Wednesday, 9 April 2014

BAB 11---SAYA SAYANG AWAK


Sebelum memulakan kerja, aku mengemas mejaku yang agak berterabur. Maklumlah semalam aku tergesa-gesa keluar untuk berjumpa klien. Kebiasaannya klien akan datang berbincang di pejabatku sahaja. Tetapi tidak bagi klien yang satu ini. Datin Mona. Semua urusan mesti datang ke rumahnya.  Dia ni lubuk emas bagi Hotel Grenz. Jadi aku kena pastikan layanan yang terbaik diberikan kepadanya.  Selesai berurusan dengannya, aku terus pulang ke rumah. Itu menyebabkan aku tidak sempat untuk mengemas mejaku.

 

Tingkah laku Mr. Ian membuatkan aku sentiasa berfikir. Adakah dia meminati aku? Tapi dia tak pernah menyuarakan perasaannya kepadaku. Kalau la aku ni perempuan yang perasan, sudah tentulah aku anggap Mr. Ian Rayyan menyukai aku memandangkan layanan yang diberikan kepadaku.  Takkanla aku yang perempuan ni nak mulakan dulu. Alahai Mr. Ian Rayyan bersuarala…. Bersuarala… Bukan susah pun nak cakap psst… I love u… hehe…aku mula berangan. Kalau sudi katakan sudi tak la aku ternanti-nanti. Hai Arleena gatal jugak ko ni ye..Aku tersengih sendirian sambil memeluk patung Naruto kesayanganku…

I’ m in love with your smile....

I’ m in love with your voice....

I’ m in love with your body....

I’ m in love with your laugh...

I’ m in love with your eyes...

Love everything with you.....

Aku suka segala-galanya mengenai Ian Rayyan Dato Kamaludin. Bukan kerana dia anak dato. Bukan juga kerana dia jutawan. Tapi hati aku senang apabila berada berdekatannya. Satu irama yang cukup merdu bermain dalam hatiku. Melahirkan rasa getar di hati. Aku rasakan dalaman juga menarik seperti parasnya. Inilah baru tepat kita katakan cantik luar, cantik dalam. Mr. Ian merupakan seorang bos yang amat mengambil berat soal kebajikan pekerja.

Sudah tiga hari aku tidak melihat kelibat Mr. Ian. mengikut pesanan ringkas yang dia hantar kepadaku sebelum ini esok dia akan pulang dari outstation.  Sepanjang ketiadaannya, terasa mood malas bekerja tiba-tiba muncul. Tidak sabar menanti hari esok. Ingin menatap wajah kesayangannya. Kronik juga kalau menyukai dalam diam ni. Dapat melihat kelibat Mr. Ian boleh memberi semangat untuk melakukan kerja.

 

Hari ini giliran aku memandu. Aku memanaskan enjin kereta. Ye..ye.. hari ini boleh lihat wajah yang dirindui. Baru ada mood nak bekerja. Ini kalau diketahui Nina mahu tak sudah-sudah digelakkan aku. Dari cermin belakang, kelihatan Nina sedang mengunci pintu. Kami telah mengaturkan begitu. Semua kerja dikongsi bersama. jika aku memandu, Nina perlu mengunci pintu rumah dan pagar.   Setelah Nina selesai mengunci pintu pagar, aku menggerakkan kereta kea rah luar pagar. Memberi ruang kepada Nina untuk mengunci pagar pula. kami tidak pernah membiarkan pagar tidak berkunci. Keselamatan harus dijaga. Tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.

                Sampai sahaja di hadapan hotel, aku memakir kereta di ruangan parkir yang kosong. Hari ini nasib kami agak baik. Dapat parking di bahagian depan hotel. Pulang nanti tak ada la jauh sangat nak berjalan. Setelah mengunci kereta, kami sama-sama berjalan ke arah pintu masuk hotel. Sambil berjalan menuju kea rah lif aku meraba-raba ke dalam tas tanganku. Mencari telefon. Selalunya aku akan selitkan di bahagian zip belakang tas tanganku. Tiada pula ni. Tak kanlah aku terlupa.

            Melihat Arleena kalut, Nina menegurnya. “ ko kenapa?” soal Nina.

            “ Telefon aku ni mana pulak perginya. Selalu kat zip belakang ni jer.” Nina berasa hairan. Jarang Arleena lalai dengan barang-barangnya. Sesuatu terlintas di fikirannya.

“ Lepas cakap ngan Kiki tadi ko dah masukkan dalam beg ke? Mendengar pertanyaan Nina barulah Arleena teringat. Pagi tadi ketika bersarapan Kiki ada menelefonnya. Kemudian telefon tersebut diletakkan atas meja. Dia bangun mengangkat pinggan dan cawan ke singki. Setelah membersihkan emja, diamterus keluar membawa mask beg kerja ke dalam kereta. Oleh kerana gilirannya memandu, dia terus menunggu Nina di dalam kereta. Nampaknya telefon dia tertinggal di meja makan.

“ Aaah la. Aku tertinggal atas meja. Nanti apa-apa ko call no ofis aku la ek.” Aku berpesan kepada Nina.

“ Aku lunch dengan Harith. Ko nak join ker?” tanya Nina.

“ Rasa tak kot. Hari ni aku nak checklist orderla. Sibuk sikit. Aku joint Kak Yati jer.” Jawabku. Hari ini aku banyak kerja. Ingin menyemak borang pesanan. Malas mahu mengganggu privasi mereka. Selalunya kalau Ryzal turut serta awal-awal lagi Ryzal akan memaklumnya. Ini Ryzal senyap sahaja.

“ Petang nanti tepat pukul lima punch card ye. Kiki habis kelas kul empat.” Pagi tadi Kiki telah mengajak kami menemaninya ke Plaza Low Yatt. Dia hendak membeli laptop. Aku rasa baru sahaja Kiki beli laptop, dah rosak. Apalah yang dibuat oleh adiknya itu.

“ Ok beres.” Jawab Nina.

Setelah masuk ke dalam bilikku, aku meletakkan tas tangan di tempat biasa. Remote aircond dicapai. Aku hanya memasang pada suhu sederhana. Ketika duduk aku baru perasan terdapat beg kertas di atas meja. Aku membukanya. Di dalamnya terdapat sehelai shawl. Tiada nota yang ditinggalkan. Siapa yang bagi ye. Termangu sekejap. Setelah teringat aku tersengih. Bila pula dia letakkan. Sudah datangkah dia? Rasanya tadi dia tidak perasan kelibat kereta Mr. Ian.

Tentulah daripada Mr. Ian. dia kan baru balik dari outstation. Begitulah perangainya. Setiap kali berpergian, tidak pernah lagi dia tidak membelikan sesuatu kepadaku. Macamana lah aku tidak menganggapnya special dalam hatiku. Tapi itu hanya perasaanku. Mr. Ian tidak pernah menyuarakan isi hatinya kepadaku. Malah dia tidak pernah mengajakku keluar di luar waktu kerja. Kami hanya keluar waktu pejabat. Itupun ketika makan tengah hari sahaja. Berjumpa business associate kononnya. Tapi kadang-kadang hanya kami berdua sahaja yang makan. Kalau bertembung dengan kakitangan hotel pastinya akan menjadi isu hangat.

Perhatian daripada Mr.Ian boleh dianggap dia seorang yang romantik. Suara garau dan sedikit serak itu dirasakan seksi, selalu sahaja membuatkan bulu romanya meremang. Berada di sisinya membuatkan dia sering lemah lutut. Perfume Mr. Ian mengoyahkan naluri wanitanya. Ingin  melekat di badan bosnya sahaja. Alangkah seronoknya berada di dalam dakapan Mr. Ian. Arleena tersengih seorang diri. Gatal juga aku ni.

Sementara itu di dalam biliknya, Ian Rayyan puas mendail nombor Arleena tapi tidak berangkat. Geram. Itu yang dia rasakan. Sudahla lama dia tidak menatap wajah gadis pujaannya. Call tak berangkat pula. mesej tidak dibalas. Kalau dia pergi ke bilik Arleena, nampak gelojoh pula. takut stafnya bercakap pula nanti. Issh Arleena...angkatla...Ian mencuba lagi sekali mendail nombor telefon Arleena. masih sama. Panggilan tidak bersambut. Ian merengus. Sekejap lagi dia perlu berjumpa dengan papanya pula. ketika dalam perjalanan pulang tadi, dia menerima panggilan daripada papanya. Meminta dia pulang ke rumah pagi ini. Mesti ada sesuatu yang penting. Kalau tak papanya tidak akan mengganggunya bekerja. Dia pun tidak bersoal panjang. Apatah lagi hatinya begitu teruja untuk berjumpa buah hatinya.

Ian keluar daripada biliknya dengan hati yang geram. Masih tidak dapat menghubungi Arleena. Pulang dari berjumpa papanya nanti, dia akan mencari Arleena di biliknya. Hendak mencari sekarang, dia kesuntukan masa.

 

No comments:

Post a Comment