Ryzal
tidak mahu kami bertunang lama-lama. Ibuku meminta kami bertunang dalam tempoh
dua bulan sahaja. Dalam pada itu sempat untuk kami menyediakan persiapan.
Maklumlah masing-masing masih belum menghadiri kursus kahwin. Aku yang akan
berkahwin tapi kami turut mengangkut sama Nina dan Harith. Barulah tak segan.
Jika tidak aku dan Ryzal sahaja. Ada Nina boleh juga dibuat teman.
Nasib Ryzal mempunyai sahabat yang
baik. Sepanjang dia sibuk dengan persiapan perkahwinannya, Harith banyak
mengambil alih kerjanya di Sarawak. Nampaknya selepas berkahwin nanti dia pula
yang banyak turun padang. Membalas semula jasa Harith bagi pihaknya.
Aku dan Ryzal tidak mahu membuat
majlis besar-besaran. Bagi aku yang tinggal di kampung, cukup memadai jika
dapat menjemput saudara mara dan jiran tetangga ke majlis ku nanti. Kami hanya membuat majlis di rumah sahaja.
Tidak perlu membazir. Yang penting semua orang senang.
Dalam tempoh dua bulan ini aku
terlalu sibuk. Sibuk menguruskan persiapanku dan juga menguruskan majlis untuk
Datin Mona. Bila mengingati majlis tersebut buatkan aku sakit hati. Sakit hati
dengan Mr. Ian Rayyan. Sakit hati bila aku ditegur kerana menyerahkan tugas
kepada Kak Yati. Bengang dengan Mr. Ian Rayyan tidak pernah surut. Terasa
sepertinya dia hendak mengenakan aku. Tidak bolehkah dia melonggarkan sedikit
tugasku memandangkan aku perlu komitmen dengan persiapan hari perkahwinanku.
Dahla mukanya asyik kelat setiap kali bertembung dengan aku. apa yang dia tidak
puas hati dengan aku, aku sendiri pun tak tahu.
Aku
bersyukur kerana mempunyai famili yang mengerti kesibukanku. Banyak persiapan
perkahwinan diuruskan oleh familiku terutamanya ibu. Maklumlah dia paling
teruja unutk menerima menantu. Kalah aku yang hendak bersuami. Tanpa mereka
rasanya aku tidak dapat menguruskan majlis perkahwinanku dengan sempurna.
Aku juga bertuah ada Nina yang
sanggup menemaniku menempah baju pengantin. Aku hanya menyediakan baju
pengantin. Barang-barang yang telah dibeli aku telah hantar ke kampung. Ibu dan
Mak su aku yang akan menggubahnya. Semuanya aku serahkan kepada mereka berdua.
Kiki pula aku tugaskan untuk menyediakan cendera hati untuk tetamu yang datang.
Aku hanya memberikan wang. Semuanya diuruskan oleh Kiki. Nasib baiklah ketika
ini Kiki sedang cuti semester. Kalau tak jenuh juga semuanya hendak dilakukan
oleh ibu.
Untuk majlis perkahwinan aku nanti,
aku mengambil cuti selama dua minggu. Sebelum bercuti, aku perlu selesaikan
semua kerja. Maklumlah hotel sentiasa sibuk. Jadi aku tidak mahu disebabkan aku
bercuti segala ada urusan di hotel yang akan tergendala. Aku pastikan majlis
yang berada di bawah tanggung jawabku selesai.
Sehari sebelum hari perkahwinanku,
rumah aku telah dipenuhi oleh saudara maraku. Mereka mula berkampung. Maklumlah
inilah majlis kali pertama yang diadakan di rumahku.
Tiga ekor lembu bakal ditumbangkan.
Alhamdulillah semangat kerjasama antara jiran-jiran telah meringankan tugas
kami. melalui majlis sebegini jugalah aku dan sepupu serta saudara yang lain
dapat berjumpa. Sebelum ini masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing.
Itupun nasib baik ada facebook yang
menjadi penghubung. Dapat la juga tahu perihal masing-masing. Bila berjumpa
macam ni riuh rendah sekali la rumah ibu.
Sepanjang persiapan majlis, Nina
banyak membantu. Dia juga mengikut aku balik ke kampung. Semalam dia sampai ke
rumahku. Itu pun puas dia bertekak dengan Harith. Harith mahukan dia mengikut
rombongan pengantin lelaki. mana nak berenggang dengan buah hatinya. Tapi tahu
saja Nina. kami sahabat baik. Sudah tentulah dia mahu bersama aku. Lebih-lebih
lagi ini hari bahagiaku.
Malam sebelum majlis, aku memastikan segala persiapan telah disiapkan.
Keliahtan para ibu sedang menyiapkan
pulut kuning. Riuh rendah sekali suara usik mengusik daripada jiran-jiran.
Nama aku dipanggil. Aku ke ruang
tamu. Oo... mak su dah sampai bersama-sama barang hantaran ku. Cukup cantik
sekali sentuhan mak su. Maklumlah diakan memiliki butik pengantin. Pelamin ini
pun diambil dari butiknya. Esok aku juga kan di andam oleh mak su. Dapat
diskaun lagi. Jimat belanja la kan.
Aku diarahkan tidur awal oleh mak
su. Rehat secukupnya. Mak su mahukan aku segar pada hari esok. Banyak tenaga
hendak digunakan esok. Jangan tumbang sudahla. Lagipun siang tadi jenuh aku ke
sana ke mari mencari bahan-bahan.
Aku mengajak Nina masuk ke dalam
bilik. Satu hari dia menolongku. Tentu dia penat juga. Kasihannya dia. Banyak
kali juga aku menegahnya melakukan kerja-kerja berat, maklumlah diakan anak
orang kaya, mana pernah lakukan kerja-kerja rumah ni.
“
Beb.. malam ni biar aku rasmi dulu katil pengantin ni ok. Malam esok orang tu
tidur dah berteman.” Usik Nina.
“
Esok ko nak tidur sekali pun ok. Selamat sikit aku haha..”
“
Ha..ha..tak nak la aku tengok aksi korang.” Kuat Nina gelakkan aku.
Hampeh
punya kawan. Tak ada lain yang difikirkannya. Aku pun cuak juga ni. Takut
tak dapat memenuhi kehendak suami. Bila
berbaring barulah terasa penatnya. Keletup keletak bunyi sendi kami. Lega
rasanya. “ Aku sayangla nak tinggalkan ko kat rumah sorang-sorang. Nanti ko nak
cari penyewa lain ker? Soalku pada Nina.
“
Ala...relaksla.. Bila ko rindu ko datangla rumah. Macam la kat hotel kita tak
jumpa. Rasanya tak kot. Bilik tu khas untuk ko jer. Time Ryzal outstation ko
datangla rumah aku.” ujar Nina.
“
Ok juga. Tapi ko tak takut ker tinggal sorang-sorang.” Boleh ker Nina tinggal
sorang-sorang. Berani ke dia? Risau juga hendak tinggalkan Nina. Sejak tamat
belajar mana pernah kami berpisah. “ Tahu la aku nanti. Ko jangan risau la.”
“
Ko jangan bawak balik Harith temankan pula nanti.” Usik aku pada Nina. bahu aku
ditepuknya. “ Agak-agakla ingat aku desperate
sangat ker? Nak cara halal la weh.” Kami ketawa sakan.
“
Pengantin buat apa lagi. Tidur la weeh.” Itu suara ibu. Kami ketawa kuat sangat
ker. Aku dan Nina menutup mulut kawal suara.
“ Walaupun aku dah jadi
isteri orang, aku masih sayangkan ko. Harap hubungan kita tak kan putus.
Apa-apa kita story-story macam selalu
ok.” Arleena menghulurkan jari kelingkingnya. Disambut oleh Nina. janji antara
dua sahabat baik.
“
Pasal malam pertama ker?” Nina menaik-naikkan keningnya. Nampak aura jahatnya.
Laju tanganku mengetip perutnya. Dia mengelak. Mulut masing-masing senyap tapi
tangan sahaja yang berjalan.
Usai
mengerjakan solat subuh, aku dan Nina mengemas semula cadar. Aku mengemas
sekitar bilik. Selepas bersarapan, mak su meminta aku mandi dengan air yang
telah dicampur dengan pelbagai jenis bunga. Supaya aku kelihatan segar dan
tidak berdebar katanya.
Setelah
siap mandi dan memakai baju pengantin, mak su mula menyolek. Nina dan Kiki
menemaniku. Pembantu setia mak su. Apa yang dipinta laju sahaja dihulurkannya.
“ Mak su jangan tebal-tabal tau. Malu la.” Arahku pada mak su.
“ Ala akak ni.. mak su
tahulah. Macam mak su tak pernah andam pengantin lak.” Tegur Kiki. Semua orang
dah faham benar dengan feel
Arleena. tidak suka mengenakan solek.
Rimas katanya. Terasa benda yang bertampal di pipi.
Mak
su mula bertegas dengan Arleena. anak buahnya ini kalau bercakap banyak pula
songehnya. “ Mana ada pengantin solek nipis-nipis. Pucatla nanti. Muka kamu ni
dah cantik. Tak payah nak solek tebal-tebal. Tahu la mak su.”
“
Mak su jangan dengar cakap akak tu. Mak su buat aje la. Bukan dia nampak pun.”
arah Kiki. “ Amboi Kiki..tunggulah turn
kamu nanti. Tebal-tebal akak suruh mak su buat.”
“ Pengantin boleh duduk
diam sikit tak?” Arleena bergerak-gerak. Lenguh dari tadi menadah muka. “
Lenguhla mak su.”
“
Sabar la sikit. Lepas ni ingat. Muka tu kena senyum selalu. Nanti tetamu kata
pengantin masam pula.”
“ Mak su penatla nak
senyum sepanjang hari.” Mesti lenguh mulut nanti.
“ Malam nanti lagi
penat.” Tu dia dah kelaur peluru dari mak su. Ketawa sakan Kiki dan Nina
apabila mendengar kata-kata mak su. Elok sangatlah kalau mak su dah bergabung
dengan Nina. pelbagai nasihat diberikan kepadaku.
“ Amboi korang...ingat
sikit saya ni masih suci. Budak sekolah lagi ni...” Tiba-tiba Kiki bersuara.
“ Eleh ingat ko sorang
jer ker? Akak pun sama.” Balas Nina.
“ Habis yang bagi
nasihat macam kalahkan orang dah kahwin bagai tu apa?” tanya mak su. Nina hanya
ketawa. “ Ala.. mak su ni.. Tengok drama la..”
Dalam kami berbalas
kata, telefon aku berdering. Kiki mengangkatnya apabila tertera nama Ryzal di
skrin. Nampaknya Ryzal akan sampai sekejap lagi. “ Tak sweet langsung la akak.
Ader ke set nama suami Ryzal. Letakla honey ker, hubby ker, abang ker..”
“ Amboi awak pula yang
lebih yer. Pergi cakap ngan mak pengantin dah nak sampai.” Tegur mak su pada
Kiki. Tu la menyibuk lagi. Mak su memakaikan aku tudung.
Debaran
makin terasa. Sekejap lagi acara akad akan bermula. Berakhirlah zaman solo ku.
“ Takutla mak su.” Aku menyuarakan perasaanku kepada mak su. Mak su mengambil
segelas air dan meminta aku minum sampai habis. Untuk hilangkan gemuruh
katanya.
Setelah pengantin naik ke atas
rumah, aku dibawa keluar oleh mak su. Diekori Nina di belakangku. Sekejap lagi
Ryzal akan melafazkan akad. Aku memerhati wajah Ryzal. Cukup tenang wajahnya.
kacak sekali Ryzal dalam persalinan baju melayunya. Seri pengantinlah katakan.
Aku terima
nikahnya Arleena Sofea binti Khalid
dengan mas
kahwinnya dua puluh ribu ringgit tunai...
Alhamdulillah...syukur
Ya Allah. Dengan sekali lafaz aku telah menjadi isteri kepada Muhammad Ryzal
Zarith bin Arshad. Aku menitiskan air mata kesyukuran. Sekarang Ryzal sedang
membaca taklik. Saat mendengar lafaz taklik oleh suamiku, aku telah menanam
niat untuk menjadi isteri yang solehah, taat dan mejaga sepenuhnya keperluan
suami. Saat ini aku memadam terus ingatan terhadap Mr. Ian Rayyan dan diganti
dengan Muhammad Ryzal Zarith bin Arshad. Ya Allah aku bermohon denganmu
lindungilah dan rahmatilah hubungan kami suami isteri.
Nina berpelukan denganku. Diikuti ibu dan mak
su. Aku tidak dapat menahan air mata apabila ibu memelukku erat. “ Jadi isteri
yang taat kepada suami ye akak..” ucap ibu. Kata-kata ibu menyedarkan aku yang
tanggung jawab sebagi isteri perlu dilakukan dengan sebaiknya.
Ryzal
menghampiriku untuk acara membatalkan
air sembahyang. Dia memakaikan rantai tangan kepadaku. aku menyarungkan cincin
platinum di jarinya. Ryzal diminta mencium dahiku. Terasa getar di dahiku.
Sejuk rasanya. Entah berapa kali
pancaran lampu kamera mengena kami. selepas itu aku pula diminta mencium tangan
Ryzal. Tangan aku yang terlebih sejuk dari tangan Ryzal. Macam aku pula yang
nak mengadap kadi.
“ Cantik isteri abang.”
Ucap Ryzal.
Usai acara membatalkan air sembahyang, para
tetamu dijemput untuk menjamu hidangan di khemah yang telah disediakan. Kedua
keluarga dipanggil mak su untuk makan beradap.
Usai
makan beradap, kami diminta oleh jurugambar masuk ke bilik pengantin. Acara
bergambar pula diadakan. Pelbagai aksi diminta kami lakukan. Aku hanya mengikut
sahaja arahan yang diberikan. Setiap sentuhan Ryzal melahirkan satu perasaan di
hatiku. Ryzal yang mendominasi keadaan. Itu belum lagi masuk arahan dari
jurugambar bukan professional. Siapa lagi kalau bukan Nina dan Kiki. Tunggulah
giliran korang nanti. Kaw-kaw aku akan kenakan.
Ryzal
perasan akan sikap malu-malu Arleena. maklumlah nak bersentuhan dengannya buat
kali pertama. Dari tadi Ryzal berdebar melihat isterinya. Sungguh cantik.
Sungguh sempurna. Ketika dia mencium
dahi isterinya telah timbul perasaan yang amat halus dalam dirinya. Sukar untuk
dia gambarkan. Dia amat menyayangi isterinya. Dia akan berusaha untuk menjaga
dan melindungi isteri yang baru sahaja dinikahinya.
Usai
bergambar di dalam bilik, mereka di bawa bergambar di atas pelamin. Ketika itu
pihak pengantin telah telah selesai makan. Mereka dipanggil untuk bergambar
bersama-sama keluarga pula. Riuh rendah apabila semuanya hendak bergambar
bersama pengantin. Pelbagai aksi yang dilakukan oleh mereka. Kesempatan ini
juga diambil oleh Nina dan Harith. Aku dan Ryzal hanya melayan. Biasa la raja
sehari katakan.
Keluarga
Ryzal tidak menunggu sehingga majlis tamat. Lagipun mereka akan menempuh
perjalanan yang panjang. Aku bersalaman dengan kaum keluarga Ryzal. Dari
pandangan pertama, aku rasakan semua saudara maranya dapat menerima aku.
Alhamdulillah. Itu yang aku mahukan. Biarlah mereka menerima aku dengan
sepenuhnya.
Nina
juga mengikut Harith pulang. Malas mengganggu aku katanya. “ Beb.. Selamat
pengantin baru. semoga berbahagia hingga anak cucu. Ni hadiah tak seberapa
daripada aku.” Nina menghulurkan hadiahnya.
“ Terima kasih banyak
tolong aku. ko balik hati-hati jangan ajak Harith melencong ke mana-mana lak.”
Aku menyambut huluran hadiah daripada Nina. rasa tidak sedap apabila senyuman
Nina nampak lain macam sahaja. Dia ni nak kenakan aku ker? Lain macam je
ni.
Buat
pertama kalinya aku solat maghrib diimamkan oleh suami tercinta. Terasa
syahdunya. Aku mengaminkan doa yang dibaca oleh suamiku. Aku berharap biarlah
hubungan kami kekal hingga akhir hayat. Aku mencium tangan Ryzal. Ryzal
membalas dengan mencium dahiku. Setelah melipat telekung, aku menuju ke meja
solek. Mengemas rambut sebelum keluar menyediakan makan malam.
Alhamdulillah..
Ayang dah menjadi isteri abang. Ryzal mengucapnya di telingaku. Tangannya
melingkari pinggangku dari belakang. Kami sama-sama tersenyum. Hanya mata
memandang ked la cermin solek di hadapan. Mukaku merah. Berada dalam keadaan
begitu menimbulkan rasa malu dan kekok.
“ Kenapa merah sanagt
pipi ni.” Ryzal ketawa kecil. Aku mencubit lengannya berada di pinggang ku.
Usai
solat aku ke dapur. menyediakan makan malam. Malam ini kami hnaya menikmati
hidangan lebihan lauk kenduri siang tadi sahaja. Aku bersyukur kerana Ryzal
dapat berkomunikasi dengan baik bersama-sama kaum keluargaku yang tinggal.
Malah nampak serasi pula dengan sepupu-sepupu yang lelaki.
Kami
semua berkumpul di ruang tamu. Acara membuka hadiah. Saudara yang kecil paling
seronok. Berebut-berebut meminta kami bukakan hadiah yang dirasakan menarik.
Tidak berkecuali adikku Kiki. Alahai perangai sama naik dengan budak-budak.
Banyak juga hadiah yang kami perolehi. Aku tidak larat membuka ke semua hadiah,
akhirnya meminta bantuan mereka yang lain untuk membuka sama. Sambil itu mulut
masing-masing membaca nama si pengirimnya. Bertambah gamat apabila si pengirimnya
berada sama ketika itu. Walaupun badan terasa penat, tapi aku amat seronok.
Usai
mengemas semua pembalut hadiah, kami masuk tidur. Masing-masing dah penat. Esok
masih banyak kerja hendakl dilakukan. Tika inilah aku mula berasa cemas
sedikit. Segan untuk berada berdua dengan Ryzal dalam bilik. Kepala mula
membayangkan adegan selepas itu. Aduh haru juga ni.
BEST SANGAT-2 TQ,
ReplyDelete