BAB 5
Bermula dari saat aku menguruskan majlis syarikatnya, Ryzal semakin mendekati aku. Itulah dulu pandang aku sebelah mata. Sekarang ni setiap hari tidak sah kalau Ryzal tidak menghantar mesej kepadanya. Nampaknya lelaki itu benar-benar ingin mempunyai hubungan dengannya. Ryzal tidak pernah berputus asa.
Ryzal tidak pernah putus asa untuk mendekati Arleena. baginya Arleena adalahg gadis yang mempunyai aura tersendiri. Telah banyak gadis dikeleknya namun tidak ada yang menyerupai Arleena. tidak ada lagi gadis yang bisa membuatnya hatinya bergetaran hebat. Timbul perasaan rindu. Setiap masa dia ingin menatap wajah Arleena. sebelum ini hanya perempuan yang menggilainya. Siapa yang tidak gilakan lelaki yang kacak dan tampan malah poketnya juga sentiasa penuh. Sesuailah title MD yang disandangnya. Dengan Arleena dia pula yang terpaksa bekerja keras. Segala skill kasanovanya terpaksa digunakan demi memiliki sekeping hati milik Arleena.
Lunch nanti saya jemput. Bagitahu Nina juga. Harith ada sekali
Aku forwardkan mesej Ryzal kepada Nina. Pandai juga dia ni. Kalau aku seorang dah sah-sah aku tak nak pergi. Diangkutnya Nina sekali. Bukannya dia tidak perasaaan Nina dan Harith sentiasa bermain mata. Suka tengok gelagat mereka. Shy-shy cat hihi.. Nina yang kaki redah tu pun boleh control ayu depan Harith. Nampak sangat dia menyukai Harith. Diakui mereka berdua sepadan. Kedua-duanya berasal dari keluarga yang berada. Tidak seperti dia dengan Ryzal. Walaupun dia tidak lah miskin mana, tapi jika dibandingkan dengan keluarga Ryzal jauh juga bezanya.
Arleena memikirkan halnya dengan Ryzal. Dia bukannya bodoh untuk tidak memahami gelagat Ryzal. Perhatian yang ditunjukkan Ryzal kepadanya. Reaksi setiap kali berjumpa. Tutur kata apabila bercakap. Tetapi hatinya masih belum terbuka untuk mempunyai hubungan yang jauh. Cukup baginya sebagai rakan sahaja. Tapi dia tahu bukan itu yang dimahukan oleh Ryzal. Ryzal mahukan hubungan yang lebih serius. Ryzal telah mempunyai segalanya. Sedangkan aku masih baru bertatih. Masih bekum cukup puas berbakti kepada keluarga. Aku takut sekiranya aku berkahwin awal aku tidak memberi komitmen kepada keluargaku. Apatah lagi aku anak sulung. Selagi Kiki belum tamat pengajian, aku rasakan aku perlu membantu keluargaku. Tanggungjawab sebagai anak sulung dirasakan belum terlaksana sepenuhnya.
Bukan sekali dua aku menolak untuk keluar bersama. Bukan apa, aku rimas apabila isu perasaan ditimbulkan oleh Ryzal. Aku juga kasihankan Ryzal. Untuk apa mengharapkan kepada aku. Bagi aku dia cukup sempurna. Setiap kali keluar dia akan mendapat perhatian daripada gadis-gadis yang melintasinya. Pasti ada mata-mata yang menjeling kami. Aku rasa aku tidak patut berada di sebelahnya. Sebab itulah apabila hendak keluar bersama dia akan pastikan penampilannya tip top. Barulah setanding untuk berjalan dengan si kacak.
Berlainan pula dengan Nina. Dia selalu mengatakan aku sama padan dengan Ryzal. Sama cantik, sama kacak. Bukan aku perasan tapi Nina yang kata ok!
Ryzal tidak sabar untuk keluar bersama Arleena. Sengaja diajak Harith sama. Dia sudah faham peel Arleena. Tidak akan keluar jika hanya mereka berdua. Nasib juga baik apabila Harith juga meminati Nina. Peluang untuknya cerah. Cuma usahanya sahaja yang mampu menjadikan Arleena miliknya. Dia juga perasan setiap kali keluar Arleena pastinya menjadi perhatian mata-mata lelaki di luar sana. Arleena tidak perlu berpakaian menjolok mata sepertimana perempuan yang didampinginya sebelum ini.
Dalam keadaan bertudung pun Arleena dirasakan amat seksi. Sentiasa membuatkan hati lelakinya bergetar hebat. Dirasakan Arleena sebutir permata yang perlu dimiliki. Rugi jika dilepaskan. Apatah lagi dari Nina dia mengetahui Arleena belum mempunyai kekasih.
Tepat jam dua belas setengah, tengah hari Ryzal dan Harith telah berada di hadapan Hotel Grenz. Jika lewat takut Arleena meninggalkannya. Menunggu Arleena tanpa sabar. Rindu hendak menatap wajah gadis pujaannya. Mesej telah dihantar kepada Arleena.
“ Relaksla bro...” Harith menegur rakannya itu. Dari tadi dirasakan Ryzal gabra semacam. Sebenarnya dia juga berperasaan yang sama. Rindu hendak melihat wajah cinta hatinya. Mana sama dengan berbalas mesej atau call sahaja. Sebab itulah bila Ryzal mengajaknya tadi dia tidak lepaskan peluang. Walaupun kerja masih berlambak tapi ditangguhkan dahulu. Bukannya senang hendak berjumpa cinta hatinya. Nampaknya dia harus meluahkan segera perasaannya kepada Nina. kronik asyik memendam rasa.
“ Eleh kata aku. Ko pun sama. Hati ada taman juga kan. Nak harapkan ajak diaorang keluar tak de maknanya.” Ryzal menyakat Harith kembali. Akhirnya kedua-dua ketawa. Malu tapi mahu. Shy-shy cat betullah.
Akhirnya kelihatan si dara masing-masing di pintu utama hotel. Harith keluar dari kereta. Ryzal hanya memerhatikan dari dalam kereta. Dia yang sebagai pemandu hari ini. Cukuplah sekadar Harith yang keluar menyambut mereka. Cantiknya gadisku! Terasa rama-rama terbang riang dalam perutnya. Ni yang sayang lebih. Harith mempersilakan si dara masuk ke dalam kereta.
Arleena masuk dahulu diikuti Nina. Kini dia berada di belakang Ryzal dan Nina di belakang Harith. Ryzal melontarkan senyuman kepada Arleena. Dia memulakan pemanduannya. Ryzal memilih Restoran Selera Kampung. Sekali sekala merasa masakan kampung enak juga. Tahu sangat kegemaran Arleena. Dia beriringan dengan Arleena untuk mengambil makanan. Sentiasa berada di belakang Arleena. Walaupun Arleena berbaju kurung tapi dia berasa Arleena sangat seksi. Tengok sahaja kepada mata-mata nakal yang memerhati Arleena. Ke mana sahaja Arleena pergi membuatkan mata-mata nakal asyik menoleh. Timbul geram di hatinya. Kalau ikutkan hati hendak sahaja dijeritkan Arleena isterinya. Biar semua mata tidak lagi memandang gadisnya.
Usai memilih lauk dia dan Arleena kembali ke meja. Giliran Nina dan Harith pula mengambil hidangan. Dia duduk bersebelahan dengan Arleena. dia membuang tulang ikan keli di dalam pinggan Arleena. tidak mahu gadisnya tercekik tulang. Prihatin sungguh. Siapa tak sayang awek ooi... walaupun ditegah Arleena tapi tetap dilakukannya. Sambil itu dia menjeling lelaki yang berada di sebelah mejanya. Dia tahu dari tadi lelaki di situ menjeling Arleena sejak mereka sampai tadi. Sebab itu dia sengaja merapatkan diri dengan Arleena. Biar mereka tahu Arleena miliknya. Nampak perubahan pada wajah mereka. Ryzal tersenyum puas.
Arleena memerhati gelagat Ryzal. Bukannya dia tidak perasan dengan kelakuan Ryzal. Malas dilayannya takut akan berlarutan pula nanti. Dia perasan ada saja mata-mata yang melihatnya. Tapi dia tidak pernah berbangga diri. Biarlah mereka mahu melihatnya asalkan mereka tidak mengganggunya. Siapa dia hendak menghalang pandangan orang. Masing-masing mempunyai mata.
Yang dia tidak puas hati habis ikan kelinya dibuang tulang oleh si Ryzal. Dahla dia suka menggigit tulang-tulang di sebelah tepi ikan keli itu. Tidak terasa nikmat sekiranya tidak dapat menggigit di bahagian itu.
Semua staff berkumpul di assembly area seperti memo yang diberikan kepada unit-unit yang terdapat dalam Hotel Grenz. Hari ini pemilik Hotel Grenz akan memperkenalkan anaknya kepada kakitangan hotel sekaligus menggantikan tempatnya. Desas – desus mengatakan yang anak Dato’ Kamaludin boleh tahan hensemnya. Kalau dilihat kepada Dato’ Kamaludin sendiri, aku tidak merasa hairan kerana walaupun telah berusia namun wajahnya masih mampu menarik perhatian wanita-wanita di luar sana. Apatah lagi beliau berkahwin dengan wanita warga Australia. Sudah tentulah hasil perkahwinan campur mereka mampu melahirkan zuriat yang good looking…
Kelihatan Datuk Kamarudin menghampiri stage di hadapan assembly area. Kelihatan seorang pemuda mengiringinya. Pemuda tersebut memakai kot berwarna kelabu. Aku tidak dapat melihat dengan jelas wajah pemuda tersebut kerana kedudukan aku agak terlindung dan dihadang oleh seorang pekerja yang berbadan besar di hadapanku.
Seperti biasa majlis perhimpunan akan didahului dengan bacaan doa oleh pengurus bahagian pengurusan. Selepas itu dia menjemput pemilik Hotel Grenz untuk memberikan ucapan.
“Assalamualaikum W.B.T… semua sedia maklum tujuan perjumpaan kita pada pagi ini adalah untuk memperkenalkan anak saya bagi menggantikan tempat saya menerajui hotel ini. Kepimpinan daripada orang muda mungkin akan menaikkan lagi nama Hotel Grenz. Saya sudah lama di hotel ini dan tiba masanya saya berehat. Saya perkenalkan anak saya Ian Rayyan bin Dato kamarudin. Selepas ini beliau akan ambil alih tugas saya di hotel ini. Saya amat berharap agar kamu semua dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada beliau..” ujar Dato Kamarudin dengan panjang lebar.
Usai Dato Kamaludin berucap, kelihatan pemuda tersebut bangun dan menundukkan diri tanda hormat kepada kakitangan hotel. Seterusnya pemuda tersebut berjalan ke hadapan untuk memberikan ucapan sebagai tanda pengenalan dengan kakitangan hotel.
“ Terima kasih kepada Datuk Kamarudin yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk meneruskan deligasinya terhadap Hotel Grenz. Saya amat berharap saudara-saudari dapat memberikan kerjasama dan tunjuk ajar kepada saya bagi membawa kegemilangan Hotel Grenz…” usai En. Ian Rayyan berucap dia berjalan menuruni stage dan bersalaman dengan kakitangan hotel.
Ketika pemilik baru hotel sedang berucap Nina mencuit siku ku..aku berpaling ke arahnya sambil mengerutkan kening tanda hairan dengan tingkahnya.
“ Hensem siooot…” Nina menunjukkan muka terujanya.
“ Ye ke?” aku menyoal Nina kerana pandangan aku agak terhadang. Walaupun aku tidak dapat melihat dengan jelas namun suara garaunya menarik perhatianku. Entah kenapa aku berasa sesuatu apabila mendengar suara tersebut. Aku amat tertarik dengan suaranya. Garau dan serak-serak sedikit. Terasa kata-katanya menusuk ke hati. Sesuatu yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Sambil itu aku bergerak ke kiri menghampiri Nina supaya aku dapat melihat dengan jelas. Aku terpegun dengan keindahan kurniaan Tuhan terhadap insan di hadapanku. Kulit putih kemerahan, hidung mancung, tinggi..tegap..ni mesti ada six pack..cukup sempurna kejadiannya. Di tambah pula rambutnya yang dibuat ala Mohawk..begitu kena dengan wajahnya. Pakaian yang membaluti tubuhnya lebih menampakkan imej korporat. Tentulah berjenamakan.
Aku amat pasti di minda para pekerja wanita bersetuju dengan pendapatku. Pastinya topik hangat sepanjang minggu ini ialah mengenai kekacakan bos kami. like father like son la. Ni belum tengok ibunya. Sepanjang hampir setahun aku bekerja di sini, belum pernah aku melihat wajah isteri pemilik hotel ini.
Setelah bersalaman hampir dengan separuh kakitangan hotel, kelihatan En. Ian Rayyan, Datuk Kamarudin serta beberapa pemegang saham mula meninggalkan assembly area.
“ Ala…. Tak sempat sampai la turn kita..” aku menoleh kepada Nina sebaik sahaja mendengar keluhannya.
“ Relaksla…macam selepas ni ko tak jumpa dia..”
“ Jumpa memangla..tapi nak salam tu rasanya tak ada harapan la…Nina menggosok-gosok tapak tangannya..kalau aku jadi girlfriend dia lainla…”
“ Yang ko ni gatal sangat kenapa? Agak-agakla orang hensem macam tu tak der makwe..”
“ Ala..relaks la..Aku gurau-gurau jelah..”
“ Jomla masuk kerja..tengok semua orang dah bergerak tu..” aku menarik lengan Nina untuk meninggalkan kawasan tersebut.
Kelihatan semua kakitangan beredar menuju ke unit masing-masing untuk memulakan tugas mereka. Sebelum berpisah untuk ke unit masing-masing, aku dan Nina berjanji untuk keluar makan tengah hari di tempat biasa.
Hari pertama Ian Rayyan memulakan tugasnya sebagai CEO Hotel Grenz. Di usia muda, memegang jawatan ini memerlukan komitmen yang tinggi. Dia perlu memastikan Hotel Grenz sentiasa berkembang maju. Bukannya satu kerja mudah yang perlu dilakukan. Perniagaan yang diusahakan oleh papanya sejak lebih tiga puluh tahun dulu.
Sebelum ini Ian Rayyan banyak menghabiskan masanya di luar negara berbanding dengan negara asalnya. Mamanya, Puan Serena berasal dari Australia. Sejak dari kecil lagi dia sudah menetap di Australia. Sekali sekala sahaja pulang ke tanah air. Sejak Puan Serena pulang menetap di Malaysia, dia tinggal bersama adik Puan Serena. Ian Rayyan tidak dibawa bersama pada ketika itu dia dan suaminya sedang rancak menaikkan nama Hotel Grenz. Ketika itu masanya banyak dihabiskan di Hotel Grenz. Ian Rayyan ditinggalkan di Australia dan membesar bersama-sama sepupunya iaitu anak Aunty Sally, adik kepada Puan Serena. Setelah menamatkan pengajiannya di London, dia terus pulang ke Australia. Tinggal bersama-sama sepupunya kerana papa dan mamanya sudah pulang ke Malaysia. Dia lebih selesa tinggal di sana. Bekerja di hotel milik bapa saudaranya.
Kebelakangan ini, papanya selalu memintanya supaya pulang. Papanya dikatakan sudah tidak larat bekerja. Mahu dia pula menyambung legasi Hotel Grenz. Apatah lagi adik bongsunya, Qaira tidak meminati bidang perhotelan. Adiknya lebih meminati dunia fesyen sama dengan mamanya. Membuka butik dengan jenamanya sendiri adalah impian adiknya.
Termakan dengan pujukan papanya dan ditambah pula semua sepupunya sudah berkahwin, dia tidak mahu mengganggu masa mereka bersama mereka. Akhirnya dia pulang juga ke Malaysia. Kesian dengan orang tuanya. Sampai bila hendak dibiarkan papanya bekerja. cuaca di sini dirasakan agak panas. Sebab itulah dia tidak suka pulang ke sini. ini menyebabkan dia tidak berapa rapat dengan saudara maranya.
Tidak seperti adiknya yang lebih suka tinggal di Malaysia. Malah adiknya lebih mengenali saudara-mara mereka. Salah satu faktor yang papanya meminta dia pulang adalah disebabkan oleh ini. Papanya risau jika dia dan isterinya tiada nanti, sekurang-kurangnya anak-anak mereka masih mempunyai saudara mara untuk diminta tolong. Dia mahu anak sulungnya itu rapat dengan saudara maranya. Mengenali asal usul mereka.
Ian Rayyan memerhatikan kesesakan lalu lintas dari cermin tingkap di biliknya. Sejak dari tadi dia lebih suka berada di situ. Cuaca diluar agak cerah. Baginya lebih selesa berada di dalam hotel, cuaca sejuk. Kalau macam ni nampaknya selepas matahari terbenamla aku pulang. Memang dia tidak tahan panas seperti ini.
Ian Rayyan berbaring di sofa. Sejak pulang dari Australia ini saja kerjanya. Masih mencari mood untuk sesuaikan diri. Dia bukannya mempunyai kawan-kawan di sini. Rykarl satu-satunya kawan yang dia ada di sini. Itupun Rykzrl berada di pantai timur. Menguruskan perusahaan chalet keluarganya. Rykarl juga berkecimpung dalam perniagaan yang sama dengannya. Sejak balik ke sini, dunia Ian Rayyan hanyalah Hotel Grenz dan rumah orang tuanya. Seharusnya Ian Rayyan mencari seorang teman di sini.
Dato Kamarudin sedang berehat di ruang tamu. Rumahnya sunyi. Maklumlah dia hanya mempunyai sepasang anak sahaja. Ian Rayyan masih belum pulang. Diperhatikan anak bujangnya itu masih cuba menyesuaikan diri dengan suasana di sini. Ian Rayyan akan pulang pada waktu malam. Setelah matahari menghilangkan diri. Isterinya telah memberitahu yang Ian Rayyan mengadu tidak tahan panas di sini. Anak manja. Anak sulungnya nampak sahaja kuat tetapi manjanya kadang-kadang mengalahkan adiknya. Qaira lebih kelihatan matang dari usianya. Dia bersyukur anak-anaknya sentiasa mendengar kata. Baik Ian mahupun Qaira. Sejak kecil mereka berdua tidak pernah menyusahkan mereka.
Sebab itulah dia mahukan Ian Rayyan menetap di tanah airnya sendiri. mahu membentuk jati diri melayu dalam diri anaknya. Tapi dia bersyukur, walaupun dinesarkan di luar negara anaknya itu tidak terpesong dengan budaya barat.
Dia berharap Ian Rayyan akan dapat menyesuaikan diri dengan suasana di sini. Dia tidak mahu berasa tidak selesa. Anak sulungnya itu bukannya jenis suka bercerita. Lebih suka memendam perasaan. Tidak seperti Qaira yang lebih suka berterus terang. Itulah sebab Ian Rayyan sentiasa mengalah terhadap adiknya. Itu ragam ketika mereka masih kecil. Walaupun Qaira sentiasa berjauhan dengan abangnya, hubungan mereka masih rapat. Sentiasa berhubung antara satu sama lain. Dia juga bersyukur walaupun usianya banyak dihabiskan di luar negara, Ian Rayyan masih mengetahui adat resam budaya melayu.
Puan serena keluar daripada dapur. Menatang segelas kopi. Kebiasaannya suaminya apabila menonton televisyen. Dulu suaminya akan meminta kopi ketika meneylesaikan kerja-kerja pejabat di dalam bilik kerjanya. Sejak semua urusan diserahkan kepada anak sulungnya, suaminya lebih banyak berehat. Lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah. Dia juga berasa lebih tenang sekarang. Mereka akan ke masjid bersama-sama. Kadang-kadang ditemani anak gadisnya.
Yang penting, suaminya kini lebih banyak menghabiskan masa dengannya. Setiap petang menemaninya melayan dia dengan pokok-pokok bunganya. Cukuplah selama ini suaminya telah bekerja keras. Biarlah usahanya disambung oleh Ian Rayyan. Dia juga percaya anak sulongnya itu mampu mengendalikan Hotel Grenz secekap papanya. Bapa borek anak rintikkan.
Mengingati anak sulungnya itu dia agak gusar. Ian Rayyan tidak meluahkan mengenai perasaannya. Sepertimana anak muda lain yang tika ini sibuk kelek teman wanita. Sejak balik ke sini tidak pernah Ian Rayyan keluar malam. Tidak pernah bercerita mengenai wanita idaman. Tidak terbukakah hati anaknya untuk mencintai dan dicintai? Takkan sekacak Ian Rayyan tidak ada perempuan yang meminatinya. Ketika Ian Rayyan masih berada di luar negara, dia sering bertanyakan adiknya mengenai Ian.
Ian Rayyan tidak pernah membawa perempuan balik ke rumah. Kata adiknya tidak pernah Ian Rayyan menyebut nama perempuan. Tidak seperti sepupu sepupunya yang lain. Jauh di sudut hatinya berdoa agar suatu hari nanti Ian Rayyan akan mempunyai keluarganya sendiri.
“ Airnya bang,” Puan Serena meletakkan dulang yang dibawanya di meja hadapan suaminya. Matanya melirik ke arah jam di dinding. Menghitung waktu anak bujangnya pulang ke rumah. “ Abang tak kesian ker dengan Ian?” tanya Pn.Serena kepada suaminya.
Dato Kamarudin mengalihkan pandangan ke arah isterinya. “ Apa maksud mama?” tanyanya kembali.
“ Kasihan kat Ian. Mama rasa nak carikan dia kawan. At least tak adalah dia sorang-sorang kat sini. Ada juga dia keluar. Ini hotel dengan rumah saja lifenya. Keluar pagi balik malam. Takut panas pun ia.” Panjang lebar Puan Serena meluahkan perasaannya.
“ Mama jangan nak plan apa-apa yer. Papa rasa kita biarkan Ian sesuaikan diri dulu. Anak kita tu masih puteri lilin. Tak tahan panas.” Risau juga Dato Kamarudin kalau isterinya ingin memperkenalkan anak kawan-kawannya. Baginya biarlah Ian tentukan sendiri hidupnya. Ian sanggup pulang ke sini pun dia sudah berasa syukur. Puan Serena terdiam. Tidak menjangka rancangannya dapat dibaca oleh suaminya. Sebenarnya dalam kepalanya telah ada beberapa orang anak gadis kenalannya untuk dikenalkan kepada anak bujangnya. Nampaknya dia terpaksa menangguhkan dahulu hasratnya.
Dalam mereka berborak, kedengaran bunyi kereta memasuki halaman rumah. Ian Rayyan telah pulang. Puan Serena bergerak ke arah pintu. Ingin menyambut anak sulongnya. Sepatutnya dalam usia begini, isteri yang akan menyambut kepulangan Ian. Ian tersenyum ke arah mamanya yang setia menunggunya di muka pintu. Dia bersalaman dengan mamanya. Inilah rutin mamanya sejak dia pulang ke sini. tidak pernah lupa untuk menyambutnya pulang.
“Abang dah makan?” Di rumah Ian dipanggil abang. Qaira pula dipanggil adik. Ian hanya menggeleng kepala. Tahu sangat Puan Serena dengan sikap anaknya itu. Sudah tahu mempunyai gastrik yang agak teruk tetapi dia tidak pernah menjaga makannya.
“ Pergi mandi mama panaskan lauk.” Arah Puan Serena kepada anaknya.
“ Tak payah panaskan mama. Abang nak makan sekarang.” Tegah ian kepada mamanya. Dua beranak itu menyusung ke arah meja makan. Sebelum itu Ian bersalaman dengan papanya yang berada di ruang tamu. Nasiblah Puan Serena tidak mengemas lagi hidangan di atas meja. Sengaja disimpan untuk anak bujangnya.
No comments:
Post a Comment