Friday, 13 June 2014

BAB 17 - SAYA SAYANG AWAK



Oleh kerana kami berada di Terengganu, Ryzal mengajak aku ke Pulau Redang. Sekarang Ryzal agak sibuk dengan urusannya di Sarawak. Oleh sebab itulah kami tidak merancang untuk berbulan madu ke luar negara. Kami menangguhkan dulu niat untuk ke luar negara. Cukup dalam negara sahaja buat masa terdekat ini. Sebelum kami mengadakan majlis di pihak Ryzal minggu hadapan, kami berbulan madu dahulu di Pulau Redang.
            Selepas dua hari majlis, kami bergerak ke Pulau Redang.      Nampaknya Ryzal telah membuat perancangan awal. Bilik telah ditempahnya. Patutla aku tengok dia asyik mengadap lappynya saja. Sepanjang berbulan madu kami akan menginap di The taras beach & spa resort. Sebuah resort yang amat cantik. Terpegun aku melihat bilik yang ditempah oleh Ryzal. Honey moon suite. Terasa aura romantik apabila memasuki bilik ini. Semasa Ryzal sedang mendaftar masuk tadi, sempat aku mengambil brochure mengenai resort ini. Nampaknya semua kemudahan ada disediakan di sini. paling utama ada spa. Bolehlah aku bersantai setelah melakukan aktiviti di sini nanti. Aku membaca maklumat yang terdapat do brochure tersebut.
 Pulau Redang terletak di luar pantai Negeri Terengganu. Ia adalah antara pulau-pulau yang mempunyai pantai tercantik di dunia. Pelbagai hidupan laut yang biasa dan luar biasa dapat dilihat di sini. Taman Laut (Marine Park) nya menjadi kunjungan pelancong seluruh dunia. Sayang sekali kalau orang tempatan tidak menikmati kelebihan tempat sendiri. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan bot laju dari jeti pantai Merang. Pantai Merang terletak lebih kurang 40 km ke utara Kuala Terengganu menyusuri jalan pantai.
Aku amat kagum. Kalau lah Ryzal tidak mengajak aku ke sini, sudah tentulah aku tidak mengetahui mengenai keindahan ynag terdapat di sini. aku kenal melalui nama sahaja. Nama sahaja orang Terengganu tapi Terengganu pun belum aku terokai. Berkobar-kobar aku ingin menerokai apa yang ada di sini. Sangat teruja.

            Selepas mendaftar masuk ke bilik, aku berbaring di atas tilam.  Ketika itu Ryzal berada di dalam bilik air. Aku memejamkan mata sambil jari memicit dahi. Sedikit pening. Mungkin dilambung ombak tadi. Maklumlah aku mana pernah ke pulau. Ini nasib baik aku tak muntah. Nasib aku tak mabuk laut. Perjalanan dari jeti di Syahbandar mengambil masa satu setengah jam untuk sampai ke Pulau Redang.
            Ryzal keluar dari bilik air. Melihat isterinya sedang berbaring. Dia  duduk di sisi Arleena. Jari Arleena yang sedang memicit dahinya diraih. Arleena membuka mata memandang Ryzal.
“ Pening ker? Apa kaki la orang ganu mabuk laut.” Ryzal ketawakan aku. jarinya pula memicit dahiku. Cukup selesa.
 “ Mana pernah naik bot. Bagi ayang rehat sekejap.” Pinta Arleena kepada suaminya.  Ryzal turut merebahkan badannya di sisi Arleena. jarinya masih tidak berkalih dari dahi isterinya. Sedikit pucat bibir Arleena. usapan yang lembut membuatkan mata Arleena mula memberat. Niat hati hanya ingin memejam seketika sahaja. Tidak disangka dia terlena. Malah Ryzal juga terlena sama.
            Waktu menginjak  ke petang barulah aku terjaga. Melihat Ryzal yang tengah lena. Aik ni aku ker dia yang mabuk? Aku masuk ke dalam bilik air. Ingin membersihkan muka. Usai mencuci muka aku mengambil tuala yang terletak dalam bilik mandi itu.
            “ Abang bangun,” aku menepuk bahu Ryzal. Ryzal menggeliat. Dia membuka mata.
“ Dah ok ker?” tanya Ryzal. Dia bangun dan duduk di sebelahku. Tanganku dicapainya.
“ Jom kita pergi pantai? Kita cari makan sekali. Laparla.” Aku bersuara gedik. Rasa nak bermanja pula. ryzal mencuit hidungku. “ Sekejap. Abang nak basuh muka.”
            Sementara menunggu Ryzal, aku mengenakan tudung. Berpusing-pusing mengadap cermin. Ingin pastikan penampilan aku kemas. Ryzal keluar dari bilik air. Dia menukar jeansnya kepada seluar pendek. Baru aku dapat melihat betisnya. Woo.... seksinya. “ Tak payah bawak handbagla.. bawak phone jer.” Saran Ryzal.
“ Selamat ker tinggal kat sini?” takut juga aku. “ Petang tak apa house keeping tak datang dah.” Jawab Ryzal.
“ Habis nak makan nanti bayar macamana?” soalku. Ryzal menjeling aku.
 “ Apa guna ada suami?” Hehe..lupala pula. bestnya selepas ini dah ada orang yang tanggung.
            Ryzal memasukkan walletnya ke dalam poket belakang seluarnya. Hanya berlenggang. Cukup sempoi. “ Syok la lepas ni jalan-jalan tak payah keluar duit.” Usikku pada Ryzal.
“ Apa guna abang kerja teruk-teruk kalau bukan untuk isteri abang yang cantik ni.” Kami keluar daripada hotel. “ Nak terus ke pantai atau cari makan dulu?” tanya Ryzal.
 “ Kita jalan kat pantaila. Mesti ada orang yang menjajakan. Tak nak makan berat. Sekejap lagi dah nak makan malam.” Aku memberi cadangan. Ryzal hanya mengikut.
            Kami menyusuri pantai. Cukup cantik. Ramai juga pengunjung ketika ini. Ryzal menarik nafas dalam. Dia cukup teruja melihat pemandangan laut yang terbentang luas. Selalunya dia hanya melihat bangunan pencakar langit. Terasa mindanya tenang.
            “ Cantiknya kat sini. rugilah ayang jadi orang Terengganu tapi pulau secantik ni pun tak pernah datang.”  Katanya keluar dari mulut Ryzal.
 “ Nak datang ngan siapa? Kiki bukan suka pulau-pulau ni.” Aku juga berasa rugi. Kami menyusuri pantai sambil berpegang tangan. Ryzal melepaskan tanganku dan beralih ke pinggang pula. “ Ayang cantik sangat. Geram pula ramai yang pandang.” Tutur Ryzal dengan mulut yang sedikit memuncung.
            Aku hanya ketawa. Tahu Ryzal yang kuat cemburu. Bukan aku tak perasan ramai yang tertoleh ke arah kami. ingatkan mereka pandang Ryzal. Mahunya tak Ryzal walapun berpakain santai begitu, amat menarik. Aku ini pun tidak puas memandangnya. “ Bukan diaorang pandang abang ker? Orang hensem kan?”
            “ Agak-agakla yang... tak kan lelaki pandang abang kot. Diaorang cemburu abang dapat sayang.” Aku ketawa lepas.
 “ Apa la abang ni. Bukannya kita kenal diaorang pun nak cemburu. Dahla. Entah-entah diaorang tengok benda lain kita saja yang perasan.” Akhirnya kami dua-dua ketawa. Cukup indah bunyinya. Aku harap kami akan begini sampai bila-bila. Saat hati aku menerima Ryzal sepenuhnya, aku tidak rela ditinggalkan. Aku cukup selesa berada di samping suamiku.
            Waktu hampir menginjak senja, kami berjalan pulang. Cukup seronok. Ini belum kami melakukan apa-apa aktiviti lagi. Selepas maghrib kami akan ke pantai lagi. Ingin melihat pemandangan waktu malam pula.

            Usai solat maghrib, aku dan Ryzal turun ke kafe The Taras. Menikmati hidangan makan malam. Pelbagai juadah yang disediakan. Semuanya membuka selera. Patutlah          hotel ini menjadi pilihan pengunjung. Aku memerhati sekeliling. Mencari idea unutk dibawa ke Hotel Grenz. Bukan meniru idea ye.. tapi akan mengolah idea.
“ Hotel ayang macam ni juga ker?” tanya Ryzal sambil menyuapkan makanan ke mulutnya. Cukup berselera dia makan. Ulam-ulaman juga di makannya. Jarang aku melihat lelaki yang aku kenali makan ulam. Dia tidak pernah lagi masuk ek dalam Hotel Grenz. Hanya menanti Arleena di dalam kereta sahaja setiap kali dia menjemput Arleena.
“ Kayanya ayang ada hotel.” Saja mengusik Ryzal.
 “ Nak ker, abang belikan.” Ryzal tersengih. “ Eksen tak hengat.”
            Cukup selera aku makan. Makanan yang dihidangkan memang first class la. Tip top. Setiap masakan cukup lengkap rasanya. Tiada yang kurang atau terlebih. Usai makan kami keluar ke pantai. Kami hanya lepak di kerusi yang disediakan. Hendak berjalan jauh-jauh risau juga. Memerhati pelancong yang lalu lalang. Cukup tenang. Tiada bunyi hiruk pikuk kenderaan. Yang datang ke sini semuanya mahu merehatkan minda. Aku berpeluk tubuh. Sekali sekala terasa sejuk apabila angin bertiup. Lupa pula hendak menyarung jaket tadi.
            Ryzal berkalih isterinya. Tangannya diletakkan di bahu isterinya. Merapatkan badan agar masing-masing panas. Dia juga seperti Arleena. Terlupa memakai jaket. Kalau tidak sudah tentu disarungkan ke badan isterinya.
“ Tak tahan kita naik bilik aje lah.” Aku memandang Ryzal tajam.
“ Bukan tidur la..” Ryzal ketawa. Faham dengan maksud  pandangan aku tadi. “ Sekejap lagi la. Tak puas tengok pemandangan ni.” Aku bersuara.
            Hampir jam sepuluh malam kami beredar ke bilik. Itupun aku tidak tahan apabila aku rasakan suasana semakin sejuk. Hairan pula dengan para pelancong ni. Selamba saja pakai seluar pendek. Aku yang berseluar panjang ni pun tak tahan dengan angin yang bertiup. Boleh selsema rasanya ni.
            Masuk ke dalam bilik, kami bermalas-malasan di atas katil. Ryzal mengadap iPhonenya. Begitu juga dengan aku. aku melayari akaun facebookku. Nampaknya Kiki telah memuat turun gambar perkahwinan kami. Melihat Nina berada di talian, makin rancak la perbualan kami. apa lagi makin kuat Nina mengusik apabila tahu aku berada di Pualu Redang.
            Chatting ngan siapa? Semacam saja abang tengok.” Soal Ryzal.
            Aku berpaling ke arahnya. “ Nina.” jawab aku ringkas. “ Abang buat apa?” soalku kembali.
“ Tengah tengok progress kat Sarawak. Ni Harith tengah whatsapp gambar kat sana.” ujar Ryzal sambil menunjukkan iPhonenya kepadaku. aku melihat iPhonenya. Ingin melihat juga hotel yang dibina oleh HR Global. Hanya rangka bangunan saja yang aku nampak.
“ Harith ada kat sana ker?” tanyaku. Ryzal mengangguk.
“ Lepas ni abang pula kena banyak ke sana. macamana nak tinggalkan bantal peluk abang ni.” Ryzal menunjukkan muka sedih.
            “ Ala.. abang pergi kerja kan? Kalau buat lain ayang mengamuk. Lagipun kesian Harith banyak cover kerja-kerja abang.” Aku meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada suamiku.
“ Isteri cantik macam ni mana pula nak buat hal. Hilang akal ke?” Ryzal memeluk dan mencium isterinya. Dia cukup puas dapat memiliki isterinya. Setakat ini dia sungguh berpuas hati dengan isterinya. Semakin hari banyak perihal Arleena yang diketahuinya. Tidak silap dia memilih Arleena. Baik di dalam dan juga di luar.
            Meraka masih ralit dengan iPhone masing-masing. Arleena menyambung semula perbualan dengan Nina. Patutlah Nina online. Cik abang tak ada kat sini. kasihannya Nina.  arleena bersyukur Nina bertemu jodoh dengan Harith. Lelaki yang bertanggung jawab. Tengok sajalah bagaimana dia menanggung tugas Ryzal. Ralit aku berbual dengan Nina. Dari satu cerita ke satu cerita. Tidak lupa bertanyakan perihal hotel. Cerita yang agak kurang sedap didengar, Mr. Ian Rayyan makin moody. Main kuat mengamuk. Kata Nina pantang salah pasti disemburnya.
Ini membuatkan aku terfikir. Kenapa Mr. Ian Rayyan bersikap demikian. Selalunya dia seorang majikan yang agak memahami. Atau itukah sikap sebenarnya Mr. Ian Rayyan. Perengus! Tidak munsabah pula. Selama ini tidak pernah dia bersikap demikian. Adakah disebabkan aku? aku perasan sejak aku bertunang, Mr. Ian Rayyan agak berubah sikap denganku. Tiada lagi senyuman yang diberikan. Untuk apa dia marah sedangkan aku bukan miliknya. Jika dia menyukai aku kenapa dia tidak luahkannya. Bukannya tiada ruang yang aku berikan kepadanya. Mata kian mengantuk. Aku melihat Ryzal mdi sebelah. Nampaknya Ryzal telah lena. Aku meletak iPhone di sebelah. Selimut ditarik. Aku memejamkan mata. Banyak lagi aktiviti yang akan dilakukan esok hari.

Kami bersarapan di kafe hotel. Ryzal hanya mengambil makanan yang ringkas. Menu mat saleh. Aku mengambil roti bakar dan disapu jem sahaja. Aku dan Ryzal mengambil jus oren. Maklumlah kdua kami tidak minum kopi di waktu pagi.
Aku meneliti pakej aktiviti yang diadakan oleh The Taras. Ryzal mengambilnya di kaunter tadi. “ Kita nak buat aktivti apa dulu ni? Snorkeling, scuba atau ke taman laut?” tanyaku pada Ryzal. Semuanya menarik perhatianku.
Ryzal meneliti pakej di tanganku. “ Snorkeling dulula. Petang sikit kita scuba. Esok kita ke taman laut.” Ryzal mengatur aktiviti kami di sini. “ Ayang boleh berenang ker? Tanya Ryzal.
“ Tengok kakila.” Aku cuba berlagak.
“ Eleh.. semalam mabuk laut tak ingat?” usik Ryzal. “ Itu tak pernah ke pulau. Tapi kolam selalu. Jeneral Khalid ajar kami dari kecil la.” Ryzal ketawa.
Setelah selesai bersarapan aku dan Ryzal ke kaunter untuk mendaftarkan aktiviti kami. kami di bawa bersama kumpulan pelancong yang lain ke ruangan peralatan snorkeling. Kami dibimbing oleh instructor yang bertugas.
Snorkeling sangat popular di sini. melihat akan pantainya yang landai dan cetek. pasirnya putih bersih, airnya jerneh menimbulkan rasa teruja di hatiku. Untuk aktiviti ini kita  tidak perlu pergi jauh untuk melihat hidupan laut beraneka jenis, bentuk dan warna. Ikan-ikan ini sangat jinak seperti dipelihara. Mereka akan menghampiri  hanya dengan beberapa menabur cebisan roti dan biskut  di permukaan air.
Untuk melakukan aktiviti sebegini tidak perlu pandai berenang kerana ianya berlaku di tepi pantai di dalam sempadan yang dilingkungi oleh rantaian pelampung. Tanda sempadan ini diletakkan oleh Jabatan Laut untuk melindungi snorkelers dari dilanggar bot yang berulang-alik dari pulau ke pulau ataupun skuter air atau ski air.  Aku dan Ryzal amat gembira sekali. Terjerit-jerit apabila ada ikan-ikan yang menggigit telapak tangan untuk mengambil roti. Tidak puas Ryzal mengambil gambar. Ketika ini aku sempat berkenalan dengan pasangan pelancong dari England. Walaupun agak berumur tapi mereka tetap romantik. Dengan dia jugalah aku meminta tolong untuk mengambil gambar aku dan Ryzal. Ingin diabdikan apabila pulang nanti. Aku sempat menghantar gambar melalui whatsapp kepada Nina dan Kiki. Sengaja ingin membuatkan mereka cemburu.
Aku cukup puashati dengan aktiviti ini. Walaupun penat tapi berbaloi. Hampir tengah hari, instructor memberi arahan agar kami naik ke atas. Tempah yang diberikan telah tamat. Petang ini kami akan melakukan aktiviviti scuba pula.
Aku dan Ryzal berpegangan tangan. Dai tadi Ryzal sentiasa menjadi pelindungku. Padahal dia tidak perlu risau kerana di sini kawalan keselamatan terjamin. Untuk aktiviti snorkeling telah ditandakan dengan pelampung jadi bot-bot yang melalui kawasan ini telah tahu mengenai aktiviti yang diadakan di sini.
“ Puas tak?” tanya Ryzal.
“ Cukup puas. Tak sabar petang nanti nak scuba pula.”
“ Jom kita balik rehat dulu.” Ajak Ryzal. Setelah makan tengah hari kami naik ke bilik. Aku masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Ryzal bersandar pada kerusi yang diletakkan di luar balkoni. Merasa hembusan bayu yang bertiup.

Pukul empat petang kami telah berkumpul di lobi hotel. Menunggu instructor yang akan membawa kami ke tempat scuba. Sambil iu aku melayan whatapp dengan Nina. mahunya dia tidak cemburu. Aku berseronok sednagkan dia sedang bekerja. Relaks la kawan. Ko kahwin pun macam ni juga nanti.
            Kelihatan kelibat instructor tadi. Kami semua bingkas bangun. Nampak gaya semua tidak sabar lagi. Aktiviti scuba diving agak berbeza dengan snorkeling kerana aktiviti ini memerlukan orang yang berpengalaman. Aku kurang pengalaman tapi aku ada Ryzal yang akan membantu. Ini membuatkan aku bertambah yakin.
Sebelum bertolak kami dibekalkan dengan perlatan untuk scuba. Antaranya ialah pakaian khas dab balang gas oksigen. Untuk menyelam ke dasar laut sudah tentulah baling gas oksigen amat diperlukan.  Aku perhatikan hanya beberapa kerat sahaja pengunjung tempatan yang mengikut aktiviti ini. Kebanyakannya terdiri dari pelancong asing. Nampaknya pelancong lebih berminat dengan aktiviti ini.
            Apabila telah sampai ke tempat kami mengadakan aktiviti scuba diving, bot tersebut menjatuhkan sauh. Instructor memberi arahan kepada snorkelers. Arahan perlu dipatuhi agar sesuatu yang tidak diingini tidak terjadi. Walaupun teruja dengan pandangan depan mata, aspek keselamatan perlu diambil kira.
            Ryzal memeriksa goggles yang dipakai olehku. Begitu juga dengan balang gas. Cukup teliti. Aku mengenakan kaki itik.  Ini yang aku tak suka. Agak berat. Tapi apabila berada di dalam air ini yang banyak  membantu.
            Beberapa pelancong telah terjun dari bot. setelah berpuas hati dengan kelengkapan, Ryzal memegang tanganku. Dia memesan agar kami tidak melepaskan tangan. Perlu mengikut ke mana sahaja dia pergi. Maklumlah ini kali pertama aku akan scuba. Nasib baiklah aku pandai berenang.  
            Sebelum masuk ke dasar, sekali lagi Ryzal memeriksa goggles ku. Dia memberi isyarat agar mengikutnya menyelam. Aku mengikut sahaja arahan Ryzal. Masuk ke dalam air aku amat teruja apabila melihat ikan berwarna warni mengelilingi kami. seperti aku berada di dalam national graphic. Tidak sangka aku juga dapat merasa suasana begini. Perasaan tidak dapat digambarkan. Ryzal mengambil gambar. Nasib baiklah Ryzal mempunyai telefon yang boleh dibawa masuk ke dalam air. Dapatlah kami berposing dengan hidupan laut. Kami juga bergambar bersama scuba yang lain yang turut sama berada di situ. Berangan seperti berada didala program National Geographic apabila kawanan ikan warna warni mengelilingi kami. cukup indah ciptaan Tuhan.
            Ryzal menarik aku agar turun jauh sedikit ke dasar. Di situ kami dapat melihat terumbu karang. Pelbagai jenis. Semuanya cantik-cantik. Besarnya kuasa Allah. Pelbagai jenis ikan dan hidupan yang dapat aku lihat. Nampaknya selepas ini, aktiviti ini akan menjadi aktiviti wajib kami. aku amat tertarik untuk melakukannya lagi.
            Setelah agak lama, Ryzal membawa aku naik ke atas. Nampaknya masa yang diberikan telah hampir. Telah ramai juga scuba yang naik ke permukaan. Ryzal membantu aku naik ke dalam bot. Sampai di atas dia membantu aku membuka balang gas oksigen. “ Seronok tak?” soal Ryzal.
 “ Cukup seronok. Lain kali kita datang lagi ye?” Ryzal hanya mengangguk. Aku cukup seronok dengan aktiviti di sini. ryzal memerhatikan isterinya yang ebrada did alam sut renang. Dia merasakan cukup seksi..Hoho... lepas ni kena cari yang lainla.. yang ni terlalu seksi fikirnya.
            Sepanjang perjalanan pulang aku hanya memerhati keindahan di Pulau Redang. Kelihatan rumah-rumah nelayan yang terletak di sisir pantai. Hari terakhir nanti kami bercadang untuk menyusur perkampungan nelayan tersebut mencari hasil laut sebagai buah tangan.
            Malam ini kami tidak melakukan apa-apa aktiviti. Hanya berehat di bilik sahaja. Aku melihat sahaja Ryzal memasukkan gambar aktiviti kami siang tadi ke dalam laptopnya. Nanti akan aku copy  untuk dimasukkan ke dalam gallery dalam facebookku.
            “ Cantik kan bang hidupan laut ni.” Aku cukup gembira melihat gambar-gambar yang diambil oleh Ryzal. Gambar Ryzal beraksi dengan penyu pun ada. Macam-macam gaya ada. Kami bercerita sambil tangan Ryzal memeluk pinggang aku. aduhai suami aku ni asyik nak romantik saja.
           
Keesokannya hujan turun dengan lebat. Nampaknya pelan kami untuk ke taman laut tidak kesampaian. Aku dan Ryzal hanya menghabiskan masa di hotel. Kesempatan ini aku ambil untuk membelai diri di spa yang terdapat di dalam The Taras. Oleh kerana  semua pekerjanya perempuan, aku tidak mengizinkan Ryzal turut serta. Tidak sanggup aku apabila badan Ryzal disentuh oleh perempuan lain. Hampir satu jam setengah aku berada di spa. Aku amat berpuashati dengan perkhidmatan yang disediakan. Terasa badan begitu segar.
            Aku cukup berpuashati sepanjang berada di Pulau Redang. Masa kami dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik. Petang nanti kami akan bertolak pulang. Kesempatan yang ada ini aku dan Ryzal menyusur ke kawasan perkampungan nelayan di sini. banyak hasil laut kami beli. Semua akan diberikan sebagai buah tangan kepada kami. untuk Nina aku memberikan sotong kering yang telah diletakkan gula. Inilah kesukaannya. Setiap kali aku pulang ke kampung pasti dia akan meminta ini sebagai pesanan. Selalunya aku hanya membeli hasil laut ini di Pasar Payang sahaja. Usai membeli barangan, kami bertolak untuk pulang. Sepanjang berada di sini, aku tidak berasa  penat. Bertolak pulang sahaja aku mula berasa sengal-sengal badan. Apabila dilambung ombak mula terasa pening dan mual. Aku hanya memejamkan mata. Terasa genggaman tangan Ryzal di jariku. Dia mengusap-usap lembut. Tahu aku tengah mabuk laut.

2 comments: