Ryzal
kian mendesak aku menerimanya. Aku berasakan masih terlalu awal. Perkenalan
kami baru sahaja tiga bulan. Aku kasihan dengan Ryzal. Tak jemu-jemu mengajak
kami berkahwin. Tidak dinafikan Ryzal punyai segalanya. Malah dia mampu untuk
menjaga aku. Runsing. Aku masih tidak dapat membuat keputusan. Kala ini hati
aku mengharapkan Ian. tapi ian tidak pernah meluahkan perasaannya kepadaku.
hanya aku seorang yang menggilainya.
“ Beb..aku kesianla kat Ryzal. Tak
jemu pujuk aku, ajak kahwin.” Aku meluahkan perasaan kepada Nina. naik tepu
kepala aku memikirkannya.
“
Ko suka tak kat dia.?”
“
Aku tak tahula beb. Aku tak fikir lagi soal kahwin. Komitmen besar tu. Tapi lately ibu aku asyik tanya saja. Jenuh
aku bagi alasan.” Jelas riak serabut di wajah Arleena. “ Ko rasa Ryzal ok ker?”
tanyaku pada Nina.
“
Aku tengok ok jer. Tapi kat belakang aku tak tahulah. Tapi kalau dia tak elok
mesti Harith dah cakap awal-awalkan.”
“
pening la beb.” Keluhan keluar dari bibir mungil milik Arleena.
“ Mungkin selama ni ko
layan as a girlfriend. Tu yang dia yakin nakkan ko.” Nina juga pernah terfikir
kenapa Arleena sukar menerima Ryzal. Padahal mereka sering keluar bersama. atau
adakah Arleena telah mempunyai kekasih? Tapi tidak pula dia melihat Arleena
keluar dengan sesiapa melainkan Ryzal dan bosnya. Ops! Arleena ada hati dengan
Mr. Ian kah? Nina merenung Arleena.
“ Beb.. kenapa ko susah
nak terima Ryzal. Korang kan selalu hang
out bersama.” Nina cuba mengcungkil rahsia hati sahabatnya itu.
“ Entahla beb..mungkin aku rasa belum masanya
aku nak pikul tanggung jawab sebagai isteri.” Padahal dalam hatinya dia masih
menantikan Ian. sebab itulah dia melengahkan hubungannya dengan Ryzal.
“ Beb.. ko suka Mr. Ian
kan?” tembak Nina. terkejut Arleena dengan soalan Nina. tepat ke sasaran.
Takkan aku nak mengaku.
“ Ish..ko ni.
Agak-agakla. Siapa la aku ni.” Arleena cuba berlindung. Melihat muka Arleena
merah, Nina pasti tekaannya tepat sekali.
Takkanla
bosnya itu masih tidak luahkan perasaan pada Arleena. Kadang-kadang dia juga
melihat Arleena hanyut dalam lamunannya. Bukan dia tidak tahu desakan daripada
ibu Arleena. malah dia juga kadang-kadang bersubahat apabila ibu Arleena
menelefonnya. Macam-macam alasan yang diberikan sekiranya Arleena tidak mahu
menjawab panggilan ibunya. Bukan mengelak tapi rimas apabila tiada keputusan
yang dibuat. Sedangkan ibu Arleena beria-ia ingin menerima menantu.
Gadis
secantik Arleena pastinya mempunyai ramai peminat. Gerak gerinya sentiasa
menarik perhatian lelaki. Nasib baiklah Arleena bukan jenis yang senang
melayan. Dengan wajah dan badannya persis seorang model, senang-senang saja dia
dapat memikat lelaki. Malah kawannya itu agar tetutup apabila soal lelaki
dibicarakan. Tengok sahaja ketika mereka masih belajar. Bukannya sedikit
pelajar lelaki yang mengutus surat kepadanya, tapi tidak diendahkannya. Bukan
sombong tapi hatinya hanya terbuka untuk menerima mereka sebagai rakan
sepengajian sahaja. Tidak lebih dari itu. Dia senang berkawan dengan semua
orang. Baginya Arleena mempunyai pakej lengkap. Cukup cantik luaran dan juga
dalaman.
Sikap
Arleena masih berlarutan apabila mengenali Ryzal. Masih belum membuka hatinya
untuk menjalin hubungan yang lebih jauh. Berkali Ryzal mencuba namun
keputusannya masih sama. Bagi Nina, Ryzal mampu dari segalanya. Ryzal pemuda
yang telah mempunya kedudukan kewangan yang kukuh dalam usia muda. Ryzal juga
mempunyai bentuk wajah yang kacak. Semuanya sempurna. Sesuai digandingkan
dengan Arleena. tapi kehendak hati siapa yang dapat menghalang. Nina melayan
perasaannya.
“ Hoi... yang ko termenung pula ni kenapa?
Yang ada masalah aku. jomlah masuk bilik. Dah lewat malam ni.” Tersentak dengan
teguran Arleena. mereka sama-sama bangun untuk ke bilik masing-masing. Arleena
mencapai remote astro yang berada di
atas meja. Menekan butang off.
`Pekerjaan aku semakin stabil. Ibu
selalu bertanya soal rumah tangga. Kerap kali ibu menyuarakan pendapat untuk
mencari calon untuk aku sekiranya aku masih belum berpunya. Asalkan aku tidak
di anggap tidak laku. Nampaknya tentu jiran-jiran kami bercakap mengenai aku.
ibu juga bimbang jika aku hanya fokus kepada kerjaya sahaja. Nampaknya ibu
semakin serius. Alahai ibuku... anakmu ini baru 22 tahun.. muda lagila ibu.
Aku faham dengan perasaan ibu.
Mestilah dia mahu seorang suami menjagaku. Aku juga ingin disayangi dan
menyayangi. Aku sepertinya ebrada di persimpangan. Masih tidak dapat membuat
keputusan sama ada untuk memilih Ryzal atau Ian Rayyan. Jka mahu diukur, Ryzal
jejaka tampan yang punyai segalanya. Malah dia juga sering mengajak aku untuk
mempunyai hubungan yang lebih jauh. Katanya telah bersedia untuk menjadi
memikul tugas sebagai ketua keluarga. Walaupun kami baru sahaja berkenalan tapi
Ryzal berani meluahkan perasaannya. Tiada yang kurang dengan Ryzal. Pendapat
juga seakan sama dengannya. Akan serius dalam hubungan jika dirasakan mereka
mempunyai keserasian.
Jika aku seorang yang meterialistik,
sudah tentulah aku akan memilih Ian Rayyan. Seorang pemilik hotel yang
terkemuka dan kaya raya. Hidup dalam kemewahan. Tapi satu kekurangan Ian Rayyan
ialah dia tidak pernah menyuarakan rasa sukanya kepada aku. Tidak pernah
meluahkan perasaannya kepadaku. Hanya aku yang menyukainya sendiri. Walaupun
layanannya kepada seperti seorang kekasih tapi adakah berbaloi penantianku ini.
Adakah akan terhasil satu ikatan daripada penantian ini. Atau hanya aku
bertepuk sebelah tangan. Tiada jawapan yang jelas selagi Ian Rayyan tidak
meluahkan dari mulutnya sendiri.
Ryzal mengharapkan aku dan aku
mengharapkan Ian Rayyan. Siapa yang dapat siapa? Ryzal terangan menyatakan rasa
suka dan ingin memikul tanggung jawab sebagai ketua keluarga. Adui peningla
macam ni. Arleena mengetuk-ngetuk kepalanya dengan telefon bimbitnya.
Keputusan harus dibuat secepat
mungkin. Ibunya memberi tempoh seminggu sahaja. Jika tidak dia akan dipadankan
dengan anak rakan ibunya. Nampaknya dia tidak boleh mencipta alasan lagi. Kalau
dibuatnya ibu betul-betul dengan keputusannya, aku juga yang akan merana. Dah
rasa macam orang dulu-dulu pula.
Arleena
mencoretkan nama Ryzal dan Ian Rayyan di atas sehelai kertas. Mencatatkan
segala baik dan buruk kedua-duanya. Dengan tekun dia berfikir. Akhirnya Arleena
tersenyum. Yess... keputusan telah diambil. Dia amat yakin dengan pilihannya.
Semoga Allah merestui pilihannya. Dia Cuma mengharapkan seorang suami yang
boleh menjadi pembimbingnya.
“
Woi ko buat apa?” tegur Nina. hairan melihat rakannya itu tersengih-sengih
sambil merenung kertas di tangan.
“
Aku dah buat keputusan?” arleena menjungkitkan keningnya memandang Nina.
“
Keputusan apa? Jangan main-mainla.” Geram Nina dengan tingkah rakannya itu.
“
Hmmp...I’m decided to chose Ryzal to be my Mr Hubby..” tutur Arleena satu-satu.
Gembira
Nina mendengarnya. “ Akhirnya kawan aku dah buat keputusan. Apa sebab ko pilih
Ryzal?” hendak tahu juga kenapa Arleena memilih Ryzal. Dia menjangkakan Arleena
akan memilih Mr. Ian Rayyan. Tapi siapa pilihan Arleena dia tidak kisah.
Memandangkan kedua-duanya mampu dari segala segi. Tiada yang kurangnya. Semoga
rakannya itu akan hidup bahagia.
“
Bukan atas dasar kasihankan Ryzal. Nak ikutkan kedua-duanya kaya. Tapi itu tak
penting bagi aku. aku tak nak perjudikan nasib aku dengan lelaki yang belum
tentu memilih aku sebagai surinya. Ku akui hati aku lebih kepada Mr. Ian. tapi
sampai bila aku hendak melayan perasaan. Menanti buah yang belum tentu gugurnya.
Belum tentu bila tempohnya.” Arleena meluahkan perasaannya. “ Lagipun Ryzal cukup sabar menunggu aku. Ya
kami baru kenal tapi aku rasa selepas ini kami boleh lebih mengenali. Bercinta
selepas kahwin pun ok juga kan.
“
Aku tengok Ryzal ok. Sebab dia kawan Harith itu satu advantage. Kalau dia tak
elok mesti Harith dah bagitahu aku kan. Lagipun perangai dia ramai perempuan
tu, biasala bagi orang bujang yang punyai rupa dan poket penuh. Mesti ramai
perempuan yang mahu dekat dengannya. Gaya hidup orang bujang. Sama juga dengan
Harith. Kadang-kadang ada juga sikap nakalnya. Setahunya selepas mengenali
Arleena, Ryzal tidak lagi berpeleseran di hujung minggu. Sudah banyak perubahan
yang berlaku dalam hidup Ryzal. Nampak kesungguhan Ryzal ingin memiliki Arleena. Dia tahu semua ini pun
daripada Harith, teman rapat Ryzal. Takkan Harith hendak menipunya pula.
“
Nampaknya ada orang kena belanja ni. Rasa-rasa tak lama lagi boleh makan nasi
minyak. Ryzal dah tak sabar gila tu...ha..ha..ha..” Nina ketawa kuat.
“
Ko mintak dengan Ryzal la. Dia nak kat aku kan?”
“
Habis ko tak nak kat dia ker? Bila ko nak bagitahu dia?”
“
Sabarla weh..diakan ada kat Sarawak. Esok baru balik. Lupa ker?” Nina
tersengih. Lupa mereka berdua berada di Sarawak. HR Global baru mendapat projek
besar di sana. jangan Harith sangkut dengan orang Sarawak sudahla.
“ Weh..aku rindu
Harithla..” Nina mengerdip-ngerdipkan matanya
kepada Arleena. Arleena menunjal dahi Nina.
“ Korang bila lagi? Ke
hulu ke hilir jer kerja korang.” “ Dah Harith tak tanya. Aku on saja haha...”
Walaupun Harith agak tegas sedikit tapi dia senang dengan sikap Harith.
Berlawanan dengan perangai gila-gilanya. Tapi kalau tiba time nakal Harith, dia pun surrender.
Dia
akan cuba menerima Ryzal sepenuh hatinya. Akan belajar menyintai Ryzal. Mr. Ian
Rayyan akan dipadamkan dari hatinya. “ Woi menung lagi. Dah sampai malam
pertama ker?” Nina menepuk bahu Arleena. angau la tu. Berterbangan khayalan
Arleena.
“ Apa la ko ni. Bagila
aku chance layan blues sekejap.”
No comments:
Post a Comment