Sunday, 26 January 2014

BAB 1

“ Woi …jauh menung!! Ko tengah fikir apa?’’ sergah Nina kepadaku.
“ Ko ni Nina asyik peranjatkan aku jer. Kalaula aku ni ada masalah jantung dah lama aku jalan tau, ’’ ujarku dengan geram.
“ Ala..relaksla kawan. Ko menung apa?’’ Tanya Nina tidak puas hati.
“ Bila tengok budak-budak tu teringat aku zaman sekolah dulu. Macam-macam hal aku ngan kawan-kawan aku telah buat. Tapi siapa sangkakan geng yang dianggap pemusnah alam semuanya dah sambung belajar kat luar negara.. Cuma aku jer kat sini.”
“ Tapi ok jugakkan. Kalau tak takde la aku jumpa bff  aku ni.. kawan yang amat memahami, sporting bak kata omputeh best in the world la..” ujarku sambil memeluk Nina.
“ Eleh ko kalau  puji memanjang ni mesti ada udang disebalik mee kan?’’
Sememangnya aku telah menganggap Nina seperti saudaraku sendiri. Kami berkenalan semasa minggu orientasi dan seterusnya ditempatkan di bilik yang sama. Aku dan Nina mempunyai banyak persamaan dan mungkin inilah penyebabnya yang membuatkan kami rapat. Kalau pasangan kekasih tu boleh dianggap ada chemistry.  Walaupun Nina berasal dari golongan yang senang namun dia tidak pernah meninggi diri.  Tidak pernah membezakan rakan-rakannya. Aku senang berkawan dengan Nina.
            “ Oleh kerana kau puji aku, nanti kita pergi makan aku belanja ko ek?” ujar Nina.
            “ He...he ni ayang sayang kat ko,” aku cuba mencium pipi Nina sambil membuat nada manja. Mengusiknya. Memang aku ketahui Nina penggeli orangnya. Tak ada dia nak bagi pipinya dicium orang. Suami lainlah kot.
            “ Woi...ko ni agak-agaklah. Public ni weh. Ko ingat kat rumah ker? Nanti tak pasal-pasal aku orang anggap lesbian...selisih malaikat 44...”. tu dia. Panjang lebar syarahan keluar dari mulut Nina. usik lagi.
            “ Eleh..gurau sikit pun nak sentap ker? Agak-agaklah kawan. Aku yang cun ni ko kata lesbian. Kurang asam keping betullah... jomlah kita balik. Rehat mesti cukup. Esok dah start praktikal. Kami  perlu menjalani latihan praktikal bagi memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Amali yang dikehendaki dilakukan oleh pelajar tahun akhir.
            Itulah aku dan Nina. Hari-hari dipenuhi dengan gurau senda. Kami hanya membahasakan diri ko dan aku. Lebih mesra rasanya. Lebih rapat. Tipulah sepanjang perkenalan kami tidak pernah bergaduh. Lagikan lidah boleh tergigit. Begitulah kami. Tapi semua itu tidak berlaku dalam tempoh yang lama. Paling lama satu hari. Itupun mungkin  masing-masing tidak puas hati antara satu sama lain.
            Hari ini kami berjumpa dengan pensyarah yang akan menyelia kami semasa kami menjalani latihan praktikal nanti. Dia memberikan beberapa kriteria yang akan dilihat sepanjang kami di sana nanti. Selain itu kami juga diberikan panduan mengenai etika berpakaian. Walaupun kami berada di hotel, etika berpakaian juga perlu di jaga. Bukan sahaja kepada  mereka yang menjalani praktikal di pejabat sahaja. Kami membawa imej pelajar universiti kami. Anggapan orang luar terhadap universiti kami itu yang penting.  Aku dan Nina bersyukur kerana permohonan kami untuk menjalani latihan praktikal di Hotel Grenz telah diterima. Sebuah hotel terkemuka di kawasan ini.
           

Alhamdulillah, akhirnya aku dan Nina telah mempunyai tempat untuk menjalani latihan praktikal kami selama 3 bulan bagi mengcukupkan syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Kebanyakan rakan-rakan kuliahku yang lain memohon di pejabat-pejabat besar tapi berlainan pula dengan aku dan Nina. Hotel menjadi pilihan kami. Sepanjang tiga bulan ini aku dan Nina ditempatkan di unit kewangan. Kami sengaja memilih Hotel Grenz kerana aku amat menyukai rekabentuk dan dekorasi hotel tersebut yang unik.
 Pertama kali menjejaki kaki di hotel tersebut sempena majlis perpisahan batch kami, aku telah tertarik dan menaruh minat untuk bekerja di sini. Bagiku apabila bekerja di hotel aku akan dapat melihat pelbagai ragam manusia. Aku merasakan di sini platform terbaik untuk aku mengenali manusia di bandar metropolitan ini. Di mana manusia dan sekeliling bergerak pantas dan seiring jika dibandingkan dengan tempat lahirku di Terengganu. Bukan dikatakan tempat lahirku mundur, tetapi pembangunan di Terengganu tidaklah sehebat di Kuala Lumpur.
Esok kami akan memulakan latihan praktikal. Semoga semuanya berjalan lancar. Aku mengharapkan nanti aku akan memperolehi rakan-rakan sekerja yang baik dan dapat membantu aku selama tiga bulan aku di situ.
Awal pagi aku dan Nina telah berada di lobi Hotel Grenz. Tanggapan pertama orang itu adalah penting. Terdapat lagi dua orang pelajar yang akan membuat pratikal seperti kami. Mereka akan ditempatkan di unit pemasaran. Sementara menunggu dipanggil, kami sempat berkenalan antara satu sama lain. 
Kelihatan seorang wanita yang kuagak dalam lingkungan 40an menghampiri kami. Sudah tentu ini penyelia kami. Wanita tersebut memperkenalkan dirinya. Seterusnya  kami dibawa ke dalam bilik mesyuarat yang berada di tingkat tiga. Di situ juga bertempatnya unit pengurusan dan juga bilik pemilik hotel ini.
Kami diberi pendedahan mengenai organisasi yang terdapat di dalam hotel ini. Selain itu kami juga diajar untuk berkomunikasi dengan para penghuni yang menginap di sini. Walaupun kami hanya menjalani latihan praktikal, nama baik hotel ini kami perlu jaga juga. Tambahan pula hotel ini mengamalkan moto “Tetamu Diutamakan”. Penampilan diri juga harus dijaga. Sepanjang tiga bulan di sini, kami diberikan kupon untuk makan tengah hari di kafe hotel. Sama seperti staf-staf hotel yang lain.
Setelah diberikan pendedahan mengenai selok belok hotel, kami perlu mengisi beberapa borang. Borang-borang tersebut akan diserahkan kepada penyelia kami di unit masing-masing nanti. Dalam kami khusyuk mengisi borang, pintu bilik mesyuarat di buka dari luar. Masuk dua orang lelaki. Berpakaian kemas. Kak Yati memperkenalkan kami dengan mereka berdua. Rupanya pemilik hotel ini. Patutla ku rasakan berkarisma orangnya. Seorang lagi, Encik Rahmat penyelia di unitku. Nampaknya sepanjang tiga bulan aku di sini, masa kami akan dihabiskan dibawah pemantauannya.
Pemilik Hotel Grenz , Dato’ Kamarudin mengalukan kedatangan kami. Daripada percakapannya aku mengagak dia seorang yang peramah. Melalui penerangannya barulah kami tahu yang hotel ini juga mempunyai kerjasama dengan sebuah kolej kulinari yang berhampiran. Pelajar yang mengikuti kursus kulinari di kolej tersebut boleh memohon pinjaman dengan hotel ini. Lulusan kolej yang cemerlang akan ditawarkan untuk bekerja di hotel ini bergantung pada kekosongan ketika itu. Sekurangnya mereka telah terjamin akan perolehi pekerjaan selepas tamat pengajian nanti. Selain itu, sekiranya terdapat majlis-majlis yang memerlukan pembantu yang ramai, mereka akan memintanya daripada kolej tersebut. Para pelajar yang dihantar akan diberikan tip mengikut bilangan jam bekerjanya.
Aku amat berbangga dengan pemilik hotel ini kerana sanggup memberi ruang dan peluang kepada para pelajar tersebut untuk menambahkan pengetahuan dengan dunia sebenar pekerjaan selain teori yang dipelajari para pelajar tersebut dalam bilik kuliah. Bukannya senang hotel-hotel yang gah untuk menerima para pelatih yang rata-rata masih mentah dalam dunia perhotelan kerana mereka tentulah akan menjaga nama baik hotel mereka. Ini berlainan sekali dengan Hotel Grenz di mana banyak peluang diberikan para pelatih untuk merasai dunia pekerjaan sebenar. Pengalaman inilah yang akan mendewasakan mereka kelak. Sudah tentulah mereka akan lebih yakin untuk terlibat dengan dunia perhotelan selepas tamat pengajian nanti.
Selepas diberi penerangan oleh pemilik hotel, kami pun bergerak ke unit masing-masing. Aku dan Nina dibawa oleh Encik Rahmat ke unit kewangan. Sepanjang perjalanan, kami berborak kosong. Nampaknya Encik Rahmat ini kelakar juga orangnya. Boleh jadi geng la macam ni. Sampai sahaja di unit kewangan, kami di bawa masuk ke dalam biliknya.
Encik Rahmat menerangkan skop tugas di unit kewangan. Satu unit yang agak berat tugasnya. Satu fail diberikan kepada kami. Di situ terdapatnya spesifikasi tugas di bahagian kewangan. Hotel tentulah mempunyai banyak unit. Semua unit ini akan bergantung kepada unit kewangan. Oleh sebab itu integriti amat penting bagi mereka yang bekerja di unit ini.
Kami diberikan meja bersebelahan. Di sini mengamalkan konsep terbuka. Tidak ada partition yang menghalang kami. Aku rasa cara begini elok juga. Memandangkan unit kewangan agak sibuk kami tidak perlu menghabiskan masa untuk bergerak ke sesuatu tempat. Hanya melaung dari tempat duduk sahaja. Ini sudah bagus bagi kami. Maklumlah kami ni orang baru hendak belajar selok belok dunia pekerjaan. Aku dan Nina ditempatkan secara bersebelahan.


            Sudah seminggu kami membuat praktikal di sini. Aku dan Nina sudah mula merasa seronok. Kami sudah dapat menyesuaikan diri dengan budaya kerja di sini. sudah mula beramah mesra dengan staf-staf yang lain. Bagiku skop kerja di bidang kewangan amat berat. Segala butiran yang direkod mestilah tepat. Aku percaya bagi mereka yang bekerja di bidang ini mestilah jujur. Hotel Grenz merupakan hotel terkemuka di sini. Jadi pendapatan hotel  juga agak tinggi. Bagiku bekerja di bidang ini mestilah mempunyai sikap jujur dan amanah.
            Nasib la staf dan bosku jenis orang yang sekepala dengan kami. Walaupun tugas kerja yang berat, namun kami masih mampu melakukan dengan ceria. Lagipun kami hanyalah pelatih dan tugasan yang diberikan tidak berat mana tapi ilmu yang kami perolehi tiada nilainya. Bukannya bekerja di bawah tekanan. Seberat mana pun kerja jikalau dilakukan dengan hati yang tenang tentulah akan menjadi ringan.
Lebih-lebih lagi aku dan Nina duduk bersebelahan. Asyik berboraklah jawabnya. Mana nak stress kalau macam ni. Sepanjang seminggu di sini, banyak pengalaman yang aku perolehi.  Kini aku sudah mahir untuk menyiapkan kerja yang diberi. Hujung bulan kami agak kalut. Segala urusan pembayaran akan dibuat. Tika ini nak bersembang dengan rakan sebelah pun tak sempat. Semua pembayaran akan dilakukan segera. Dalam pada itu kesilapan tidak boleh berlaku. Sebab itulah jika dilihat para pekerja tidak ada yang mengangkat muka. Tekun meneliti butiran di tangan. Selain itu laporan kewangan akan dibuat. Laporan itu akan digunakan dalam perjumpaan para pengurus. Amalan setiap bulan yang diamalkan. Setiap pengurus akan membentangkan perkembangan unit masing-masing.
Di sini, aku tidak  ditetapkan melakukan satu tugas sahaja. Kadang-kadang aku diminta membuat checklist untuk dibayar elaun kepada para pekerja sambilan yang diambil semasa majlis-majlis diadakan. Kebanyakan mereka ini adalah para pelajar dari kolej kulinari yang berhampiran.
Bulan kedua menjalani praktikal, aku dan Nina dikehendaki berada di bahagian purchasing.  Bahagian yang agak sibuk juga.   Kami dikendaki mengendalikan bahagian claim. Hotel begitu banyak urusan pembelian stok. Hotel mempunyai banyak unit. Hujung bulan banyak borang claim yang dihantar kepada unit kami.
Hari ke hari rutin kami begitulah. Pergi dan balik kerja. Aku dan Nina bukannya jenis yang suka berpeleseran. Sebaik tamat waktu bekerja kami akan pulang ke rumah. Hujung minggu sahaja kami akan keluar. Itupun jika ada barang yang hendak dicari. Selebihnya kami lebih suka melepak di rumah. 
Sepanjang tiga bulan ini, aku masih lagi menumpang Nina. Walaupun elaun yang kuterima agak banyak dan mampu untuk membeli kereta sendiri tapi aku biarkan dahulu hasratku itu. Aku perlu menyimpan. Selepas ini aku tidak tahu berapa lama tempoh aku terpaksa menunggu untuk mendapatkan kerja. Aku tidak mahu menyusahkan orang tuaku. Walaupun aku tahu aku masih lagi di bawah tanggungjawab mereka.


            Pejam celik-pejam celik lagi dua hari aku dan Nina akan menamatkan latihan praktikal kami. Terasa sekejap benar masa berlalu. Sepanjang di sini banyak ilmu yang kami perolehi. Yang pastinya dapat aku rasakan keyakinan diri aku semakin meningkat. Aku lebih yakin untuk berurusan dengan orang lain. Maklumlah hotel merupakan tumpuan pelbagi lapisan masyarakat. Semasa berurusan dengan mereka, secara tidak langsung aku dapat mempraktikkan kemahiran berkomunikasi. Begitu berharga pengalaman yang aku perolehi sepanjang tiga bulan di sini. Aku berharap keputusan latihan  praktikal yang akan keluar nanti mendapat keputusan cemerlang.

            Hari ini kami telah berjanji untuk makan tengah hari dengan Kak Yati. Selalunya aku dan Nina lebih suka makan di Warung Mak Jah. Tapi tidak hari ini. Maklumlah esok hari terakhir kami di sini. Terasa sekejap sahaja tiga bulan berlalu. Bermacam pengalaman dan pengetahuan yang kami dapat di sini. hari-hari terakhir ramai pulak yang ingin belanja kami. Esok bos dan staf-staf di unit kewangan akan belanja kami makan tengah hari. Terasa sedih pula hendak berpisah. Sepanjang tiga bulan di sini, kami rapat seperti sebuah keluarga. Saling menghargai antara satu sama lain. Saling tunjuk ajar. Dikurniakan bos yang sangat memahami. Kadang-kadang tidak terasa yang kami masih lagi pelajar.
            Sepanjang tempoh ini, aku dan Nina selalu mengendeng Kak Yati untuk rekomen kami bekerja di sini. Aku lebih mesra dengan Kak Yati. Terasa selesa dengannya. Mungkin dia orang pertama yang melayan kami semasa hari pertama melapor diri. Segala urusan mesti dirujuk dengannya. Walaupun dia sudah berumur dalam lingkungan 40an, tetapi perangai gila-gilanya sama sahaja dengan aku dan Nina. Terasa sayang benar dengan Hotel Grenz.
Pensyarah yang datang menilai kami juga menyatakan perkara yang sama. Terlihat keakraban kami. Pengalama kerja yang pertama dengan persekitaran yang baik membuatkan aku sayang untuk meninggalkan Hotel Grenz. Dengan bosku En. Rahmat pun kami selalu berkias. Kot-kotla kami ditawarkan kerja tetap di sini nanti. Lagipun  aku tahu ada kekosongan di sini.
            Kak Yati membawa aku dan Nina makan agak jauh dari hotel. Restoran Rumbia. Tak eprnah lagi aku dan Nina sampai ke sini. selalunya kami akan makan di sekitar kawasan perumahan yang kami sewa sahaja. Pertama kali datang ke sini aku amat menyukai dekorasinya yang ala kampung. Terasa tenang. Persekitarannya juga bersih.
            Pesanan makanan telah dibuat oleh Kak Yati semasa dia menempah meja tadi. Menurutnya lagi, jikalau tidak ditempah awal, alamaknya berjam-jam la kami menunggu. Restoran ini menjadi tumpuan para pelanggan. Sebab itulah ia sentiasa penuh.
            “ Korang jangan bimbang. Akak order special punya. Korang tak pernah datang sini lagi kan? Nanti rasa ok ke tak kat sini.” tutur Kak Yati.
            “ Kami tak kisah. Semua bedal. Tolak kayu ngan batu jer.” Jawab Nina.
            Aku hanya tersengih. Nasib aku dan Nina bukannya orang yang berkira soal makan. Letak saja la apa makanan di hadapan kami semua kami bedal. Sambil menunggu hidangan yang dipesan, aku mengalih pandangan ke serata restoran. Aku perhatikan ramai pengunjung datang dalam kumpulan. Agaknya  lagi ramai, lagi meriah. Sudah tentulah banyak topik yang dibualkan.
            Kelihatan dua orang pelayan restoran, menuju ke meja kami. Amboi banyaknya pesanan yang dipesan. Ligat pelayan meletakkan hidangan di atas meja. Sekejap sahaja penuh satu meja. Amboi larat ker nak habiskan semua ni.. kelihatan siakap masak stim, tom yam campur, paprik, telur bungkus dan banyak lagi. Tercium sahaja bau tom yam terus kecur liur. Ni belum rasa lagi. Tanpa berlengah kami mula makan.
            Memang benar seperti yang dikatakan Kak Yati tadi. Makanan di sini memang marvellousla.. apa yang dimakan terasa cukup lengkap perisanya. Perfect kata orang putih. Cukup puas hati. Berbaloi datang agak jauh. Nampaknya selepas ini, di sini lah menjadi pilihan kami. Time makan semua tak angkat kepala. Suasana sepi sahaja. Masing-masing khusyuk menikmati hidangan di depan mata.
            Setelah Kak Yati selesai membuat bayaran, kami pun keluar dari restoran tersebut dan bergerak ke arah kereta Kak Yati yang diparkir di hadapan restoran. 
            “ Mahal jugak tadi kan? Kesian akak..” ujarku. Nina juga mengangguk kepala tanda setuju denganku. Kesian pulak aku rasakan.
            “ Ala...sekali sekala..lepas ni korang pulak belanja akak.”
            “ In Shaa ALLAH kak. Tapi kena tunggu kami kerja dululah.” Ujar Nina.
            Kak yati hanya ketawa. “ Sebulan lagi bolehla korang belanja akak ek,” dia mula menghidupkan enjin keretanya.
            Sebulan lagi. Agak-agaknya masa tu kami dah kerja ke belum. Tapi orang berbudi kita mesti pandai membalasnya kan. “ Ala kak. Masa tu belum tentu kami dapat kerja. Nak  belanja sekarang pun boleh,” ujarku. Maklumlah elaun aku masih banyak. Setakat nak belanja Kak Yati seorang masih lagi mampu. Tak perlu tunggu aku bekerja. Lagipun selepas ini entah bila boleh jumpa lagi.
            Kak yati mula mengeluarkan kereta menghala ke jalan utama. Keadaan jalan raya agak sibuk. Semua pekerja hendak pulang ke pejabat masing-masing. Tentulah sesak. Mintak-mintaklah kami tidak lewat sampai ke hotel. Walaupun esok aku sudah tamat, tapi ketepatan masa perlu dijaga.
            “ Tak mau lah akak..Akak nak rasa first gaji korang...” ujar Kak Yatim sambil tersenyum simpul. Lain macam pula aku melihatnya.
            “ Hmmph... kalau dah macam tu kena tunggulah bila kami dapat kerja. Sabar ek.” Ujarku.
            Kami tiba di hotel, lima minit sebelum tamat waktu rehat. Fuuh lega. Nampaknya reputasi masih dijaga. Sampai sahaja di unitku, aku dan Nina menuju ke surau. Setelah mengerjakan solat zohor, kami kembali ke meja. Sampai di meja, aku meletakkan tas tangan ke dalam laci meja. Telefon bimbit dibawa keluar.
Kepada Nina aku berpesan agar menghubungiku sekiranya bos mencari aku. Ketika ini aku dan Nina sudah tidak diberikan tugas. Cuma kami menolong kerja-kerja mudah yang diminta oleh staf yang lain. Aku mahu ke tempat Kak Yati.  Malam ini akan diadakan majlis perkahwinan seorang anak dato. Pasti hebat majlisnya. Mungkin sekarang Kak Yati sedang sibuk di Dewan Tanjong. Aku dan Nina juga telah berjanji untuk membantunya malam nanti. Lagipun di rumah, kami tidak ada apa-apa yang akan dibuat. Aku suka menghabiskan masa bersama Kak Yati sekiranya dia mengetuai sesuatu majlis. Suka melihat betapa cekapnya staf mereka melakukan kerja. Segala persiapan dipastikan sempurna sebelum majlis bermula. Daripada PA System hinggalah ke hidangan. Semua dipastikan sempurna.
Tanpa perlu diarah banyak kali, mereka pantas melakukan kerja masing-masing. Selebihnya aku suka melihat perunding-perunding yang terkenal membuat dekorasinya. Kalau akulah tak sanggup nak habiskan duit berpuluh ribu untuk satu majlis perkahwinan. Tapi bagi orang-orang kaya itu perkara biasa bagi mereka. Maklumlah majlis yang hebat melambangkan status quo masing-masing. Agaknya kalau aku kahwin dengan orang kaya bolehla aku buat majlis sebegini. Perasan tak hengat.
Setelah berbual seketika, aku kembali semula ke mejaku. Kesian pulak tinggalkan Nina lama-lama. Kelihatan Nina sedang membaca novel. Amboi patutla tak cari aku. Aku menepuk bahunya. Dia menjeling. Marah diganggu. Aku dan Nina sememangnya kaki novel. Aku membuka laci. Mengambil novel yang baru kami beli. Dekat Padamu. Keluaran Love Novel. Bila mengadap novel, jangan haraplah nak dengar kami bercakap. Sama juga di rumah sewa. Jika masing-masing telah memegang novel, semua kerja diabaikan. Novel diutamakan. Aku akan mengambil tempat di kerusi three seater manakala Nina di kerusi cleopatranya. Diakan lebih rendah dari aku hehe...masa tu keadaan ruang tamu hanya kedengaran suara dari televisyen sahaja.
Kami khusyuk dengan novel masing-masing. Tidak sedari waktu kerja telah tamat. Masing-masing masih tidak berkutik. Sayang hendak memberhentikan bacaan. Sehinggalah kami disergah oleh En.Rahmat. Terperanjat beruk. Terpelanting novel di tangan. Itulah buat lagi kerja tak betul masa waktu kerja. Terasa luruh jantungku. Bos aku ni pun agak-agakla. Kalau aku ada sakit jantung dah lama aku jalan.
“ Nak jadi jaga kat sini ker?” aku perhatikan jam di dinding. Ceh! Dah lewat sangat ni. Alahai kenapa la staf yang lain tak tegur kami. “ Bagus khusyuk membaca. Patutla jadi best student.”bosku gelak jahat. Nina yang banyak alasan itu pun tidak menjawab. Mana sempat otak nak befikir kalau dah disergah begitu. Kami mengemas beg.
“ Nak balik la ni.” Jawab Nina. Bosku masih ketawa.
Kami beriringan keluar dari unit kewangan. Hampeh punye bos. Masih lagi gelakkan kami. Hidung aku ni dah rasa kembang kempis jer. Tahan malu.
 “ Korang sampai part mana tadi. Saya tengok masing-masing tersengih saja. Ada yang menarik ke?” tak habis lagi rupanya bos aku ni.
“ Part buat haji. Terasa macam saya jer ada kat sana.” tu dia... Nina is back. Dah mula menjawab tu. Hi..hi..novel Mama Mia Syaza ada part pergi haji ker? Kelentongla ko Nina. Aku cuma gelak dalam hati. Bosku makin kuat ketawa.
“ Saya pernah muda Nina.” bukannya dia tidak tahu peel anak buahnya yang ini. Menjawab selagi boleh menjawab. Dia tidak ambil peduli pun. Teringat kepada anak daranya di rumah. Suka membaca novel juga.  Elok sangatlah kalau diletakkan mereka bertiga.

Apa pun dia sayangkan anak buahnya ini. Sebab itulah dia memohon agar pihak atasan mengambil mereka bekerja di Hotel Grenz. Dia dapat melihat kewibawaan anak buahnya ini. Idea orang muda amat diperlukan. Di bahagian mana mereka di tempatkan dia tidak kisah asalkan tenaga mereka dapat digunakan. Dia juga memohon agar salah seorang  dari mereka dikekalkan di bahagian kewangan, memandangkan seorang stafnya akan berhenti pada bulan hadapan. Mengikut suaminya pulang ke negara asalnya. Kedua-duanya menunjukkan prestasi yang amat baik. Esok anak buahnya ini akan tamat praktikal. Dia telahpun menempah restoran untuk meraikan mereka. Semua staf kewangan akan dibawa makan tengah hari di situ.

PROLOG


Kriiiigg………loceng tamat rehat baru sahaja berbunyi...
Suasana kelas Tingkatan 5ST hingar bingar dengan para pelajar yang keluar masuk dari kelas. Masing-masing mempunyai tujuan tersendiri. Apatah lagi sekarang ini musim guru-guru mengadakan ujian bagi mengukur prestasi para pelajar mereka. Maka tidak hairanlah mereka akan merujuk rakan-rakan yang telah menduduki ujian untuk mendapatkan tips atau lebih tepat lagi soalan bocor. Di penjuru kelas terdapat lima sekawan yang sedang rancak berbual. Siapa lagi kalau bukan kumpulan pemusnah alam SMKTT  yang menggelarkan diri mereka ANASA.. Hanya mereka sahaja yang mengetahui maksud disebalik nama tersebut.
ANASA disegani oleh pelajar lelaki di SMKTT. Maklumlah ke mana sahaja mereka akan berlima. Jadi apa-apa yang berlaku kepada ahli kumpulan mereka akan ada back up daripada ahli kumpulan yang lain. Walaupun begitu geng ini jugalah yang selalu menaikkan nama sekolah, sama ada dari segi akademik mahupun sukan. Kiranya sejahat-jahat kami ada juga baiknya….
“ Woi..sape yang main kasar ni? Baling aku dengan getah pemadam!!!’’ jerit Zie a.k.a ketua ANASA.
Tiba-tiba keadaan kelas kelas sunyi sepi. Semua pelajar berpaling ke arah Zie setelah mendengar jerkahan Zie yang kuat namun terdapat seorang pelajar yang tersengih-sengih disebalik pintu.
“Ooo… ni memang sah kerja ko kan? Ko hari-hari dengki dengan aku kan?” Zie mula membebel apabila melihat Anaz tersengih-sengih di sebalik pintu. Anaz juga merupakan pelajar yang nakal di SMKTT dan juga pelajar yang berani mengganggu geng ANASA.
“ Ha..ha.. aku bukan dengkilah. Ko tu kalau dah duduk ngan geng-geng ko mesti tak ingat dunia kan? Korang lupa ker sekejap lagi subjek Sejarah. Ko dah study ker? Lupa ker apa janji cikgu sejarah dengan kita. Sorang salah semua kena cubit!!’’ jerit Anaz  dari luar kelas.
“ Amboi-amboi panjang lebar ko bagi syarahan kat aku yer… kami dah study la..kamikan
scorer ha..ha..ha..’’ sambil Zie membuat gelak jahat.
“ Eleh berlagakla ko..Bukan aku tak tahu kalau dah duduk ngan geng-geng ko tu kan mesti ada agenda jahat korang plan kan?’’ nampaknya Anaz masih lagi tidak berpuashati dengan Zie.
“ Eleh ko ni sibuk asal? Ke ko nak join geng aku ni? ..tapi sorryla group kami dah penuh,” Sofi dengan selamba badaknya bersuara.
“ Woi korang ni asyik bertekak jer cuba tengok siapa yang datang tu?” jerit Alid.
            Semua mata memandang ke arah yang ditunjukkan oleh ketua kelas kami. Automatik semua pelajar menelan liur masing-masing. Maklumlah guru sejarah yang terkenal dengan cubitannya yang berbisa menuju ke kelas kami. Semua pelajar bergerak untuk kembali ke tenpat duduk masing-masing.

            Pada hari tersebut kami satu kelas merasa cubitan tersebut disebabkan oleh seorang rakan kelas kami yang tidak dapat menjawab soalan yang diajukan. Terasa kenangan di alam persekolahan begitu indah. Walaupun banyak suka duka namun bagi seorang pelajar itu adalah lumrah. Setiap hari bergelak riang kerana minda mereka belum dibebankan sepertimana orang dewasa. Rutin mereka hanya pergi dan pulang sekolah.

Saturday, 25 January 2014

Permulaan Yang Indah


Saya bukannya orang bahasa , tapi rasa cinta dalam penulisan menimbulkan satu rasa untuk mula berkarya.  Apatah lagi mendapat sokongan daripada orang-orang terdekat. Alhamdulillah walaupun dalam tempoh yang agak lama, maklumlah untuk mencari kata yang sesuai untuk digarapkan maka terhasillah my 1st baby....   saya sayang awak....     sebagai langkah pertama saya untuk melangkah jauh dalam bidang penulisan kreatif.

Saya sayang awak memaparkan kisah rumah tangga dan persahabatan yang ada tikanya berlaku pada diri sendiri dan juga orang di sekeliling kita. Pastinya paparan rasa kasih, cinta, sayang, rindu dan benci menjenguk tangkai hati bagi mereka yang bergelar makhluk bernyawa... semua rasa pastinya ada dalam saya sayang awak...


Saya amat memerlukan komen dan kritikan daripada para pembaca dalam saya memperbaiki gaya dan corak penulisan saya yang akan datang.