Oleh
kerana kami berada di Terengganu, Ryzal mengajak aku ke Pulau Redang. Sekarang
Ryzal agak sibuk dengan urusannya di Sarawak. Oleh sebab itulah kami tidak
merancang untuk berbulan madu ke luar negara. Kami menangguhkan dulu niat untuk
ke luar negara. Cukup dalam negara sahaja buat masa terdekat ini. Sebelum kami
mengadakan majlis di pihak Ryzal minggu hadapan, kami berbulan madu dahulu di
Pulau Redang.
Selepas dua hari majlis, kami
bergerak ke Pulau Redang. Nampaknya
Ryzal telah membuat perancangan awal. Bilik telah ditempahnya. Patutla aku tengok
dia asyik mengadap lappynya saja.
Sepanjang berbulan madu kami akan menginap di The taras beach & spa resort.
Sebuah resort yang amat cantik. Terpegun aku melihat bilik yang ditempah oleh
Ryzal. Honey moon suite. Terasa aura
romantik apabila memasuki bilik ini. Semasa Ryzal sedang mendaftar masuk tadi,
sempat aku mengambil brochure
mengenai resort ini. Nampaknya semua kemudahan ada disediakan di sini. paling
utama ada spa. Bolehlah aku bersantai setelah melakukan aktiviti di sini nanti.
Aku membaca maklumat yang terdapat do brochure tersebut.
Pulau Redang terletak di luar pantai Negeri Terengganu. Ia
adalah antara pulau-pulau yang mempunyai pantai tercantik di dunia. Pelbagai
hidupan laut yang biasa dan luar biasa dapat dilihat di sini. Taman Laut (Marine
Park) nya menjadi kunjungan pelancong seluruh dunia. Sayang sekali kalau orang
tempatan tidak menikmati kelebihan tempat sendiri. Perjalanan ke sana mengambil
masa lebih kurang 45 minit dengan bot laju dari jeti pantai Merang. Pantai
Merang terletak lebih kurang 40 km ke utara Kuala Terengganu menyusuri jalan
pantai.
Aku amat kagum. Kalau lah Ryzal tidak mengajak aku ke sini,
sudah tentulah aku tidak mengetahui mengenai keindahan ynag terdapat di sini.
aku kenal melalui nama sahaja. Nama sahaja orang Terengganu tapi Terengganu pun
belum aku terokai. Berkobar-kobar aku ingin menerokai apa yang ada di sini.
Sangat teruja.
Selepas
mendaftar masuk ke bilik, aku berbaring di atas tilam. Ketika itu Ryzal berada di dalam bilik air.
Aku memejamkan mata sambil jari memicit dahi. Sedikit pening. Mungkin dilambung
ombak tadi. Maklumlah aku mana pernah ke pulau. Ini nasib baik aku tak muntah.
Nasib aku tak mabuk laut. Perjalanan dari jeti di Syahbandar mengambil masa
satu setengah jam untuk sampai ke Pulau Redang.
Ryzal
keluar dari bilik air. Melihat isterinya sedang berbaring. Dia duduk di sisi Arleena. Jari Arleena yang
sedang memicit dahinya diraih. Arleena membuka mata memandang Ryzal.
“ Pening ker?
Apa kaki la orang ganu mabuk laut.”
Ryzal ketawakan aku. jarinya pula memicit dahiku. Cukup selesa.
“ Mana pernah naik bot. Bagi ayang rehat
sekejap.” Pinta Arleena kepada suaminya.
Ryzal turut merebahkan badannya di sisi Arleena. jarinya masih tidak
berkalih dari dahi isterinya. Sedikit pucat bibir Arleena. usapan yang lembut
membuatkan mata Arleena mula memberat. Niat hati hanya ingin memejam seketika
sahaja. Tidak disangka dia terlena. Malah Ryzal juga terlena sama.
Waktu
menginjak ke petang barulah aku terjaga.
Melihat Ryzal yang tengah lena. Aik ni aku ker dia yang mabuk? Aku masuk ke
dalam bilik air. Ingin membersihkan muka. Usai mencuci muka aku mengambil tuala
yang terletak dalam bilik mandi itu.
“
Abang bangun,” aku menepuk bahu Ryzal. Ryzal menggeliat. Dia membuka mata.
“ Dah ok ker?”
tanya Ryzal. Dia bangun dan duduk di sebelahku. Tanganku dicapainya.
“ Jom kita pergi
pantai? Kita cari makan sekali. Laparla.” Aku bersuara gedik. Rasa nak bermanja
pula. ryzal mencuit hidungku. “ Sekejap. Abang nak basuh muka.”
Sementara
menunggu Ryzal, aku mengenakan tudung. Berpusing-pusing mengadap cermin. Ingin
pastikan penampilan aku kemas. Ryzal keluar dari bilik air. Dia menukar
jeansnya kepada seluar pendek. Baru aku dapat melihat betisnya. Woo....
seksinya. “ Tak payah bawak handbagla..
bawak phone jer.” Saran Ryzal.
“ Selamat ker
tinggal kat sini?” takut juga aku. “ Petang tak apa house keeping tak datang
dah.” Jawab Ryzal.
“ Habis nak
makan nanti bayar macamana?” soalku. Ryzal menjeling aku.
“ Apa guna ada suami?” Hehe..lupala pula.
bestnya selepas ini dah ada orang yang tanggung.
Ryzal
memasukkan walletnya ke dalam poket belakang seluarnya. Hanya berlenggang.
Cukup sempoi. “ Syok la lepas ni jalan-jalan tak payah keluar duit.” Usikku
pada Ryzal.
“ Apa guna abang
kerja teruk-teruk kalau bukan untuk isteri abang yang cantik ni.” Kami keluar
daripada hotel. “ Nak terus ke pantai atau cari makan dulu?” tanya Ryzal.
“ Kita jalan kat pantaila. Mesti ada orang
yang menjajakan. Tak nak makan berat. Sekejap lagi dah nak makan malam.” Aku
memberi cadangan. Ryzal hanya mengikut.
Kami
menyusuri pantai. Cukup cantik. Ramai juga pengunjung ketika ini. Ryzal menarik
nafas dalam. Dia cukup teruja melihat pemandangan laut yang terbentang luas.
Selalunya dia hanya melihat bangunan pencakar langit. Terasa mindanya tenang.
“
Cantiknya kat sini. rugilah ayang jadi orang Terengganu tapi pulau secantik ni
pun tak pernah datang.” Katanya keluar
dari mulut Ryzal.
“ Nak datang ngan siapa? Kiki bukan suka
pulau-pulau ni.” Aku juga berasa rugi. Kami menyusuri pantai sambil berpegang
tangan. Ryzal melepaskan tanganku dan beralih ke pinggang pula. “ Ayang cantik
sangat. Geram pula ramai yang pandang.” Tutur Ryzal dengan mulut yang sedikit
memuncung.
Aku
hanya ketawa. Tahu Ryzal yang kuat cemburu. Bukan aku tak perasan ramai yang
tertoleh ke arah kami. ingatkan mereka pandang Ryzal. Mahunya tak Ryzal walapun
berpakain santai begitu, amat menarik. Aku ini pun tidak puas memandangnya. “
Bukan diaorang pandang abang ker? Orang hensem kan?”
“
Agak-agakla yang... tak kan lelaki pandang abang kot. Diaorang cemburu abang
dapat sayang.” Aku ketawa lepas.
“ Apa la abang ni. Bukannya kita kenal
diaorang pun nak cemburu. Dahla. Entah-entah diaorang tengok benda lain kita
saja yang perasan.” Akhirnya kami dua-dua ketawa. Cukup indah bunyinya. Aku
harap kami akan begini sampai bila-bila. Saat hati aku menerima Ryzal
sepenuhnya, aku tidak rela ditinggalkan. Aku cukup selesa berada di samping
suamiku.
Waktu
hampir menginjak senja, kami berjalan pulang. Cukup seronok. Ini belum kami
melakukan apa-apa aktiviti lagi. Selepas maghrib kami akan ke pantai lagi.
Ingin melihat pemandangan waktu malam pula.
Usai
solat maghrib, aku dan Ryzal turun ke kafe The Taras. Menikmati hidangan makan
malam. Pelbagai juadah yang disediakan. Semuanya membuka selera. Patutlah hotel ini menjadi pilihan pengunjung.
Aku memerhati sekeliling. Mencari idea unutk dibawa ke Hotel Grenz. Bukan
meniru idea ye.. tapi akan mengolah idea.
“ Hotel ayang
macam ni juga ker?” tanya Ryzal sambil menyuapkan makanan ke mulutnya. Cukup
berselera dia makan. Ulam-ulaman juga di makannya. Jarang aku melihat lelaki
yang aku kenali makan ulam. Dia tidak pernah lagi masuk ek dalam Hotel Grenz.
Hanya menanti Arleena di dalam kereta sahaja setiap kali dia menjemput Arleena.
“ Kayanya ayang
ada hotel.” Saja mengusik Ryzal.
“ Nak ker, abang belikan.” Ryzal tersengih. “ Eksen tak hengat.”
Cukup
selera aku makan. Makanan yang dihidangkan memang first class la. Tip top. Setiap masakan cukup lengkap rasanya.
Tiada yang kurang atau terlebih. Usai makan kami keluar ke pantai. Kami hanya
lepak di kerusi yang disediakan. Hendak berjalan jauh-jauh risau juga.
Memerhati pelancong yang lalu lalang. Cukup tenang. Tiada bunyi hiruk pikuk
kenderaan. Yang datang ke sini semuanya mahu merehatkan minda. Aku berpeluk
tubuh. Sekali sekala terasa sejuk apabila angin bertiup. Lupa pula hendak
menyarung jaket tadi.
Ryzal
berkalih isterinya. Tangannya diletakkan di bahu isterinya. Merapatkan badan
agar masing-masing panas. Dia juga seperti Arleena. Terlupa memakai jaket.
Kalau tidak sudah tentu disarungkan ke badan isterinya.
“ Tak tahan kita
naik bilik aje lah.” Aku memandang Ryzal tajam.
“ Bukan tidur
la..” Ryzal ketawa. Faham dengan maksud
pandangan aku tadi. “ Sekejap lagi la. Tak puas tengok pemandangan ni.”
Aku bersuara.
Hampir
jam sepuluh malam kami beredar ke bilik. Itupun aku tidak tahan apabila aku
rasakan suasana semakin sejuk. Hairan pula dengan para pelancong ni. Selamba saja
pakai seluar pendek. Aku yang berseluar panjang ni pun tak tahan dengan angin
yang bertiup. Boleh selsema rasanya ni.
Masuk ke dalam bilik, kami
bermalas-malasan di atas katil. Ryzal mengadap iPhonenya. Begitu juga dengan
aku. aku melayari akaun facebookku. Nampaknya Kiki telah memuat turun gambar
perkahwinan kami. Melihat Nina berada di talian, makin rancak la perbualan
kami. apa lagi makin kuat Nina mengusik apabila tahu aku berada di Pualu
Redang.
“ Chatting ngan siapa? Semacam saja abang tengok.” Soal Ryzal.
Aku berpaling ke arahnya. “ Nina.”
jawab aku ringkas. “ Abang buat apa?” soalku kembali.
“ Tengah tengok progress
kat Sarawak. Ni Harith tengah whatsapp gambar kat sana.” ujar Ryzal sambil
menunjukkan iPhonenya kepadaku. aku melihat iPhonenya. Ingin melihat juga hotel
yang dibina oleh HR Global. Hanya rangka bangunan saja yang aku nampak.
“ Harith ada kat sana ker?” tanyaku. Ryzal mengangguk.
“ Lepas ni abang pula kena banyak ke sana. macamana nak
tinggalkan bantal peluk abang ni.” Ryzal menunjukkan muka sedih.
“ Ala.. abang pergi kerja kan? Kalau
buat lain ayang mengamuk. Lagipun kesian Harith banyak cover kerja-kerja abang.” Aku meletakkan kepercayaan sepenuhnya
pada suamiku.
“ Isteri cantik macam ni mana pula nak buat hal. Hilang akal
ke?” Ryzal memeluk dan mencium isterinya. Dia cukup puas dapat memiliki
isterinya. Setakat ini dia sungguh berpuas hati dengan isterinya. Semakin hari
banyak perihal Arleena yang diketahuinya. Tidak silap dia memilih Arleena. Baik
di dalam dan juga di luar.
Meraka masih ralit dengan iPhone
masing-masing. Arleena menyambung semula perbualan dengan Nina. Patutlah Nina
online. Cik abang tak ada kat sini. kasihannya Nina. arleena bersyukur Nina bertemu jodoh dengan
Harith. Lelaki yang bertanggung jawab. Tengok sajalah bagaimana dia menanggung
tugas Ryzal. Ralit aku berbual dengan Nina. Dari satu cerita ke satu cerita.
Tidak lupa bertanyakan perihal hotel. Cerita yang agak kurang sedap didengar,
Mr. Ian Rayyan makin moody. Main kuat mengamuk. Kata Nina pantang salah pasti
disemburnya.
Ini membuatkan aku terfikir. Kenapa Mr. Ian Rayyan bersikap
demikian. Selalunya dia seorang majikan yang agak memahami. Atau itukah sikap
sebenarnya Mr. Ian Rayyan. Perengus! Tidak munsabah pula. Selama ini tidak
pernah dia bersikap demikian. Adakah disebabkan aku? aku perasan sejak aku
bertunang, Mr. Ian Rayyan agak berubah sikap denganku. Tiada lagi senyuman yang
diberikan. Untuk apa dia marah sedangkan aku bukan miliknya. Jika dia menyukai
aku kenapa dia tidak luahkannya. Bukannya tiada ruang yang aku berikan
kepadanya. Mata kian mengantuk. Aku melihat Ryzal mdi sebelah. Nampaknya Ryzal
telah lena. Aku meletak iPhone di sebelah. Selimut ditarik. Aku memejamkan
mata. Banyak lagi aktiviti yang akan dilakukan esok hari.
Kami bersarapan di kafe hotel. Ryzal hanya mengambil makanan
yang ringkas. Menu mat saleh. Aku mengambil roti bakar dan disapu jem sahaja.
Aku dan Ryzal mengambil jus oren. Maklumlah kdua kami tidak minum kopi di waktu
pagi.
Aku meneliti pakej aktiviti yang diadakan oleh The Taras.
Ryzal mengambilnya di kaunter tadi. “ Kita nak buat aktivti apa dulu ni? Snorkeling, scuba atau ke taman laut?”
tanyaku pada Ryzal. Semuanya menarik perhatianku.
Ryzal meneliti pakej di tanganku. “ Snorkeling dulula. Petang sikit kita scuba. Esok kita ke taman laut.” Ryzal mengatur aktiviti kami di
sini. “ Ayang boleh berenang ker? Tanya Ryzal.
“ Tengok kakila.” Aku cuba berlagak.
“ Eleh.. semalam mabuk laut tak ingat?” usik Ryzal. “ Itu
tak pernah ke pulau. Tapi kolam selalu. Jeneral Khalid ajar kami dari kecil
la.” Ryzal ketawa.
Setelah selesai bersarapan aku dan Ryzal ke kaunter untuk
mendaftarkan aktiviti kami. kami di bawa bersama kumpulan pelancong yang lain
ke ruangan peralatan snorkeling. Kami dibimbing oleh instructor yang bertugas.
Snorkeling sangat popular di sini. melihat akan
pantainya yang landai dan cetek. pasirnya putih bersih, airnya jerneh
menimbulkan rasa teruja di hatiku. Untuk aktiviti ini kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat hidupan
laut beraneka jenis, bentuk dan warna. Ikan-ikan ini sangat jinak seperti
dipelihara. Mereka akan menghampiri
hanya dengan beberapa menabur cebisan roti dan biskut di permukaan air.
Untuk melakukan aktiviti sebegini tidak perlu pandai
berenang kerana ianya berlaku di tepi pantai di dalam sempadan yang dilingkungi
oleh rantaian pelampung. Tanda sempadan ini diletakkan oleh Jabatan Laut untuk
melindungi snorkelers dari dilanggar bot yang berulang-alik dari pulau ke pulau
ataupun skuter air atau ski air. Aku dan
Ryzal amat gembira sekali. Terjerit-jerit apabila ada ikan-ikan yang menggigit
telapak tangan untuk mengambil roti. Tidak puas Ryzal mengambil gambar. Ketika
ini aku sempat berkenalan dengan pasangan pelancong dari England. Walaupun agak
berumur tapi mereka tetap romantik. Dengan dia jugalah aku meminta tolong untuk
mengambil gambar aku dan Ryzal. Ingin diabdikan apabila pulang nanti. Aku
sempat menghantar gambar melalui whatsapp kepada Nina dan Kiki. Sengaja ingin
membuatkan mereka cemburu.
Aku cukup puashati dengan aktiviti ini. Walaupun penat tapi
berbaloi. Hampir tengah hari, instructor
memberi arahan agar kami naik ke atas. Tempah yang diberikan telah tamat.
Petang ini kami akan melakukan aktiviviti scuba pula.
Aku dan Ryzal berpegangan tangan. Dai tadi Ryzal sentiasa menjadi
pelindungku. Padahal dia tidak perlu risau kerana di sini kawalan keselamatan
terjamin. Untuk aktiviti snorkeling
telah ditandakan dengan pelampung jadi bot-bot yang melalui kawasan ini telah
tahu mengenai aktiviti yang diadakan di sini.
“ Puas tak?” tanya Ryzal.
“ Cukup puas. Tak sabar petang nanti nak scuba pula.”
“ Jom kita balik rehat dulu.” Ajak Ryzal. Setelah makan
tengah hari kami naik ke bilik. Aku masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Ryzal
bersandar pada kerusi yang diletakkan di luar balkoni. Merasa hembusan bayu
yang bertiup.
Pukul empat petang kami telah berkumpul di lobi hotel.
Menunggu instructor yang akan membawa kami ke tempat scuba. Sambil iu aku
melayan whatapp dengan Nina. mahunya dia tidak cemburu. Aku berseronok
sednagkan dia sedang bekerja. Relaks la kawan. Ko kahwin pun macam ni juga
nanti.
Kelihatan kelibat instructor tadi.
Kami semua bingkas bangun. Nampak gaya semua tidak sabar lagi. Aktiviti scuba diving agak berbeza dengan
snorkeling kerana aktiviti ini memerlukan orang yang berpengalaman. Aku kurang
pengalaman tapi aku ada Ryzal yang akan membantu. Ini membuatkan aku bertambah
yakin.
Sebelum bertolak kami dibekalkan dengan perlatan untuk
scuba. Antaranya ialah pakaian khas dab balang gas oksigen. Untuk menyelam ke
dasar laut sudah tentulah baling gas oksigen amat diperlukan. Aku perhatikan hanya beberapa kerat sahaja
pengunjung tempatan yang mengikut aktiviti ini. Kebanyakannya terdiri dari
pelancong asing. Nampaknya pelancong lebih berminat dengan aktiviti ini.
Apabila telah sampai ke tempat kami
mengadakan aktiviti scuba diving, bot
tersebut menjatuhkan sauh. Instructor memberi
arahan kepada snorkelers. Arahan
perlu dipatuhi agar sesuatu yang tidak diingini tidak terjadi. Walaupun teruja
dengan pandangan depan mata, aspek keselamatan perlu diambil kira.
Ryzal memeriksa goggles yang dipakai olehku. Begitu juga dengan balang gas. Cukup
teliti. Aku mengenakan kaki itik. Ini
yang aku tak suka. Agak berat. Tapi apabila berada di dalam air ini yang
banyak membantu.
Beberapa pelancong telah terjun dari
bot. setelah berpuas hati dengan kelengkapan, Ryzal memegang tanganku. Dia
memesan agar kami tidak melepaskan tangan. Perlu mengikut ke mana sahaja dia
pergi. Maklumlah ini kali pertama aku akan scuba.
Nasib baiklah aku pandai berenang.
Sebelum masuk ke dasar, sekali lagi
Ryzal memeriksa goggles ku. Dia memberi isyarat agar mengikutnya menyelam. Aku
mengikut sahaja arahan Ryzal. Masuk ke dalam air aku amat teruja apabila
melihat ikan berwarna warni mengelilingi kami. seperti aku berada di dalam national graphic. Tidak sangka aku juga
dapat merasa suasana begini. Perasaan tidak dapat digambarkan. Ryzal mengambil
gambar. Nasib baiklah Ryzal mempunyai telefon yang boleh dibawa masuk ke dalam
air. Dapatlah kami berposing dengan
hidupan laut. Kami juga bergambar bersama scuba yang lain yang turut sama
berada di situ. Berangan seperti berada didala program National Geographic
apabila kawanan ikan warna warni mengelilingi kami. cukup indah ciptaan Tuhan.
Ryzal menarik aku agar turun jauh
sedikit ke dasar. Di situ kami dapat melihat terumbu karang. Pelbagai jenis.
Semuanya cantik-cantik. Besarnya kuasa Allah. Pelbagai jenis ikan dan hidupan
yang dapat aku lihat. Nampaknya selepas ini, aktiviti ini akan menjadi aktiviti
wajib kami. aku amat tertarik untuk melakukannya lagi.
Setelah agak lama, Ryzal membawa aku
naik ke atas. Nampaknya masa yang diberikan telah hampir. Telah ramai juga
scuba yang naik ke permukaan. Ryzal membantu aku naik ke dalam bot. Sampai di
atas dia membantu aku membuka balang gas oksigen. “ Seronok tak?” soal Ryzal.
“ Cukup seronok. Lain
kali kita datang lagi ye?” Ryzal hanya mengangguk. Aku cukup seronok dengan
aktiviti di sini. ryzal memerhatikan isterinya yang ebrada did alam sut renang.
Dia merasakan cukup seksi..Hoho... lepas ni kena cari yang lainla.. yang ni
terlalu seksi fikirnya.
Sepanjang perjalanan pulang aku hanya
memerhati keindahan di Pulau Redang. Kelihatan rumah-rumah nelayan yang
terletak di sisir pantai. Hari terakhir nanti kami bercadang untuk menyusur
perkampungan nelayan tersebut mencari hasil laut sebagai buah tangan.
Malam ini kami tidak melakukan
apa-apa aktiviti. Hanya berehat di bilik sahaja. Aku melihat sahaja Ryzal
memasukkan gambar aktiviti kami siang tadi ke dalam laptopnya. Nanti akan aku copy untuk dimasukkan ke dalam gallery dalam facebookku.
“ Cantik kan bang hidupan laut ni.”
Aku cukup gembira melihat gambar-gambar yang diambil oleh Ryzal. Gambar Ryzal
beraksi dengan penyu pun ada. Macam-macam gaya ada. Kami bercerita sambil
tangan Ryzal memeluk pinggang aku. aduhai suami aku ni asyik nak romantik saja.
Keesokannya hujan turun dengan lebat. Nampaknya pelan kami
untuk ke taman laut tidak kesampaian. Aku dan Ryzal hanya menghabiskan masa di
hotel. Kesempatan ini aku ambil untuk membelai diri di spa yang terdapat di
dalam The Taras. Oleh kerana semua pekerjanya
perempuan, aku tidak mengizinkan Ryzal turut serta. Tidak sanggup aku apabila
badan Ryzal disentuh oleh perempuan lain. Hampir satu jam setengah aku berada
di spa. Aku amat berpuashati dengan perkhidmatan yang disediakan. Terasa badan
begitu segar.
Aku cukup berpuashati sepanjang
berada di Pulau Redang. Masa kami dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik.
Petang nanti kami akan bertolak pulang. Kesempatan yang ada ini aku dan Ryzal
menyusur ke kawasan perkampungan nelayan di sini. banyak hasil laut kami beli.
Semua akan diberikan sebagai buah tangan kepada kami. untuk Nina aku memberikan
sotong kering yang telah diletakkan gula. Inilah kesukaannya. Setiap kali aku
pulang ke kampung pasti dia akan meminta ini sebagai pesanan. Selalunya aku
hanya membeli hasil laut ini di Pasar Payang sahaja. Usai membeli barangan,
kami bertolak untuk pulang. Sepanjang berada di sini, aku tidak berasa penat. Bertolak pulang sahaja aku mula berasa
sengal-sengal badan. Apabila dilambung ombak mula terasa pening dan mual. Aku
hanya memejamkan mata. Terasa genggaman tangan Ryzal di jariku. Dia
mengusap-usap lembut. Tahu aku tengah mabuk laut.
BEST 3X.
ReplyDeleteThanks....doa2 nti blh kluar dlm versi cetak lak
ReplyDelete