Arleena dan Nina berada di KLIA. Menanti
ketibaan Ryzal dan Harith. Lewat malam tadi Ryzal menghantar mesej meminta dia
mengambilnya. Lagipun dia juga merindui Ryzal. Sejak dia dapat menerima Ryzal,
sudah timbul sedikit perasaan sayang kepada Ryzal. Sudah pandai erti rindu.
Agaknya inilah perasaan Ryzal apabila menantinya selama ini.
Nina
memerhati rakannya di sebelah. Nampak sangat gugup Arleena. agaknya rakannya
itu sedang menyusun ayat untuk berterus terang dengan Ryzal. Mahu menjerit Ryzal
dalam airport ni. Nina membiarkan
sahaja Arleena melayan perasaannya. Dia meyambung kembali meneliti akaun facebooknya.
Kedengaran pengumuman ketibaan penerbangan
dari Kuching. Semakin laju degupan jantung Arleena. macam nak gugur. Tidak tahu
bagaimana reaksi Ryzal. Ibunya menjerit kuat apabila dikhabarkan dia telah
mempunyai pasangan. Tidak sabar-sabar ibunya meminta dia membawa Ryzal pulang
ke kampung. Jarinya dipatah-patahkan. Mengusir rasa gugup.
“ Relaksla.. muka ko ni
cuak sangatla. Bukan nak kahwin sekarang pun.” Arleena menjeling Nina. tidak
ada suara untuk membalasnya. Apa yang dia tahu tika ini tangan dia sejuk. Muka
aku ni pun satulah, cepat sangat menunjukkan perubahan. Tak boleh cover langsung.
Matanya
diarahkan kepada pintu keluar. Berpusu orang ramai keluar. Dia masih menanti.
Kelihatan Ryzal dan Harith. Masing-masing hanya membawa beg galas. Sempoi
sungguh orang lelaki. kalau dialah sudah tentu banyak beg. Biasala kelengkapan
orang perempuan kan elbih banyak dari orang lelaki. Arleena memerhati langkah
Ryzal. Dari jauh Ryzal melontarkan senyuman. Baru sekarang dia nampak Ryzal
cukup segak. Nina menyiku Arleena. Arleena mempamer muka bodoh kepada Nina.
hampeh punya kawan. Tak habis-habis nak kenakan aku.
“ Ko jangan lebih-lebih
ek. “ aku bersuara tegas.
“ Eleh... hero datang
ko kerek eeq...”. balas Nina.
Ryzal
semakin dekat. Arleena rasa semakin gugup. Apasal aku ni. Macam first date saja. Padahal selama ni elok
jer aku dengan Ryzal.
Ryzal
perasan akan kelainan dengan Arleena. kenapa Arleena nampak malu-malu ni? Ada
tak kena ker dengan aku ni. Timbul tanda tanya dalam kepala Ryzal. Merahnya
pipi Arleena. setahunya Arleena bukanlah seorang yang gemar memakai make up.
Terasa kelainan pada Arleena tapi apa ye?
Nina
mendekati Harith. Tengok diaorang ni aku pula yang rindu. Haha...kalau Harith
tahu ni mahu aku digelak sakan. Nina memberi senyuman kepada Harith. Semanis
senyuman diberikan.
“ Awak...hari ni kan
ada orang nak belanja makan. Jom kita pilih tempat paling best.” Harith dan
Ryzal saling berpandangan. Terasa pelik. Apatah lagi melihat muka Arleena
semakin merah. Gelabah. Nina menarik Harith agar berjalan meninggalkan merpati
sejoli itu.
“ Aku tunggu kat
kereta. Jangan lambat.” Ujar Nina.
Arleena
memerhati langkah Nina. Hampeh punya kawan. Dia ni tak boleh simpan rahsia
langsung. “ Ada sesuatu yang saya tak tahu ker?” tanya Ryzal. Arleena menjeling
manja ke arah Ryzal. Ish.. nak cakap macamana ni. Tak kan nak cakap saya nak
jadi makwe awak. Kan kata gelojoh pula. matanya tidak berkalih dari memandang
Ryzal.
“ Are you flirting me?”
Ryzal rasa dia dapat mengagak sesuatu. Kalau tak, tak kanlah Arleena malu-malu
dengannya. Tidak pernah Arleena memandangnya sebegitu rupa.
Merah muka Arleena
mendengar kata Ryzal. “ Jomlah. Nanti bising pula Nina.” Arleena berpusing
untuk mengekori Nina. tindakan spontan dari Ryzal. Dia menarik tangan Arleena.
sebelum ini tidak pernah dia menyentuh Arleena. tergaman dengan tindakan Ryzal.
Rasa getaran. Macam arus elektrik yang mengalir ke dalam tubuhnya. Kejang
rasanya. “ Please...tell me.” Lembutnya suara Ryzal. Aduhai...lomeh lutut
den...
“ Arleena..please say
something...” Ryzal masih tidak berpuas hati. Selagi Arleena tidak berterus
terang dia tidak merasa senang. Jemari Arleena bertaut erat dengan jemari
Ryzal. Kejap genggaman Ryzal. Tiada halangan dari Arleena. ini yang menguatkan
lagi rasa di hatinya. Adakah Arleena telah menerimanya? Kalau tak, takkan
Arleena membiarkan sahaja jari mereka bertaut.
Ryzal menghampiri
Arleena. Jarak mereka agat rapat. Arleena sedikit mendongak. Ryzal lebih tinggi
darinya. Terasa deru nafas Ryzal di mukanya. Panas.
“ Be mine?” tanya
Ryzal. Arleena senyum sambil mengangguk. Berbunga rasa hati Ryzal. Penantiannya
berbaloi juga. Sungguh indah. Patutla Arleena lain dengannya. Terasa ingin
memeluk Arleena. sabar-sabar. Tak perlu gelojoh. Elok Arleena menerimanya nanti
disebabkan sikap gelojohnya langsung semua tak jadi.
Arleena menarik nafas
lega. Tak perlu dilafazkan kerana Ryzal sendiri bijak meneka. Maklumlah orang
yang telah lama mengharap. Senang sedikit kerjanya.
“ Oo.. tu yang Nina
cakap macam tu tadi? Jom abang belanja. Ayang nak makan kat mana?” Amboi cepat
benar Ryzal menukar bahasa dirinya. malunya aku. Ryzal melebarkan senyuman.
Terasa dia lelaki paling beruntung di dunia. Dapat memiliki sebutir permata
yang tiada nilainya. Ingin dia menjerit biar semua orang tahu perasaannya
ketika ini. Hatinya penuh dengan rama-rama yang terbang riang.
“ Awak nanti depan Nina
jangan guna abang tau.”
“ Kenapa pula?” soal
Ryzal balik.
“ Malu la..”
“ Habis bila nak
panggil abangnya. Takkan nak guna awak...saya kot?”
“ Ala...bolehla..”
rengek Arleena. Aduhai manjanya. Kalau macam ni kena cepat-cepat kahwinla.
“ Jomla nanti bising
pula Nina.” aku mengajak Ryzal menuju kereta yang diletakkan di luar balai
ketibaan. Ryzal masih lagi menggenggam jariku. Rasa satu perasaan aneh. Rasa
halus yang menyentuh hati. Rasa disayangi.
Sepanjang mereka
berjalan, Ryzal tidak putus-putus senyum ke arah Arleena. Hanya mata berbicara.
Menyampaikan rasa hati masing-masing. Bila badan boleh berinteraksi bicara
tidak perlu lagi. Yang pasti impian mereka akan bersatu. Pelangi indah terbit
di wajah masing-masing. Cukup ceria.
Dari dalam kereta Nina
dan Harith memerhati pasangan yang berjalan ke arah kereta mereka. Nampak
begitu sepadan. Si kacak dan si cantik. Nina tersengih-sengih. Semoga bahagia
sahabatku. Harith memerhati Nina. Nampaknya Ryzal telah maju setapak darinya.
Dia pun mampu juga seperti Ryzal. Dia amat menyukai Nina. dunianya rasa
bersinar dengan gelagat Nina.
“ Kita bila lagi?” Harith menyoal Nina.
terlopong Nina dengan soalan Harith. Buang tabiat ker orang tua ni. Atau
tersampuk bila tengok Ryzal sedang bahagia. Nina hanya diam.
Harith gelak besar.
Nampak saja brutal tanya soalan macam tu dah sentap. Apa-apa pun yang ni aku
sayang. Harith tersenyum memandang Nina. naik gerun Nina melihatnya.
“ Nak makan kat mana?”
tanya Ryzal.
“ Entah..ikut diaorangla.” Saat ini aku tidak
dapat berfikir. Belum mengadap Nina lagi ni. Pasti sekejap lagi teruk aku kena
dengan Nina. mulut kawan dia tu bukan ada insurans pun.
Uiih...lambatnya
diaorang ni jalan. Pegang tangan nampak. Tengok masuk kereta diaorang lepas
tangan tak nanti.
“ Awak ni kenapa?
Tersengih-sengih.” Aduhai pakwe aku ni. Asyik bagi aku sentap aje la. Nina
menjeling Harith. Harith berada di bahagian pemandu. Dia duduk bersebelahan
Harith. Sengaja dia duduk di depan. Member ruang kepada rakannya duduk bersama
Ryzal di kerusi belakang.
Ryzal
membuka pintu. Arleena masuk dahulu diikuti dengan Ryzal. Tangan masih lagi
tidak lepaskan. Nina hanya memerhati. Arleena terpandangkan riak di wajah Nina.
apa hal pula dengan Nina ni. Mati aku kalau macam ni. Mesti sesuatu yang jahat
sedang difikirkan kawannya itu. Nina berpaling ke arah Arleena.
“ Korang nak makan kat mana ni?” tanya Nina.
Aku hanya mengangkat bahu. Memandang Ryzal. Agar dia memberikan pendapat.
“
Aik kawan... dah tak ada suara ker? Sejak bila mintak pendapat Ryzal ni.” Kan
aku dah kata. Mulut dia ni la. Ryzal dan Harith perhatikan merah muka Arleena.
Aduhai awek aku ni. Nakal betul.
“ Sayang tak payah ganggu diaorang tau. Biar
abang jer yang carikan restoran baiik punye.” Ujar Harith sambil menggenggam
tangan Nina. tergamam Nina dengan reaksi spontan Harith. Mana pernah Harith
menyentuhnya selama mereka keluar bersama sebelum ini. Hampeh aku nak sakat
Aleen, akhirnya aku yang kena. Harith masih tidak melepaskan pegangannya. Orang
tua ni asal buang tabiat time-time macam
ni. Kembang kempis hidungnya menahan malu. Bukan dia tidak perasan Arleena
menahan gelak.
Tergelak
Arleena melihat gaya terkedu Nina. Tahu pun ko senyap. Nampaknya mereka dalam
kereta ini saling berpegang tangan.
Sepanjang perjalanan hanya suara Ryzal dan Harith yang kedengaran. Dia
hanya diam sahaja. Begitu juga dengan Nina.
Arleena
cuba melepaskan pegangan tangan Ryzal. Makin dicuba makin kuat pula Ryzal
mencengkam. Amboi dia ni takut aku lari ker? Malas untuk bergelut akhirnya dia
membiarkan sahaja lagak Ryzal.
Harith memberhentikan keretanya di
sebuah restoran ala thai. Arleena melilau memerhati sekeliling. Ramai juga
pengunjung di restoran itu. Biasanya ramai orang sudah tentulah masakannya
sedap. Sememangnya Arleena hantu tom yam. Tepat sekali pilihan Harith.
“
Take care,” ujar Ryzal. Selepas hubungan kami dinaiktaraf sebagai kekasih,
Ryzal lebih menunjukkan sikap penyayangnya. Dalam segala hal aku diutamakan.
Layanannya ketika makan tadi agak first
classla. Cemberut muka Nina apabila Ryzal sibuk membuang kulit udang
untuknya tadi. Dia sengaja membiarkan kelakuan Ryzal. Mahu melihat reaksi Nina.
biar bernanah mata kawannya itu melihat.
Ryzal memerhatikan kereta yang dinaiki
Arleena. Nina menghantarnya ke rumah Harith. Ini kerana di laluan tadi hanya
rumah Harith yang sehaluan dengan rumah sewa Arleena. sekejap lagi Harith akan
menghantarnya pulang.
“ Cukup-cukup la tu
pandang. Bunga dah dapat kan?” Harith mengusik Ryzal. Tahu kawannya sedang
bergembira. Dari tadi mata Ryzal bersinar. Nampaknya tak lama lagi dapatlah dia
merasa nasi minyak.
“ Ko tahu aku rasa
macam nak lompat bintang jer tadi. Nak menjerit satu airport. Syukur apa yang
aku nak dah dapat.”
“ Dah dapat tu jaga
elok-elok. Ko jangan buat perangai lama.”
“ Ko ni agak-agakla.
Mana aku pergi lagi tempat-tempat macam tu sejak kenal Arleena. Sungguh-sungguh
aku mahu jadikan dia isteri aku.”
“
Apa tunggu lagi. Dah elok dia terima ko lagi lama dibiar nanti dikebas orang.”
“ Sabar la. Dia baru terima aku.
takkan aku nak terus meminang. Mahu terkejut beruk dia nanti. Aku juga yang
gigit jari nanti.”
“ Apa-apa tahniah bro. aku tumpang gembira.” Harith mengatur langkah ke keretanya. Enjin kereta dihidupkan. Menunggu seketika enjin panas sebelum memulakan pemanduan. Dia mahu menghantar pulang.
“ Apa-apa tahniah bro. aku tumpang gembira.” Harith mengatur langkah ke keretanya. Enjin kereta dihidupkan. Menunggu seketika enjin panas sebelum memulakan pemanduan. Dia mahu menghantar pulang.
Ryzal
bersandar malas di kerusi kereta. Baru sekarang dia berasa penat. Nampaknya
ulang alik mereka berdua telah membuahkan hasil. Tadi semuanya telah mencapai
kata sepakat. Selepas ini dia mesti semakin sibuk. Antara dia dan Harith akan
bergilir memantau kerja-kerja di Sarawak. Projek membina hotel di kawasan peranginan
berhampiran Gunung Santubong. Bukan senang syarikatnya hendak diterima.
Bersaing dengan syarikat anak tempatan di sana. Itupun nasib baik papa Harith
banyak melobi syarikat mereka. Kalau tak susah juga. Siapa tidak kenal dengan
Tan Sri Farizal. Kontraktor tersohor.
Dia
dan Harith perlu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap projek ini. HR Global
perlu menjaga nama baik Tan Sri Farizal dan juga nama syarikatnya juga. Biarlah
hotel yang siap nanti memberi kepuasan kepada semua pihak.
Pulangnya
dari Sarawak Ryzal dan Harith benar-benar sibuk. Banyak hal yang perlu
diuruskan oleh mereka. Dari soal seremeh pengambilan pekerja hinggalah ke hal
penyediaan bahan-bahan binaan. Nasib baiklah Tan Sri Farizal sudi membantu
mereka. Banyak tunjuk ajar yang diberikan kepada mereka. Hari-hari Ryzal dan
Harith dipenuhi dengan mesyuarat. Berjumpa orang sini dan sana bagi memperolehi
apa yang dirancang dan dikehendaki. Mereka berdua tidak mahu terdapat kecacatan
dalam pembinaan mereka. Mereka mahukan kesempurnaan. Itu yang paling penting.
Ryzal
berasa sedikit terganggu. Di saat Arleena menerimanya, dia mulai sibuk dengan
urusan pembinaan di Sarawak. Terasa masa untuknya bersama dengan Arleena agak
terhad. Dia tidak lagi berjumpa dengan Arleena pada waktu makan tengah hari.
Waktu malam sahaja dia berkesempatan menelefon buah hatinya itu. Ryzal tidak
mahu disebabkan kesibukannya ini menyebabkan Arleena berubah hati. Tidak
sanggup kehilangan gadis pujaannya.
Minggu
ini Ryzal mempunyai sedikit kelapangan. Minggu ini giliran Harith memantau
kerja-kerja pembinaan di Sarawak. Dia merancang untuk meluangkan masa bersama
Arleena. malam tadi mereka telah berjanji untuk keluar bersama. Dua hari ini
dia akan memperuntukkan masanya untuk dihabiskan bersama cinta hatinya.
Ryzal
menilik penmapilannya di hadapan cermin besar yang terdapat dalam biliknya.
Ingin memastikan dirinya benar-benar kemas. Dia hanya mengenakan jeans hitam
dan t-shirt polo berwarna putih. Cukup santai. Selalunya dia gemar memakai
kemeja.
Selepas
berpuas hati, Ryzal mengambil kunci Harrier yang terletak di atas meja
kerjanya. Kunci dipusing-pusing dengan hujung jari. Hati tidak sabar ingin
bertemu dengan Arleena. Sudah seminggu dia tidak berjumpa Arleena. hanya
telefon menjadi penghubung. Bukannya dia berada jauh tapi kesibukannya
membataskan niatnya untuk berjumpa Arleena. nasib baik Arleena memahami.
Ryzal
memandu menuju ke rumah sewa Arleena. Dia tidak mengambil sarapan di rumah
kerana sudah berjanji untuk sarapan bersama Arleena. Sampai sahaja di rumah Arleena,
Ryzal menghantar mesej memaklumkan dia sudah sampai. Tidak berapa lama
kelihatan Arleena keluar dari rumahnya. Tidak jemu Ryzal memerhati dari dalam
kereta. Cantiknya dia. Arleena kelihatan amat menarik dengan tudung dililit
kemas. Walaupun hanya memakai skinny
jeans dan blous Ryzal rasakan Arleena terlalu cantik.
Arleena
masuk ke dalam kereta buah hatinya. Senyuman dilemparkan. Terubat rindu bila
mata dapat menatap wajah kacak Ryzal. Aduhai kacaknya. Mereka saling
bertatapan. “ Nak sarapan kat mana?” tanya Arleena. debaran di hati masih belum
hilang. Kenapala sejak dia menerima Ryzal, dia mempunyai rasa malu terhadap
Ryzal. Sukar untuk menentang renungan Ryzal. Sebelum ini dia boleh saja.
Sekarang ini berhadapan dengan Ryzal, sendirinya dia akan control ayu. Yang baik-baik sahaja ingin ditunjukkan.
“
Ayang ada cadangan nak makan apa-apa ker?” sebolehnya semua keinginan Arleena
ingin dipenuhinya.
“
Tak ada. Ayang ikut saje.” Arleena agak kekok ingin menggunakan ganti diri
ayang di hadapan Ryzal. Kalau dalam telefon laju saja.
“
Jom pergi rumah mama abang.” Ajak Ryzal
“
Tak mahulah. Abang datang rumah ayang dululah. Berkenalan dengan ibu dan ayah
ayang dulu.”
“
Ok bila? Tak sabar dah ni nak jumpa bakal mertua.” Ryzal begitu teruja. Baginya
tidak perlu bertangguh lagi.
“
Abang dah bersedia untuk melindungi ayang. Abang rasa elok kita berbincang soal
masa depan kita. Itu tujuan abang berkenalan dengan ayang.
“
Kalau macam tu kita pulang ke kampung ayang nak tak?” aku mengajak Ryzal.
Senang
saja ibu memberi persetujuan dengan cadangan Ryzal. Nampaknya dua minggu lagi
aku akan menjadi tunangan orang. Ryzal tidak mahu bertangguh lagi. Cukup lancar
sahaja perjalanan yang diaturkan untuk aku dan Ryzal. Kini tinggal aku sahaja
yang perlu berkenalan dengan keluarga Ryzal. Aku berharap semuanya berjalan
lancar. Mintak-mintak la mama Ryzal tidak seperti watak-watak orang kaya dalam
drama-drama melayu. Kalau macam tu haru biru hidupnya nanti.
Alhamdulillah
Ryzal pandai membawa diri apabila berada di rumahku. Elok sahaja dia berbual
dengan ayah. Maklumlah orang yang dibesarkan di bandar takut juga tidak dapat
sesuaikan diri dengan keadaan kampung.
“
Beb.. Aku nak terima kasih banyak-banyak kat ko. Kalau ko tak back up aku takut
juga fanili aku tak terima Ryzal.” Nina juga turut mengikut aku pulang ke
kampung. Dia jugalah yang banyak melobi ibu mengenai Ryzal. Kalau tak ada dia
juga susah juga gaknya. Tapi aku tahu ibu akan terima sahaja pilihan aku.
maklumlah diakan tengah kemaruk hendak menerima menantu.
“
Ala.. ko ni aku tak kisahla.. Nanti turn aku ko jangan buat tak tahu pula.”
ugut Nina. “ Nanti jumpa mama Ryzal ko ikut sekali ek. Baru aku rasa semangat.”
“ Ala... ko nak takut apa. Orang bandar ni tak kisahlah ko ikut lelaki balik
rumah. Kalau ke kampung ni baru rasa lain macam. Maklumlah semua jiran-jiran
akan memerhati. Bandar tu sape yang nak ambil kisah.”
“
Aku takutlah..buatnya mama Ryzal semacam tak ke haru aku. awal-awal aku reject
haha..” Sanggup ker lepaskan cik abang?”
“
Amboi anak dara sedapnya korang gelak ketawa. Mana airnya? Tu cik abang kat
depan dah berpeluh tunggu air. Ayah ko tu dari tadi duk ajak berbual. Kasihan
si Ryzal tu.” Tu dia Puan Asiah telah berleter. “ Ibu terima kasih terima
pilihan akak.” Aku cukup senang dengan penerimaan orang tuaku. “ Siapa pilihan
akak, ibu dengan ayah terima saja. Ni kalau ibu tak ugut nak kahwinkan dengan
anak kawan ibu, kamu tak bawak balik si Ryzal tu kan.” Aku hanya tersengih
memandang ibu. “ Cepat bawa air ke depan.”
Minggu
depan Ryzal akan membawa aku berjumpa dengan mamanya. Selepas itu barulah dia
akan menghantar rombongan meminang.
Aku
terima pelawaan Ryzal untuk keluar berdua. Maklumlah sekarang kami dah up sikit hubungan kami daripada kawan
kepada kekasih. Bukan senang untuk aku menerima Ryzal sebagai teman istimewa
memandangkan hati aku masih belum terbuka untuk memikul tanggungjawab yang
lebih berat. Bagiku apabila mempunyai kekasih sudah tentulah alam rumah tangga
sebagai pengakhirannya. Aku tidak menyukai hubungan yang hanya membazirkan masa.
Tambahan
pula aku agak keliru dengan perasaanku terhadap Ryzal kerana pada masa yang
sama aku mempunyai perasaan terhadap Mr. Ian. Aku juga keliru dengan Mr. Ian.
Adakah dia juga menyukaiku. Namun dia tidak pernah menuturkan perkataan suka
kepadaku. Hanya tingkah lakunya sahaja
yang cuba menyampaikan sesuatu tetapi itu bukan satu jaminan kerana aku tidak
mampu untuk membaca apa yang tersirat di mindanya. Aku tidak mempunyai
kelebihan sixth sense. Janganlah
nanti aku pula menjadi seperti pepatah melayu yang dikejar tak dapat, yang
dikendong berciciran. Akhirnya aku juga yang rugi.
Setiap
kali berbalas pesanan ringkas atau berjumpa, Ryzal tidak pernah jemu memujuk
aku untuk menjadi pasangannya dan seterusnya memikul tanggungjawab sebagai
ketua keluarga. Memang tidak dinafikan Ryzal jejaka yang tampan. Itu yang aku
takutkan sebenarnya kerana aku tahu Ryzal mempunyai ramai kawan wanita dan ada di antaranya amat meminati Ryzal.
Bukan sahaja dari segi rupa Ryzal juga merupakan jejaka yang amat menghormati
orang tua. Dia pandai mengambil hati ibuku. Aku senang apabila melihat dia
melayan ibu kerana bagiku itu juga penting setelah kami berkahwin nanti.
Mungkin kerana jemu disogokkan soalan yang
sama, ditambah pula dengan desakan ibuku yang mahu aku mendirikan rumahtangga
maka aku menerima Ryzal. Mungkin inilah jodohku. Tambahan pula Ryzal kesukaan
ibu. Orang kata pilihan ibu yang terbaik so aku redha jelah. Aku cuba menerima
Ryzal dengan sepenuh hatiku. Mungkin orang lebih Nampak keserasian kami.
“
Tit…Tit…”
Aku
mengambil telefonku lalu membaca pesanan ringkas yang kuterima. Pesanan
daripada Ryzal memaklumkan keluarganya akan sampai sekejap lagi. Hari ini
merupakan hari pertunanganku. Kami berjanji untuk mengikat tali pertunangan ini
selama 3 bulan sahaja. Ibu tidak membenarkan tempoh pertunangan yang lama
kerana baginya ikatan pertunangan seseorang pasangan itu akan diuji dengan
banyak dugaan. Itu pandamnagn orang tua tapi bagiku mungkin ibu takut aku
mengubah fikirannku. Rasanya ibu kurang percaya dengan keputusanku.
Aku
memaklumkan kepada Kiki supaya memberitahu ibu yang bakal besannya akan sampai
sebentar lagi. Nina yang menemaniku di dalam bilik sibuk membetulkan pakaianku.
Aku hanya memakai sepasang kurung moden bewarna kelabu. Selendang juga dari
warna yang sama tetapi agak gelap sedikit supaya ia kelihatan kontra sedikit.
Tidaklah aku dari atas ke bawah sama warna sahaja.
Aku
tersenyum memandang wajahku di dalam cermin. Boleh pula di saat genting begini
aku teringatkan awal aku menerima Ryzal. Aku sentiasa berdoa agar Ryzal
pilihanku yang tepat.
No comments:
Post a Comment