Friday, 17 October 2014

BAB 1 - IZIN KUGAPAI BAHAGIA ITU




“ Tolonglah jangan sebut nama orang yang dah mati depan saya Mak Ca. Saya tak nak ambil tahu langsung apa yang berlaku kat dia.”  Sungguh Alisya Damia amat membenci sebaris nama itu. Perubahan diri Alisya Damia juga berpunca daripadanya. Sejak Ammar Darwisy meninggalkan mereka, saat itu dia telah menganggap abangnya itu telah mati. Mati tanpa perlu diletakkan batu nisan. Tidak menyangka langsung Ammar akan bertindak sedemikian. Semata-mata ingin memenuhi impiannya, sanggup meninggalkan tanggung jawab besar yang diamanahkan padanya.
            “ AD.. dah bertahun semua tu berlaku. Takkan AD tak nak maafkan dia. AD perlu ingat, sekuat mana pun AD menolak, AD tak boleh nafikan yang kalian mempunyai pertalian darah. Selepas datuk, nenek dan Mak Ca tak ada nanti, AD perlukan dia juga. Tak kan AD nak hidup bersendirian.” Pujuk Mak Ca sambil mengusap kepala AD. Alisya Damia. Anak gadis yang dulunya periang, lemah lembut dan manja telah bertukar menjadi sedingin mint. Pantang tercuit akan mula memberontak. Dia tidak menyalahkan Alisya Damia. Dia faham apa yang bergolak di dalam hati anak gadis itu.
Alisya Damia berubah kerana mempertahankan dirinya. Manakan mampu gadis yang baru sahaja berusia enam belas tahun hendak mengatur hidupnya sendiri. Dia amat kecewa pulangnya Alisya pada lewat petang itu bersama bersama personaliti yang baru. Alisya Damia dimatikan terus. Yang ada hanyalah AD. Gadis berpewatakan tomboi. Rambut yang panjang mengurai telah dipotong pendek. Tidak ada lagi baju-baju feminin yang membalut tubuhnya. Berpakaian seperti lelaki. Bukalah almari pakaian AD. Tersusun tshirt, kemeja dan jeans. Akan melenting marah jika dipanggil Alisya. Yang ada hanyalah AD!
AD mula bergaul bebas. Mula mencari keseronokan di luar. Peristiwa dibuang sekolah telah menyedarkan AD. Anak pintar seperti AD senang sahaja hendak mengejar pelajaran yang tertinggal. Alhamdulillah AD mendapat keputusan cemerlang dalam SPMnya. Walaupun ditawarkan ke universiti luar negara, AD menolak. Alasannya tidak mahu meninggalkan adiknya seorang diri. Mak Ca tahu dari kecil lagi AD mahu ke luar Negara. Belajar di universiti yang sama dengan abangnya. Itulah impian mereka berdua.
            “ Mak Ca rindukan Alisya Damia. Mak Ca rindukan Alisya yang periang, yang manja… Mak Ca nak sangat sebelum Mak Ca tutup mata, Mak Ca dapat melihat Alisya Damia yang Mak Ca jaga dulu. Mak Ca sangat-sangat rindukan dia.” Mak Ca meluahkan rasa hatinya. Setiap kali melihat AD dia amat terkilan. Terasa tanggung jawab yang ditinggalkan tidak dilaksanakan.
            Alisya Damia menangis teresak-esak dalam dakapan Mak Ca. Cukup tersentuh dengan kata-kata Mak Ca, untuk berubah dia belum bersedia. Dia selesa dengan keadaannya sekarang. Pengasuh yang menjaganya daripada kecil itu telah dianggap sebagai ibunya. Sejak dia kehilangan mama dan papa, kepada Mak Ca lah dia mengadu nasib. Alhamdulillah dia dikurniakan seorang pengasuh yang baik hati. 
            “ Mak Ca, dia pergi saat kami amat memerlukannya. Perlukan semangat untuk kami teruskan hidup. Membimbing antara satu sama lain. Sebab bimbangkan masa depan dia sanggup tinggalkan saya dan Thaqif. Orang yang tak ada pendirian macam tu ker Mak Ca nak saya maafkan. Terima sahaja apa yang telah dia buat. Tidak sesekali Mak Ca.”      
            “ AD..selagi AD tak buang rasa dendam dalam hati, AD tak kan senang sayang. Mak Ca tak suka tengok keadaan AD sekarang. Sanggup tak berpasangan.”
            “ Biarlah keadaan yang tentukan Mak Ca. Macam selalu AD cakaplah, AD tak mampu maafkan dia. Kenapa sekarang baru dia datang cari kami. Nak tunjukkan dia dah berjaya! Lepas dia dapat apa yang dia hendak baru datang cari kami. Untuk apa? Kami semua dah besar. Kami tak perlukan dia lagi. Sejak dia keluar tidak pernah sekalipun dia datang jenguk kami. Masa Thaqif sakit, siapa yang ada disebelahnya? Terngiang lagi kata-kata dia kat telinga saya ni Mak Ca. AD merayu pada darah daging AD sendiri. AD sanggup jatuhkan ego asalkan dia pulang jenguk Thaqif. Semuanya hendak penuhi kemahuan Thaqif. Thaqif yang terlalu rindukan abang dia. Tapi dia tak datang Mak Ca. Hati dia dah tak ada dengan kami. Kalaula hari itu terjadi apa-apa kat Thaqif, sampai mati AD tak akan maafkan dia. Salah ke kalau AD bencikan dia. Salah Ad ke Mak Ca?” AD meluahkan perasaannya.
            Kenapa dia muncul saat aku dan Thaqif telah menerima ketiadaannya. Kami bahagia berdua. Di mana dia saat kami amat perlukan dia. Saat aku perlukan tempat bergnatung. Tegarnya dia sebagai anak sulung melepaskan tanggung jawabnya. Semuanya dipikul di bahuku. Segalanya aku yang tanggung.
            “ Dah.. pergi naik atas rehat. Mak Ca nak siapkan makan malam. Thaqif balik tak hari ni?” Tanya Mak Ca.
“ Tak balik. Mak Ca masak untuk Mak Ca saja lah. AD tak ada selera.” Perlahan dia bersuara. Sungguh dia letih dengan aturan hidupnya. Sukarnya dia hendak bahagia.

Selepas menunaikan solat maghrib, AD hanya bermalas-malasan di atas katilnya. Tangan diletakkan di atas dahi. Telinganya teringatkan perbualannya dengan Mak Ca siang tadi. Kotak fikirannya kembali memutarkan peristiwa lampau. Satu persatu kenangan yang memisahkan mereka terlayar di matanya. Persis melihat tayangan video di skrin putih.
DUM !! DUM!! Pintu kamar Ammar Darwisy ditolak kuat oleh Alisya Damia. Rempuhan kasar daripada Alisya Damia menyebabkan pintu tersebut berlaga dengan dinding. Menghasilkan lantunan bunyi yang kuat. Bergegar seketika bilik Ammar Darwisy.  Alisya Damia melangkah masuk dengan berang sekali. Lagak serikandi yang akan berperang demi mempertahankan negara. Ammar Darwisy yang ketika itu sedang memasukkan pakaiannya ke dalam bagasi hanya memandang kosong. Dia sudah mengagak tindakan adiknya itu apabila mendapat tahu keputusan yang telah dibuatnya.
“ Give me a very, very concrit reason why you do this decision!” Sepatah-sepatah Alisya menutur kata sambil mengacip bibirnya. Badannya telah mencapai suhu didih paling maksimum. Bila-bila masa sahaja boleh meletup. Keputusan abangnya itu tidak terjangka langsung. Sebaik mendengar perkhabaran daripada Mak Usunya tadi, Alisya tidak dapat menahan diri untuk bersemuka dengan abangnya. Ammar Darwisy di hadapannya kelihatan sekecil semut. Kalau la itu adiknya, pasti lumat dia kerjakan.
“ Keputusan abang muktamad.” Ringkas jawapan yang keluar daripada bibir Ammar Darwisy.
Alisya Damia menggeleng kepala. Ingat ni pertandingan nyanyian ker? Keputusan muktamad konon. Ada juga orang makan sup kaki sekejap lagi. Alisya Damia, dalam lembut terselit juga sikap lasak dan brutalnya. Apatah lagi dia di kelilingi adik beradik lelaki ditambah pula dia juga memiliki tali pinggang hitam dalam Taekwando seperti si abang dan adiknya  Adam Thaqif.
Alisya Damia menepis tangan Ammar Darwisy yang masih tekun menyusun pakaian ke dalam beg bagasi. Matanya dijengilkan. Ammar Darwisy berpaling. Mereka berdiri secara berhadapan. Kepala Alisya hanyalah setakat bahu Ammar Darwisy. Terpaksa dia mendongak untuk menentang mata Ammar.
“ Tak faham ker? Akak mintak alasan. Kenapa abang sanggup tinggalkan kita orang.” Aleesya masih tidak berpuas hati. Dalam keluarga, dia lebih mesra dipanggil kakak.
Look here!” Ammar Darwisy memegang bahu adiknya. “ Abang rasa abang perlu tinggal dengan Pak Usu. Mereka sayangkan abang. Dari dulu lagi mereka rapat dengan abang. Salah ker abang anggap mereka sebagai keluarga abang, sebagai pengganti mama dan papa!! Abang tahu dari dulu lagi mereka dah anggap abang macam anak diaorang.”
“ Abang tahu tak yang abang anak lelaki dalam famili. Abang sepatutnya menjaga saya danThaqif. Kami berdua dah menjadi tanggung jawab abang.”
“ Jangan nak jadi bodohla kakak. I’m sixteen okay..tak kan dalam umur macam abang ni dah ada tanggung jawab besar. Dah kena jaga korang berdua. Abang bukannya lelaki dewasa or married men yang perlu ada dua orang anak. Abang ada impian abang sendiri. Kita dah tak ada parents okay... siapa yang akan tanggung segala urusan pelajaran abang. You know what I want to be right?” panjang lebar Ammar Darwisy meluahkan rasa.
“ Yes!! You dah ada orang yang tanggung. What about Thaqif and me? You sanggup biarkan adik-adik you asalkan apa yang you nak tercapai. Sebagai abang sulung, you yang sepatutnya jaga kita orang. Lebih-lebih lagi dalam keadaan adik sekarang. Dia kemurungan okay..kita sebagai satu-satunya ahli keluarga yang ada perlu bagi support moral to him. Apa-apa pun kita tak boleh berpisah. And now, you sebagai anak sulung senang-senang nak angkat kaki.” Alisya Damia menunjukkan jarinya ke muka Ammar Darwisy.
Tangan Alisya dipulas kuat oleh Ammar Darwisy.“ Pantang aku, kalau ada orang tunjuk jari kat muka aku.”
Alisya tidak mengalah. Dia cuba menggunakan ilmu yang ada untuk melawan abangnya itu. Sekuat tenaga dia cuba melawan. Mereka bergelut.  Tumbuk terajang di badan masing-masing. Sama ada Ammar mahupun Alisya, masing-masing ingin melepaskan apa yang terbuku di hati. Buat pertama kalinya mereka bercakaran. Alisya tidak dapat mengimbangkan badan apabila kakinya terpijak beg pakaian Ammar Darwisy. Dia terjatuh ke atas lantai. Ammar Darwisy mengambil kesempatan dengan memulas tangan kiri Alisya ke belakang. Pergerakan Alisya terkunci. Dia tidak dapat menampung berat badan abangnya.
“ Listen!! Jangan sesekali ganggu urusan abang. So... sekarang gelaran anak sulung abang bagi kat kakak.. Thaqif tanggung jawab you sekarang. And I want to see, this beloved sister take care of her eldest brother... good luck sis...”
“ Ya Allah... apa kamu buat ni Ammar!!” jerit Hajjah Sapiah apabila melihat Ammar Darwisy menindih belakang Alisya. Ya Allah tidak pernahnya dia melihat keadaan cucunya begini sebelum ini. Nampaknya hubungan adik beradik ini akang menjadi renggang. Ini semua salah anaknya Merlisa. Dia tahu bagaimana perasaan Alisya apabila Merlisa menyatakan yang Ammar akan menjadi anak mereka. Bukannya dia tidak tahu, sejak Ammar Darwisy kecil lagi Merlisa telah meminta daripada Zaquan untuk dijadikan anak angkat mereka.
Ammar Darwisy melepaskan tangan Alisya yang dipulasnya. Perlahan dia bangun daripada badan Alisya. tidak timbul perasaan kasihan langsung melihat keadaan Alisya.
“ Kamu kalau dah marahkan sangat si Alisya ni, takkan sanggup bunuh dia.” Marah Hajjah Sapiah.
Ammar Darwisy  mengambil beg pakaiannya. Pakaian yang berselerakan dimasukkan dengan rakus sekali. Dia menarik beg pakaiannya ke arah pintu.
“ Ok fine!! Selepas ni, I tak nak tengok you balik sini lagi.” Jerit Alisya

Setiap kali terkenangkan peristiwa itu AD sentiasa mengeluh. Siapa sangka hubungan yang cukup rapat antara dia dan abangnya boleh renggang disebabkan itu. Jarak umur mereka hanyalah setahun sahaja bezanya. Setiap kali raya, dia rindu untuk menatap wajah abangnya itu. Dia dan Thaqif setia menanti. Tidak menyangka langsung, abangnya itu begitu tekad dengan keputusannya. Ammar tidak pernah pulang ke kampung atau ke rumah mereka. Hubungan mereka terputus terus semenjak Ammar keluar daripada rumah. Penantian yang tidak pernah kunjung tiba telah menyebabkan dia memendam dendam terhadap Ammar Darwisy. Baginya Ammar Darwisy telah mati.
Atas rasa dendam ini jugalah AD sanggup mengenepikan perasaannya untuk menyayangi dan disayangi. AD tidak seperti teman-temannya yang lain. Sibuk mencari pasangan. Dunia AD hanyalah Thaqif, kafe buku, datuk dan nenek serta Mak Ca. dia tidak lagi suka berfoya-foya seperti sebelum ini. Yang ada hanyalah AD yang begitu komited dengan kerjanya. AD tahu dia perlu mencari Ammar untuk menjadi walinya kelak. Tidak sesekali dia akan merendahkan egonya menuntut hak itu daripada Ammar. Tidak mahu mendengar kata-kata cacian daripada Ammar. Itulah sebab dia sanggup mengenepikan perasaannya.
            Tok! Tok! Pintu bilik AD diketuk. Belum sempat AD bangun daripada katil, kepala Mak Ca telah terjengul di pintu. “ Jom makan.” Ajak Mak Ca.
“ AD tak ada selera la. Mak Ca makan dulu. Kalau lapar Ad turun.” Balas AD pula. “ Rehat ye nak.” Balas Mak Ca sebelum dia menutup kembali pintu kamar AD. Dia sudah masak dengan perangai AD. Jika itu katanya jangan dipaksa.

No comments:

Post a Comment