Ian
Rayyan termenung mengenangkan nasibnya. Berita Arleena akan bertunang tersebar
di seluruh hotel. Berita yang telah menjerut tangkai hatinya. Cukup terganggu
emosinya. Terkilan kenapa Arleena curang dengannya. Selama ini dia cukup
menjaga Arleena. tergamak Arleena menkhianatinya. Tidak sangka gadis pujaannya
mempunyai sikap begini. Aaaargg!!! Ian Rayyan cukup tertekan. Dia menjerit
kuat.
Jeritan Ian Rayyan kedengaran hingga
ke luar. Tersentak Kak Yati yang kebetulan melintasi bilik bosnya. apa hal la
dengan budak ni. Terdetik rasa tidak enak dalam hatinya. Ian Rayyan d bawah
tanggung jawabnya. Amanah daripada Dato Kamaludin. Kak Yati mengetuk pintu
bilik Ian Rayyan. Tiada sahutan kedengaran.
Kak Yati melangkah masuk. Kelihatan
Ian di mejanya. Kepala diletakkan di atas meja. Gaya frust menonggeng ni. Apa
pulak la dengan budak ni. “ Bos.. kenapa sampai luar akak dengar bos menjerit.”
Tanya Kak Yati. Ian Rayyan mengangkat muka. Merah mukanya.
Aduhai kuat sangat ker aku menjerit
tadi. Ian melepaskan keluhannya.
“ Kenapa bos. Teruk sangat gaya ni?” Kak Yati
bertanya lagi.
“
Kenapa perempuan tak setia?” Ian bertanya kembali kepada Kak Yati. Kak yati
dapat mengagak punca Ian Rayyan berkeadaan begini.
“
Arleena kan?” mendengar nama Arleena disebut menyebabkan Ian Rayyan rasa
tersekat nafasnya.
“ Macam mana dia boleh ada orang
lain kak?” Dia tidak pernah mendengar Arleena menyebut nama lelaki lain di
hadapannya. Entah sejak bila Arleena mempunyai kekasih yang lain. Selama ini
dia mencurahkan seluruh perasaannya kepada Arleena. rasanya tidak pernah dia
melukakan hati Arleena.
Kak Yati diam seketika. Dari awal
lagi dia tahu Ian Rayyan menyukai Arleena begitu juga dengan sebaliknya. Dia
juga tahu Ian tidak pernah meluahkan perasaannya kepada Arleena. “ Boleh akak
tanya? Bos ni kekasih Arleena ke?”
“ Ya la kak. Akak pun tahu kan.
Selama ni saya mana ada orang lain. Dia satunya gadis pujaan saya.” Geram pula
Ian dengan pembantunya ini. Selama ini segalanya dilauhkan kepada Kak Yati.
“ Pernah ke bos luahkan perasaan
kepada Arleena? Pernah ke bos lafazkan rasa cinta pada Arleena?” geram pula dia
dengan bosnya. banyak kali telah disarankan agar meluahkan perasaan pada
Arleena kerana dia juga tahu Arleena sememangnya menunggu ucapan keramat itu
dari Ian Rayyan.
Banyak kali Kak Yati memintanya
berterus terang dengan Arleena. tapi tida dihiraunya. Disangka Arleena memahami
layanan yang diberikan kepadanya. “ Akak memang tahu ker dia dah ada lelaki
lain? Soal Ian Rayyan.
“ Sebelum bos datang, dia dah kenal
Ryzal tu. Lama mereka berkawan. Sekarang baru Arleena terbuka hati untuk
menerima dia. Itupun sebab lama sangat dia menunggu bos tapi tak ada respon
pun.” Geram Kak Yati dengan sikap lembap bosnya itu.
“ Selama ni saya layan dia elok Kak
Yati, tak kan dia tak faham isi hati saya?”
“ Bos... Arleena tu perempuan. Tak
kan bos nak dia faham melalui layanan bos je. Buatnya sepuluh tahun dia
menunggu, tapi akhir-akhir bos kahwin ngan orang lain tak ke haru jadinya?
Banyak kali akak cakap, luahkan...luahkan... tapi bos buat tak tahu saja. Dah
jadi macam ni mula nak menonggeng.”
“ Selama ni tak ada pun dia mention nama lelaki depan saya. Mana
saya tahu dia ada lelaki lain.” Ian masih meluahkan rasa tidak puas hatinya.
“ Bos ada tanya ker dia ada boyfriend ke tak?” Ian menjeling
pembantunya itu. “ Atleast dia boleh tanya saya. Tapi dia senyap saja.”
“
Dia perempuan la bos. Kalau ditanya nanti disalah anggap pula. manusia ni bos
fahaman berbeza. Tak semua orang akan faham apa yang kita maksudkan.”
Lagi sakit hati saja dia ni. Kak
Yati tersengih. Tahu hati bosnya terbakar. Padan muka. Nama saja bos besar tapi
nak pikat perempuan lembap. Dah banyak kali dia bagi hint itu pun tak
faham-faham. Nasib badanla Mr. Ian Rayyan. Kak Yati bangun untuk keluar dari
bilik Ian Rayyan. “ Kan dah banyak kali akak bagi hint, bos saja lembap. Lain kali jumpa gadis sesuai terus ucap bos
yea..” Tersentap Ian mendengar kata Kak Yati. Main kasar nampak.
Ian
tidak dapat menumpukan perhatian kepada fail yang berlambak di mejanya.
Hanya wajah Arleena yang tergambar di matanya. Tidak dapat menerima hakikat
yang Arleena bukan lagi miliknya. Terasa lumpuh hidupnya. Tiada lagi suri yang
akan bertakhta dihatinya. Tidak tahu bagaimana hendak bereaksi di hadapan
Arleena kelak. dia merenung wajah Arleena dalan iphonenya. Sakit hati. Itu saja
yang dapat digambarkan.
Seratus peratus kesalahan dia
sandarkan kepada Arleena. tapi adakah berbaloi jika semua kesalahan itu
diletakkan kepada Arleena. betul juga kata pembantunya tdai. Silapnya dari dia.
Tidak pernah meluahkan perasaannya. Dia tidak memahami saranan yang
diberikan oleh pembantunya itu.
Selepas
aku bertunang Mr. Ian menunjukkan perubahan denganku. Dia amat tegas apabila
berurusan denganku . Tiada lagi teguran dan sapaan setiap kali terserempak
denganku. Malah bahasa yang digunakan apabila berurusan denganku agak kasar.
Aku agak pelik dengan perubahan yang berlaku terhadap Mr. Ian. aku cuba merisik
daripada Kak Yati mengenai perubahan tingkah Mr. Ian namun jawapan yang
diberikan juga mengelirukanku. Setiap kali aku meluahkan perasaan tidak puas
hati kepadanya mesti Kak Yati akan menjawab yang buah hatinya dikebas orang.
Setahu aku Mr. Ian mempunyai ramai peminat. Siapa pula diantara mereka itu yang
sanggup melukakan hati pujaanku..ishhh aku ni dah jadi tunang orang pun masih
kata suka kepada Mr. Ian.
“
Macamana progress dengan Datin Mona?” Mr. Ian bertanya dengan air muka yang
tegas tanpa secalit senyuman.
Aku
agak terperanjat. Maklumlah dari tadi aku berfikir mengenainya tiba-tiba sahaja
dia berada di hadapanku. Agak ketar untuk menjawab apabila melihat air mukanya.
“
Setakat ini semuanya berjalan lancar seperti yang diminta oleh Datin Mona.
Petang nanti Kamarul akan ke rumahnya untuk mengambil quotation,” ujarku dengan suara yang agak tersekat-sekat kerana
sepanjang aku bercakap mata Mr.Ian tidak berkalih daripada melihat mukaku.
“
Kenapa Kamarul bukan kamu?” soal Mr. Ian.
“
Maaf Mr. Ian. Petang nanti ada klien yang hendak berjumpa dengan saya. Jadi
saya meminta Kamarul untuk mengambil quotation tersebut. Lagipun saya dah
hubungi Datin Mona memaklumkan perkara ini, ’’ panjang lebar aku
menjelaskannya. Usai aku bersuara kulihat muka Mr. Ian merah.
“
Awak tahukan Datin Mona klien penting kita. Saya tak nak disebabkan sikap
sambil lewa awak akan menjejaskan kepercayaannya terhadap hotel ini. Sebagai
ketua yang handle event ni awak
sepatutnya ambil tahu dari awal hingga akhir. Bukannya menyerahkan tugas kepada
orang lain. Faham !!! Ingat senang ker
nak cari klien macam tu?” marah Mr. Ian kepadaku. aku tersentap. Apa ni. Selalu
boleh saja minta tolong dari sesiapa. Tak ada pula undang-undang yang diamalkan
dalam Hotel Grenz ni meminta orang yang sama sahaja mengurus dari awal hingga
akhir majlis.
“
Saya nak waktu lunch nanti awak tunggu saya kat lobi. Kita sama-sama pergi
rumah Datin Mona. Isshh.. kerja senang pun tak boleh buat, ” tegas Mr.Ian.
Aku
terkaku apabila dimarahi dan hanya melihat sahaja Mr. Ian berlalu keluar dari
bilikku. Ya- Allah kenapa Mr. Ian begitu marah kepadaku. Sedangkan segala
urusan dengan Datin Mona berjalan lancar. Apa masalah orang tua ni agaknya.
Seketika baru aku teringat dengan temujanji dengan klien pada petang nanti.
Bingkas aku bangkit dari kerusi dan keluar menuju ke bilik Mr. Ian. Belum
sempat sampai ke biliknya aku terserempak dengan bosku itu sedang bercakap
dengan Kak Yati. Amboi muka bukan main manis. Dengan aku mengalahkan ibu
harimau. Pantas aku mendapatkan bosku apabila melihat dia seakan-akan hendak
berundur dari situ.
“
Eeek…Mr. Ian…petang nanti saya a….”…belum sempat aku habis bercakap telah
dipotong dengan tegas oleh bosku.
“
No excuse..klien petang nanti Kamarul
handle..” tegas Mr. Ian sambil berlalu pergi.
Tinggal
aku terkulat-kulat memandang Kak Yati..Kak Yati mengangkat bahu kepadaku.
“
Alaaa..kak..asal orang tua yang period
tak habis-habis tu!! Tensenla..semua kerja saya buat, salah bagi dia. Apa yang
dia tak puas hati sebenarnya ni? Sebelum ini elok saja.” tanya ku kepada Kak
Yati.
“
Nak buat macamana makwe dia sengal
sikit..bagi signal tak faham-faham”
balas Kak Yati.
“
Dah makwe dia sengal apa kaitan
dengan saya. Takkan masalah dengan aweks
sengalnya nak lepaskan kat saya, macam saya pulak bersalah. Eh! Kak selama ni
bos ada aweks ek?” Aku menghentak
kaki sambil beredar meninggalkan Kak Yati. Sepanjang jalan menuju ke bilik aku
membebel bengangkan bosku. Muka aku pun rasanya cantik sikit dari singa.
Kak
Yati menggeleng-gelengkan kepalanya. Nasib korangla. Si perempuan sengal kerana
walaupun si lelaki dah bagi hint
semua tak faham. Yang si lelaki pulak berat mulut nak melafazkan rasa suka dan
hanya harapkan si perempuan faham dengan tingkah laku yang dibuatnya… kalau aku
pun fikir banyak kali juga. Habis tak
lafaz macamana nak fahamkan? Mintak-mintak korang ni ada la jodoh…
Masuk
sahaja ke dalam bilik aku hempaskan badan di kerusi dengan gaya geram. Hati
masih lagi sakit mengenangkan tindakan yang dibuat oleh Mr. Ian. Pantas aku
mengambil telefonku dan segera menelefon Nina untuk memaklumkan yang aku akan
keluar pada waktu rehat nanti. Selepas memberitahunya aku juga menghubungi
Kamarul untuk memberitahunya yang aku akan ke rumah Datin Mona dan memintanya
mengambil alih tugasku di pejabat nanti.
Tepat
jam satu petang aku turun ke lobi. Aku tidak mahu lewat kerana tidak sanggup
hendak menadah telinga mendengar bebelan bosku nanti. Sememangnya dia seorang
bos yang amat menepati masa. Yang pasti aku tidak mahu mendengar bebelannya
yang pasti akan menyakitkan hati aku sendiri. Sampai di lobi, aku meninjau kelibatnya.
Seketika aku melihat dia menuju ke keretanya. Nasib baik. Pantas aku keluar
dari lobi dan menuju ke keretanya. Mungkin setelah menyedari kehadiranku, bosku
berpaling ke belakang. Tiada senyuman yang dihulurkan kepadaku.
Aku
hanya mendiamkan diri selepas memasuki kereta bosku. Sambil menghidupkan enjin,
kulihat bosku mengeluarkan telefonnya. Nombor seseorang didailnya. Setelah
bercakap seketika dia mematikan perbualannya. Dia hanya tersengih memandangku.
Aku pulak macam singa yang sedang mengadap mangsa. Hanya tunggu masa hendak
menerkam. Sebaik sahaja bosku mematikan perbualannya, aku berpusing ke arahnya.
Sakitnya hatiku apabila mendengar Datin Mona sedang dalam perjalanan ke
hotel untuk menyerahkan quotation tersebut. Habis untuk apa aku
keluar ni?
“
Kenapa pandang saya macam tu?” Tanya bosku.
“
Kenapa saya perlu keluar sedangkan bos tahu yang datin akan serahkan quotation itu sendiri? Saya banyak
kerjala kat hotel tu. Saya bukannya anak
orang kaya seperti bos. Saya perlu bekerja untuk menyara hidup saya,”
tegasku.
Teringat
kata-katanya kepadaku tadi. Entah mengapa aku benar-benar terasa hati dengan tindakan bosku. Air mata
seolah-olah begitu mudah untuk mengalir keluar. Mungkin aku amat terkilan
dengan tindakan bosku sejak kebelakangan ini. Asyik memarahi aku. Kadang-kadang
kesalahan yang remeh sahaja akan dibesarkan oleh Ian.
Kami masih lagi tidak bergerak.
Masing-masing cuba melepaskan perasaan. Ada perasaan tidak puas hati berbuku
dalam hati masing-masing. “ Awak rasa tunang awak tu pilihan yang tepat ke? Dah
habis fikir?’’ soal bosku. Ian menunjukkan reaksi yang agak sukar untuk aku
tafsirkan.
Terasa
mendidih darahku apabila soalan itu ditanya dengan nada yang sinis dan ditambah
pula dengan mimik muka seolah-olah mengejekku. Siapa dia yang hendak
mempersoalkan tentang hidupku. Kenapa dia perlu masuk campur dalam hidupku.
Bukannya aku kekasihnya yang curang. Aku hanya lah pekerjanya. Takkan semua
urusan pekerja hendak dicampurnya.
“
Apa masalah dengan bos ni. Siapa bos nak mempersoalkan pilihan saya. Dah itu
pilihan saya, kenapa dan untuk apa bos nak pertikaikannya? Tuturku dengan nada
yang agak tinggi. Serentak dengan itu aku membuka pintu dan terus keluar menuju
ke hotel semula. Nasibla dari tadi kami hanya berada di dalam keretanya sahaja.
Kalau tak jenuh aku nak kena balik sendiri.
Aku
tidak mengendahkan panggilan bosku. Kaki ku atur semakin laju menuju ke lobi
hotel. Selera aku telah mati. Kepala aku dipenuhi dengan penuh tanda tanya.
Tanpa menegur rakan-rakan sekerja yang berada di pintu masuk hotel, Arleena
dengan pantas menuju ke lif. Butang ke tingkat kerjanya ditekan. Masuk sahaja
ke dalam bilik, Arleena menghempaskan pintu biliknya. Handbag dilemparkan ke
sofa yang berada di sebelah kiri biliknya. Dia cukup geram dengan bosnya. Ikutkan
hati aku ni nak saja rendam bos ke dalam baldi. Basuh sikit kepala otaknya.
Saat aku mula menerima Ryzal barulah dia menunjukkan tanda-tanda sukakan aku.
Sedangkan sudah lama aku menanti ucapannya. Mungkin disebabkan harapan tinggi
itu aku agak kecewa dengannya.
Susah
sangat ker dia nak ucapkan rasa suka pada aku kalau itu yang dia rasa. Kalau
itu yang dia nak. Susah sangat ker nak ucap saya sayang awak. Saya suka awak.
Malu bahasa melayu cakapla I love you.. Paling malu pun kata 143... bahasa
muda-mudi sekarang ni..aku boleh faham.. ini bila aku dah betul-betul buat
pilihan tahu pula nak mengamuk. Kalah perempuan yang datang period. Moody jer memanjang.. aduii
stress macam ni. Aku membentak geram.
Kalau
dari dulu dia ucapkan segalanya kan senang. Tak adalah aku ternanti-nanti..
sudi katakan sudi...
Sementara itu di dalam kereta, Ian
memandang lesu pemergian Arleena. Terasa dirinya semakin jauh dengan Arleena.
Silapnya juga tidak menyuarakan rasa suka kepada pembantunya itu sehinggakan
bunga di tamannya dipetik orang. Dia bukannya romantik untuk memikat perempuan.
Baginya cukup perhatian yang diberikan kepada gadis pujaannya. Setiap kali
pemergiannya, akan dititipkan pesanan ringkas kepada pembantunya. Pulangnya
akan diberikan souvinier.
Untuk
mengelak perasaannya diketahui umum, dia juga memberikan souvinier tersebut
kepada para pekerjanya yang lain. Mungkin itu yang menyebabkan gadis pujaannya
tidak memahami perasaannya. Hanya Kak Yati yang mengetahui perasaannya terhadap
Arleena. Kerap kali Kak Yati memintanya menyuarakan perasaan kepada Arleena
namun dia sentiasa berlengah. Sehinggakan kini dia rasakan dia benar-benar akan
kehilangan Arleena. Namun jauh disudut hatinya, dia masih berharap yang suatu
hari nanti Arleena akan menjadi suri di hatinya.
Ian
memandu keluar keretanya dari parkir yang ditempatkan khas untuknya. Dia hanya
memandu tanpa hala tuju. Penat untuk meredah kesesakan lalu lintas kerana
sekarang merupakan waktu makan tengah hari, Ian menghala keretanya untuk pulang
ke kondonya. Dia tidak mempunyai semangat untuk bekerja pada hari itu. Perut
yang meminta diisi pun malas diikutinya.
Melihat
rasa marah Arleena tadi, dia tahu dia tidak ada lagi dalam hati gadisnya itu.
Tahu yang dia akan kehilangannya.
Setengah
jam memandu, Ian sampai ke Amazing Height Kondominium. Kondo tersebut hadiah
daripada papanya apabila dia sanggup pulang ke tanah air untuk meneruskan
legasi papanya di Hotel Grenz. Dia memasuki lif dan butang tingkat 12 ditekan.
Dia amat menyukai persekitaran di kondo ini kerana disekelilingnya terbentang
bukit-bukit yang menghijau. Terasa tenang dan damai apabila melihat pemandangan
tersebut apatah lagi apabila penat
seharian bekerja.
Apabila
sampai di hadapan pintu 1208, dia memasuki kunci ke gril. Sebagai langkah
keselamatan walaupun di pintu masuk telah dilengkapi dengan pengawal
keselamatan dan juga CCTV di setiap tingkat. Setelah mengunci pintu, Ian
memasuki biliknya. Sambil berbaring dia merenung gambar Arleena yang tergantung
di dinding. Gambar yang diambil secara curi-curi tanpa pengetahuan Arleena.
Gambar tersebut agak besar saiznya. Macamana la aku hendak melupakannya
sedangkan wajahnya sentiasa berada di hatiku. Ian tidak merasa untuk menurunkan
gambar Arleena dari tempatnya. Baginya tidak salah menyukai tunangan orang. Ian
tertidur ketika ralit menilik gambar Arleena. Tidur dengan perasaan yang
hampa.
No comments:
Post a Comment