Saturday, 15 March 2014

BAB 8- SAYA SAYANG AWAK



BAB 8
           
           
            Hari ini giliran Nina memandu. Seperti biasa aku mengambil tugas mengunci pintu rumah dan juga pagar. Nasib dia yang memandu. Aku mengantuk lagi. Semalam selepas sesi luah perasaan dengan Nina, kami masuk ke bilik. Dalam bilik aku tidak dapat tidur. Masih memikirkan kata-kata Nina.
            Buat masa sekarang aku kerap melakukan solat istikarah. Meminta petunjuk dari Allah. Bukan kecil keputusan yang aku buat. Segalanya akan merubah hidup aku kelak.
            Dalam aku mencari keputusan, Ian Rayyan semakin mendekatiku. Semakin kerap dia mengunjungi unit pemasaran. Jika sehari tidak melihat wajah gadis pujaannya, dia tidak senang untuk membuat kerja. Terasa aura Arleena begitu kuat padanya. Nasibla dia big bos jadi ke mana dia pergi stafnya tidak persoalkan. Kononnya hendak melihat staf  buat kerja. Padahal pergi mengusha staf. Ada sahaja alasan yang direka untuk membolehkan dia bercakap dengan Arleena. bukannya dia tidak nampak ada mata-mata yang memerhatinya. Malah Arleena juga naik segan dengannya.
            Dia buat bodoh sahaja dengan reaksi tidak senang yang ditunjukkan oleh Arleena. hendak diluahkan mungkin Arleena segan dengannya. Bukannya dia tidak perasan riak tidak puas hati Arleena apabila dia bertanyakan perkara yang sama berulang-ulang. Yang dia mahu hanyalah mendengar suara gadisnya. Satu hari tidak mendengar dirasakan harinya tidak bersinar. Arleena diibaratkan matahari yang menyinari hidupnya.
            Sejak mengenali Arleena dia bertambah faham dengan sikap Arleena. seorang gadis yang tegas walaupun nampak lembut. Senyuman yang sentiasa dihulurkan kepada sesiapa sahaja yang berselisih dengannya. Bijak mengawal keadaan. Yang penting pandai berkomunikasi. Sesiapa sahaja senang berurusan dengannya. Itu yang dia cemburu. Senyuman Arleena dirasakan cukup manis sekali. Membuatkan orang memandang lebih dari sekali. Malah nama Arleena cukup dikenali oleh kliennya.
Interkom di meja Arleena berbunyi. panggilan dari big bos yang meminta berjumpa dengannya. Hari ini Ian Rayyan agak sibuk. Dia tidak dapat membuat lawatannya ke bilik Arleena, jadi dia yang meminta Arleena datang ke biliknya. Alasannya ada kerja yang hendak dibincangkan.
            Arleena kurang senang apabila menerima panggilan daripada big bosnya tadi. Berfikir apakah lagi agenda big bosnya. sedangkan tika ini dia banyak kerja yang perlu diselesaikan. Apatah lagi waktu lunch nanti dia perlu berjumpa dengan klien. Bukannya dia tidak tahu perangai big bosnya itu. Berbual benda kosong sahaja. Lebihnya muka aku yang ditenungnya. Alasan sahaja ada kerja yang perlu dibincangkan. Bukannya dia tidak perasan akan mata-mata yang memandang kea rah biliknya setiap kali big bos singgah di biliknya. Setiap hari wajib big bosnya itu datang ke biliknya. Memangla seronok memandang muka kacaknya tapi melayan punya pasal sampaikan kerja aku terbengkalai sama. Kalau aku menggeletis dah lama rasanya aku tawan si big bos aku ni.
            Dengan rasa malas Arleena bangun dari kerusinya. Organizer dikelek. Segala maklumat dicatat dalam organizer itu. Ibarat nyawanya. Kalau hilang yang itu, tidak tahulah apa akan jadi padanya. Tidak bersemangat dia menghayun langkah kea rah bilikm bosnya. nasib mereka berada di aras yang sama. Cuma berlainan arah. Kalau tidak jenuh dia hendak turun naik lift. Lagi banyak masa terbuang. Di dalam hati dia benar-benar berharap agar bosnya betul-betul ada perkara yang hendak dibincangkan.
            Memasuki unit pengurusan Arleena memberikan senyuman kepada pembantu Ian Rayyan. Memaklumkan dia hendak berjumpa dengan Ian Rayyan. Sekadar menghormati tugasnya sebagai pembantu Ian. seterusnya Arleena mengetuk pintu bilik Ian Rayyan. Sambil itu matanya memerhati nama yang tertulis di situ. Ian Rayyan bin Dato Kamarudin. Usia muda tapi memiliki segalanya. Cukup bertuah. Bertuah juga siapa yang menjadi surinya. Setelah mendengar jawapan dari dalam bilik, Arleena memulas tombol pintu.
            Arleena melangkah ke dalam bilik Mr. Ian. Salam diucapkan. Ian Rayyan terpegun dengan gadisnya. Matanya tidak berkalih daripada melihat Arleena. Hari ini Arleena mengenakan baju kurung yang mengikut bentuk badannya. cukup seksi baginya. Hatinya agak geram. Apala reaksi staf-staf lelaki melihatnya. Bukannya dia tidak tahu ramai staf lelakinya yang berkenankan Arleena.  kenapalah kamu cantik sangat wahai gadisku. Walaupun Ian Rayyan berkenan dengan Arleena tapi dia tidak meluahkannya. Baginya ucapan sayang terlalu berharga. Bukan senang-senang boleh diucapkan. Dia menunggu masa yang sesuai untuk menyatakan sayang kepada Arleena.
             Dia menjemput Arleena duduk. “ Ada hal apa Mr. Ian minta saya ke sini?” soalku. Dalam kepala asyik mengingatkan kerja yang berlambak perlu diselesaikan. Bercampur pula tanggapan orang lain bila melihat aku ke sini. serba tak kena. Penuh sesak kepala ku ini.
            “ Saya nak tanya progress berkaitan dengan majlis Datin Mona.” Kata Ian. Oooq...aloh..yang ni lagi. Semalam baru tanya pasal ni. Aku tahulah Datin Mona tu regular customer hotel ni. Lubuk emas. Takkanlah setiap hari nak tanya.
            “ Masih dalam progress bos. Semuanya berjalan lancar. Hari ni Kimi akan serahkan quotation kepada Datin Mona. Ian Rayyan tersengih. Bukannya dia tidak tahu tapi saja nak mendengar suara gadis pujaannya. Asyik dia yang banyak bercakap. Kali ini biar Arleena pula yang bersuara. Terubat rindu di hatinya.
            “ Bos ada apa-apa lagi? Kalau tak saya keluar dulu. Banyak lagi tugas yang saya belum siapkan.” Sengaja aku berkata demikian. Biar dia sedar yang dia menghabiskan masa aku sahaja.
            “ Satu lagi bos, nanti dah setel dengan Datin Mona saya akan beritahu bos. Jadi bos jangan risau yea...” Minta-minta dia faham aku menyindirnya. Mr. Ian hanya ketawa. Tahu Arleena menyindirnya. Ada dia kisah!
            Lunch dengan saya nanti.” Selamba Mr. Ian mengajak Arleena. Spontan Arleena menepuk dahinya. Ya Allah tak faham-faham lagi ker.
            “ Maaf bos saya dah ada temu janji.” Arleena memberitahu dan cepat-cepat keluar dari bilik Mr. Ian. lagi lama di situ dia takut dia tidak dapat mengelak. Takut jika Mr. Ian mengeluarkan aura bosnya. Masa tu tak ada alasan la.


           
“ Arleena, lunch nanti ikut saya. Ada klien nak jumpa.” Mr. Ian menelefon Arleena. Belum apa-apa dia dah letak telefon. Adui..takkan aku nak bagitahu Nina aku tak jadi makan dengan diaorang. Apa pula alasan aku nak bagi kali ni. Nak tolak dia kan big bos. Ada sahaja alasannya. Lastly aku juga yang penat mengerah cari alasan tapi dia juga gunakan kuasa vetonya. Nak tak nak aku terpaksa juga menghantar mesej kepada Nina memaklumkan aku tidak dapat makan bersama mereka. Lama aku menunggu balasan dari Nina tapi senyap saja. Aduh masak balik nanti aku nak berjawab dengannya.
Masuk sahaja waktu rehat aku cepat-cepat turun ke tempat parking kereta Mr. Ian. tidak mahu banyak mata melihat aku. Kalau lambat takut pula Mr.Ian menjemput aku di bilik. Lagi haru jadinya. Enjin keretanya telah kedengaran. Cepat pula dia ni turun. Ingatkan aku paling awal. Tapi ok juga. Tak adalah aku jadi guard tunggu di keretanya. Aku mengetuk cermin keretanya. Dia menurunkan cermin kereta dan meminta aku masuk ke dalam. Usai sahaja aku masuk, Mr.Ian terus menggerakkan keretanya.
 “ Bos kita nak jumpa siapa ni?” soalku. Dia hanya tersengih. Rasa lain macam. Sah-sah aku kena kelentong lagi. “ Tak ada jumpa siapa-siapa..Pergi isi perut aje.” Relaks sahaja dia menjawab. Alahai big bos aku ni.
“ Bos takkan kita nak pergi makan berdua. Tadi bos kata nak jumpa klienkan.” Aku menegaskan suara. Dia berpaling ke arahku. Menghadiahkan senyuman yang betul-betul membuatkan hati aku cair. Alahai dia ni tahu-tahu jer kelemahan aku. Lomeh lutut eden macam ni! Malas aku bertanya lagi. Lebih baik aku fikirkan alasan yang hendak diberikan kepada Nina nanti. Kalau Nina sahaja ok lagi. Buatnya balik ofis nanti aku diserang Kak Yati, apa aku nak jawab. Kak Yati sekarang ni pun tengok aku dah semacam. Aku pula naik takut nak bertembung dengannya.
Adui..dia ni kalau anggap aku ni kekasih dia ok juga. Tak adalah orang nak salah anggap. Ni aku saja yang anggap lebih-lebih, dia biasa saja. Walaupun aku dilayan seperti sang kekasih tapi tidak pernah sekalipun dia mengungkapkannya. Ini yang membuatkan aku confius. Tersepit antara dua jejaka. Ryzal mahukan aku. Aku sebenarnya mahukan Ian. sebab itulah aku tidak bisa menolak ajakannya. Hati aku ingin juga berada di sisinya. Tapi aku masih lagi tahu membataskan diri. Menghadkan pergaulan antara majikan dan pekerja. Hati siapa tidak terbuai apabila dilayan sebegitu rupa. Nasib aku masih waras untuk membezakannya.
            Ian semakin rapat denganku. Kadang-kadang kerja itu tiada kaitan pun denganku. Tetapi Ian tetap mengajak aku sama. Bukannya aku tidak dengar desas desus orang bercakap mengenai kami. malah aku pernah juga menyuarakan kepada Ian perihal gosip tersebut. selebihnya minta dia mengerti perasaanku padanya. Dalam apa-apa hal ian akan merujuk dengan aku.
Ian memberhentikan keretanya di Restoran Rumbia. Bagi aku restoran yang agak mahal. Tapi makanan di sini memang sedap. Berbaloi keluarkan belanja lebih asalkan perut puas hati. Tapi bagi aku untuk habiskan duit sekadar untuk makan di sini tidak sesekali. Bukan aku kedekut tapi bagi aku yang bukannya kaya mana ini lebih baik aku habiskan duit pada benda lain yang lebih berfaedah. Nampaknya selera Ian dan Ryzal sama. Ryzal dan Harith juga suka makan di sini. sesuai la dengan status mereka.
Ian membuat pesanan. Nampaknya dia sudah hafal kegemaran aku. Tak perlu aku membuat pesanan. Hanya duduk menunggu sahaja. Selera kami agak berbeza. Aku lebih kepada makanan yang pedas manakala Ian kepada western. Kalau makanan melayu pun dia tidak akan makan sambal belacan. Nampak sangat mat saleh ni tak tahan pedas. Kalau dengan Ryzal aku satu kepala. Kami sama-sama sukakan makanan pedas.
Macamana aku asyik teringatkan si Ryzal ni. Jangan lah aku bertembung dengannya. Aku melontar pandangan ke serata restoran. Manalah tahu kelibat Ryzal ada di sini. tapi kenapa hati aku tiba-tiba teringatkan dia ni. Hati aku mula tidak senang. Seperti aku membuat salah. Tapi aku keluar dengan bos. Aku pun bukannya teman wanita Ryzal. dia saja yang anggap aku begitu sedangkan aku tidak beri apa-apa keputusan lagi.
Setelah pesanan tiba, kami menjamu selera. Aku makan dengan cepat. Supaya Ian tidak mempunyai masa untuk berlengah. Terus lupakan soal Ryzal. Dalam aku menjamu selera, satu mesej telah masuk ke telefonku. Aduh siapa pula ni. Aku mengeluarkan telefon dari tas tangan. Butang kunci di buka. Mesej daripada Nina.
You owe me! Jangan lupa balik karang story mory.....jangan nak ngelat...
Masaaak....aku macam ni.. Nina dah bagi amaran awal. Bahasa yang digunakan pun boleh tahan juga. Story mory macam panjang jer . siapa tak kenal Nina. selagi dia tidak berpuas hati jangan harap dapat lari. Aduh..fening la fening... macamana nak story ni.. sebelum ni baik aku cover dari dia. Hidung kucing betul la dia ni.
“ Siapa mesej?” Ian bertanya. Mungkin dia melihat perubahan pada riakku. “ Nina...” ringkas aku menjawabnya. Nasib Mr. Ian tidak bersoal panjang..
Usai makan tengah hari kami bergerak semula ke pejabat. Masa rehat berbaki lagi 20 minit. Sempatla aku sampai. Aku tidak mahu kelewatan aku masuk kerja nanti menimbulkan curiga rakan-rakanku yang lain. Lainlah dengan Mr. Ian. dia kan big bos. Kelebihan naik kereta Mr. Ian ni ialah cerminnya begitu gelap. Jadi ketika kereta memasuki basement hotel orang tidak dapat melihat aku. Jadi dari tempat parking aku akan cepat-cepat keluar dari keretanya.
            Semasa perjalanan pulang sempat lagi aku berpesan kepada Mr. Ian agar tidak membawa aku keluar lagi sekiranya kami tidak mempunyai apa-apa urusan. Aku tidak percaya pada hati aku. Mahukan diri ini dicintai dan mencintai. Apatah lagi tika ini sememangnya aku menyukainya. Aku tidak mahu lena dengan layanannya. Malah aku juga tidak mahu nanti dikatakan perigi mencari timba. Aku berharap Mr. Ian akan faham dengan maksudku. Harap dia tidak mencampur adukkan soal kerja dengan personalnya.
            Balik dari keluar makan dengan Mr. Ian, aku menumpukan perhatian kepada kerjaku. Tidak lama lagi musim cuti sekolah. Aku perlu merangka promosi untuk menarik pengunjung ke hotel kami. esok unit aku akan diadakan mesyuarat dengan Mr. Khoo. Sebelum masuk mesyuarat perlulah melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat. Aku bersyukur kerana staf di unit pemasaran semuanya banyak idea. Malah kami saling membantu. Masing-masing sentiasa berlumba untuk memberikan pendapat dan idea. Berada di unit ini memerlukan otak sentiasa berfikir kreatif. Maklumlah pemasaran ini yang akan memberikan keuntungan kepada pendapatan hotel.
            Dalam aku menyusun idea, kedengaran mesej masuk ke dalam telefonku. Aku melihat nama tertera di skrin. Big bos.... Adui apa lagi la yang dikehendaki oleh mamat ni. Aku tengah banyak idea ni. Jangan la dia panggil aku mengadapnya. Terbantut kerjaku dengan mesejnya.  Dalam pada itu aku menekan butang kunci di skrin. Mesejnya aku baca.
            Thank you for accompany me... adui ini saja ker yang difikirnya. Membaca mesejnya membuatkan aku berfikir sejenak. Antara mesej-mesej yang selalu dihantar kepadaku ialah
Saya akan outstation. Take care...
            Awak dah makan. Take care...
            Sweet dream my princess....
            Ini lah antara mesej yang aku terima daripada Mr. Ian. bagaimanakah aku tidak menganggap dia menyukai aku. Hati perempuan mana tidak terbuai dengan semua ini. Tapi yang musykil, dia tidak pernah mengucapkannya.             Tak kan cukup dengan aku faham memahami maksudnya tanpa diluahkannya. Bagi aku itu bukannya cara yang bagus. Apatah lagi pemahaman manusia berbeza. Aku tidak mahu disalah anggap. Jika dia menyukai aku biarlah keluar dari mulutnya sendiri. Barulah aku pasti. Ini aku seolah-olah diawangan! Menanti sesuatu yang belum pasti!
Pada mula aku membaca pesanan ringkas daripada Mr. Ian. timbul rasa hairan. Kenapa Mr. Ian perlu memberitahuku sedangkan aku bukannya pembantunya. Tapi aku perasan kebelakangan ini Mr. Ian akan memaklumkan kepadaku di mana sahaja dia berada sekiranya dia tidak berada di pejabat. Supaya aku tidak risau mencarinya.
Bukan itu sahaja, setiap kali keluar dia akan meminta aku memegang cluth bagnya. Bagi aku itu adalah benda personal yang perlu dijaga. Tidak bagi Ian. seolahnya barang-barangnya hendak dikongsi bersama aku. Malah kereta Audi Q5nya diminta aku bawakan. Ryzal pun tak pernah tawarkan Harriernya untuk dipandu oleh aku. Itu orang yang sah-sah anggap aku kekasihnya. Berlainan dengan Mr. Ian. Tapi aku menolak. Gila buatnya aku terlanggar siapa nak tolong bayarkan. Rasanya potong gaji aku setahun belum tentu cukup. Aku tidak mahu mengambil mudah semua perkara. Paling penting tidak mahu dikatakan mengambil kesemnpatan.
Tingkahnya yang sebegini menyebabkan aku selalu berfikir. Adakah dia menyukai aku. Tapi kenapa tidak pernah dituturkannya. Bukannya susah hendak mengucapkan saya sayang awak atau susah-susah cakap je be mine! Selalunya aku lihat watak mat saleh ni orangnya romantik. Takkan si big bos aku ni tak romantik. Diakan kacukan mat saleh sudah tentu ada tempiasnya. Mesej daripada Mr. Ian benar-benar membuatkan aku hilang mood untuk bekerja. Akhirnya aku hanya bermalas di kerusi. Menunggu waktu pulang sahaja.
            Sekali lagi kedengaran mesej di telefonku. Adakah sebab aku tidak membalas mesejnya membuatkan Mr.Ian menghantar lagi mesej kepadaku. aku membuka butang kekunci. Alamak Ryzal la. Aku membuka mesej yang dihantar. Ryzal mengajak aku keluar tengah hari esok. Memandangkan esok dia baru balik dari Sarawak. Adui dah macam aku ni playgirl pulak. Keluar silih berganti. Last-last pastinya kantoi. Ini dikatakan tak de penyakit gatal cari penyakit.

            Hari ini giliran Nina memandu. Awal-awal lagi aku telah menunggu di kereta. Hanya bersandar. Lagipun aku tak ada mood nak buat kerja. Sebab itulah awal-awal lagi aku dah keluar. Lepas ni nak mengadap Nina pula. Nina tersengih-sengih menuju ke arahku. Alarm kereta ditekannya. Aku membuka pintu kereta. Biarkan haba panas di dalam kereta keluar dahulu sebelum aku masuk ke dalamnya.
            Nina menghidupkan enjin kereta. Masih tersengih. Aku memandangnya.
“ Ko ni apa hal. Buang tabiat?” saja aku bertanya. Padahal sudah tahu apa yang ada dalam fikirannya.
 “ Eleh ko jangan buat tak tahu ek. Sampainya hati selama ni ko tipu aku kan. Kata jumpa klien. Padahal korang pergi berasmaradana.” Ujar Nina panjang lebar,. Tu dia ayat power dari Nina sudah keluar. Tengok sengih semacam dia aku dah tahu.
“ Agak-agakla cakap macam tu. Ingat aku jahat sangat ker?” nina ketawa kuat. “ Eleh tak payah nak selindungla. Ko ni ngan siapa sebenarnya. Ryzal ke bos!” soalan maut ni.
“ Weh aku keluar dengan bos jumpa klien la.” Masih berselindung.
“ Eleh Kak Yati dah story mory ngan aku tadi. Ko jangan nak kelentongla. Takkan Kak Yati tak tahu. Diakan PA big bos.” Nina menyambung lagi katanya.
 “ Patutla ngan Ryzal ko buat tak layan. Dah dapat yang baaiik punye.” Penuh gaya Nina menuturkannya. Ala Kak Yati dah tahu ker. Malu la aku macam ni. Aku cukup hormat dengan Kak Yati. Dia tahu aku berkawan dengan Ryzal. Entah apalah dia anggap pada aku nanti. Jangan dia anggap aku tidak cukup satu sudahla.
            “ Ko jangan gosip aku dengan bos ek. Aku tak ada apa-apa dengan dia la.” Dah memang betul kami tak ada apa-apa. Takkan aku nak cakap aku sukakan dia. Dia tak tahu macamana. Malu la aku.
“ Ko dengan Ryzal aku rasa sepadan. Kalau dengan Mr. Ian lagi sepadan haha..” nina terbayangkan rupa anak kawannya itu. Dua-dua jejaka kacak. Ditambah pula dengan Arleena yang cantik. Pasti anak mereka cute-cute. Arleena memandang ke arah Nina. hairan melihat rakannya itu tersengih.
“ Ko ni kenapa? Buang tebiat ke? Malam tadi kan aku dah cakap.” Nina ketawa kuat. Nampak sangat muka bengang Arleena. tapi sweet juga. Dah orang cantik, dalam keadaan macam mana pun tetap cantik. Ikut ko la Aleen....nasib badan la jadi orang cantik. Ramai peminat.

No comments:

Post a Comment