Siapa sangka aku telah setahun bekerja di sini. banyak pengalaman aku perolehi. Setiap minggu aku akan bergilir dengan Nina untuk mengisi minyak. Walaupun Nina tidak mahu terima tetapi aku berkeras juga. Aku tidak mahu mengambil kesempatan atas kebaikannya dan bukannya aku tidak mampu berkongsi perbelanjaan dengannya. Kadang-kadang aku juga bergilir dengan Nina untuk memandu ke tempat kerja. Lagipun Nina tidak kisah untuk membiarkan keretanya dipandu olehku. Bukannya aku tidak mampu tapi hati masih lagi belum berkehendaknya. Tunggulah bulan hadapan.
Aku akan membeli kereta tapi tidaklah sehebat kereta si pinky Nina, Honda Jazznya. Dari zaman universiti lagi Nina telah memandunya. Pemberian daripada papanya. Ayah ada menyatakan hasrat untuk membelikan kereta kepadaku. Tapi aku menolaknya. Aku pun belum lagi terdesak sangat hendak memakai kereta. Cukup dengan kereta Nina. jika aku mempunyai temujanji diluar aku akan meminjam kereta Nina. Lagipun cukuplah selama ini mereka berkorban untukku. Sekarang tiba masanya aku membalas jasa mereka.
Aku juga telah berpesan kepada orang tua ku agar tidak lagi memasukkan duit belanja ke dalam akaunku. Gaji yang diterima agak banyak juga untuk dibelanjakan untukku seorang di sini. aku juga telah mampu untuk menyara keluargaku. Malah kepada Kiki juga aku berpesan agar meminta wang belanja daripada aku. Biar aku menanggungnya pula. duit pencen ayah biarlah digunakan untuk dirinya dan juga ibu. Hasil penat lelahnya bekerja selama ini. Mungkin tahun hadapan orang tua aku akan menunaikan haji. In Shaa ALLAH jika diizinkan tuhan. Aku hanya berdoa agar semua rancangan yang dirancang oleh orang tua ku akan berjalan lancar.
Aku ralit memerhatikan brochure perodua di tanganku. Alhamdulillah, kini aku telah mampu untuk membeli kereta. Tidaklah semahal kereta Nina. cukup bagiku untuk ke sana dan ke sini apabila aku diperlukan untuk berurusan dengan klien di luar.
“ Dah pilih ke yang mana satu ko nak?” tanya Nina kepdaku. Dia juga turut meniarap di sebelahku.
“ Aku rasa nak ambil myvi la. Cun jer aku tengok.” Nina meneliti brochure di tanganku. “ Cantik juga. Ambil warna macam aku la.” Saran Nina. Aku menjeling kepadanya. Agak-agakla kereta nak warna pink. Nampak sangat jambunya. Dari jauh orang dah tahu itu kereta perempuan. Aku mencebik ke arahnya. “ Tak cukup lagi ke pink kat luar tu? Aku nak angkat putihla. Nampak ada class sikit.” Ujarku.
“ Kutuk aku punya nampak.” Ala..Nina dah tarik muncung.
“ Ala sentap ke? Gurau jelah. Aku mana mampu nak lawan si pinky ko kat luar tu..Nanti aku pesan kat si kontot aku ni jangan ganggu si pinky tu tau. Kami tak setaraf.” Usik aku pula. Nina menunjal bahuku. Seolah-olah myvi aku ni jantanla pulak. Aku mengajaknya ke outlet perodua esok hari.
Keesokannya aku dan Nina ke outlet perodua. Setelah berbincang dengan jurujual di situ, aku telah bersetuju untuk mengambil warna putih. Ini pun ayah bagi duit pendahulan kepadaku. aku ingin membuat pinjaman sepenuhnya tetapi ditegah oleh ayah. Dengan bayaran muka tersebut, aku dapat mengurangkan bayaran bulanannya. Aku akan dihubungi oleh jurujual tersebut kerana buat masa sekarang warna putih telah kehabisan stok. Nampaknya banyak permintaan terhadap warna tersebut.
Selepas menyelesaikan urusan di perodua, kami berdua menuju ke SACC Mall. Nak balik masih awal lagi. Kami memutuskan untuk window shopping sambil mengisi perut. Walaupun tiada niat untuk membeli tapi apabila melihat tudung-tudnung yang cantik aku tergoda juga. Yang penting tudung beli dahulu, kemudian bari fikir nak padankan dengan baju yang mana.
Aku dipanggil masuk ke dalam bilik Puan Salbiah. Pengurus di unit pemasaran. Nampaknya mesti ada tugasan untuk aku. Pintu bilik Puan Salbiah aku ketuk. Setelah mendengar jawapan dari dalam, barulah aku memulas tombol pintu. Aku menghulurkan senyuman sebelum menarik kerusi untuk duduk.
Puan Salbiah menghulurkan fail berwarna kuning kepadaku. meminta aku memeriksa butiran di dalamnya. “ Ini kali pertama syarikat HR Global buat majlis di Hotel Grenz. Saya mahukan kamu berikan khidmat yang terbaik supaya mereka berpuas hati.” Beritahu Puan Salbiah.
“ Baik puan. Saya akan bagi komitmen yang terbaik untuk majlis ni.” Aku memberi keyakinan kepada Puan Salbiah.
“ Lagi satu, pada hari tu ada satu lagi majlis yang lain. Kalau tak cukup staf minta tolong budak kolej kulinari la. Tapi kamu kena confirm awal-awal sekiranya nak ambil mereka. hari I dalam pukul tiga, wakil dari HR Global akan datang. Kebetulan katanya mereka ada urusan di sekitar kawasan sini. Rasanya big bos sendiri yang datang nanti.” Terang Puan Salbiah panjang lebar.
“ Baik puan. Nanti saya periksa jadual dengan Kak Yati tengok kumpulan mana yang terlibat. Nanti saya akan bentukkan kumpulan saya. Apa-apa nanti saya akan maklumkan pada puan.”
“ Ok... ingat teliti betul-betul butiran dalam tu. Takut big bos yang datang kalau ditanya kamu dah ready.” Arah Puan Salbiah.
“ Baik puan.” Aku meminta diri daripada biliknya.
Big bos yang turun baru senang kerja. Aku lebih suka berbincang dengan orang atasan ketika membuat sesuatu majlis kerana apa yang mereka kehendaki akan terus sampai kepadaku. kalau berurusan dengan wakil ni kadang-kadang menimbulkan miss communication terutamanya kalau konsep yang dikehendaki itu agak lain dari biasa.
Kami di unit pemasaran bukan sahaja menguruskan mengenai program-program atau promosi yang dilakukan oleh pihak Hotel Grenz. Kadang-kadang akmi juga dikehendaki membuat persiapan tema-tema tertentu jika diminta oleh pihak-pihak tersebut. Jika syarikat yang tidak cerewet mereka akan meminta untuk disediakan dewan dan PA System sahaja.
Aku meneliti butiran yang terdapat dalam fail yang diberikan oleh Puan Salbiah. Agak rumit juga. Dewan harus dihias mengikut tema ala pantai.. jenuh pihak aku mengerah tenaga nanti.
Tepat jam tiga petang, pintu bilikku diketuk. Kelihatan dua orang pemuda berdiri di situ. Aku tersenyum pada mereka. Sekali imbas macam kenal saja mereka berdua ini. Aku mempersilakan mereka duduk.
Harith tersenyum melihat wajah di hadapannya. Di bawah tadi dia telah bertemu dengan Nina. Siapa sangka rezeki mereka berjumpa lagi. Dan tidak siapa menyangka gadis yang dulunya mengaku sebagai penyambut tetamu adalah sebaliknya.
Arleena hairan dengan senyuman yang dihulurkan oleh pemuda di hadapannya. Otaknya masih berfikir. Mencari di mana dia pernah melihat wajah itu.
“ Ingat saya lagi tak?” tanya pemuda tersebut. Arleena mengerutkan keningnya. Aku kenal ker dengan mereka ni? Arleena tersenyum. Masih tiada jawapan di benaknya.
“ Ingat tak dua hari lepas awak ada tumpang meja masa makan tengah hari?” tanya pemuda itu lagi. Spontan Arleena menepuk dahinya. Baru dia teringat. Patutlah dia rasa pernah melihat wajah mereka. adui... bekerja dengan mamat kerek nampaknya aku kali ni.
Setelah satu jam duduk berbincang, akhirnya kami telah mencapai kata sepakat mengenai event yang akan diadakan nanti. Agak cerewet juga pihak HR Global ni. Selalunya kami akan menyediakan tempat dan menu mengikut permintaan klien tetapi bagi HR Global semuanya diserahkan kepada kami. Dari segi tempat, menu hinggalah dekorasi dewan. Event yang akan diadakan untuk meraikan anugerah pekerja cemerlang. Mereka mahukan tema ala pantai. Jadi pecah kepala jugala kami nak memikirkan dekorasinya. Bukannya senang dewan nak diubah ala pantai. Kalau taman lagi senang rasanya. Dah ini kemahuan klien, terpaksalah kami lakukannya.
Bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan, aku harus memastikan maklumat yang tepat dan lengkap agar pelanggan akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Hotel Grenz. Sepanjang perbincangan aku hanya diperhatikan oleh rakan Harith. Adakah dia ini jenis yang kurang bercakap? Kalau tak bercakap macamana boleh menjadi MD di HR Global.
Atau dia rasakan perbincangan kami ini tidak penting mana. Amboi tak habis-habis berlagaknya. Sejak dari mereka tumpang meja, Arleena kurang menyukai sikap pemuda yang bernama Ryzal. Ryzal dirasakan pemuda yang agak berlagak. Air muka tiada senyuman langsung. Aku agak senang berbincang dengan Harith kerana big bos HR Global sendiri yang turun padang. Kalau orang bawahannya yang datang, sudah tentulah agak leceh untuk mencapai keputusan. Dan kalau Ryzal ini yang berurusan tentu sampai sekarang belum selesai lagi.
Arleena agak jelek dengan Ryzal. Sepanjang mereka berbincang Ryzal tidak berkalih memandang wajahnya. Menyebabkan dia tidak selesa. Ingin dicocok sahaja mata Ryzal. Nasib ada Harith yang menceriakan keadaan. Senang dia berinteraksi dengan Harith. Hairan juga Arleena, bagaimana orang seperti Ryzal boleh menjadi MD. Lelaki yang dirasakan fail dalam communication. Bagaimana dia memberi arahan kepada para pekerjanya?
Setelah selesai berbincang dengan pihak HR Global, aku bermesyuarat pula dengan kumpulan kerjaku. Memandangkan lagi seminggu event tersebut akan diadakan, nampaknya minggu ini kami semua kena bekerja keras. Aku juga perlu memilih ahli kumpulan yang akan bekerja denganku. Maklumlah pada hari tersebut terdapat dua event yang akan diadakan di Hotel Grenz. Sudah tentulah banyak tenaga kerja yang hendak digunakan. Ini kali pertama aku diberi peluang menjadi ketua. Aku mahukan hasil yang terbaik. Malah mahu membuktikan orang muda seperti aku mampu memikul tanggung jawab yang diamanahkan.
Aku terpaksa mengambil para pelajar dari kolej kulinari yang berdekatan untuk membantu ketika majlis itu nanti. Ini kerana kebanyakan pekerja telah bertugas untuk majlis yang lain. Ini untungnya Hotel Grenz mempunyai usahasama dengan kolej kulinari tersebut. Aku hanya perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan bilangan pelayan tambahan yang akan diperlukan nanti.
“ Assalamualaikum...” kedengaran satu suara yang begitu hampir di telingaku. Menyebabkan aku bergerak selangkah ke kanan. Terperanjat. Kedengaran suara ketawa kecil. Oooo...terperanjat beruk aku. Dahla aku tengah ralit perhatikan hiasan yang telah dilakukan oleh kumpulanku. Boleh tahan juga hasil kerja mereka. Budak muda tentu banyak idea. Ini pun puas kami berpulas mengerah idea. Cuba mencari hasil yang terbaik. Aku memandangnya. Pandai pula mamat ni menegur orang.
Ryzal telah lama memerhatikan gelegat Arleena. Baginya Arleena begitu comel. Terdapat sesuatu dalam diri Arleena. Belum pernah dia berasa teruju untuk mendekati perempuan. Sebelum ini hanya perempuan yang akan berebut untuk mendekatinya. Ryzal boleh berbnagga dengan rupa parasnya yang kacak dan juga kedudukannya. Dengan badannya tinggi dan tegap membuatkan perempuan akan memandang dua kali ke arahnya. Siapa yang tidak mahu berdampingan dengan lelaki kacak kan. Tapi tidak dengan gadis di sebelahnya.is ini.
Dia pula yang begitu tertarik dengan gadis ini. Dia dapat rasakan gadis ini agak kurang mesra dengannya jika dibandingkan dengan Harith. Mungkin tanggapan pertamanya pada gadis ini yang membuatkan Arleena tidak begitu menyukainya. Hari ini dia sengaja meminta daripada Harith unutk datang melihat persiapan akhir sebelum majlis bermula. Dia tahu Arleena yang menguruskan majlis ini. Sudah tentulah Arleena akan berada sama. Kesempatan ini akan diambil untuk mendekati Arleena.
“ Awal encik sampai?” soalku.
“ Panggil saja Ryzal. Saya datang untuk melihat persiapan pihak awak.” Ryzal meghulurkan tangannya. Agak teragak-agak untuk menyambut huluran tangannya. Kami kan tidak sebulu. Ryzal masih menghulurkan tangannya. Aku menyambut juga untuk tidak menjatuhkan air muka Ryzal. Aku menyatakan perkembangan persiapan daripada pihak aku. Ryzal hanya mengangguk-angguk. Tunggu masa tetamu hadir sahaja. Seterusnya Ryzal bergerak untuk melihat keadaan sekeliling. Aku membiarkannya sahaja. Cuma aku memintanya memaklumkan aku segera sekiranya terdapat perkara yang tidak menepati kehendak syarikatnya.
Aku memerhati Ryzal dari belakang. Boleh tahan juga mamat ni. Sempurna dari segalanya. Baru kini dia perasan Ryzal mempunyai raut wajah yang boleh tahan kacaknya. Mesti ployboy ni. Tengok gayalah.
Pada masa yang sama beberapa orang pekerja masuk ke dewan tersebut untuk menguruskan peralatan. Juruteknik juga sedang memeriksa PA System. Pelayan juga telah masuk ke dalam dewan. Air-air mineral di susun di atas meja. Nampaknya makanan juga akan disediakan sebentar nanti. Aku menuju ke kumpulan pelayan tersebut untuk memberikan sedikit taklimat. Mereka terdiri daripada pelajar kolej yang berhampiran. Memandangkan hari ini kami ada dua majlis, jadi aku terpaksa mengambil para pelajar ini untuk membantu aku. Aku berpuas hati dengan kekemasan penampilan mereka. Aku mengharapkan mereka juga akan memberikan layanan yang baik kepda para tetamu nanti. Nama baik Hotel Grenz perlu dijaga. Layanan yang terbaik akan diberikan kepada para tetama.
Kelihatan beberapa orang kakitangan HR Global memasuki ruang dewan. Aku berada di penghujung dewan. Ralit mataku memerhatikan para pekerjaku menjalankan tugas mereka. Selagi majlis belum tamat, aku berasa agak gementar. Maklumlah ini kali pertama aku menguruskan majlis. Kredibiliti aku mesti tunjukkan kepada pihak atasanku. Walaupun aku masih muda aku mampu untuk menguruskannya. Sekali-sekala Harith akan datang kepadaku untuk bertanyakan sesuatu. Sebaik mungkin aku cuba memaskan hati mereka.
Sepanjang event berlangsung, ralit aku memerhatikan Ryzal. Ternyata dia juga peramah orangnya. Penampilannya yang santai amat menarik sekali. Kurasakan senyumannya agak menawan. Kenapalah sebelum ini dia jarang menghulurkan senyuman ketika berurusan denganku. Kalau tidak, tiadalah aku anggapnya sombong. Sepanjang perbincangan dulu, hanya Harith yang banyak bercakap. Dia hanya diam memerhatikan aku.
Mungkin terasa diperhatikan, Ryzal mengalihkan pandangan ke penjuru dewan. Mata kami bertembung. Dia memandangku dengan tajam. Aku tersentap. Seperti pencuri yang telah ditangkap oleh pemiliknya. Bagi mengelakkan rasa kalut, aku mengalih pandangan, aku berpusing ke arah pekerjaku sambil mulutku rancak mengarahkan mereka melayan tetamu. Macamana boleh kantoi ni. Tula sibuk lagi perhatikan orang. Tapi sememangnya Ryzal mempunyai tarikan. Tidak puas memandangnya.
“ Suka saya?” tegur suara di sebelahku. Ya Allah adakah dia berada di sebelahku. Macamana dia boleh datang sini. Kena cari ayat selamatkan diri ni. Aku berpaling kepadanya dan berlakon seolah-olah terperanjat dengan kehadirannya. Aku cuba bertanya mengenai kekurangan sehinggakan dia datang kepadaku. Sebolehnya aku cuba menyembunyikan perasaan terkejutku.
“ Comel bila awak kalut macam ni.” Ryzal cuba memprovok diriku. Aku agak gelabah. Cis.!! Tak menjadi lakonan aku. Yang terror berlakon si Nina. Terasa apa yang aku pegang dan sentuh semuanya tidak kena. Harumnya bau perfumenya. Wahai hatiku, please stop berdebar. Ryzal ketawa melihat kalutnya aku. Hampeh betul mamat ni. Dia bergerak meninggalkan aku apabila dipanggil oleh stafnya. Fuh lega.
Dari jauh aku perhatikan Ryzal asyik memandang ke arah aku. Ini tidak boleh jadi. Aku bergerak di bahagian belakang dewan. Konon-konon memeriksa bekas makanan. Memastikan makanan yang telah luak sentiasa ditambah. Sambil itu mata masih menjeling ke arah Ryzal. Ternyata dia juga memandang ke arahku. Kalau jeling-jeling macam ni, macamana hati aku nak tenang.
Kelihatan Ryzal bergambar dengan seorang perempuan. Amboi daringnya. Teman wanitanya kah? Cantik juga. Hei... asal aku ni. Nak sibuk hal orang kenapa. Suka aku melihat Ryzal melayan stafnya. Nampaknya dia ni begitu pandai melayan perempuan. Tengok sahajalah. Semua meja staf perempuan yang dikunjunginya. Kalau jadi playboy ni sesuai. Rupa dah ada. Cukup pakej la orang kata.
“ Jom makan.” Sapa suara ditelingaku. Adui dia ni suka sangat tegur aku macam ni. Tadi aku tengok dia masih kat meja di hadapan sana, macam mana dia boleh berada di sini pula. aku hanya menyatakan aku tidak boleh menemani dia makan. Maklumlah sekarang aku tengah bekerja. Dia masih berada di sebelahku. Bertanyakan itu dan ini. Tapi semuanya mengenai aku. Bukannya pasal majlis yang sedang berlangsung. Sepanjang Ryzal bercakap denganku, aku perasan staf perempuannya menunjukkan reaksi kurang senang. Apa jelling-jeling. Aku cucuk dengan garfu baru tahu. Macam lah aku nak sangat bos korang.
“ Saya rasa elok En.Ryzal join staf-staf En.Ryzal nampaknya diaorang dah mencari-cari En.Ryzal tu.” Ujarku.
“ Biarlah mereka. Yang penting saya nak berada bersama gadis cantik ni.” Senyuman diukir kepadaku. Mak oi...hensem siot..baru aku perhatikan betul-betul wajahnya. Boleh cair macam ni. Penat aku meyuruhnya pergi tapi dia masih berada di sebelahku. Akhirnya aku biarkan sahaja. Ke mana sahaja aku pergi dia pasti mengikutnya.
Ryzal suka berada di sebelah Arleena. Dia perasan stafnya menjeling perbuatannya. Malas nak dihiraukan. Yang pasti misi untuk mendapatkan gadis ini lebih penting. Dari tadi dia cuba mengorek perihal diri Arleena. Nampaknya Arleena agak sukar untuk didekati. Bukan mudah untuk menjawab soalannya. Ada sahaja jawapan selamat yang diberikan. Nombor telefon jangan haraplah. Tak apa. Ini Ryzal lah. Kalau aku dah nak memang sampai akhirnya aku akan usahakan.
Majlis selama dua jam setengah telah pun tamat. Lega. Segalanya berjalan lancar. Kelihatan Ryzal dan Harith menghampiriku.
“ Tahniah. Majlis yang bagus.” Tutur Harith. Ryzal hanya menghulurkan senyuman. Setelah bersalaman mereka bergerak meninggalkan majlis. Aku masih tinggal bagi memastikan para pekerja mengemas dewan. Setelah agak berpuas hati aku bergerak ke lobi hotel. Memandangkan jam sudah pukul lima lebih, aku malas untuk naik ke bilikku. Menunggu Nina. Baru sekarang aku berasa letih. Hampir tiga jam aku berdiri. Lenguh betis.
Pesanan ringkas dihantar kepada Nina. Hari ini Nina memandu. Kalau aku memandu, sudah tentulah aku sudah berehat di dalam kereta sambil menunggunya. Ini aku hanya duduk di sofa yang diletakkan di bahagian lobi. Lambat pula Nina ni. Tak sabar nak balik. Kalau berbaring bestnya.
Telefonku berdering. Tiada nama pemilik yang keluar. Hanya nombor yang tertera. Aik siapa pula ni. Aku menekan butang hijau untuk menjawab panggilan tersebut.
“ Assalamualakum.. siapa ni?” aku menyoal.
“ Waalaikumussalam.....tahniah atas majlis tadi..saya Ryzal..” aik macamana dia boleh dapatkan nombor telefonku. Sebelum ini aku berhubung dengan HR Global menggunakan talian hotel.
“ Nak kena usahala kan..Take care. Lain kali kita jumpa lagi.” Ryzal menamatkan panggilannya. Mungkin dia tahu apa yang hendak aku tanya nampaknya dia dahulu menjawabnya. Ah..sudah lain kali? Nampaknya Ryzal tidak mengalah. Dari tadi Ryzal banyak bertanyakan soal dirinya. Tapi dia malas nak melayan sangat. Tak kan perihal dirinya hendak dihebohkan kepada semua orang. Lagipun Ryzal hanyalah klien Hotel Grenz. Bukannya sesiapa dengannya.
Usai aku bercakap dengan Ryzal kelihatan Nina keluar dari lif. Aku bangun. Ingin bersaing dengannya untuk ke pintu utama. Menuju ke kereta Nina di tempat parking.
“ Macamana semua ok?” tanya Nina.
“ Beres...tengok siapa handle.” Balasku berlagak.
“ Ek eleh....” kami berdua hanya ketawa. Dah faham sangat fiil masing-masing. Cakap tak pernah nak menang. Tapi hanya cakap di mulut sahaja. Setelah alarm kereta ditekan, aku meloloskan badanku ke dalam kereta.
“ Ko bawak laju sikit. Aku penat gila ni.” Arahku pada Nina.
“ Amboi....arahan.” memang wajah Arleena menunjukkan riak penat.
Sampai di rumah, Arleena menuju ke biliknya. Ingin membersihkan diri dan baring sekejap. Fuh leganya dapat baring macam ni. Berdentup dentap bunyi apabila dia menggeliat. Ni kalau dilihat ibunya, pasti kena bebel. Arleena terlena. Memang dia betul-betul letih. Mana pernah dia bekerja selama tiga jam tidak duduk. Terasa sakit semua betisnya. Kalau ada yang urut ni best juga.
Usai solat maghrib, Nina ke dapur. Tidak dijenguknya Arleena. biarlah Arleena. lagipun sekarang Arleena tengah bulan mengambang. Selepas dia masak nanti dia akan panggil Arleena. Nina membuka peti ais. Melihat bahan basah yang boleh dijadikan lauk mereka malam ini. Sementara menunggu bahan-bahan basah lembut, dia menanak nasi. Semenjak tinggal dengan Arleena dia telah rajin ke dapur. Kalau tidak dia hanya harapkan pembantu rumahnya.
Malam ini dia akan menyediakan sambal udang dan sayur campur sahaja. Cukup ringkas. Menu di hari bekerja. Kalau hujung minggu barulah mereka akan memasak yang agak berat sedikit. Nasib dia dan Arleena tidak memilih makanan. Kalau tidak jenuh hendak sediakan makanan mengikut citarasa masing-masing. Hujung minggu mula mereka akan melayari intenet mencari resepi-resepi terkini. Tambahan pula Arleena suka mencuba pelbagai jenis masakan.
Setelah makanan siap dihidangkan, dia menuju ke bilik Arleena. tangannya memulas tombol pintu bilik Arleena. Nasib tidak berkunci. Dia masuk untuk mengejut Arleena makan. Nampaknya kawannya itu telah mandi. Arleena bangun dan mengikutnya ke dapur. Setelah membasuh muka, dia duduk di emja makan bersama Nina.
“ Aku penat betullah. Baru sekali. Kalau berderet majlis macamana la kan?” adu Arleena pada Nina.
“ Cepat makan. Nanti ko sambung tidur. Nasib esok tak kerja. Kalau tak mesti ko tuang kan.” Aku mencebik ke arah Nina. sambil makan kami berbual kosong. Perihal Ryzal aku ceritakan juga.
“ Ha..ha..baru padan muka mamat tu kan. Berlagak sangat. Mentang-mentangla dia bos. Kita penyambut tetamu tak mahu dilayan.” Nina tergelak mengingati pertemuan pertama mereka.
“ Tapi kawan dia tu boleh tahanla. Aku suka. Tak ada pula dia call aku.” Ujar Nina.
“ Ko aja lah yang call.” Saranku.
“ Gila ko. Nanti senang-senang dia cop aku perempuan murah.” Nina menggelengkan ekpala. Tahu pun ko. Nina juga boleh tahan rupanya. Prinsip Nina hanya satu. Dia hanya akan melayan lelaki yang diminatinya sahaja. Sepanjang d ia berkawan dengan Nina, belum pernah Nina menyuarakan rasa suka begini. Nampaknya Harith benar-benar menepati pilihan Nina. bukannya senang Nina hendak menerima lelaki. bertuah Harith.
Selepas makan hilang pula rasa mengantukku. Kami melepak di hadapan televisyen. “ Jom layan cerita korea.” Usul Nina sambil menunjukkan cd di tangannya. Bila masa pula dia membelinya.
“ Mana dapat?” soalku.
“ Aku minta ngan Kiki hari tu. Dia cakap best.” Uummp...kalau dengan Kiki memang stok korea sahajalah. Apalah yang disukanya dengan artis korea. Aku tengok macam nak sama dengan perempuan sahaja. Kalau keluarkan statement macam tu depan Kiki, mampus aku diceramahnya. nampaknya malam ni kami akan habiskan masa di depan televisyen. Lepas satu-satu cd ditukar. Akhirnya dua-dua tidur depan televisyen. Rutin orang bujang di rumah sewa. Time esok tak kerjalah malam-malam boleh tidur lewat.
No comments:
Post a Comment