Saturday, 2 August 2014

BAB 19- SAYA SAYANG AWAK



Tepat jam sebelas pagi Ryzal dan mak ciknya telah sampai di rumah sewaku. Pakciknya akan memandu kereta. Ryzal kulihat bertambah kacak dalam baju melayu berwarna ungu. Begitu kena dengan kulitnya yang putih bersih.
Aku menaiki kereta bersama Ryzal. Kiki memandu kereta ayah memandangkan dia lebih mahir dengan jalan di sini. Nina pula masih menunggu Harith datang menjemputnya. Ryzal menggenggam jari-jemariku. Aku menepis, malu dengan pak ciknya yang sedang memandu. “ Takutla.” Luahku pada Ryzal.   “ Abang ada. Mama abang tak makan orang la.” Pak cik Ryzal ketawa apabila mendengar kata-kata anak buahnya. Dia memulakan bicara. Hilang rasa gementar.

Semasa kami sampai di rumah Ryzal, halaman rumahnya telah dipenuhi oleh tetamu. Aku disambut oleh mamanya. Kami dibawa ke pelamin yang diletakkan di ruang tamu. Aku ingat majlis sambut menantu tidak perlu bersanding. Ryzal menyatakan mamanya ingin melihat kami bersanding di sini juga. Selepas aku dibawa ke tempat yang disediakan khas untuk bersalaman dengan menantu. Aku perlu tersenyum setiap masa. Agak ramai juga tetamu yang dijemput oleh ibu mertuaku.
Setakat ini aku amat berpuashati dengan layanan keluarga Ryzal. Adik Ryzal,Qistina sentiasa berada di sampingku. Aku mengagak dia gadis pendiam sebab dari tadi hanya aku sahaja yang bercakap. Dia hanya tersenyum.
“ Akak kami dah nak gerak.” Kiki mendekatiku. Aku bangun untuk bersalaman dengan ahli keluargaku yang berada di bawah kanopi. Aku berpegangan tangan dengan Kiki. Selepas ini tinggal aku di sini. Aku tak tahu bagaimana keadaan aku di sini tanpa kehadiran familiku.  Adakah aku mampu menjadi menantu seperti yang dikehendaki oleh  ibu mertuaku. Aku bepelukan dengan ibu. Menitik air mataku. Mata ibu juga merah. Aku cuba menahan air mata dari keluar. “ Dahla ibunya.” Ayah menepuk bahu ibu. Aku beralih pula kepada ayah. Walaupun ayah seorang yang tegas, aku amat menyayanginya. Ayah memeluk aku erat.
Saat ini Jeneral Khalid baru terasa akan kehilangan anak sulongnya. Walaupun Arleena telah berkahwin, sebelum ini Arleena masih berada di hadapan matanya. Kini barulah dia akan berpisah dengan Arleena. Dia juga faham perasaan isterinya. Anak yang sentiasa menjaga  hatinya. Baginya Arleena masih lagi kecil. Siapa sangka gadis kecilnya telah menjadi milik orang. Saat hendak meninggalkan Arleena di rumah Ryzal, terdetik juga perasaan risau dihatinya. Begitu berat rasa hatinya. Dia berharap agar yang baik-baik sahaja akan berlaku kepada anaknya. Tidak putus dia mendoakan kebahagiaan rumah tangga anak sulungnya itu.
  Jadi isteri dan menantu yang baik ye sayang. Jaga maruah suami. Jaga hati ibu mertua.” Mendengar kata sayang diucapkan oleh ayah, aku tidak dapat menahan air mata. Walaupun ayah seorang yang tegas dan sampai ke umur ini aku masih takut dengan ayah, aku tahu ayah menyayangi kami. Aku teresak dalam dakapan ayah.
“ Dah la tu bang ngah. Habis make up Aleen.” Mak su melarang ayah. Selepas itu giliran mak su dan ahli keluargaku pula berpelukan denganku. Akhirnya Kiki. Adik yang aku paling sayang.
“ Jaga ayah dan ibu.” Kami berpelukan.
“ Jangan lupa Kiki. Nampak dah ada pengganti tu.” Nampaknya Kiki cemburu dengan Qistina.
 “ Sayang akak ker?” usikku lagi. Kiki mencebik.
Aku memandang kaum keluargaku yang bergerak ke kereta. Sayu melihat ibu mengesat air mata. Siapa tak sayang anak woi! Ryzal menggenggam jariku. “ Abang akan jaga ayang.” Ucapan Ryzal menambahkan sebak dihatiku. Aku menguatkan lagi genggaman di tangan Ryzal.
“ Jom ke khemah. Kawan-kawan hotel ayang ada datang. Nina pun ada.” Ucap Ryzal. Aku mengikutinya. Kelihatan Kak Yati dan beberapa orang bos di Hotel Grenz turut serta.
“ Terima kasih semua.” Aku ucapkan kepada rakan-rakanku. Aku turut duduk di sebelah Kak Yati. Nina sedang menjamu selera bersama Harith. Alahai love birds ni. Aku berborak dengan Kak Yati. Maklumlah sudah agak lama aku tidak bekerja. Aku memerhati bos-bos dari Hotel Grenz menikmati hidangan. Berharap mereka berpuas hati. Sekali sekala kedengaran usikan kepadaku.
“ Mr. Ian Rayyan tak datang.”  Ucap Kak Yati. Membuatkan hatiku berdetik. Nama yang aku telah padamkan dari hati aku.
“ Orang besar mana nak datang majlis kecil macam ni.” Aku menyedapkan hati. Memang aku terasa dengannya. Orang yang agak rapat denganku tetapi disebabkan perkara yang tidak diketahui hujung pangkalnya, dia telah berubah denganku. Bos yang tidak lagi mengambil berat padaku. Kak Yati memandangku.
Aku dipanggil oleh ibu mertuaku untuk masuk ke dalam. Ada saudara Ryzal yang ingin berjumpa. Tanpa disedari sepasang mata Qistina asyik memerhati Arleena. Dari tadi Qistina tertarik dengan hubungan yang erat Arleena dan ahli keluarganya. Yang dia tidak pernah rasa dalam keluarganya. Dia dan abangnya tidak rapat. Malah abangnya  tidak pernah bertanyakan soalnya. Apa yang dilakukannya. Malah abangnya juga turut sama berada di kelab-kelab malam sepertinya.  Dia bersyukur jika abangnya berjumpa dengan pasangan yang boleh merubahnya. 

Alhamdulillah majlis sambut menantu berjalan lancar. Arleena tidak berasa kekok berada di rumah mertuanya. Semuanya melayan dia dengan mesra sekali. Selepas majlis tadi saudara mara Ryzal telah pulang ke rumah masing-masing. Kebanyakan mereka tinggak berdekatan sahaja. Jadi tiada siapa yang bermalam di sini.
Aku baru sahaja menamatkan perbualan telefon dengan ibuku. Lega apabila mereka telah selamat sampai. Risau juga aku memandangkan Kiki yang menjadi pemandu. Setelah berbual dengan ibu, aku turun ke tingkat bawah. Perut masih lagi kenyang. Mencari kelibat Ryzal. Ryzal keluar dari bilik ketika dia sedang berbual dengan ibu. Ruang tamu kosong. Dia terpandangkan pintu yang terbuka luas. Mungkin Ryzal berada di luar sana.
Aku menghala ke pintu. Ternampak Ryzal yang tengah menyusun kerusi di bawah khemah. Hanya dibantu oleh adiknya. Aku masih belum sempat berbual panjang dengan Qistina. Aku agak umurnya mesti sebaya Kiki. Mereka bekerja tanpa suara. Kalau aku dengan Kiki dan kecoh. Terasa janggal pula. gaduh ke apa diaorang ni.
            “ Abang, ibu ngan ayah kirim salam.” Ryzal menyambut salam. Aku tersenyum ke arah Qistina. Dia malu-malu hendak bercakap denganku.
“ Ayang rehat sajalah. Biar abang saja yang buat kerja ni.” Ujar Ryzal.
“ Tak apa bukan banyak pun lagi. Kesian juga kat Qis. Qis kan?” aku memandang Qistina. Nampaknya aku yang perlu memulakan langkah. Gadis ini agak pendiam. Qistina memandang aku dan kemudian pada abangnya. Mulutnya masih tidak berbicara.
            Sambil menyusun kerusi, mulut aku yang banyak bercakap. Pada awalnya Qistina hanya memberi respon dengan mengangguk sahaja. Lama kelamaan dia mula bercakap. Nampaknya dia agak peramah. Tapi aku dapat rasakan hubungan dia dan Ryzal tidak baik. Tiada satu komunikasi melibatkan antara dia dan Ryzal. Timbul rasa ingin mengetahui puncanya. Ryzal hanya mempunyai Qistina adiknya. Tak kanlah hubungan mereka tidak rapat.
            Kerja menyusun kerusi telah siap dilakukan. Ryzal membawa keretanya masuk ke dalam garaj. Begitu juga dengan Qistina. Oo... Qistina pakai mini cooper. Dia juga sukakan kereta tersebut. Tapi mahal sangatla. Mereka ni orang kaya bolehla pakai kereta apa jenis pun. Selepas itu Ryzal membawa masuk kereta mamanya pula. Dalam banyak kereta, kereta Myvi aku saja yang buatan tempatan. Nasib aku tak bawa ke sini. Mana setanding dengan kereta diaorang.
            Aku menunggu Ryzal mengunci keretanya. Qistina telah masuk ke dalam. Kami beriringan masuk ke dalam rumah. “ Nak makan tak?” tanyaku pada Ryzal.
“ Kenyang lagila. Jom lepak tengok tv.” Ryzal memberi cadangan. Aku hanya mengikutnya. Kami ke ruang tamu. Dari tadi aku tidak melihat kelibat ibu mertuaku. “ Mama mana? Tak nampak pun?” tanyaku pada Ryzal. “ Kat atas kot.” Cukup ringkas jawapan Ryzal.
            Ryzal menekan remote astro mencari siaran yang menarik. Tangannya masih berada di pinggangku. Aku berasa tidak selesa. Segan sekiranya dilihat oleh ibu mertua atau Qistina. Tahulah kami pengantin baru tapi tak perlu lah nak tunjukkan sangat. Takut orang berbulu saja nanti.
            Telefon aku berdering. Aku melihat nama tertera di skrin sebelum membuka butang kunci. Nina. Mahu apa dia ni. “ Assalamualaikum...” aku bersuara apabila panggilanku disambut.
            “ Waalaikumussalam.... pengantin baru..” ceria sahaja bunyi suara Nina.
            “ Apa hal ni. Semacam saja aku dengar suara. Ko kat mana?” tanyaku pada Nina.
            I have something to tell you...” Nina masih mahu berteka teki.
            “ Apa dia. Jangan nak main-main la...” Ryzal memandangku. Mungkin hairan dengan cara ku bercakap. Aku menekup telefon. Nina. Aku menunjukkan aksi memberitahu dengan siapa aku bercakap. Ryzal hanya mengangguk. Pelukannya di pinggangku makin dikuatkan.
            “ Harith lamar aku tadi.”
            “ What!!” Aku terjerit kuat. Tidak dapat mengawal suara. Semuanya spontan. Ryzal juga terperanjat dengan tingkah ku. Nina ketawa dihujung sana.
“ Tahniah beb... kan dah kata mesti korang terkena badi kita orang.” Aku bersandar di badan Ryzal.
“ Beb nanti aku call balik. Harith call la.” Cepat-cepat Nina mematikan perbualannya denganku. Aku tersenyum memandang telefon di tangan. Nampaknya Nina juga bakal mengikut jejakku.
            “ Kenapa?” tanya Ryzal.
“ Harith lamar Nina. Mesti dia orang kena badi kita kan?”  Ryzal ketawa.
“ Abang dah tahu. Siang tadi Harith dah bagitahu abang.” Aku merenung kearah Ryzal.
“ Kenapa abang tak cakap dengan ayang.” Geram pula dengan sikap suamiku ini. Perkara besar ni. Baik pula tu.
“ Abang dah tahu mesti Nina bagitahu juga kan? Saja nak tunggu Nina cakap sendiri kat sayang.” Aku menarik hidung Ryzal. Melepaskan geram. Ryzal masih lagi ketawa. Aku dipeluknya kemas. “ Malam ni jangan mengelak tau. Dah banyak kali abang terlepas ni.” Aku mencebik ke arah Ryzal.
            Qistina hendak turun ke dapur. Niatnya terbantut apabila melihat adegan romantis di hadapannya. Kaku atas tangga. Hanya memerhati abangnya bergelak ketawa. Syukur dengan kehadiran kakak iparnya, dia dapat mendengar tawa abangnya. Nampak keserasian mereka berdua.
            Qistina ingin berbual dengan kakak iparnya. Perasaannya tertarik dengan kakak iparnya. Siang tadi dia terpegun melihat kakaknya berhijab. Begitu juga malam ini. Kaku melihat rambut kakaknya yang lurus hitam berkilat. Walaupun bertudung tapi masih mampu menjaga rambutnya. Sedangkan dia selama ini tidak mahu bertudung dengan alasan tidak mahu rambutnya rosak dan berbau. Terlalu menjaga rambutnya sampaikan dia mengingkari perintah agama. Dia lebih suka mengenakan pakaian yang berbelah dan terdedah di sana sini.Poor Qistina!
Malah mama dan abangnya juga tidak pernah menyuruh dia bertudung. Hanya Mak Yam yang sering menasihatinya. Walaupun dia dianggap gadis liar, tapi dia masih tahu menjaga diri. Masih tahu batasan seorang gadis. Tapi sejak melihat kakak iparnya tadi, timbul satu perasaan dalam hatinya. Terasa dia insan kerdil jika dibandingkan dengan kakak iparnya.
            Dia juga ingin rasa gembira seperti abangnya. Mindanya terbayang pelukan kakak iparnya dengan adik perempuannya tadi. Nampak begitu akrab. Dia juga inginkan seorang kakak. Ingin juga dipeluk begitu rupa. Selama ini hanya Mak Yam yang sentiasa ada dengannya. Dia lebih rapat dengan pembantu rumah daripada mama dan abangnya. Masing-masing leka mengejar kerjaya. Mamanya sibuk dengan butik. Dia terlalu jauh dengan abangnya. Abangnya banyak menghabiskan masa di asrama. Tinggal dia seorang di rumah. Sejak itu dia jarang bercakap dengan abangnya. Bila bertembung masing-masing terasa kekok.
            Perkara ini berlanjutan sehinggalah mereka dewasa. Walaupun mereka berada di tempat yang sama di kelab-kelab malam, mereka hanya memandang seperti orang asing. Orang yang tidak mempunyai apa-apa hubungan. Tiada teguran dari seorang abang kepada seorang adik dan juga begitu sebaliknya. Masing-masing membuat hal sendiri. Dia bebas melakukan apa-apa tanpa teguran dari abangnya.
            Qistina melangkah ke arah dapur. Kelihatan Mak Yam sedang menyediakan hidangan makan malam. “ Tak penat ke Mak Yam?” tanya Qistina pada pembantu rumahnya. Mak Yam tersenyum kepada anak majikannya.
“ Qis nak makan ker? Mak Yam dah siap hidang semua. Pengantin mana?” tanya Mak Yam.
“ Ada kat ruang tamu.” Jawab Qistina.
“ Pergilah panggil. Makan sekali.” Suruh Mak Yam. Qistina hanya memandang kepada Mak Yam.
“ Tak kan Qis tak nak bertegur dengan abang. Anak Mak Yam ni kan baik. Tak salah kita mengalah. Mak Yam tengok kakak ipar Qis tu baik orangnya.” Mak Yam mengusap lembut kepala Qistina.
Dia sudah menganggap Qistina seperti anaknya. Dari kecil dia telah menjaga Qistina. Sudah faham perangai Qistina. Dia juga kasihankan Qistina. Gadis yang membesar tanpa kasih sayang ibu sepenuhnya. Selepas pemergian Tuan Arshad, isterinya terlalu kuat bekerja. Meninggalkan anak yang kecil di bawah jagaannya. Pulang lewat malam. Dia lah yang memberikan didikan agama kepada Qistina. Tapi Qistina membesar dalam kemewahan. Meningkat dewasa Qistina semakin hanyut dengan pengaruh rakannya. Nasib ada dia yang sentiasa memantau pergerakan anak majikannya itu. Dan dia juga bersyukur walaupun liar Qistina masih tahu menjaga diri. Masih hormatkannya seperti dulu.
            “ Mak Yam panggillah diaorang.” Kata Qistina mematikan lamunan Mak Yam. Dia menepuk bahu Qistina sebelum beredar untuk memanggil anak majikannya. Kelihatan Ryzal dan isterinya sedang bermesra di ruang tamu. Mak Yam tersenyum. Berharap Ryzal benar-benar bahagia dengan pilihannya. Semoga kehadiran seorang isteri mengubah cara hidupnya.
            “ Tuan Ryzal, Puan Arleena... Makan malam dah siap.” Lembut Mak Yam memanggil majikannya. Dia masih memanggil Ryzal dengan panggilan tuan. Tanda dia hormatkan ketua keluarga itu. Cuma Qistina sahaja dia memanggil nama. Itu pun setelah jenuh dimarahi Qistina. Menghentikan gurau senda pasangan pengantin tersebut.
“ Kami masih kenyang lagi Mak Yam. Mama mana?” tanya Ryzal.
“ Puan mahu berehat. Penat katanya. Dia tak mahu makan malam. Qistina ada di meja makan.” Beritahu Mak Yam. Mendengar nama Qistina, Ryzal menggeleng kepala. Arleena perasan perubahan muka Ryzal dan juga Mak Yam. Pastinya ada sesuatu antara Ryzal dan Qistina.
            Mak Yam meninggalkan ruang tamu. Nampaknya dia lagi yang menemani Qistina malam ini. Kasihan anak itu. “ Dia orang kenyang.” Mak Yam memberitahu kepada Qistina.
“ Mak Yam teman Qis ok,” Mak Yam tahu Qistina berjauh hati.  Dia mengambil pinggan dan diletakkan di hadapan Qistina dan juga untukknya.
            “ Sikit saja Mak Yam,” ujar Qistina. Baru siang tadi dia berasa gembira ditemani saudara mara, malam ini seperti sebelum-sebelumnya dia keseorangan lagi. Nasib ada Mak Yam. Dia menguis-nguis nasi dalam pinggannya.

            “ Abang, ayang nak minum sekejap. Abang nak air?” tanya Arleena pada suaminya. Ryzal hanya menggeleng. Arleena bangun untuk ke dapur. Memasang niat untuk mendekati adik iparnya.
            Arleena memerhati Qistina yang hanya bermain-main dengan nasinya. “ Hai Qis kenapa tak makan?”  Qistina tersentak denagn teguran kakak iparnya. Lidah kelu. Tidak tahu ingin bercakap apa.
“ Puan nak makan?” tanya Mak Yam. “ Mak Yam tak payah panggil saya puan. Panggil Aleen dah cukup.” Ujar Arleena lembut. Matanya tidak dilarikan dari memandang wajah  Qistina. Cukup cantik. Patutlah abangnya kacak. Ibu mertuanya juga mempunyai wajah yang cantik. Jika sudah berumur masih begitu, tentulah masa mudanya dia seorang yang cantik.        
            “ Qis masih belajar lagi ker?” tanya Arleena.
“ Ya kak. Kat Uitm.”
“ Ooo.. tak jauhla ye.. Qis ulang alik dari rumah ker?” tanya Arleena lagi.
“ Tak Qis menyewa ngan kawan-kawan. Ni balik untuk majlis abang.” Selepas itu barulah panjang lebar aku dan Qistina berbual. Dari situlah aku mula mengenali Qistina. Sebenarnya tingkah Qistina sama sahaja dengan Kiki. Kuat menyakat juga. Aku senang dengan Qistina. Nampaknya boleh menjadi pengganti Kiki ketika aku berada di sini. Tiba-tiba rindu pula pada Kiki.
Agak lama juga aku berbual dengan Qistina sehinggalah Ryzal datang ke dapur. Mengajak aku masuk tidur. Kehadiran Ryzal terus sahaja membuatkan Qistina terdiam. Terus berubah riak di wajahnya. Aku mengikut Ryzal. Tak apa esok masih ada.
           

2 comments: