Saturday, 15 March 2014

BAB 7-SAYA SAYANG AWAK







            Arleena berbaring di sofa. Televisyen terpasang tapi apa siarannya tidak diambil peduli. Dia mengingatkan insiden tadi. Di mana dia dan Ian Rayyan terpegang tangan. Bukan disengajakan ok! Terjadi secara kebetulan mereka makan tengah hari tadi. Bosnya membawa Arleena untuk berjumpa klien. Dikatakan hendak berbincang dengan klien tapi akhir-akhirnya mereka makan berdua sahaja. Secara tak sengaja dia dan Mr. Ian Rayyan hendak mengambil bekas tisu. Serentak tangan mereka mengambil bekas tisu. Tangannya di bawah dan di atasnya tangan Mr. Ian Rayyan. bersentuhan secara tidak sengaja menimbulkan satu rasa dihatinya. Melihat muka Ian Rayyan yang merah pastinya mukanya juga merah sama. Malu. Nasiblah hanya mereka berdua sahaja. Persisnya sinar mentari sedang menyinari dalam hati masing-masing. Memainkan satu melodi indah.
            Selepas itu dia dan Mr. Ian Rayyan makan tanpa suara. Niat untuk bertanyakan perihal klien yang ingin berjumpa tidak disuarakan. Kelu lidahnya. Dia asyik melayan rasa hatinya. Melayan debar di dada. Tak kanlah bersentuhan secara tidak sengaja menyebabkan organ dalamannya terbalik. Rasa semacam. Adakah dia mempunyai perasaan terhadap Ian Rayyan. Ooh itu sudah pasti. Rasa yang bagaimana perlu dikaji semula. Yang penting sekarang bagaimana hendak menepikan rasa gundah tika ini. Makanan yang ditelan pula dapat digambarkan rasanya.
            Ya.. memang dia menyukai Ian Rayyan. Sejak hari pertama melihat big bosnya itu. Baginya hanya suka. Seperti dia menyukai pelakon-pelakon kacak. Malah rata-rata staf perempuan di Hotel Grenz menyukai Ian Rayyan. Berangan kononnya Ian Rayyan milik mereka. Termasuk juga dia dan Nina. Masing-masing berangan miliki pemilik wajah kacak itu.
            Arleena ralit melayan perasaan. Tersentak dengan bunyi deringan dari telefon bimbitnya. Tangannya menggagau ke dalam beg tangannya. Telefon bimbitnya dicapai. Sebaris nama di skrin dibacanya. Ryzal. Jejaka yang dikenali secara tidak sengaja. Siapa sangka dia dan Ryzal kini berkawan baik. Baginya hanya sebagai kawan tetapi tidak bagi Ryzal. Dia tahu Ryzal inginkan hubungan yang serius dengannya. keluar keluhan kecil dari bibirnya.
            Arleena tidak menjawab panggilan daripada Ryzal. Tiada mood untuk bercakap dengan Ryzal. Sudah dijangka dengan soalan Ryzal. Pastinya memujuk dia memilihnya. Ryzal seorang lelaki yang tidak mudah mengalah. Kadang-kadang dia juga kasihankan Ryzal. Sentiasa mengharapkan penerimaannya. Sedangkan dia masih belum bersedia untuk mempunyai hubungan yang lebih dari kawan. Malas mahu memikirkan komitmen selanjutnya.
Bagi Arleena setiap hubungan yang dijalinkan mesti berakhir di jinjang pelamin. Dia tidak mahu menghabiskan masa bertahun tapi tiada kesudahannya. Oleh sebab itulah dia perlu memikirkan semasaknya pelawaan Ryzal. Mahu berfikir agar keputusan yang bakal diambil adalah yang terbaik. Arleena hanya memerhatikan deringan daripada Ryzal berhenti. Kedengaran mesej pula yang masuk ke dalam telefon bimbitnya. Pastinya dari Ryzal juga. Arleena tidak menghiraukannya. Maafkan aku Ryzal. bukan ketika ini.
Ian Rayyan masih tidak mengalih pandangannya daripada menatap wajah Arleena. menimbul rasa ingin tahu apabila Arleena mematikannya panggilan tersebut. Terdetik rasa cemburu. Adakah gadis di hadapannya ini telah dimiliki? Rasa tidak enak mula bermain di tangkai hatinya.
Arleena memandang wajah Mr. Ian Rayyan. Perasan dari tadi bosnya itu tidak mengalih pandangan daripada memerhatinya. Nak cerita ke tak nak? Dia faham dengan reaksi bosnya itu. Pastinya inginkan penjelasan. Alahai Ryzal ni mematikan mood aku sajalah. “ Panggilan tak penting.” Akhirnya aku bersuara. Mr. Ian Rayyan hanya mengangguk. Rasa ingin tahu tidak kesampaian.  Akhirnya masing-masing menyambung semula menjamah makanan mereka.
 Rentetan daripada keluar  bersama itu, mentebabkan setiap hari Ian Rayyan pasti akan mencari Arleena. Apa-apa hal pasti Arleena dimaklumkan. Kadang-kadang perkara tersebut tiada kaitan pun dengannya. Perasaan Arleena kian berbaur dengan sikap Ian Rayyan. Belum lagi bab setiap kali bosnya itu keluar berurusan dengan klien pastinya Ian Rayyan akan memaklumkannya. Lebih parah lagi apabila outstation setiap masa Ian Rayyan akan memberitahu apa yang tengah dilakukannya.  Persisnya sang jejaka melayan kekasih hati. Kadangkala menyebabkan Arleena berasa keliru. Siapa dirinya di mata Ian Rayyan. 
Begitu juga jika Arleena mempunyai janji temu dengan klien di luar. Pastinya Ian Rayyan akan mengekor sama. Jika dia berurusan dengan lelaki, pastinya Ian Rayyan akan akan menunjukkan rasa tidak tidak senang. Padahal dia berurusan untuk keuntungan syarikat. Hendak dikatakan dia kekasih hati Mr. ian rayyan, tidak pula bosnya itu meluahkan perasaan padanya. Arleena juga menunggu sama. Tahu hatinya telah terpaut dengan bosnya. Tapi Ian Rayyan tidak pernah menyuarakan rasa suka pada Arleena. Itu yang membelenggu perasaan Arleena.
Tingkah Mr.Ian Rayyan yang sebegini juga membuatkan Arleena berbelah bagi dengan pelawaan Ryzal. Hatinya lebih tertarik kepada Ian Rayyan. Ingin menjadi suri di hati Ian Rayyan. Sikap berdiam diri Ian mengenai perasaannya menyebabkan Arleena bingung. Tidak pasti layanan Ian Rayyan terhadapnya atas dasar sukakannya atau layanan seorang majikan terhadap seorang pekerjanya. Tapi kepada pekerja perempuan lain Ian Rayyan tidak menunjukkan sikap yang sama.
            Nina keluar dari biliknya. Mengatur langkah ke ruang tamu apabila melihat televisyen terpasang. Tidak nampak pula kelibat Arleena. dia mendekati sofa. Terlihat Arleena yang sedang berbaring. Gaya seperti sedang berfikir masalah negara. Nina mencapai remote astro. Mencari siaran yang menarik. Layan betul ke bohong ok juga. Program yang sesuai untuk menghilangkan stress. Mana taknya ada saja lawak yang dilakukan oleh artis-artis program tersebut. Semuanya sporting belaka.
            Kuat Nina ketawa melayan betul ke bohong. Layan reaksi AC Mizal yang selamba. Kepalanya berkalih ke arah Arleena. tiada reaksi daripada Arleena. Aik tidur ke? Dia mendekati Arleena. Apa yang dimenungkan Arleena. ralit benar gayanya.
            “ Woi menung ker!” jerkah Nina kepada Arleena. Tersentak Arleena mendengar jeritan kuat di cuping telinganya. Laju degupan jantungnya.
“ Apa ko ni. Nasib aku tak ada sakit jantung. Kalau tak dah jalan tau.” Marah Arleena sambil bangun duduk mengadap Nina.
            “ Ha..ha..sebab tak ada aku buat, kalau ada aku tak buat...yang aku dari tadi gelak nak pecah perut ko sikit pun tak ada respon. Ko fikir apa?”
            “ Mana ada apa-apa.” Gila nak bagitahu fikirkan Ian Rayyan. Mahu setahun aku digelaknya.
“ Aku dengar siang tadi ada orang keluar dating.” Lunch tadi dia kelaur dengan Harith. Siapa sangka dia terserempak dengan Arleena. sempat dia melihat aksi romantik kawannya itu. Nasib Arleena tidak melihatnya. Tapi teruk juga dia hendak menjawab dengan Harith.
            Aaa.. sudah. “ Siapa?” Arleena buat-buat tanya.
“ Tak payah nak main hide and seek la ngan aku. Aku pun lunch kat situ juga tadi. Sempatlah tengok aksi romantik ko. Shy-shy cat la konon ko tadi. Dalam hati ngaaummm..” Terbayang aksi itu di matanya. Nampak keserasian antara Arleena dan big bosnya. merah pipi Arleena. “ Ko pakai blusher ker?” usik Nina. Nina ketawa kuat. Suka hati dapat kenakan Arleena.
Aku membaling bantal kecil yang dipeluk ke arah Nina. Dengan dia ni aku tak dapat sembunyikan apa-apa. Hidung kucing betul. Dapat hidu saja apa-apa yang aku lakukan.   Nina ketawa kuat. Siaran di hadapannya tidak dipeduli. Soal kawannya ini lebih penting. Perbincangan dari hati ke hati.
“ Ko dengan Mr. Ian ada apa-apa ker?
“ Agak-agakla ko. Mana ada. Orang kaya tu beb.”
“ Aku tengok tadi  korang serasila. Aku dengar dia hari-hari cari ko ek!” Gosip bosnya bersama Arleena telah tersebar di hotel. Tadi pun Harith bertanyakan mengenai hubungan Ryzal dan Arleena. Bukan dia tidak tahu Ryzal terlalu sukakan Arleena. Cuma Arleena sahaja yang bermain tarik tali dengan Ryzal. Kadang-kadang dia juga kasihan melihat keadaan Ryzal. Tapi soal hati Arleena dia tidak mahu masuk campur.
“ Ko sebenarnya dengan siapa? Ryzal or Mr. Ian?” tanya Nina lagi.
“ Aku tak tahula beb. Nak cakap pun susah.”
“ Tanya hati la beb. Kalau ko dengan Mr.Ian aku harap ko terus terang dengan Ryzal. Tak baik beb buat dia tertunggu-tunggu.”
“ Aku tak boleh fikirla. Aku tahu perasaan Ryzal pada aku. Aku kasihankan dia juga. Tapi bila dengan dia hati aku biasa saja. Aku dah cakap dengan dia, jangan tunggu aku. kalau dia berjumpa dengan orang lain, aku minta dia teruskan dengan pilihan dia. Tapi kalau aku dengan Mr. Ian aku rasa berdebar semacam.” Luah Arleena.
“ Kalau macam tu sah-sah ko sukakan Mr. Ian. Ko terus terangla ngan Ryzal. Tadi pun Harith ada tanya aku pasal korang. Dia mesti fikir juga pasal Ryzal. Macam kita berdua la.”
“ Masalahnya dia tak pernah luahkan rasa suka kat aku.”
“ Biar betul. Bukan korang rapat ker?” hairan Nina dengan kata-kata Arleena. 
“ Memangla rapat. Kat mana dia pergi mesti text aku. tak pernah miss. Apa-apa kat hotel mesti cari aku. Tapi dia tak pernah luah kat aku. tak kan aku nak syok sendiri jer.”
“ Berat juga macam ni.”
“ Tahu pun ko. Yang tambah peningkan aku, ibu dah banyak kali mesej tanya aku bila nak kahwin. Katanya kerja dah ok. Nak tunggu sampai bila. Tak ada calon. Ibu boleh cari calon. Tak ker haru aku kalau ibu cari calon.” Luah Arleena.
Complicated juga ek. Patutla ko tadi menung macam orang mati laki jer.” Usik Nina. aku menepuk bahu Nina. Dalam keadaan macam ni pun nak lawak.
            “ Ko bagi hint la sikit kat bos tu.”
            “ Agak-agakla ko. Buatnya dia suka aku ni sebagai pekerja dia jer, tak ker aku ni nanti dikata gedik. Jatuhla saham aku. macamana nak berdepan dengan dia nanti. Lagi teruk kalau dia berhentikan aku kerja. Atas alasan cuba menggoda bos. Tak ker haru aku nanti.”
            “ Takut jatuh saham juga ek. Bagi aku la dua-dua tu ok. Kerjaya, rupa semua lengkap. Cuma Ryzal tak la sekaya Mr. Ian. Walau dengan siapa pun ko kahwin aku rasa dua-dua mampu jaga ko. Kalau ko tak kerja pun Ryzal tu masih boleh tanggung ko.”
            Arleena mengiakan kata-kata Nina. Dua-dua punyai pakej yang menarik. Ikutkan sama-sama hebat. walaupun Ryzal tidak sekaya Mr. Ian tapi baginya itu bukan ukuran. Cukup baginya seorang suami yang mampu melindunginya. Yang sama-sama menuju ke jannah. Dia bukanlah manusia sempurna dan dia perlukan seorang suami yang boleh menyempurnakannya.  Sama ada dalam hidup ini mahupun di sisi Allah. Suami yang mampu menegurnya ketika dial alai dan alpa.
            “ Aku bukan fikir kaya ke apa... bagi aku cukup seorang suami yang boleh aku jadikan tempat berlindung. Yang boleh bimbing aku bila aku lalai. Yang boleh terima keluarga aku. aku ni bukannya kaya sangat. Jauh jika nak compare ngan diaorang. Ngan ko pun sama.” Luah Arleena.
            “ Ala..ko ni layan syahdu la pulak.. siapa yang ko pilih, aku sokong jer. Yang penting ko bahagia. Banyakkan berdoa supaya Allah bukakan pintu hati kau untuk terima siapa pasangan ko. “
            “ Agak-agak ko kalau nanti keluar wajah Harith aku nak buat macam mana?” usik Arleena. Kembang kempis hidung Nina. Main kasar nampak.
“ Ko pernah makan sup selipar tak?” soal Nina. Arleena ketawa kuat.
“ Sayang juga ko kat Harith ek.” Mereka berdua ketawa.
            “ Beb.. aku rasakan ko lebih sesuai dengan bos kitala. Aku tengok macam serasi sangat. Aku rasa dia pun sukakan ko jugala. Tak puas aku tengok korang tadi. Siap pegang tangan. Mata berpandangan. Dia memang ada hati dengan ko la.. tengok cara dia pandang ko pun aku dah tahu.” Nina tersengih gatal.
            “ Memang ada orang tak sayang mulutla. Tapi memang aku suka dia la.” Gelak Arleena. “ Tapi statement ko kami pegang tangan tak betul ok. Kami terrrpegang.” Sengaja aku panjangkan perkataan terpegang pada Nina.
            Malas melayan Nina, aku masuk ke dalam bilik. Menyambung khayalan di dalam bilik pula. lagi privasi. Tak ada yang mengganggu.
            Aku merebahkan badan ke atas tilam. Mengingat kembali insiden tengah hari tadi. Bermula dari itu membuatkan hati aku bertambah yakin dengan perasaanku. Aku amat sukakan Mr. Ian Rayyan. Jantung laju berdegup apabila melihat wajahnya. Hati tidak tenang apabila tidak melihat wajahnya. Kemarukkah aku? Tapi bagaimana jika Mr. Ian Rayyan tidak meluahkan perasaannya pada aku. tidak sesekali aku luahkan perasaanku padanya. Takut aku dikatakan perigi mencari timba. Wahai Mr. Ian Rayyan... luahkanlah..jangan buat aku ternanti-nanti...

No comments:

Post a Comment