lelaki tersebut tidak melarikan pandangannya dari memerhati Qistina. Boleh tahan juga!
Riyad tersenyum. Mata masih memerhati gadis yang telah lama bertakhta di hatinya. Walaupun gadis tersebut dirasakan agak sosial tapi dia dapat rasakan ada sesuatu dalam diri gadis tersebut. Seringkali dia menegur Qistina. Semuanya melalui sindiran. Niatnya ingin melihat Qistina berubah. Nampaknya usaha dia masih belum berhasil. Riyad berasa lega apabila melihat Qistina memilih telekung. Walau dia gadis liar, sekurang-kurangnya dia masih tunduk kepada penciptanya.


            Dua hari lagi kami akan bekerja semula. Hari ini aku dan Ryzal mengangkut barang-barang ke rumah Ryzal. Rumah yang telah lama dibeli tapi jarang didudukinya. Nasiblah rumahnya ini tidak jauh dari tempat kerjaku. Tidak nanti aku mengambil masa yang lama untuk ke tempat kerja. Aku hanya membawa pakaianku sahaja memandangkan rumah Ryzal telah dilengkapi dengan semuanya. Barang-barang di rumah sewa aku tinggalkan sahaja. Manalah tahu akan digunakan kemudian hari.
            Rumah kepunyaan Ryzal agak besar. Banglo mewah dua tingkat. Menjejak kaki ke dalam rumah tersusun elok perabot-perabotnya. Nampaknya Ryzal lebih suka kepada gaya kontemporari. Berbeza dengan aku yang lebih menyukai suasana santai. Tidak sarat dengan perabot.
            Setelah mengemas pakaian ke dalam almari aku turun ke dapur. ingin melihat apa yang ada di dapur orang bujang. Aku membuka peti ais. Kosong. Yang ada hanya beberapa botol air mineral. Apa aku nak masak nui.
            Memandangkan kami akan bekerja, aku mengajak Ryzal ke pasaraya membeli barang-barang keperluan dapur. Jika hari bekerja nanti, susah pula. Tentulah kami kesuntukan masa.
            Nampaknya hari ini kami akan makan di luar. Selepas aku membeli semua kelengkapan dapur nanti barulah kami akan makan di rumah. Aku tidak mahu Ryzal makan di luar selalu. Ryzal menyerahkan sepenuhnya tugas untuk membeli keperluan dapur kepadaku. Orang perempuan tentulah lebih arifkan.  Lagipun aku yang akan memasaknya. Tugas Ryzal hanyalah menolak troli dan membayarnya.
            Ke semua barang asas masakan telah aku beli. Penuh satu troli. Bukan aku boros yer tapi dapur Ryzal kosong. Terpaksalah aku membeli segala keperluan asas. Ini juga akan menyenangkan aku apabila hendak memasak. Semua bahan telah ada.

No comments:

Post a Comment