Sunday, 27 April 2014

BAB 15- SAYA SAYANG AWAK


Ryzal tidak mahu kami bertunang lama-lama. Ibuku meminta kami bertunang dalam tempoh dua bulan sahaja. Dalam pada itu sempat untuk kami menyediakan persiapan. Maklumlah masing-masing masih belum menghadiri kursus kahwin. Aku yang akan berkahwin tapi kami turut mengangkut sama Nina dan Harith. Barulah tak segan. Jika tidak aku dan Ryzal sahaja. Ada Nina boleh juga dibuat teman.
            Nasib Ryzal mempunyai sahabat yang baik. Sepanjang dia sibuk dengan persiapan perkahwinannya, Harith banyak mengambil alih kerjanya di Sarawak. Nampaknya selepas berkahwin nanti dia pula yang banyak turun padang. Membalas semula jasa Harith bagi pihaknya.
            Aku dan Ryzal tidak mahu membuat majlis besar-besaran. Bagi aku yang tinggal di kampung, cukup memadai jika dapat menjemput saudara mara dan jiran tetangga ke majlis ku nanti.  Kami hanya membuat majlis di rumah sahaja. Tidak perlu membazir. Yang penting semua orang senang.
            Dalam tempoh dua bulan ini aku terlalu sibuk. Sibuk menguruskan persiapanku dan juga menguruskan majlis untuk Datin Mona. Bila mengingati majlis tersebut buatkan aku sakit hati. Sakit hati dengan Mr. Ian Rayyan. Sakit hati bila aku ditegur kerana menyerahkan tugas kepada Kak Yati. Bengang dengan Mr. Ian Rayyan tidak pernah surut. Terasa sepertinya dia hendak mengenakan aku. Tidak bolehkah dia melonggarkan sedikit tugasku memandangkan aku perlu komitmen dengan persiapan hari perkahwinanku. Dahla mukanya asyik kelat setiap kali bertembung dengan aku. apa yang dia tidak puas hati dengan aku, aku sendiri pun tak tahu.

            Aku bersyukur kerana mempunyai famili yang mengerti kesibukanku. Banyak persiapan perkahwinan diuruskan oleh familiku terutamanya ibu. Maklumlah dia paling teruja unutk menerima menantu. Kalah aku yang hendak bersuami. Tanpa mereka rasanya aku tidak dapat menguruskan majlis perkahwinanku dengan sempurna.
            Aku juga bertuah ada Nina yang sanggup menemaniku menempah baju pengantin. Aku hanya menyediakan baju pengantin. Barang-barang yang telah dibeli aku telah hantar ke kampung. Ibu dan Mak su aku yang akan menggubahnya. Semuanya aku serahkan kepada mereka berdua. Kiki pula aku tugaskan untuk menyediakan cendera hati untuk tetamu yang datang. Aku hanya memberikan wang. Semuanya diuruskan oleh Kiki. Nasib baiklah ketika ini Kiki sedang cuti semester. Kalau tak jenuh juga semuanya hendak dilakukan oleh ibu.
            Untuk majlis perkahwinan aku nanti, aku mengambil cuti selama dua minggu. Sebelum bercuti, aku perlu selesaikan semua kerja. Maklumlah hotel sentiasa sibuk. Jadi aku tidak mahu disebabkan aku bercuti segala ada urusan di hotel yang akan tergendala. Aku pastikan majlis yang berada di bawah tanggung jawabku selesai.
            Sehari sebelum hari perkahwinanku, rumah aku telah dipenuhi oleh saudara maraku. Mereka mula berkampung. Maklumlah inilah majlis kali pertama yang diadakan di rumahku.
            Tiga ekor lembu bakal ditumbangkan. Alhamdulillah semangat kerjasama antara jiran-jiran telah meringankan tugas kami. melalui majlis sebegini jugalah aku dan sepupu serta saudara yang lain dapat berjumpa. Sebelum ini masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Itupun nasib baik ada facebook yang menjadi penghubung. Dapat la juga tahu perihal masing-masing. Bila berjumpa macam ni riuh rendah sekali la rumah ibu.
            Sepanjang persiapan majlis, Nina banyak membantu. Dia juga mengikut aku balik ke kampung. Semalam dia sampai ke rumahku. Itu pun puas dia bertekak dengan Harith. Harith mahukan dia mengikut rombongan pengantin lelaki. mana nak berenggang dengan buah hatinya. Tapi tahu saja Nina. kami sahabat baik. Sudah tentulah dia mahu bersama aku. Lebih-lebih lagi ini hari bahagiaku.
            Malam sebelum majlis, aku  memastikan segala persiapan telah disiapkan. Keliahtan para ibu  sedang menyiapkan pulut kuning. Riuh rendah sekali suara usik mengusik daripada jiran-jiran.
            Nama aku dipanggil. Aku ke ruang tamu. Oo... mak su dah sampai bersama-sama barang hantaran ku. Cukup cantik sekali sentuhan mak su. Maklumlah diakan memiliki butik pengantin. Pelamin ini pun diambil dari butiknya. Esok aku juga kan di andam oleh mak su. Dapat diskaun lagi. Jimat belanja la kan.
            Aku diarahkan tidur awal oleh mak su. Rehat secukupnya. Mak su mahukan aku segar pada hari esok. Banyak tenaga hendak digunakan esok. Jangan tumbang sudahla. Lagipun siang tadi jenuh aku ke sana ke mari mencari bahan-bahan.
            Aku mengajak Nina masuk ke dalam bilik. Satu hari dia menolongku. Tentu dia penat juga. Kasihannya dia. Banyak kali juga aku menegahnya melakukan kerja-kerja berat, maklumlah diakan anak orang kaya, mana pernah lakukan kerja-kerja rumah ni.
            “ Beb.. malam ni biar aku rasmi dulu katil pengantin ni ok. Malam esok orang tu tidur dah berteman.” Usik Nina.
            “ Esok ko nak tidur sekali pun ok. Selamat sikit aku haha..”
            “ Ha..ha..tak nak la aku tengok aksi korang.” Kuat Nina gelakkan aku.
            Hampeh punya kawan. Tak ada lain yang difikirkannya. Aku pun cuak juga ni. Takut tak  dapat memenuhi kehendak suami. Bila berbaring barulah terasa penatnya. Keletup keletak bunyi sendi kami. Lega rasanya. “ Aku sayangla nak tinggalkan ko kat rumah sorang-sorang. Nanti ko nak cari penyewa lain ker? Soalku pada Nina.
            “ Ala...relaksla.. Bila ko rindu ko datangla rumah. Macam la kat hotel kita tak jumpa. Rasanya tak kot. Bilik tu khas untuk ko jer. Time Ryzal outstation ko datangla rumah aku.” ujar Nina.
            “ Ok juga. Tapi ko tak takut ker tinggal sorang-sorang.” Boleh ker Nina tinggal sorang-sorang. Berani ke dia? Risau juga hendak tinggalkan Nina. Sejak tamat belajar mana pernah kami berpisah. “ Tahu la aku nanti. Ko jangan risau la.”
            “ Ko jangan bawak balik Harith temankan pula nanti.” Usik aku pada Nina. bahu aku ditepuknya. “ Agak-agakla ingat aku desperate sangat ker? Nak cara halal la weh.” Kami ketawa sakan.
            “ Pengantin buat apa lagi. Tidur la weeh.” Itu suara ibu. Kami ketawa kuat sangat ker. Aku dan Nina menutup mulut kawal suara.
“ Walaupun aku dah jadi isteri orang, aku masih sayangkan ko. Harap hubungan kita tak kan putus. Apa-apa kita story-story macam selalu ok.” Arleena menghulurkan jari kelingkingnya. Disambut oleh Nina. janji antara dua sahabat baik.
            “ Pasal malam pertama ker?” Nina menaik-naikkan keningnya. Nampak aura jahatnya. Laju tanganku mengetip perutnya. Dia mengelak. Mulut masing-masing senyap tapi tangan sahaja yang berjalan.
            Usai mengerjakan solat subuh, aku dan Nina mengemas semula cadar. Aku mengemas sekitar bilik. Selepas bersarapan, mak su meminta aku mandi dengan air yang telah dicampur dengan pelbagai jenis bunga. Supaya aku kelihatan segar dan tidak berdebar katanya.
            Setelah siap mandi dan memakai baju pengantin, mak su mula menyolek. Nina dan Kiki menemaniku. Pembantu setia mak su. Apa yang dipinta laju sahaja dihulurkannya. “ Mak su jangan tebal-tabal tau. Malu la.” Arahku pada mak su.
“ Ala akak ni.. mak su tahulah. Macam mak su tak pernah andam pengantin lak.” Tegur Kiki. Semua orang dah faham benar dengan feel Arleena.   tidak suka mengenakan solek. Rimas katanya. Terasa benda yang bertampal di pipi.
            Mak su mula bertegas dengan Arleena. anak buahnya ini kalau bercakap banyak pula songehnya. “ Mana ada pengantin solek nipis-nipis. Pucatla nanti. Muka kamu ni dah cantik. Tak payah nak solek tebal-tebal. Tahu la mak su.”
            “ Mak su jangan dengar cakap akak tu. Mak su buat aje la. Bukan dia nampak pun.” arah Kiki. “ Amboi Kiki..tunggulah turn kamu nanti. Tebal-tebal akak suruh mak su buat.”
“ Pengantin boleh duduk diam sikit tak?” Arleena bergerak-gerak. Lenguh dari tadi menadah muka. “ Lenguhla mak su.”
            “ Sabar la sikit. Lepas ni ingat. Muka tu kena senyum selalu. Nanti tetamu kata pengantin masam pula.”
“ Mak su penatla nak senyum sepanjang hari.” Mesti lenguh mulut nanti.
“ Malam nanti lagi penat.” Tu dia dah kelaur peluru dari mak su. Ketawa sakan Kiki dan Nina apabila mendengar kata-kata mak su. Elok sangatlah kalau mak su dah bergabung dengan Nina. pelbagai nasihat diberikan kepadaku.
“ Amboi korang...ingat sikit saya ni masih suci. Budak sekolah lagi ni...” Tiba-tiba Kiki bersuara.
“ Eleh ingat ko sorang jer ker? Akak pun sama.” Balas Nina.
“ Habis yang bagi nasihat macam kalahkan orang dah kahwin bagai tu apa?” tanya mak su. Nina hanya ketawa. “ Ala.. mak su ni.. Tengok drama la..”
Dalam kami berbalas kata, telefon aku berdering. Kiki mengangkatnya apabila tertera nama Ryzal di skrin. Nampaknya Ryzal akan sampai sekejap lagi. “ Tak sweet langsung la akak. Ader ke set nama suami Ryzal. Letakla honey ker, hubby ker, abang ker..”
“ Amboi awak pula yang lebih yer. Pergi cakap ngan mak pengantin dah nak sampai.” Tegur mak su pada Kiki. Tu la menyibuk lagi. Mak su memakaikan aku tudung.
            Debaran makin terasa. Sekejap lagi acara akad akan bermula. Berakhirlah zaman solo ku. “ Takutla mak su.” Aku menyuarakan perasaanku kepada mak su. Mak su mengambil segelas air dan meminta aku minum sampai habis. Untuk hilangkan gemuruh katanya.
            Setelah pengantin naik ke atas rumah, aku dibawa keluar oleh mak su. Diekori Nina di belakangku. Sekejap lagi Ryzal akan melafazkan akad. Aku memerhati wajah Ryzal. Cukup tenang wajahnya. kacak sekali Ryzal dalam persalinan baju melayunya. Seri pengantinlah katakan.

Aku terima nikahnya Arleena Sofea binti Khalid
dengan mas kahwinnya dua puluh ribu ringgit tunai...


            Alhamdulillah...syukur Ya Allah. Dengan sekali lafaz aku telah menjadi isteri kepada Muhammad Ryzal Zarith bin Arshad. Aku menitiskan air mata kesyukuran. Sekarang Ryzal sedang membaca taklik. Saat mendengar lafaz taklik oleh suamiku, aku telah menanam niat untuk menjadi isteri yang solehah, taat dan mejaga sepenuhnya keperluan suami. Saat ini aku memadam terus ingatan terhadap Mr. Ian Rayyan dan diganti dengan Muhammad Ryzal Zarith bin Arshad. Ya Allah aku bermohon denganmu lindungilah dan rahmatilah hubungan kami suami isteri.
  Nina berpelukan denganku. Diikuti ibu dan mak su. Aku tidak dapat menahan air mata apabila ibu memelukku erat. “ Jadi isteri yang taat kepada suami ye akak..” ucap ibu. Kata-kata ibu menyedarkan aku yang tanggung jawab sebagi isteri perlu dilakukan dengan sebaiknya.
            Ryzal menghampiriku  untuk acara membatalkan air sembahyang. Dia memakaikan rantai tangan kepadaku. aku menyarungkan cincin platinum di jarinya. Ryzal diminta mencium dahiku. Terasa getar di dahiku. Sejuk rasanya.  Entah berapa kali pancaran lampu kamera mengena kami. selepas itu aku pula diminta mencium tangan Ryzal. Tangan aku yang terlebih sejuk dari tangan Ryzal. Macam aku pula yang nak mengadap kadi.
“ Cantik isteri abang.” Ucap Ryzal.
 Usai acara membatalkan air sembahyang, para tetamu dijemput untuk menjamu hidangan di khemah yang telah disediakan. Kedua keluarga dipanggil mak su untuk makan beradap.
            Usai makan beradap, kami diminta oleh jurugambar masuk ke bilik pengantin. Acara bergambar pula diadakan. Pelbagai aksi diminta kami lakukan. Aku hanya mengikut sahaja arahan yang diberikan. Setiap sentuhan Ryzal melahirkan satu perasaan di hatiku. Ryzal yang mendominasi keadaan. Itu belum lagi masuk arahan dari jurugambar bukan professional. Siapa lagi kalau bukan Nina dan Kiki. Tunggulah giliran korang nanti. Kaw-kaw aku akan kenakan.
            Ryzal perasan akan sikap malu-malu Arleena. maklumlah nak bersentuhan dengannya buat kali pertama. Dari tadi Ryzal berdebar melihat isterinya. Sungguh cantik. Sungguh sempurna.  Ketika dia mencium dahi isterinya telah timbul perasaan yang amat halus dalam dirinya. Sukar untuk dia gambarkan. Dia amat menyayangi isterinya. Dia akan berusaha untuk menjaga dan melindungi isteri yang baru sahaja dinikahinya.
            Usai bergambar di dalam bilik, mereka di bawa bergambar di atas pelamin. Ketika itu pihak pengantin telah telah selesai makan. Mereka dipanggil untuk bergambar bersama-sama keluarga pula. Riuh rendah apabila semuanya hendak bergambar bersama pengantin. Pelbagai aksi yang dilakukan oleh mereka. Kesempatan ini juga diambil oleh Nina dan Harith. Aku dan Ryzal hanya melayan. Biasa la raja sehari katakan.
           
            Keluarga Ryzal tidak menunggu sehingga majlis tamat. Lagipun mereka akan menempuh perjalanan yang panjang. Aku bersalaman dengan kaum keluarga Ryzal. Dari pandangan pertama, aku rasakan semua saudara maranya dapat menerima aku. Alhamdulillah. Itu yang aku mahukan. Biarlah mereka menerima aku dengan sepenuhnya.
            Nina juga mengikut Harith pulang. Malas mengganggu aku katanya. “ Beb.. Selamat pengantin baru. semoga berbahagia hingga anak cucu. Ni hadiah tak seberapa daripada aku.” Nina menghulurkan hadiahnya.
“ Terima kasih banyak tolong aku. ko balik hati-hati jangan ajak Harith melencong ke mana-mana lak.” Aku menyambut huluran hadiah daripada Nina. rasa tidak sedap apabila senyuman Nina nampak lain macam sahaja. Dia ni nak kenakan aku ker? Lain macam je ni. 
            Buat pertama kalinya aku solat maghrib diimamkan oleh suami tercinta. Terasa syahdunya. Aku mengaminkan doa yang dibaca oleh suamiku. Aku berharap biarlah hubungan kami kekal hingga akhir hayat. Aku mencium tangan Ryzal. Ryzal membalas dengan mencium dahiku. Setelah melipat telekung, aku menuju ke meja solek. Mengemas rambut sebelum keluar menyediakan makan malam.
            Alhamdulillah.. Ayang dah menjadi isteri abang. Ryzal mengucapnya di telingaku. Tangannya melingkari pinggangku dari belakang. Kami sama-sama tersenyum. Hanya mata memandang ked la cermin solek di hadapan. Mukaku merah. Berada dalam keadaan begitu menimbulkan rasa malu dan kekok.
“ Kenapa merah sanagt pipi ni.” Ryzal ketawa kecil. Aku mencubit lengannya berada di pinggang ku.

            Usai solat aku ke dapur. menyediakan makan malam. Malam ini kami hnaya menikmati hidangan lebihan lauk kenduri siang tadi sahaja. Aku bersyukur kerana Ryzal dapat berkomunikasi dengan baik bersama-sama kaum keluargaku yang tinggal. Malah nampak serasi pula dengan sepupu-sepupu yang lelaki.
           
            Kami semua berkumpul di ruang tamu. Acara membuka hadiah. Saudara yang kecil paling seronok. Berebut-berebut meminta kami bukakan hadiah yang dirasakan menarik. Tidak berkecuali adikku Kiki. Alahai perangai sama naik dengan budak-budak. Banyak juga hadiah yang kami perolehi. Aku tidak larat membuka ke semua hadiah, akhirnya meminta bantuan mereka yang lain untuk membuka sama. Sambil itu mulut masing-masing membaca nama si pengirimnya. Bertambah gamat apabila si pengirimnya berada sama ketika itu. Walaupun badan terasa penat, tapi aku amat seronok.
            Usai mengemas semua pembalut hadiah, kami masuk tidur. Masing-masing dah penat. Esok masih banyak kerja hendakl dilakukan. Tika inilah aku mula berasa cemas sedikit. Segan untuk berada berdua dengan Ryzal dalam bilik. Kepala mula membayangkan adegan selepas itu. Aduh haru juga ni.

1 comment: