Saturday, 15 March 2014

BAB 10-SAYA SAYANG AWAK






Bilik  yang diduduki oleh Qaira dan Arleena diketuk dari keluar. Puan Serena mengejutkan mereka untuk solat subuh. Dinding kayu agak bergema juga bunyinya. Lena sekali dia tidur malam tadi. Letak sahaja kepala di bantal, dia pun hanyut. Terlalu letih barangkali. 
Arleena mencapai tuala yang diletakkan di rak penyidai. Menutup kepalanya. Dia keluar untuk mengambil wuduk malas pula untuk mengenakan tudung. Dia dan Qaira keluar dari bilik. Melintasi ruang tidur Mr. Ian. Matanya mencari kelibat Ian. Sepintas lalu dia melihatnya.  kasihannya. Ian kelihatan meringkuk kesejukan. Mesti dia tidak tahan dengan sejuk malam. Rumah kampung. Malam terlalu sejuk. Tempat tidur di sebelah menyebelah Ian telah kosong. Agaknya mereka telah bangun. Tinggal bosnya dan beberapa anak kecil sahaja. Aduhai liat juga dia ni bangun pagi.
 Dia dan Qaira mengambil wuduk bersama. di dapur nenek sedang menjerang air. Awalnya nenek masuk dapur. usai solat subuh Arleena keluar semula dari bilik. Qaira menyambung semula tidurnya. Kaki diatur ke dapur. ingin membasahkan tekaknya dengan air mineral. Kelihatan beberapa orang lelaki dan Puan Serena berada di dapur. si lelaki sedang menunggu giliran menggunakan bilik air. Mendengar bunyi derap kaki, Puan Serena berpaling.
“ Belum solat lagi?” tanyanya kepada Arleena.
 “ Dah...nak minum air saja.” Arleena mengambil cawan lalu menuang air mineral yang berada di atas meja.
“ Boleh tolong kejutkan Ian? yang lain semua dah bangun tu” arah Puan Serena sambil menjuihkan mulut ke arah anak buahnya yang berdiri di tepi bilik air. Biar betul dia nak suurh aku kejutkan bos. Puna Serena memandang Arleena. tiada jawapan daripada Arleena.
“ Aunty nak kopek bilis ni. Nenek nak masak nasi lemak pagi ni.” Faham dengan maksud Puan Serena, Arleena menganggukkan kepala.
Dia menghayun langkah ke arah ruang tamu. Menuju ke tempat tidur Ian. nampaknya keadaan tidur Ian masih sama. Macamana aku nak kejutkan dia ni? Arleena menggaru pelipis keningnya. Dimana mahu disentuhnya. Dia tidak pernah lagi menyentuh bosnya sebelum ini. Arleena menguatkan semangatnya. Bahu Ian ditepuk perlahan. Nasib berlapik. Dua tiga kali dia menepuk Ian tetap tidak bergerak. Amboi lenanya. Arleena menguatkan lagi suara dan tepukannya di bahu Mr. Ian.
Dari jarak dekat sebegitu membuatkan Arleena tidak keruan. Menguatkan lagi perasaannya terhadap bosnya itu. Milik siapakah hatinya ini! Matanya tidak berkalih dari menatap wajah bosnya. Sungguh mulus. Tidurnya lena persis anak kecil. Deru nafas juga teratur. Dalam mata terpejam begitu, Arleena merasakan bosnya seksi sekali. Dengan seulas bibir merah tanda tidak merokok. Cukup sempurna ciptaan tuhan. Di ralit memerhati.
Ian menggeliat apabila terasa badannya disentuh. Dia membuka perlahan matanya. Terperanjat rasa hatinya melihat wajah Arleena begitu hampir dengannya. Adakah Arleena yang menepuknya tadi.
“ Mama bos suruh saya kejutkan bos. Orang lain semua dah bangun.” Arleena cuba mengawal rasa gugupnya. Itulah perhati lagi anak orang lama-lama. Nasib tidak diflying kick akibat terperanjat. Dia juga terkejut melihat reaksi spontan Ian tadi. Apabila melihat Ian duduk, Arleena bangun lalu menuju ke biliknya semula. Agaknya bos tahu ker aku tilik mukanya tadi. Apa la ko ni Arleena. buat malu saja. Ian masih lagi duduk. Melihat Arleena meninggalkannya. Terbayang wajah Arleena tadi. Wajah suci waktu pagi. Sungguh ayu sekali. Hatinya semakin bergetar melihat Arleena tadi.

           

            Arleena membancuh air teh dan kopi. Qaira sedang menghidangkan nasi lemak di atas meja makan. Harum sekali bau nasi lemak. Mengiurkan. Nenek dan datuk dan beberapa orang lagi mak cik sedang duduk memenuhi meja makan. Nampaknya yang lain terpaksa dihidangkan di bawah. Biasalah orang ramaikan. Masing-masing telah memasak tadi. Tugas menghidang dilakukan oleh anak dara pula. hanya dia dan Qaira sahaja anak dara di sini. yang lain masih lagi kecil. Selepas siap membancuh air, dia membantu Qaira menghidang di bawah pula. sepupu Qaira yang lelaki telah duduk mengadap menunggu hidangan. Terasa segan pula apabila diperhatikan begitu. Mana pula bosnya ini masih tidak keliahatan.
“ Abang dah bangun belum? Tak masuk dapur ni.” Qaira bertanya kepadaku. aku hanya mengangkat bahu. Tidak tahu di mana dia berada ketika ini. Takkan masih tidur lagi.
“ Kita tunggu diaorang habis makan dulu la ya.” Saranku kepada Qaira. Segan pula hendak duduk bersama mereka. Dahla semua lelaki.
            Belum sempat Qaira menjawab, kelihatan Ian masuk ke dapur. kacaknya. Walaupun Ian hanya mengenakan kain pelikat dan baju melayu sahaja. Pandai pula mamat saleh ni pakai kain pelikat. Kelihatan hujung rambutnya masih basah. Ian mengambil tempat di sebelahku. Alahai dia ni. Kenapa tak duduk sebelah adiknya sahaja.
“ Awak nak makan sekarang ker?” soalku. Setahu aku Mr. Ian tidak makan awal pagi. Malah rasanya dia tidak mengambil makanan berat pada waktu pagi. Boleh ker dia ni makan nasi lemak.
“ Abang nak makan apa?” Qaira bertanya kepada abangnya. Malah soalanku tidak dijawabnya lagi.
            Ian serba salah. Matanya hanya melihat nasi lemak yang terhidang. Apa yang hendak dimakannya. Kalau mintak lain agak-agak kena kutuk tak. Dahla malam tadi jenuh dia diusik oleh sepupunya. Matanya memerhati ke arah meja. Mencari kelibat mamanya. Tiada pula. kalau tak boleh juga dia mengendeng dengan mamanya. Takkan nak minta Qaira sediakan scrabble egg untuknya. Kecoh nanti minah ni. Sekadar untuk mengalas perut. Bukan berlagak tapi perutnya akan sakit apabila makan hidangan berat pada waktu pagi.
“ Mama mana?” soal Ian kepada adiknya. Qaira memandang ke arah meja. Mamanya tidak kelihatan. Hanya papanya sahaja yang ada.
            “ Kenapa?” tanya Qaira kembali.
 “ Buatkan abang scrabble egg.” Suruh Ian kepada adiknya. Dah tak ada orang lain nak minta tolong. Takkan nak susahkan Arleena. Ian merendahkan suaranya takut didengari orang lain.
            Dato Kamarudin hanya memerhati tingkah anaknya. Melihat rekasi Ian memandang nasi lemak sudah tahu apa dalam fikiran anak bujangnya. Bukannya dia tidak tahu perangai Ian. alahai anak bujangnya itu. Apa yang dipinta dari si adik. Nak tergelak apabila melihat si abang membuat muka simpati kepada si adik. Dahla si adik hati kering.
            Arleena hanya menjadi pemerhati.
“ Ala..abang ni.. Ni kampungla.. makan aja lah nasi lemak ni. Kat sini mana ada baked bean or sosejla..” malas pula rasanya melayan karenah abangnya. Sedangkan dia dengan Arleena masih belum menjamah hidangan. Tunggu turn. Mata masih mengantuk lagi ni. Dia tahu hari ini tenaga banyak hendak digunakan.
            Ian masih merengek kepada adiknya. Kelakar pula rasanya melihat bosnya bersikap begitu. Boleh tahan juga bosnya itu. Ian melihat kepada Arleena.
“ Kalau nak gelak, gelak sajalah. Jangan nak buat hidung kembang macam tu.” Selamba badak Ian menegur aku. 
Dua tiga orang sepupunya memandangku. Mereka tergelak kecil. Hempah malukan aku saja.
“ Awak tolong carikan biskut atau roti untuk saya.” Tidak  jalan dengan adiknya, aku pula menjadi mangsa.
Aku member reaksi tidak mahu. Ian membulatkan mata ke arahku. Dalam kami saling membalas isyarat, Puan Serena masuk ke dapur. ian menarik nafas lega. Penyelamatnya sudah datang. Dia menjelirkan lidah kepada Arleena. spontan saja tingkahnya. Tersentak Arleena.
            Bingkas ian bangun ke arah mamanya. Dipeluknya bahu mamanya.
“ Mama tolong carikan abang biskut or what everlah..not nasi lemak,” pinta Ian kepada mamanya. Dato Kamarudin tersengih melihat aksi anaknya. Walaupun umur dah meningkat, sikapnya masih keanakan. Macamanalah kalau anaknya sudah berumah tangga nanti. Ian mengambil tempat di sebelah papanya. Baru sahaja pak ciknya meninggalkan kerusi itu.
            “ Tak nak jamah nasi lemak?” tanya si papa kepada anak bujangnya. Ian hanya menggeleng kepala.
“ Kamu tak makan nasi lemak ker? Rugi la.” Nenek bersuara. Semua mata memandangnya. Ada yang tersengih. Malunya.
“ Dia dari kecil tak boleh makan berat waktu pagi. Nanti perut dia meragam. nak pula sambal macam ni.” Mama menjawab bagi pihaknya.
“ kamu Arleena tak makan nasi lemak juga ker?” tanya nenek kepada Arleena apabila melihat Arleena belum makan lagi. Tersentak Arleena. tidak disangka dia pula yang ditanya. Macam la dia ada kaitan dengan bosnya.
“ Makan nenek. Sekejap lagi. Tunggu diaorang ni habis dulu.
“ Ooo...ingatkan kamu pun sama tak makan pedas.” Alahai nenek ni. Aku memandang ke arah Mr. Ian. dia membuat isyarat kepadaku. alahai nak air lain lagi ker. Dari isyarat mulutnya Ian meminta air milo. Banyak betul pantang larang bosnya ini. Kopi dan teh tidak diminumnya. Susah nak bawak masuk majlis ni.
Arleena bangun. Dia bergerak ke arah almari yang menempatkan barang-barang untuk membancuh air. Susu di dalam peti ais diambilnya. Melihat tingkah Arleena, Puan Serena sudah tahu. Mesti dipinta oleh anaknya. Setahunya Arleena minum sahaja apa yang dihidangkan. Nampaknya Arleena begitu mengikut arahan si bosnya. dah macam isteri melayan suami pula. ian mengadap hidangan dengan tertib. Merah juga telinganya apabila digiat apabila Arleena meletakakn air milo di hadapannya tadi. Dia muka selamba sahaja. Janji perutnya kenyang.
“ Nanti pukul sebelas semua bersiap. Nanti kita muatkan sahaja ke dalam kereta siapa-siapa. Tak perlu bawak banyak kereta.” Datuk memaklumkan agenda pagi nanti. Riuh rendah bunyi suara. Masing-masing mengatur kereta siapa yang hendak digunakan. Arleena dan Qaira hanya melayan nasi lemak di hadapannya. Baru sekarang mereka dapat menjamah hidangan.
“ Sedapnya nasi lemak ni.” Ujarku kepada Qaira.
“ sedap kan? Nenek memang pandai masak.”


            “ Ko tak keluar dengan Nina ker?” Ryzal bertanya kepada Harith apabila Harith mengajaknya ke gym. Harith nenggeleng kepala. “ Nina balik rumah parent dia. Arleena pun tak ada kan?” tanya Harith balik. Sebab itulah dia mengajak kawannya itu ke gym. Terasa badanya telah naik. Tidak sempat hendak bersenam.
            Tersenyap Ryzal dengan pertanyaan Harith. Berubah mukanya. Nasiblah mereka bercakap di talian. Kalau tak pastinya Ryzal akan perasan perubahannya.
 “ Ok..nanti aku jumpa ko kat gym.” Ujar Ryzal sebelum menamatkan perbualan mereka.
Ke mana pula Arleena?arleena tidak memaklumkan apa-apa semasa mereka berjumpa semalam. Dia mendail nombot Arleena. tidak berjawab. Dia mendail lagi. Masih lagi sama. Panggilannya masih tidak bersambut. Dia menghantar mesej kepada Arleena.

“ Akak tak bersolek ker?” soal Qaira. Baginya walaupun Arleena tidak mengenakan make up, wajahnya tetap cantik. Amat cantik. Geram melihat wajah Arleena. dahla wajah Arleena tidak dicemari sebarang kesan jerawat.
“ Meh qaira make up akak.”
“ Betul ker boleh make up?” sebelum ini dia hanya mengenakan make up ketika menghadiri majlis-majlis sahaja. Dia lebih suka mengenakan lip glos dan foundation sahaja. Ada orang menawarkan diri, nak juga dia melayan.
Arleena menadah mukanya kepada Qaira. Melihat cara Qaira menyolek dirinya sendiri tadi dia percayakan kepada Qaira.
 “ Jangan tebal-tebal tau.” Dia member pesan kepada Qaira.
 “ Relaksla akak. Muka akan dah cantik. Qaira Cuma tambah-tambah sikit saja.” Dalam dia disolek, handphonenya berbunyi. Dia mengarahkan Qaira agar menuruskan sahaja solekannya. Panggilan itu akan dibalas selepas ini. Kerap kali juga handfonennya berbunyi. Ada juga mesej yang kedengaran. Siapalah yang mencarinya.
Qaira menyudahkan solekannya. Dia meminta Arleena melihat cermin solek. Terpegun Arleena melihat wajahnya. begitu teliti sekali solekan Qaira.
“ Cantiknya akak.” Terasa kembang mendengar pujian Qaira. Bukan nak bangga diri tapi dia rasakan wajahnya berlainan sekali. Cun jugak aku ni. Anak sape la ni haha..
“ Siapa sebenarnya pengantin ni?” aku mengusik Qaira.
“ Tengokla siapa jurusoleknya.”
“ Eleh dah model semula jadi lawa.” Nampaknya masing-masing tak nak mengalah. Akhirnya dua-dua ketawa.
Arleena mengambil tas tangannya. Lupa untuk melihat gerangan yang menelefonnya tadi. Mereka keluar dari dalam bilik. Jam menunjukkan hampir sebelas pagi. Pukul sebelas sudah hendak bertolak. Kami keluar sambil bergelak ketawa. Sampai di ruang tamu aku tercengang. Kenapa masing-masing senyap memandang aku dan Qaira ni.
“ Antek ye acik... nak awenn..” terdengar suara dari budak kecil yang memakai kemeja blue black. Entah siapa namanya. Cute juga budak ni dengan rambut ala mohawknya. Trend rambut budak-budak sekarang. Amboi laju pula mulut budak ni. Menarik perhatian mereka yang berada di ruang tamu. Tak pasal-pasal aku menjadi tontonan mereka. Aku shy-shy catla weh...
 “ Ni siapa pengantin? Cantiknya kamu.” Mak ngah bersuara. Orang lain mengangguk. Alahai lawa sangat ke aku ni.
“ Ishh... mana ada mak ngah.. Qaira ni ha gatal nak solekkan saya.” Aku cuba cover diri.
Ian dan Abang Zainal naik ke ruang tamu. Dari tadi mereka menunggu di bawah. Apabila dirasakan lambat, mereka berdua naik ke atas semula. Ternganga Ian apabila melihat Arleena. subhanallah.. cantiknya dia. Laju hatinya berdegup. Tidak pernah dia melihat Arleena bersolek demikian. Menyerlahkan kecantikannya. Tidak jemu mata memandang.
“ Mak Ngah tahu la awek kamu cantik, tak payah nak ternganga macam tu.” Bahu Ian ditepuk oleh Mak Ngahnya. Tidak disangka perbuatannya dilihat Mak Ngahnya. Untuk menutup rasa malunya Ian hanya tersengih sahaja.
“ Ni dah kalahkan pengantin.” Abang Zainal pula bersuara. Dia amat terpesona dengan kecantikan makhluk di hadapannya. Nasiblah dia akan berkahwin sekejap lagi. Berdesing telinga Ian apabila mendengar kata-kata sepupunya itu. Amboi dah nak kahwin gatal lagi. apasal la Arleena ni cantik sangat.
Kemunculan nenek ke ruang tamu menghentikan perhatian mereka kepada Arleena. masing-masing bangun untuk bergerak ke rumah pengantin. Nasiblah barang hantaran awal-awal lagi telah disusun dalam kereta. Arleena menarik nafas lega. Segan  kerana dari tadi hanya dia yang menjadi fokusnya. Tak disangka mereka mengkagumi kecantikannya. Kalau macam ni sah-sah la aku cantik. Haha.angkut bakul sendiri nampaknya.
Arleena perasan dengan wajah tegang Ian. apa yang tak kena pula ni. Arleena mengekori Qaira ke kereta papanya.
 “ Ian pandu ye. Ikut saja kereta yang lain. Rumah pengantin tak jauh pun.” Dato Kamarudin menyerahkan kunci kereta ke tangan anak bujangnya. Aik tak kan suruh memandu muka dah ketat.
Ian masih bengang apabila Arleena menjadi perhatian mata-mata sepupunya. Ini belum lagi di tempat majlis kahwin nanti. Baginya Arleena hanya layak dipuji olehnya. Dia tidak suka orang lain melihat Arleena dengan maksud ingin memiliki.
Qaira mencuit Arleena. Dia  menjuihkan mulut ke arah Ian. Arleena hanya mengangkat bahu. Bermaksud dia tidak tahu apa-apa.  Qaira tersengih. Mesti kes cemburu. Tapi mereka hanya kawan. Tidak banyak perbualan dalam kereta. Masing-masing fokus melihat kereta saudara yang lain. Takut tertinggal. Maklumlah orang yang memandu alphard ketika ini agak terganggu emosinya.
Setengah perjalanan mereka telah sampai ke rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ketika makan di bawah khemah yang telah dikhaskan untuk rombongan pengantin lelaki, Ian mendekati Arleena. kerusi kosong sebelah Arleena ditariknya. Badannya dirapatkan ke arah Arleena.
“ Kenapa pakai macam ni?” dari tadi dia tidak dapat menahan perasaannya. Marah kerana Arleena terlalu cantik. Tajam matanya merenung Arleena. arleena berpaling setelah mendengar Ian berbisik di telinganya. Terasa semacam.
Matanya menangkap renungan tajam Mr.Ian. angin apa pula ni. Tegang sekali mukanya.
“ Kenapa pula? saya pakai biasa saja. Apa salah dengan baju saya. Bukan seksi pun.” Jawan Arleena.
“ Lain kali jangan pakai baju ni.” Baju kurung moden yang dipakai Arleena dirasakan mengikut badan. Nampak setiap lekuk badan Arleena. nasiblah badan Arleena kurus sahaja. Malas Arleena hendak melayan perangai bosnya itu. Dia menuruskan suapannya. Qaira disebelah tersengih. Dia dapat mendengar perbualan abangnya tadi. Apa la abang aku ni. Awal-awal lagi dah kongkong. Macamanala kalau dah jadi suami nanti.
           
Ryzal tidak dapat fokus kepada latihannya di gym. Kepala asyik teringatkan Arleena. arleena masih belum membalas panggilannya. Dia berharap agar Arleena tidak ditimpa musibah. Lagipun dia tidak tahu di mana Arleena berada. hendak minta Harith bertanyakan kepada Nina terasa segan. Dia hanya perlu menunggu Arleena menghubunginya.
            Sepanjang majlis, Ian tidak melepaskan Arleena walau sedetik pun. Di mana Arleena berada, pastinya dia ada disebelahnya. Kadang-kadang tangannya memegang pinggang Arleena. berapa kali Arleena menepisnya. Takut dilihat oleh saudara mara mereka. Buat malu sahaja. Tengok saja lah ketika acara bergambar bersama pengantin tadi. Acap kali tangan Ian berada di pinggangnya. arleena menepis takut hatinya tewas. Dia tidak mahu bermain dengan perasaannya. Apa tah lagi hatinya makin menyayangi Ian setelah melihat wajah Ian waktu subuh tadi. Masih terbayang wajah Ian ketika itu. Tapi sayang Ian tidak pernah meluahkan perasaan kepadanya. Hanya dia menyintai Ian dalam diam. Cinta ke suka? Dia pun confius. Yang pasti hatinya akan berirama apabila berada bersebelahan dengan Ian Rayyan.

           
            Keadaan di rumah nenek agak sibuk. Kaum lelaki sedang menyiapkan khemah. Kaum perempuan pula sibuk di dapur. esok akan diadakan majlis di pihak pengantin lelaki pula. masing-masing sibuk menjalankan tugas. Arleena menyusun bahan basah yang dibeli ketika pulang tadi ke dalam peti ais. Bahan itu akan digunakan untuk makan beradap esok.
            Arleena melangkah ke dalam bilik. Ingin melihat handphonenya. Sejak sampai semalam rasanya dia belum melihat lagi telefonnya. Asyik melayan Qaira sahaja. Ruang senggang ini barulah dia teringatkan telefonnya. Dia membuka kunci di skrin. Banyakknya mesej dan miss call. Salah satu miss call dari Ryzal. Alamak aku lupa nak bagitahu Ryzal. Dia menghubungi Ryzal.
            Sekejap sahaja panggilannya dijawab Ryzal. “ Awak kat mana?” belum apa-apa Ryzal dah menyoalnya.
“ Assalamualaikum..” sengaja ingin mengenakan Ryzal. “ Saya ikut bos balik kampung dia. Ada majlis kahwin.” Terangku.
“ kenapa pula awak perlu ikut. Awak ada hubungan dengan diakah?” rasa tidak enak di hati Ryzal. Kenapa Arleena perlu mengikut bosnya. mereka mempunyai apa-apa hubungan kah?
“ Dia tak pernah pulang ke kampung. Dia  minta saya temankan. Sekurangnya dia ada kawan hendak berborak.” Terangku lagi. Bunyi nada suara Ryzal agak lain. Macam marah saja. Ingat aku ni kekasihnya ker nak marah-marah aku.
“ Tak ada orang lain ker nak temankan dia?”
“ Yang awak nak marah ni kenapa?” mendengar suara Arleena sedikit tinggi menyedarkan Ryzal atas keterlanjurannya. Mana mungkin dia menyekat pergerakan Arleena. apatah lagi mereka hanya berkawan.
 “ Bila awak balik?” Ryzal cuba mengubah topik. Tidak mahu timbul pertelingkahan.
“ Malam esok. Ok la awak, saya ada kerja ni. Nak tolong diaorang masak.” Arleena menamatkan perbualannya. Hangin juga dengan sikap Ryzal. Belum apa-apa dah mengongkongnya.
            Perbualannya dengan Ryzal tadi mengusik hatinya. Ryzal terlalu melindunginya. Persis sang suami melindungi isterinya. Dia akui sikap gentleman Ryzal. Sentiasa mendahulukan dia dalam segala hal. Malah ketika keluar bersama pun Ryzal tidak pernah lagi menyakitkan hatinya. Tidak seperti sebentar tadi. Ryzal mula menunjukkan rasa tidak puashatinya. Adakah Ryzal menganggap dia mempunyai hubungan dengan bosnya. Atau Ryzal rasa tergugat. Dia akui perasaan Ryzal terhadapnya. Malah dia sahaja yang belum terbuka untuk menerima Ryzal dengan sepenuhnya. Sukanya sekarang hanyalah sebagai kawan. Arleena merebahkan badannya di atas katil. Berehat sebentar sambil membalas mesej dari Nina. mereka saling membalas mesej.

           
Ryzal merenung handphonenya. Terasa keadaannya sedikit tergugat. Kenapa Arleena boleh mengikut bosnya sedangkan sebelum ini jenuh dia mengajak Arleena berjumpa mamanya, tapi ditolak Arleena. Ryzal perlu melakukan sesuatu. Dia tidak mahu Arleena terlepas dari tangannya. Dia bertekad untuk memiliki Arleena secepat mungkin. Selagi belum mempunyai ikatan yang sah, dia berasa tidak selamat. Dia tidak mahu gadis pujaannya terlepas ke tangan orang lain.
           
            Niat hanya berbalas mesej dengan Nina, tapi akhirnya dia yang tertidur. Deringan di handphonenya mengejutkan dia. Dia mencapai telefon. Butang hijau ditekan. Nama Ian tertera di telefonnya.
“Awak kat mana?” dari tadi puas Ian mencari Arleena tapi bayangnya tidak kelihatan. Melilau dia mencari. Hanya adiknya sahaja yang menyibuk di bawah khemah.
“ Dalam bilik.” Arleena menjawab ringkas. Suara serak-serak Arleena menunjukkan dia baru bangun tidur.
 “ Amboi tidur ke? Orang tengah sibuk kat bawah ni. Cepat turun bawah.” Arah Ian kepada Arleena. arleena melihat jam di tangannya. Agak lama juga dia tidur. Setelah mengemaskan bajunya, dia memakai tudung. Hanya tudung Alya Sarah sahaja. Sarung sahaja. Cukup senang. Antara jenama yang disukainya.
            Arleena mengatur langkah ke arah khemah. Kelihatan Qaira dan bosnya di bawah khemah. Dia menyarung seliparnya. Menuju ke arah mereka di bawah khemah.
“ Baru bangun princess?” tegur Ian setelah melihatnya. Tersengih-sengih yang berada di situ. Hampeh betulla. Bau kuah laksa penang menyucuk hidungnya. Qaira sedang khusyuk makan. Amboi tak pusing kiri kanan. Aku mengambil kerusi kosong sebelah Ian. “ Makan laksa?” tanya Ian.
Aku mengangguk. Sedikit mamai. Ian bangun dan mengambil laksa untukku. Air sirap juga disua kepadaku. bagus punya layanan. Aku mengucapkan terima kasih.
“ Bos tak makan?” aku tanya hanya untuk berbasi-basi.
“ Tunggu awak suapkan.” Tersedak aku mendengar kata-kata Ian. dahla tika itu aku menghirup kuah laksa. Perit tekak. Laju tangan mencapai gelas air sirap. Ian menggosok belakangku. Mata mula berair. Aduh pedihnya.
“ Asal gelabah sangat?” Ian menyoal sambil ketawa. Baru tegur sikit. Kalau ajak kahwin macamana la keadaan gadisnya ini.
Tanpa disedari ada mata-mata yang memerhati tingkah mereka.
“ Betul ker mereka tidak mempunyai hubungan?” tanya Mak Ngah kepada Puan Serena.
“ Ikut kata mereka, kawan pejabat.” Kali pertama Puan Serena melihat Arleena hatinya telah berkenan. Ingin dibuat menantu. Sepanjang berada di sini dilihat Arleena begitu pandai membawa diri. Malah Arleena juga pandai masak. Cukup sempurna untuk menjadi calon isteri. Ralit dia memerhatikan tingkah anak bujangnya dan Arleena. nampak serasi dan sepadan. Nampak Ian Rayyan menguasai dan Arleena hanya mengikutnya. Ada tolak ansur antara mereka.
“ Kakak berkenanla dengan Arleena tu. Sayang along tu baru habis sekolah. Kalau ada anak jantan besar, kakak dah masuk minang si Arleena tu.” Kata Mak Ngah.
            “ Lepas makan kita ronda kampung.” Bagitahu Ian.
“ Aik.. dah serasi dengan kampung ker?” qaira  ketawa kuat mendengar kataku. Merah muka Ian. pipi aku dicubitnya.
“ Apa ni main cubit-cubit. Jatuhla saham macam ni.” Marah aku pada Ian. suka sangat dia menyentuh aku. Kalau aku minta dia bertanggungjawab ke atas aku baru tahu.
“ Akak lepas ni kita pergi kat tali air. Best tau.” Tokok Qaira.
            Rumah nenek terletak ditengah sawah. Cukup tenang sekali. Sekeliling padi sedang menghijau. Saujana mata memandang. Terapi minda ni. Melihat sawah padi terbentang luas membuatkan minda tenang. Dari datang semalam dia telah perasan tapi belum kesempatan untuk menghayati pemandangannya.
            Usai makan, mereka bergerak ke tali air. Hanya berjalan kaki saja. Riuh rendah masing-masing mengusik. Apatah lagi dalam kumpulan itu hanya dia dan Qaira sahaja perempuan. Empat orang lagi lelaki. sudah pasti merekalah menjadi bahan usikan. Arleena senang melihat ingkah Ian. nampaknya dia boleh bergaul dengan sepupunya. Malah kadang-kadang dia yang paling kuat mengusik. Kasihan Qaira sering menjadi mangsanya.
            Berbagai aksi dibuatnya. Ian menjadi mangsa untuk mengambil gambarnya. Masing-masing menunjukkan aksi untuk bergambar. Merakam kenangan terindah di sini. selepas ini belum tentu dia akan datang lagi. Cukup sayang hendak meninggalkan tempat ini. Dalam sibuk mereka bergambar, Ian mengangkat badannya. Dengan aksi hendak melemparnya ke dalam tali air. Disebabkan rasa terkejut dengan aksi Ian, Arleena memeluk leher Ian. mendekatkan badannya dengan Ian. qaira merakamkan gambarnya. Terkejut beruk dengan aksi Ian. tidak disangka Ian akan mengangkatnya. Teruk dia disakat. Merah padam mukanya. Hidung kembang kempis menahan geram. Baru dia tahu Ian ni nakal juga orangnya.
Puas bergambar, mereka duduk di tali air. Kaki terjuntai ke bawah. Aksi seperti remaja belasan tahun saja. Cukup santai. Siapa sangka di situ adanya pemilik hotel terkemuka, engineer dan juga arkitek. Hanya dia sahaja pekerja biasa.
“ Kalau makan kuaci best juga ni. Macam zaman kecil-kecil dulu.” Sepupu Ian bersuara. Aku lupa namanya.
“ Saya tak pernah rasa suasana begini.” Tutur Ian. terasa rugi. Hatinya tersentuh melihat kehijauan sawah padi di depannya. Hidupnya sebelum ini di bandar besar. Di kelilingi tembok batu. Kadang-kadang musim salji dia akan meluncur dengan sepupu-sepupunya.
 “ Itulah abang. Konon suka sangat duduk di luar negara. Adik pertama kali datang sini dah suka. Sebab tu adik nak duduk kat Malaysia.” Qaira cuba mengenakan abangnya. Bukan dia tidak tahu sebelum ini bukan main liat abangnya hendak pulang ke Malaysia. macam-macam alasan . panasla.
“ Bukan tak tahu Qaira. Tak tahan panasla. Tak makan pedasla. Lupa asal usul. Mat saleeh la sangat.” Tokok Arleena lagi. Teringat dia dengan sikap Ian semasa awal-awal dia bekerja di Hotel Grenz. Satu hotel tahu big bosnya tidak tahan panas.
Geram Ian dengan Arleena. dia mengepit kepala Arleena dan dilukunya kepala Arleena perlahan. “ Apa ni bos main kepala.” Arleena geram dengan sikap bosnya. Hampir senja barulah mereka bergerak pulang.


Rumah nenek riuh rendah sekali. Hari ini majlis di sebelah pengantin lelaki pula. Dari awal pagi lagi Arleena telah bangun. Dia ingin membantu Puan Serena menyediakan hidangan makan beradap. Seperti semalam, tugasnya membuat pencuci mulut. Turut dibantu oleh qaira. Ralit dia memerhati Puan Serena menghias masakan.Hiasannya sama cantik dengan hidangan di hotel.
            Setelah menyiapkan kerjanya, Arleena bergegas ke bilik air. Ingin bersiap. Kalau lambat nanti rumah nenek akan dipenuhi oleh jiran-jiran yang datang menolong. Segan pula dia nanti. Apa tah lagi bilik air berada di bahagian dapur.
            Arleena menilik pakaiannya dalam cermin. Hari ini dia juga mengenakan kurung moden berwarna kelabu. Tudung juga dari warna senada. Kalau ditegur Ian tidak tahulah dia hendak pakai apa. Hanya baju itu sahaja yang ada. Dia tidak membawa baju yang banyak. Malam nanti mereka akan berangkat pulang. Esok masing-masing bekerja.
            Keluar dari bilik Arleena bertembung dengan Qaira. “ Cantikla baju akak.” Qaira kagum dengan Arleena. walaupun dia bertudung tapi penampilannya sentiasa menarik. Apa yang dipakai begitu secocok dengan tubuhnya. “ Akak tak nak Qaira make upkan ker?” tanya Qaira. “ Tak nakla.. banyak kerja nanti muka berminyak-minyak. Buruk pula nanti.” Hari ini tentulah banyak kerja yang akan dilakukan. Kalau pakai make up buat rimas saja nanti.
            Arleena mencari Ian. selepas sarapan tadi dia tidak nampak kelibat Ian. mungkin berada di bawah bersama dengan kaum lelaki yang lain. Arleena menjenguk melalui tingkap. Melihat suasana di laman. Nampaknya tetamu telah hadir. Kelihatan tetamu telah berada di khemah. Arleena mengalih pandangan ke arah kiri. Arah khemah kaum lelaki yang ditempatkan untuk memasak. Pandangannya bertaut dengan Ian. Oo...dia ada di sana. ian melontarkan senyuman kepadanya. Arleena membalas. Arleena bersyukur kerana Ian Rayyan telah bermesra dengan sepupunya. Nampaknya dia tidak kekok lagi.
            Cantiknya dia. Dia suka melihat penampilan Arleena. tudung berbelit-belit tapi menarik. Hari ini Arleena tidak mengenakan make up. Itu yang melegakan hatinya. Dia tidak mahu Arleena menjadi perhatian lelaki lain. Tetamu semakin ramai. Sekejap lagi pengantin akan sampai. Ian berkalih dari tempat memasak. Mengatur langkah ke arah rumah neneknya. Matanya melilau mencari Arleena. Cepat benar Arleena hilang.
             
            Banyak mata memerhati Arleena. walaupun dia tidak mengenakan make up tapi dia tetap juga menjadi perhatian. Geram Ian dengan Arleena. semalam sudah ditegur akan tidak memakai baju seperti itu lagi. Baju potongan badan menampakkan susuk tubuh Arleena. Dari tadi Arleena begitu sibuk mengambil gambar pengantin. dia menarik Arleena agar jauh sedikit dari pelamin.
“ Kenapa pakai baju macam ni lagi?” tegur Ian.
“ Apa masalah awak ni. Bukan saya pakai seksi pun.” Arleena geram dengan bosnya. takkan la bajunya pun hendak ditegur. Dah ini saja bajunya yang ada. Ian merenung tajam ke arah Arleena.
“ Tak payah nak tayang body depan orang. Duduk saja diam-diam.” Arah Ian.
“ Apa kena dengan bos ni.” Aku menunjukkan muka bengangnya. Tidak fham dengan angin kus-kus bosnya.
            Arleena bengang dengan Ian. segala geraknya dikawal dan diperhati oleh Ian. pantang dia melayan tetamu lelaki mula Ian akan menghampirinya. Dia ni anggap aku ni kekasih dia ke? Kalau ia asal tak pernah lafazkan. Nak cakapla nak. Tak macho langsung la. Tak kan aku yang nak kena mula dulu. Kalau dia tak suka, sah-sah kat dahi aku ni cop GEDIK!. Ini pun dibawa aku sebab nak hilangkan bosan dia.
            Ian Rayyan perasan perubahan muka Arleena. tak kisahla Arleena hendak marah dengannya. Janji tiada lelaki lain yang melihat Arleena. sakit hatinya melihat mata-mata lelaki yang tidak berkalih memandang Arleena. walau berbaju kurung menutupi tubuhnya, baginya Arleena kelihatan seksi.
            Sepanjang majlis Arleena mengelak dari bertembung dengan Mr. Ian. dia sengaja menyibukkan diri di dapur. malas nak bertelagah dengan Mr. Ian. mata Mr. Ian tajam memerhatinya. Bukan tak pernah dia pakai baju sebegini di hotel. Tak pernah pun ditegurnya. Padahal soal baju saja pun. “Aleen kenapa tak pergi ke depan. Diaorang semua sedang bergambar.” tegur Puan Serena yang baru masuk ke dapur. “ Tak pe aunty. Aleen tolong kat dapur ni aje.”
            “ Akak...jom kita bergambar..” laung Qaira dari pintu yang menghala ke dapur. “ Jomla kakak. Semua orang tunggu akak tu.” Asal la pula orang tunggu aku. aku bukannya sedara diaorang pun. Aku meninggalkan kerja-kerja di dapur. malas mendengar suara jeritan Qaira.
            Semua saudara mara Abang Zainal siap di depan pelamin. Aku menyelitkan badan di sebelah Qaira. Mata tidak sempat memerhati di mana Mr. Ian berada. Pelbagai aksi kami gayakan.


            Ryzal tidak senang duduk. Kepala asyik memikirkan perihal Arleena. adakah meraka mempunyai hubungan. Kalau tak kenapa Arleena boleh mengikut bosnya pulang ke kampung. Rasa tergugat. Aku tak boleh biarkan Arleena rapat dengan bosnya. Tidak mahu gadis yang ditunggu selama ini terlepas ke tangan orang lain. Aku mesti berusaha lagi.
            Ryzal tidak sabar menunggu kepulangan Arleena. misi menawan hati milik Arleena Sofea perlu dilakukan segera. Dia tidak boleh hanya menanti sahaja. Perlu berusaha agar hati Arleena Sofea terpaut padanya.

BAB 9 - SAYA SAYANG AWAK





             Abang jangan lupa majlis kahwin abang Zainal hujung minggu. Papa minta abang ambil cuti. Kita balik awal ke kampung – Qaira
            Mesej yang dihantar oleh adiknya dibaca berkali-kali. Sejak balik ke sini dia tidak pernah menjenguk saudara maranya di kampung. Malah suasana kampung dia tidak berapa tahu. Macamana dia hendak tinggal di kampung? Dengan siapa dia hendak bercakap? Rumah ada aircond kah? Runsing. Dari tadi Ian tidak habis-habis memikirkannya.
            Sememangnya Ian tidak mempunyai kawan di sini. dunianya hanya di hotel sahaja. Kebelakangan ini sahaja kelihatan Ian rapat dengan staf hotel yang bujang. Itu pun saranan daripada Arleena. kesian apabila melihat Ian tidak mempunyai teman. Dari situlah Ian rajin mengikut mereka bermain futsal. Malah kadang-kadang Ian akan melepak di rumah bujang tersebut. Barulah ada life namanya. Arleena! Yes!! Dia mesti meminta tolong daripada Arleena. Arleena tidak pernah mengecewakannya. Dia bingkas keluar dari biliknya. Menuju ke bilik Arleena.
            Melilau mata Ian apabila Arleena tidak kelihatan di biliknya. Dia mengeluarkan telefon daripada poketnya. Nada deringan terdengar dari dalam bilik Arleena. adui dia ni tinggal telefon pulak. Hendak bertanyakan staf lain di situ dia berasa segan pula. dia masih berdiri di hadapan bilik Arleena. melihat pandangan daripada staf-stafnya, Ian beredar daripada bilik Arleena. segan pula dipandang begitu. Hanya pesanan dihantar kepada Arleena. memintanya datang ke biliknya. Dai tidak boleh bertangguh. Takut Arleena mempunyai program lain.
            Resah Ian menunggu di dalam biliknya. Fail di tangan tidak dapat ditelitinya. Tidak focus. Sekejap sekejap dia melihat telefonnya. Menanti sekiranya ada balasan daripada Arleena. dalam dia termangu, kedengaran ketukan di pintu. Yes! Penyelamat aku dah datang. Laju Ian menyuruh masuk. Terjengul kepala Arleena di pintu. Ian menggamitnya.
            “ Kenapa bos?”
            “ Awak mesti tolong saya.” Ian meneceritakan kepada Arleena soal perkahwinan sepupunya. Meminta Arleena menemaninya.
            “ Agak-agakla bos. Saya ni bukan ada kene mengena dengan keluarga bos. Apa pula kata keluarga bos nanti.”
            “ Tolong la saya Aleen. Saya tak kenal sape-sape kat sana. Ada awak bolehla saya kawan dengan awak.”
            “ Adik bos kan ada. Papa dan mama bos kan ada.”
            “ Please Aleen. Takkan saya nak berkepit dengan mereka. Sampai kampung sudah tentulah mama dan papa saya akan join adik beradik diaorang. Qaira mestilah join sepupu kami yang perempuan. Saya kontang kanting sorang-sorang.”
            “ Tak manis la bos. Kita bukan ada apa-apa pun.” Kalau adiknya tak akan berkepit dengannya, takkan aku pula yang perlu menjadi gantinya.
            “ Please la Aleen. Saya tak pernah balik kampung. Saya tak tahu macam mana kampung. Malu la saya.”
            “ Bos ni lahir kat mana? lupa asal usul nampak.
            Ian mencerlung kepada Arleena. susah juga nak memujuk Arleena. keras juga perempuan ni. Mukanya dah habis sayu dimimiknya. Tapi semua tidak dilayan Arleena. dia tidak boleh berputus asa. Yang dia nak Arleena mesti mengikutnya. 
            “ Please la Aleen. Kita berlakonla. Awak minta je berapa saya sanggup bayar sebagai upah.”
            “ Susahla bos. Apa pandangan orang nanti. Saya ikut bos balik kampung. Dahla family bos pun ada sama. Lagila saya segan.”
            “ Aleen. Ini arahan. Awak kena ikut saya hujung minggu ni. Be prepared!
            “ Amboi bos ugut nampak. Nanti staf tahu saya ikut bos jatuhla saham saya. Tak de la lelaki hensem kat sini nak dekat dengan saya. Melepas saya.
            “ Jangan main-main Arleena. saya ada. Kahwin jer ngan saya.”
            Dia ni buat statement maut pulak. Kang aku mintak dia kahwin betul-betul ngan aku menangis. Dahla tak tahu duduk kampung. “ Kampung bos ni macam mana? bilik air dalam rumah ke kat luar? Ada perigi?” Cuak juga aku ni. Buatnya kena mandi air perigi. Saja-saja susahkan diri sendiri je nanti.
            “ Perigi tu apa?
            Arleena menepuk kepala. Lupa pula big bosnya ini membesar di luar negara. Manalah tahu semua ini. “ Kelambu? Pacat? Lintah? Sawah?” Arleena menyoal big bosnya. merah muka Ian Rayyan. Budak ni la. Dah aku kata tak tahu banyak tanya pula. aku cekik juga dia ni nanti.
            “ Arleena, awak tahu saya tak tahu semua itu kan. Jadi tak payah nak tanya macam-macam. Apa yang saya nak awak ikut saya.” Tegas kata-kata Ian. nampaknya Ian bengang ni. Arleena tersengih. Tahu big bosnya bengang. Eleh nak kerek aku tak tolong nanti baru tahu.
            “ Nantilah bos. Saya fikir dulu. Nanti saya text bos. Saya minta diri dulu.
            “ Aleen thanks.”
            “ Bos saya belum bagi persetujuan lagila. Jangan happy dulu.
            “ Saya dah anggap awak setuju. Pakej tiga hari dua malam. I paid 3K ok?
            Aku terdiam. Gila punya orang. Duit nak bazir macam tu jer. Ingat aku kaki kikis ker? Aku hanya mengangkat bahu. Malas melayan Ian. Aku keluar meninggalkan bilik Mr. Ian Rayyan. Nak balik kampung pun susah ker?
           
Sepanjang tiga hari ini telefon aku diganggu oleh Ian Rayyan. sekejap-sekejap mesej memujuk dihantar ke telefonku. Kalau macam ni macamana la aku nak berfikir. Ini pun sebab aku ugut sekiranya dia datang cari aku, aku tak akan tolongnya. Ingatkan habis di situ. Mana tahu telefon aku pula yang menjadi mangsa. Terdesak sungguh bos aku ni.
 Hari ini Nina giliran Nina memandu. Sekali lagi mesej daripada Ian kuterima. Nampaknya aku perlu berbincang dengan Nina. kasihan pula aku melihatnya. Rasa-rasanya elok juga aku bawa Nina sekali. Takla aku segan nanti.
“ Beb ko nak ikut aku tak?” soalku kepada Nina.
“ Ke mana?” ..
“Mr. Ian ajak aku temankan dia balik kampungla. Ada kenduri kahwin. Dia rasa tak selesa nak pulang. Tak ada kawan katanya.”
“ Amboi ko ada apa-apa ker? Balik kampung bos tu.
“ Ko jangan nak fikir bukan-bukan. Dia nak bayar 3k tu...aku mengangkat tiga batang jari di hadapan Nina. cuba memancing perhatian Nina. mana tahu mengena.
Nina membulatkan mata sambil menunjukkan gaya yang sama kepadaku. orang kaya apa ada hal. “ Lama ker sampai bayar banyak macam tu?” tanya Nina.
“ Katanya dia kena duduk kampung tiga hari. Itu yang aku tengok macam kucing hilang anak. Sekejap-sekejap hantar mesej kat aku. Pujuk aku temankan dia. Aku segan la beb. Apa kata family dia nanti. Kalau ko ada aku rasa lain sikit.” Aku cuba memujuk Nina.
“ Sory la beb. Aku kena balikla. Mama aku baru call tadi. Aunty aku jemput ke majlis rumahnya. Alang-alang aku tak ada baik ko ikut bos. At least ko tak de la sorang-sorang kat rumah. Boleh berkenalan dengan keluarga bakal suami.” Nina ketawa riang.
“ Beb... ko pernah makan sup gigi tak?” hangin aku dengan Nina. Keadaan terdesak macam ni boleh lagi nak main-main.
“ Apa la aunty ko ni. Masa ni la dia nak buat majlis.” Aku menunjukkan tanda protes. Stress aku macam ni. Apa aku nak jawab dengan bos.
“ Ala tak payah fikirla. Ko ikut ajer bos tu. Kot-kotla nanti korang boleh jadi couple betul-betul.” Aku menjeling Nina. kembang kempis hidungku. Nina ketawa kuat kepadaku. aku diam sahaja. Malas melayan ketawa Nina. kepala pusing memikirkan alasan yang perlu diberikan kepada big bosku.
Esok saya bagi awak halfday. Nanti saya datang ambil awak kat rumah.
Aku membaca mesej yang dihantar oleh Mr. Ian. Rupa-rupanya esok telah hari Jumaat. Apa alasan aku nak bagi ni. Rasa sekejap benar hari-hari berlalu. Dalam aku berfikir terdengar deringan di telefonku. Nama Ian terpapar di skrin. Aku mengangkatnya. Belum sempat aku memberi salam, Ian terlabih dahulu merayu kepadaku. mungkin dia menunggu aku terlalu lama membalas mesejnya. Apabila Ian bersungguh-sungguh merayu tidak sampai hati pula aku hendak menolaknya. Akhirnya aku terpaksa bersetuju.
Selepas menamatkan perbualan dengan Ian aku mengemas pakaian. Aku mencari baju-baju yang agak baru. maklumlah hendak ke rumah kaum keluarga bos. Penampilan kena jaga. Nasib baiklah ada beberapa helai baju kurung yang baru aku ambil dari tukang jahit. Aku memilih pula tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan baju tersebut. Setelah berpuashati aku memasukkannya ke dalam beg. Hanya tiga hari jadi beg pun tidaklah besar mana. aku hanya membawa beberapa helai baju sahaja. Yang penting barang-barang penjagaan diri. Aku bukannya suka berkongsi barangan dengan orang lain. Setelah semuanya siap dikemas, aku merebahkan badan di atas katil. Cuba membayangkan keadaan aku dengan family Mr. Ian.


            Setelah bersarapan, aku mengemas meja. Nina ke hadapan untuk memanaskan enjin kereta.
 “ Beb ko nanti gerak pukul berapa? Tanya Nina.
“ Lepas zohor bos ambil aku kat rumah. Kenapa?..
“ ingatkan ko gerak dari hotel. aku lepas kerja terus gerak. Macam mana aku nak hantar ko tengah hari nanti. Macam tak sempat jer. Aku hari ni banyak kerja.”
“ Jangan risaula. Nanti aku ambil cab.” Arleena tidak mahu menyusahkan Nina.
“ Jangan nak mengada la. Ko bawa beg terusla. Nanti ko suruh bos ambil ko kat sana la.
“ Gila ko nak bagi satu hotel tahu ker?
“ nanti aku minta bos hantar aku kat sini la.” Dia nak minta aku tolong dengan aku, kena lah berkorban sikit, takkan aku dari pagi tak mandi.
“ Kampung bos kat mana?”
“ Entah aku lupa nak tanya. Apa la aku ni. Benda penting begitu pun lupa nak tanya.

Setelah mengunci pintu pagar, aku masuk ke dalam kereta. Nina menghalakan kereta ke arah jalan utama menuju ke Hotel Grenz.
Aku menghantar mesej kepada bosku. Meminta dia menghantar aku ke rumah pada tengah hari nanti. Sengaja aku memintanya menghantar awal sebelum waktu rehat. Takut orang lain melihat aku menaiki keretanya. Laju Ian membalasnya. Bersetuju untuk menghantar aku. Hari ini hati aku tidak tenang untuk melakuka kerja. Asyik berfikir perihal keluarga bosku ini. Mata asyik memerhati jam yang tergnatung di dinding bilikku.
12 tengah hari. Seperti dijanjikan aku keluar dari bilikku. Kaki ku hayun menuju ke lift. Aku telah berjanji untuk berjumpa dengan Ian di tempat parking. Minta-mintalah Ian telah berada di sana. sepanjang perjalanan ke tempat parking hatiku agak berdebar. Maklumlah sebentar lagi lakonan kami akan bermula. Bersusun ayat ku atur di dalam kepala.
Menghampiri kereta Ian, kedengaran bunyi enjin kereta. Ternyata Ian telah berada di dalam keretanya lega. Tidak perlulah aku menunggu di dalam panas terik. Audi Q5. Aku kerja sampai tua pun belum tentu dapat membelinya. Sampai di tepi kereta, aku mengetuk tingkap. Kereta Ian bercermin gelap. Manalah aku nampak orang di dalamnya. Cermin tingkap diturunkan. Dia menyuruh aku masuk.
  Awak nak naik dengan parents saya or kita bawa kereta asing?”
Aku mengangkat bahu. “Manalah saya tahu. Bos tahu ker jalannya kalau nak drive sendiri.” Ian menjelingku.
 “ kan dah kata saya tak pernah pulang ke kampung. Mana lah saya tahu arahnya.
Habis tanya buat apa. Sekali dengan parents bos aja la.
“ Kampung bos kat mana?”
“ Arleena saya tak tahu la.” Bengang Ian dengan Arleena. masih bertanya sedangkan dia tidak tahu apa-apa. Sebenarnya dia malu dengan Arleena. pasti Arleena menganggapnya tidak ambil peduli pasal keluarga. Sebab itu dia tidak mahu Arleena bertanyakan apa-apa. Tugas Arleena hanyalah menemaninya sepanjang dia berada di kampung. Itu sahaja.
Arleena terdiam apabila Ian bersuara tegas. Nampaknya dia tersalah petik suis. Dia memalingkan muka ke arah luar tingkap. Hanya sesekali member arahan kepada Ian untuk ke rumahnya. Apabila sampai, laju dia ingin membuka pintu. Ian menarik tangannya.
“ Sorry. Saya tunggu di sini. Awak mandi dulu.” La aku ingatkan dia hendak ambil aku semula nanti. Aku hanya mengangguk.
“ Cepat sikit ye. Nanti lemas pula saya dalam kereta ni.” Ian cuba membuat lawak. Ingin menyejuk semula hati Arleena. buatnya Arleena tiba-tiba mengubah fikiran dia juga yang mati nanti. Sekarang ini hati Arleena perlu dijaga.
Masuk sahaja ke dalam rumah, cepat-cepat Arleena membersihkan diri. Tidak betah membuatkan orang menunggunya lama. Apatah lagi big bosnya. setelah bersiap, Arleena mengambil beg yang terletak di penjuru katil. Arleena hanya mengenakan t-shirt polo lengan panjang, skinny jeans dan tudung half moon. Keluar sahaja dari rumah dia mengunci pintu pagar. Ian didalam kereta ralit memerhatikan Arleena. baginya Arleena begitu menarik sekali. Dia suka melihat Arleena menggayakan pelbagai jenis tudung. Sentiasa kena dengan raut wajahnya. alangkah indahnya kalau Arleena menjadi surinya.
Arleena meletakkan beg di kerusi belakang. Selepas itu dia membuka pula pintu di sebelah Ian. dia meloloskan diri ke dalam kereta. “ Maaf ya kalau menunggu lama.” Ian hanya melontarkan senyuman. Apa ada hal. Dia yan perlukan pertolongan Arleena terpaksala menunggunya.
Ian mengarah pemanduan ke arah rumah orang tuanya. Pakaiannya telah siap dibawa sama. Kalau bawa Arleena ke kondonya pasti mengamuk Arleena. mana kan dia mahu masuk ke rumah lelaki yang bukan muhrimnya. Nak selamat dia akan bersiap dari rumah orang tuanya. Lagipun mereka akan bergerak nanti dari sana juga.
Arleena memerhati kawasan di sekelilingnya. Rata-rata rumah di kiri kanan mewah-mewah. Pagar tinggi-tinggi. Lagi hebat dari kawasan rumah Nina. cukup cantik seklai reka bentuk rumah di kawasan ini. Kereta yang melalui di kawasan ini juga mewah-,ewah belaka. Agak-agaknya kalau myvinya lalu jalan di sini ada orang hairan tak hihi...
Sampai di selekoh paling hujung Ian member isyarat ke kiri. Di hadapannya tersergam sebuah rumah. Dalam kiraanya mungkin tiga tingkat. Ini rumah ke istana. Adakah ini rumah bosnya. waduh besar bangat sih. Apa ada hal Dato Kamaludin kan jutawan. Kalau rumah aku di kampung macam ni mahunya kami semua tidak tidur malam. Takut dimasuki pencuri. Tapi di sini rata-rata aku perhatikan rumah mempunyai alarm sendiri. Gila rumah orang kaya tu..
Pintu pagar dibuka. Ian membawa Audi Q5nya masuk ke dalam. Di parkir di dalam garaj. Dia membuka seat belt. Memandang ke arah Arleena. comel pula apabila dia melihat Arleena terlopong melihat rumahnya tadi. Arleena berpusing kea rah big bosnya.
“ Gila besar rumah bos. Ini rumah ke istana? Soal Arleena. ian mengekek dengan kata-kata Arleena.
“ Hai Arleena. rumah pun gila ker? Bukan orang saja ker gila? Ian Rayyan bertanya. Sebenarnya saja hendak menyakat Arleena. ini kalau Nina entah apa-apa bahasa yang akan keluar. Aku tersengih.
 “ Bos seganla. Saya tunggu dalam kereta aje la.” Aku lihat di garajnya tersusun kereta mewah. Yang aku tahu alphard dan bently..si cute cooper pun ada. Yang lain aku tak tahu. Berapa orang yang ada dalam rumah ni. Banyak juga kereta ni.
“ Jangan nak mengadalah. Jom turun. Nanti ada pula yang mati kepanasan dalam ni. My parent manusia la. Setakat ni tak makan orang lagi.”
“ Memangla tak makan. Saya yang terasa dimakan.”
“ Dahla jom turun. Saya nak mandi. Jom ikut saya mandi sekali.” Ian cuba menyakat. Dijeling tajam oleh Arleena. mentang-mentang rumah dia. Aku tak tolong kan. dia turut mengikut bosnya turun. Ala buat selumber jelah. Lepas ni aku tak datang sini dah.
Ian membuka pintu utama rumahnya. Dijemput Arleena masuk. Arleena terkesima melihat pemandangan di hadapannya. Ian menjemputnya duduk sementara dia menghilang ke bilik untuk mandi dan bersiap. Keadaa ruang tamu sunyi sepi. Agaknya macam ini lah rumah orang kaya eek.
Kelihatan seorang wanita yang anggun menuruni tangga. Rupa paras seperti kacukan. Ini mesti mamanya si bos aku. Arleena bangun sebagai tanda hormat. Apabila wanita tersebut hampir dengannya, dia menghulurkan salam, tanda hormatkan orang tua. Tanpa dipinta laju Arleena memperkenalkan diri. Tidak disangka mama bosnya ini ramah juga orangnya. Ingatkan orang kaya ni macam watak-watak dalam drama. Membezakan taraf. Kalau macam tu aku dah angkat kaki.
Nasiblah mama si bos aku ni rajin melayan aku. Kalau tak tentulah aku mati kesunyian menunggu diaorang ni bersiap. Rasanya tadi aku bagai lipas kudung bersiap, ini aku rasa dah lama aku menunggu. Atau aku rasa takut berada di sini sehinggakan aku berasa telah lama.
Sementara menunggu aku bertanyakan serba sedikit mengenai kampung mereka.  Tanjung Karang. Alahai bos. Bukannya jauh sangat dari Shah Alam ni. Aku ingatkan nun jauh di Kedah ke. Dalam rancak kami berbual turunlah Dato Kamarudin dan si gadis jelita. Ini anak perempuan mereka atau teman wanita bos aku. Aku memberi tanda hormat kepada bekas bosku. Berlainan sekali aku lihat penampilannya. Selalunya aku melihat dia lengkap bersut. Tidak pernah aku melihat dia berpakaian kasual begitu. Kemeja dan berseluar khakis. Amat berbeza. Tapi tetap berkarisma.
Si gadis pula aku lihat begitu rapat dengan Puan Serena. Ada iras bosku. Adiknya kot. Dalam aku membuat andaian sendiri, gadis itu menghulurkan tangan bersalaman denganku. Aku ni dari tadi duk usha bekas bosku sampaikan terlupa nak menyapa si gadis itu. Apa punya tetamu la macam ni.
“ Hai saya Qaira.” Si gadis memperkenalkan diri.
“ Hi, Arleena. panggil Aleen saja.” Aku menjawab ramah.
 “ Cantik sangat.” Ujarnya lagi. Kata yang agak memalukan aku. Eleleh..sebenarnya kembang  kempis hidungku. Orang cantik di hadapanku ini memuji aku cantik.
“ Mana ada. Cik Qaira lagi cantik.” Gila kacukan tak cantik. Sememangnya dia terlalu cantik. Sama cantik dengan abangnya. Abangnya cantiki ker? Haha... lantakla..
Dalam aku tersengih-sengih, bos aku turun ke ruang tamu. Aik aku ingat dah tak jadi. Bukan main lama bersiap. Semua orang dah ada kat sini. Woow...rama-rama aku terbang riangla...kacaknya dia.. hanya jeans hitam dan juga t-shirt polo. Cukup santai. Cuup...sekejap.. sama warna dengan baju aku la pula..ni kalau orang ofis tengok mesti timbul gosip..gosip la sangat. Perasan macam artis la pulak nak bergosip bagai.
“ Abang ada awek cantik asal tak bagitahu.” Tu diaa...boleh tahan juga mulut si Qaira ni. Bos hanya tersenyum. Nampaknya aku yang kena menjawanb ni.
 “ Aik silap ni ...saya bukan awek bosla..staf saja.” Aku cuba menerangkan salah anggap ni. Gila buatnya parents diaorang dah ada calon, kering saja aku yang malu. Depan Dato Kamarudin pula tu.
“ Ok semua dah siap. Jom kita gerak sekarang.” Dato Kamarudin bersuara. Nasib baik. Kami semua bangun dah bergerak ke arah pintu utama.
“ Kita guna kereta papa saya. Awak tunggu sini saya pergi ambil beg awak dalam  kereta.” Ujar Mr. Ian. Aku melihatnya beredar ke keretanya. Gentleman juga bos aku ni. Setelah dia masukkan beg pakaian ke dalam bonet, kami sama-sama masuk ke dalam kereta. Nina ko jangan jeles. Aku naik alphard ni. Dato Kamarudin memandu. Ditemani Puan Serena disebelahnya. Kami hanya penumpang. Apa la bos ni. Sepatutnya sebagai orang muda dia la jadi pemandu.
Tak tahannya dia duduk di sebelah aku. Aku diapit antara dia dan adiknya. Sporting juga adiknya ni. Aku dah shy-shy cat ni. Dekat sebegini. Pastinya akan bersentuhan. Aku dah la alergik dengan orang hensem ni. Hati aku tidak keruan. Terpaksa menjaga tatasusila. Ni kalau ibu tahu mati la aku. Sepanjang perjalanan kami hanya berbual kosong. Aku hanya lebih menjadi pemerhati sahaja. Hanya mendengar Dato Kamarudin bercerita mengenai kampungnya. Kadang-kadang disampuk oleh Qaira. Mr. Ian hanya diam sahaja. Itu lah sombong lagi dengan saudara mara, sekarang dah tak tahu nak cakap apa.
Dalam keadaan macam ni pandai pula angkut aku sekali. Mintak-mintak lepas ni janganlah aku diangkut lagi..payment tiga ribu ni.. gaji aku sebulan ni. Masyuk! Masyuk! Paling seronok Nina. dah bermacam barang diangankannya. Gayanya dah kalahkan aku. Siapa  yang tolong sebenarnya ini.


Kami sampai lewat petang. Kelihatan banyak kereta telah memenuhi halaman. Maklumlah majlis kahwin tentulah semua sanak saudara yang akan pulang. Aku agak gementar. Qaira menggenggam tanganku. “ Relaksla akak. Saya ada.” Aku hanya tersenyum kepada Qaira. Mata sempat lagi berpaling kepada bosku yang sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta. Dia juga kelihatan sedikit gugup.
            “ Bos ok ker?” aku bertanya setelah melihat mukanya merah, dia ni malu ke apa.
“ Tak tahu la. Saya tak tahu macamana nak cope dengan diaorang ni.” Ala..mamat ni.
“ Ala..bos ni. Gunalah communication skill bos tu..kalau diaorang tak faham bos arah jer diaorang buat kerja. Bos kan bos!”  aku cuba mengusik.
Dah mukanya nampak cuak sangat. Ingat orang kampung ni teruk sangat ker. Aku pun orang kampungla. Habis aku bercakap laju pinggang aku dicubit. Pedih siot!
 “ Apa bos ni main kasar nampak.” Sakit tak hengat ni. Agak-agak kalau aku lempang bos ni kena buang kerja tak? Aku mengusap tempat dicubit bos.
“ Sakit ker. Sorry ingat slow tadi.” Aku hanya menjelingnya. Mengatur langkah ke arah Qaira dan keluarganya yang telah hampir ke tangga rumah. Tinggal kami berdua saja yang masih berada di belakang kereta.
            Sanak saudara Ian tidak melarikan pandangan dari melihatnya. Maklumlah dia sebelum ini mana pernah pulang ke kampung. Sudah tentulah sanak saudara ingin melihatnya. Dia agak kekok. Papanya memperkenalkan dia kepada datuk dan neneknya. Ian hanya tersenyum.
“ Bos..salamla dengan mereka.” Aku berbisik ke arah bosku.
Mendengar kata-kataku laju tangannya dihulur ke arah datuk dan neneknya. Malah kepada saudara maranya yang lain juga. Hai..la bos..

            Makan malam disediakan oleh saudara mara Ian. aku dan Qaira hanya berada di ruang tamu. Melihat jiran-jiran mereka menyiapkan barang-barang hantaran di hadapan pelamin yang tersergam indah. Bagi aku cukup cantik. Biarlah tidak semewah seperti yang diadakan di hotel-hotel tapi bagi aku ia cukup menarik. Aku cukup senang dengan semangat kejiranan yang diamalkan oleh masyarakat jawa di sini. semuanya ringan tulang. Kadang-kadang terdengar bahasa jawa yang digunakan, aku hanya berpandangan dengan Qaira. Masing-masing melontarkan maksud tidak faham. Hendak bertanya segan pula. lincah Qaira membuat gubahan pada sejadah. Sememangnya minat Qaira ke arah itu.
            Usai makan malam. Kami menyambung semula menggubah barang hantaran. Dalam leka bergurau senda, Mr. Ian mencuitku. Aik bila masa pula dia ni ada dekat denganku. Aku memandangnya dengan pandangan hairan. Faham dengan maksudku dia bersuara.
“ Tolong buatkan saya air.” Amboi ingat ni pejabat ker? Senang-sanang order kat aku. Macam aku PA dia saja.
“ Bos, itukan ada air teh. Ambillah.” Aku menjuihkan ke arah air teh yang dihidangkan untuk jiran-jiran yang datang menolong. Bukannya jauh pun dari tempat dia duduk. Ian menjeling ke arahku.
“ Saya tak minum air panasla. Please buat neslo kaw!” Ian menunjukkan muka kasihannya.
“ Pergilah kak... nanti menangis pula baby tua tu...” Qaira mencelah. Aku tersengih. Muka Ian merah. Alahai pakai blusher ke bang! Sweetnya. Ian mencubit adiknya. Malu bila ada jiran-jiran yang tersengih memandangnya.
            Arleena bingkas bangun. Selagi tak dibuat, tak senang duduk pula dia. Ada saja yang merengek. Ian tersenyum melihat Arleena bangun. Bagus dengar kata. Calon isteri mithali ni.
            Puan Serena juga berada di dapur. Melihat kelibat Arleena laju ditegurnya. Takut Arleena tidak selesa di sini. tapi dari tadi dia perhatikan Arleena cukup pandai membawa diri. Alangkah bertuahnya kalau anak bujangnya itu benar-benar menyukai Arleena. Dari mula-mula melihat Arleena dia sudah menganyam perasaan itu dalam hatinya. Selagi anak bujangnya tidak suarakan , dia tidak akan memandai. Walau dia mahu Arleena menjadi menantunya.
Sekilas melihat dia tahu Arleena gadis yang baik. Nampak sahaja muda tapi tahu sesuaikan dengan keadaan. Pandai berkomunikasi dengan orang tua. Saudara mara mereka senang sekali dengan Arleena. dia juga tidak kekok berada di sini. Sepertinya dia kenal lama dengan penghuni di rumah ini.
“ Kenapa Arleena?” tanya Puan Arleena.
“ Ian nak air neslo.” Bosnya telah berpesan agar memanggilnya Ian sepanjang mereka di sini. Puan Serena tersengih. Tahu sangat dengan anak bujangnya itu. Mana suka minum air panas. Dari mereka sampai tadi, mereka dihidangkan dengan air panas. Ian belum lagi meneguk air sejuk. Macam budak kecil yang tidak dapat susu sahaja lagaknya.
“ Nanti aunty bancuhkan.” Puan Serena bangun. Arleena menegahnya. Lagipun dia lihat Puan Serena agak sibuk semasa dia datang tadi.
“ Tak apa aunty, Arleena buatkan. Cuma nak tahu kat mana barang-barang nak bancuhnya.” Kalau rumah sendiri sudah tahu aku tahu di amna letaknya milo dan Nescafe. Ini rumah orang takkan aku nak redah saja.
            “ Kat Almari hijau sana. susu dalam peti ais.” Ujar Puan Serena.
Aku mengatur langkah ke almari hijau. Mencapai sebiji mug. Hampir siap aku membancuh airnya, Ian masuk ke dapur. Amboi tak menyempat langsung. Menghampiri aku. Bagus juga tak perlu aku membawa ke depan. Dah sah-sah nanti  mug kosong aku perlu hantar semula ke dapur.
“ Asal lambat sangat.” Tanya Ian. aku hanya memandang hujung mata. Aku menghulur mug kepadanya.
            Terdengar perbualan Puan Serena dengan saudaranya. Nampaknya mereka akan membuat pmecuci mulut untuk hantaran. Masak-masak ni aku suka. Aku duduk bertimpuh di sebelah Puan Serena.
“ Nak masak apa?” tanyaku ramah. Manalah tahu boleh tolongkan. Tak ada lah aku ni tukang tengok sahaja. Kat depan tadi pun aku hanya jadi permerhati sahaja.
“ Nak buat pencuci mulut. Tapi tak tahu nak buat apa.” Salah seorang jiran yang berada di situ menjawab. Tangan aku melihat barang-barang yang terdapat di dalam plastik tersebut. Sebelahnya terletak bekas kaca. Mungkin untuk diletakkan pencuci mulut tersebut. Ini kalau buat puding triffle cantik juga. Dari luar dah nampak warnanya.
“ Kalau buat pudding triffle macamana? Letak dalam bekas kaca ni cantik. Dari luar nampak warna warni.” Aku memberi cadangan.
            “ Anak tahu ke? Tanya salah seorang mak cik yang berada di situ. Aku tersenyum kepadanya. “ Senang saja. Meh Aleen buatkan.” Aku mencari bekas adunan. Mak cik-mak cik tersebut kelihatan teruja. Nampaknya sekejap lagi aku akan buka kelas masakan haha... satu persatu aku mulakan untuk membuat pudding triffle.  Aku ke kiri, makcik-makcik itupun ke kiri. Aku ke kanan, mereka pun ikut ke kanan. Adui macam keretapi la pula. Termasuklah bos aku ni. Panjang lehernya meninjau aku dari meja makan. Panjang ooonya apabila aku menerangkan sesuatu. Setelah kastard dan jeli rasperi siap dimasak, aku mengangkatnya dan letakkan di atas meja makan. Bekas kaca tadi kuambil. Aku mula melapis kek gulung di bawahnya. Selepas lapisan kastard dan jeli siap, aku meletakkan nata di coco di atasnya.
            Nasib baiklah hasilnya menarik. Maklumlah aku membuat sambil diperhatikan, terasa juga gugupnya.
“ Cantiknya. Lusa kita buat macam ni la untuk makan beradap.” Jirannya bersuara.
“ Issh..tak kan nak buat benda sama. Kita buat yang lain pula ye.” “ Arleena ada idea ker?” tanya Puan Serena kepadaku.
“ Kita buat pudding oreo la. Kita letak dalam gelas yang berkaki. Cantik juga.” Aku memberi cadangan. Mr. Ian mencebik ke arahku. Aik asal pula orang tua ni.
 “ Aunty ikut saja. Nanti Arleena senarai bahan-bahan esok balik dari rumah perempuan kita singgah pasaraya cari barang. Aunty nak cari bahan basah untuk buat makan pengantin.” Aku hanya mengangguk.
“ Untung siapa dapat Arleena. pandai masak.” Kata Mak Ngahnya.
Ian tersenyum lebar mendengar pujian daripada Mak Ngahnya. Dia teruja apabila melihat Arleena menerangkan cara-cara membuat puding tadi. Terkumat kamit mulut mereka melihatnya apabila Arleena menerangkan sesuatu pada mereka. Dah macam masterchef pun ada. Bravo la Arleena.
“ Tau la awak ni orang marketing, pandai saja bercakap. Semua orang ikut sahaja.” Mr. Ian berbisik ke telingaku. Aik salah ker aku nak tolong. Aku mencebik ke arahnya.
            Setelah urusan di dapur selesai, kami semua beredar ke dalam rumah. Malam sudah lewat. Jiran-jiran pun sudah minta diri untuk pulang. Esok tenaga mereka masih diperlukan. Di ruang tamu kelihatan Qaira sedang membentang toto. Banyak helai juga yang telah dibentang. Anak-anak kecil sudah ada yang berbaring di situ. Aik tidur kat depan ni ker? Aku mencuit bosku.
“ Kena tidur kat sini ker?” “ Takut ker. Kalau takut nanti saya peluk.” Amboi gatal pula bos aku ni. Aku dan Ian hanya berdiri memerhati Qaira menyudahkan kerjanya.
            Kebanyakan cucu-cucu nenek adalah lelaki. Tengok sajalah ini semuanya telah membungkam.
“ Akak kita tidur dalam bilik.” Ujar Qaira. Mungkin dia perasan riak resah di wajahku. Huh lega.
“ Abang macamana?” ian bertanya dengan riak tidak bersalahnya.
“ Abang tidur kat sinilah.”
“ Alahai dik..tak kan tak ada bilik.” Tadi beg pakaiannya ditumpangkan di dalam bilik yang dihuni oleh mamanya. Bilik lain telah digunakan oleh sepupu-sepupunya. Tak kan dia nak tidur sekali dengan mama dan papanya. Mahu kena terajang nanti dengan Dato Kamarudin. Buang tabiat apa. Lagipun dia mana pernah tidur ramai-ramai macam tu.
Alahai abang aku ni. Tak pandai langsung sesuaikan dengan keadaan orang kampung. Dari sampai tadi hanya mengekor sahaja Arleena. bukannya dia hendak menolong orang lelaki di luar rumah. Penyegan betullah dia ni.
“ Nah ambil selimut ni. Tidur elok-elok ya bang. Jangan merayap pula. nak tidur bilik kena kahwin ngan Kak Aleen dulu.” Laju ian mengetuk kepala adiknya dengan selimut aku pula menepuk bahunya. Ambik ko. Dua-dua menyerang terus. Qaira hanya ketawa.
“ Jom kak. Penat dah ni.” Kami mengatur langkah ke bilik. Tinggallah buah hatiku di ruang tamu. Alahai kasihan pula melihat mimik muka Mr. Ian ketika ini. Macam nak ambil gambar sahaja.
            Ian berbaring di hujung sekali. Itu saja tempat kosong yang ada untuknya. Badan direbahkan di atas toto. Berkeriut bunyi sendinya. Leganya dapat membetulkan tubuh. Kelihatan si pengantin keluar ke ruang tamu. Membawa bantal dan selimut. Aik pengantin pun tidur luar ke? Ian memandang ke arah Abang Zainal. Dari sampai tadi dia kurang bercakap dengan sepupu-sepupunya. Bukannya sombong tapi dia tidak tahu macamana hendak memulakan bicara.
            Abang Zainal meletakkan bantal di sebelah Ian. Sepupunya baru kali berjumpa siang tadi. Dia hanya tua dua tahun dari Ian. Nampak sangat kekoknya berada di kampung. Itulah lama sangat berada di luar negara.
“ Tak tidur lagi ker?” Abang Zainal menyapa Ian.
“ Belum. Baru saja baring ni.” Ian membetulkan suaranya. Tiba-tiba pula serak. Tidak sangka pengantin akan menegurnya. Selagi mata belum mengantuk lebih baik aku berbual sekejap. “ Kenapa abang tidur kat luar?” soal Ian.
“ Malasla nak kacau bilik pengantin. Tunggu pengantin datang dulu la.” Abang Zainal tersengih. Begitu juga dengan Ian. nampaknya mereka memahami maksud yang sama.
Ian berbual dengan Abang Zainal sambil berbaring. Mendengar  perbualan antara mereka berdua, sepupu-sepupunya yang lain juga turut menyampuk. Apa lagi mengusik si pengantinla. Agak riuh juga keadaannya. Barulah timbul keserasian dalam diri Ian dengan sepupunya.
Bagi mereka Ian merupakan orang yang ramah juga. Mungkin disebabkan dia tidak biasa di kampung membuatkan dia nampak kekok. Ini menyebabkan mereka menganggap Ian sombong. Setelah mengusik pengantin, apa lagi Ian pula diusik mereka. Mestilah mengenai sikap sombongnya semasa sampai tadi. Ada yang mengajuk gaya Ian. masing-masing ketawa. Malam menginjak ke pagi barulah mereka tidur.