Saturday, 15 March 2014

BAB 10-SAYA SAYANG AWAK






Bilik  yang diduduki oleh Qaira dan Arleena diketuk dari keluar. Puan Serena mengejutkan mereka untuk solat subuh. Dinding kayu agak bergema juga bunyinya. Lena sekali dia tidur malam tadi. Letak sahaja kepala di bantal, dia pun hanyut. Terlalu letih barangkali. 
Arleena mencapai tuala yang diletakkan di rak penyidai. Menutup kepalanya. Dia keluar untuk mengambil wuduk malas pula untuk mengenakan tudung. Dia dan Qaira keluar dari bilik. Melintasi ruang tidur Mr. Ian. Matanya mencari kelibat Ian. Sepintas lalu dia melihatnya.  kasihannya. Ian kelihatan meringkuk kesejukan. Mesti dia tidak tahan dengan sejuk malam. Rumah kampung. Malam terlalu sejuk. Tempat tidur di sebelah menyebelah Ian telah kosong. Agaknya mereka telah bangun. Tinggal bosnya dan beberapa anak kecil sahaja. Aduhai liat juga dia ni bangun pagi.
 Dia dan Qaira mengambil wuduk bersama. di dapur nenek sedang menjerang air. Awalnya nenek masuk dapur. usai solat subuh Arleena keluar semula dari bilik. Qaira menyambung semula tidurnya. Kaki diatur ke dapur. ingin membasahkan tekaknya dengan air mineral. Kelihatan beberapa orang lelaki dan Puan Serena berada di dapur. si lelaki sedang menunggu giliran menggunakan bilik air. Mendengar bunyi derap kaki, Puan Serena berpaling.
“ Belum solat lagi?” tanyanya kepada Arleena.
 “ Dah...nak minum air saja.” Arleena mengambil cawan lalu menuang air mineral yang berada di atas meja.
“ Boleh tolong kejutkan Ian? yang lain semua dah bangun tu” arah Puan Serena sambil menjuihkan mulut ke arah anak buahnya yang berdiri di tepi bilik air. Biar betul dia nak suurh aku kejutkan bos. Puna Serena memandang Arleena. tiada jawapan daripada Arleena.
“ Aunty nak kopek bilis ni. Nenek nak masak nasi lemak pagi ni.” Faham dengan maksud Puan Serena, Arleena menganggukkan kepala.
Dia menghayun langkah ke arah ruang tamu. Menuju ke tempat tidur Ian. nampaknya keadaan tidur Ian masih sama. Macamana aku nak kejutkan dia ni? Arleena menggaru pelipis keningnya. Dimana mahu disentuhnya. Dia tidak pernah lagi menyentuh bosnya sebelum ini. Arleena menguatkan semangatnya. Bahu Ian ditepuk perlahan. Nasib berlapik. Dua tiga kali dia menepuk Ian tetap tidak bergerak. Amboi lenanya. Arleena menguatkan lagi suara dan tepukannya di bahu Mr. Ian.
Dari jarak dekat sebegitu membuatkan Arleena tidak keruan. Menguatkan lagi perasaannya terhadap bosnya itu. Milik siapakah hatinya ini! Matanya tidak berkalih dari menatap wajah bosnya. Sungguh mulus. Tidurnya lena persis anak kecil. Deru nafas juga teratur. Dalam mata terpejam begitu, Arleena merasakan bosnya seksi sekali. Dengan seulas bibir merah tanda tidak merokok. Cukup sempurna ciptaan tuhan. Di ralit memerhati.
Ian menggeliat apabila terasa badannya disentuh. Dia membuka perlahan matanya. Terperanjat rasa hatinya melihat wajah Arleena begitu hampir dengannya. Adakah Arleena yang menepuknya tadi.
“ Mama bos suruh saya kejutkan bos. Orang lain semua dah bangun.” Arleena cuba mengawal rasa gugupnya. Itulah perhati lagi anak orang lama-lama. Nasib tidak diflying kick akibat terperanjat. Dia juga terkejut melihat reaksi spontan Ian tadi. Apabila melihat Ian duduk, Arleena bangun lalu menuju ke biliknya semula. Agaknya bos tahu ker aku tilik mukanya tadi. Apa la ko ni Arleena. buat malu saja. Ian masih lagi duduk. Melihat Arleena meninggalkannya. Terbayang wajah Arleena tadi. Wajah suci waktu pagi. Sungguh ayu sekali. Hatinya semakin bergetar melihat Arleena tadi.

           

            Arleena membancuh air teh dan kopi. Qaira sedang menghidangkan nasi lemak di atas meja makan. Harum sekali bau nasi lemak. Mengiurkan. Nenek dan datuk dan beberapa orang lagi mak cik sedang duduk memenuhi meja makan. Nampaknya yang lain terpaksa dihidangkan di bawah. Biasalah orang ramaikan. Masing-masing telah memasak tadi. Tugas menghidang dilakukan oleh anak dara pula. hanya dia dan Qaira sahaja anak dara di sini. yang lain masih lagi kecil. Selepas siap membancuh air, dia membantu Qaira menghidang di bawah pula. sepupu Qaira yang lelaki telah duduk mengadap menunggu hidangan. Terasa segan pula apabila diperhatikan begitu. Mana pula bosnya ini masih tidak keliahatan.
“ Abang dah bangun belum? Tak masuk dapur ni.” Qaira bertanya kepadaku. aku hanya mengangkat bahu. Tidak tahu di mana dia berada ketika ini. Takkan masih tidur lagi.
“ Kita tunggu diaorang habis makan dulu la ya.” Saranku kepada Qaira. Segan pula hendak duduk bersama mereka. Dahla semua lelaki.
            Belum sempat Qaira menjawab, kelihatan Ian masuk ke dapur. kacaknya. Walaupun Ian hanya mengenakan kain pelikat dan baju melayu sahaja. Pandai pula mamat saleh ni pakai kain pelikat. Kelihatan hujung rambutnya masih basah. Ian mengambil tempat di sebelahku. Alahai dia ni. Kenapa tak duduk sebelah adiknya sahaja.
“ Awak nak makan sekarang ker?” soalku. Setahu aku Mr. Ian tidak makan awal pagi. Malah rasanya dia tidak mengambil makanan berat pada waktu pagi. Boleh ker dia ni makan nasi lemak.
“ Abang nak makan apa?” Qaira bertanya kepada abangnya. Malah soalanku tidak dijawabnya lagi.
            Ian serba salah. Matanya hanya melihat nasi lemak yang terhidang. Apa yang hendak dimakannya. Kalau mintak lain agak-agak kena kutuk tak. Dahla malam tadi jenuh dia diusik oleh sepupunya. Matanya memerhati ke arah meja. Mencari kelibat mamanya. Tiada pula. kalau tak boleh juga dia mengendeng dengan mamanya. Takkan nak minta Qaira sediakan scrabble egg untuknya. Kecoh nanti minah ni. Sekadar untuk mengalas perut. Bukan berlagak tapi perutnya akan sakit apabila makan hidangan berat pada waktu pagi.
“ Mama mana?” soal Ian kepada adiknya. Qaira memandang ke arah meja. Mamanya tidak kelihatan. Hanya papanya sahaja yang ada.
            “ Kenapa?” tanya Qaira kembali.
 “ Buatkan abang scrabble egg.” Suruh Ian kepada adiknya. Dah tak ada orang lain nak minta tolong. Takkan nak susahkan Arleena. Ian merendahkan suaranya takut didengari orang lain.
            Dato Kamarudin hanya memerhati tingkah anaknya. Melihat rekasi Ian memandang nasi lemak sudah tahu apa dalam fikiran anak bujangnya. Bukannya dia tidak tahu perangai Ian. alahai anak bujangnya itu. Apa yang dipinta dari si adik. Nak tergelak apabila melihat si abang membuat muka simpati kepada si adik. Dahla si adik hati kering.
            Arleena hanya menjadi pemerhati.
“ Ala..abang ni.. Ni kampungla.. makan aja lah nasi lemak ni. Kat sini mana ada baked bean or sosejla..” malas pula rasanya melayan karenah abangnya. Sedangkan dia dengan Arleena masih belum menjamah hidangan. Tunggu turn. Mata masih mengantuk lagi ni. Dia tahu hari ini tenaga banyak hendak digunakan.
            Ian masih merengek kepada adiknya. Kelakar pula rasanya melihat bosnya bersikap begitu. Boleh tahan juga bosnya itu. Ian melihat kepada Arleena.
“ Kalau nak gelak, gelak sajalah. Jangan nak buat hidung kembang macam tu.” Selamba badak Ian menegur aku. 
Dua tiga orang sepupunya memandangku. Mereka tergelak kecil. Hempah malukan aku saja.
“ Awak tolong carikan biskut atau roti untuk saya.” Tidak  jalan dengan adiknya, aku pula menjadi mangsa.
Aku member reaksi tidak mahu. Ian membulatkan mata ke arahku. Dalam kami saling membalas isyarat, Puan Serena masuk ke dapur. ian menarik nafas lega. Penyelamatnya sudah datang. Dia menjelirkan lidah kepada Arleena. spontan saja tingkahnya. Tersentak Arleena.
            Bingkas ian bangun ke arah mamanya. Dipeluknya bahu mamanya.
“ Mama tolong carikan abang biskut or what everlah..not nasi lemak,” pinta Ian kepada mamanya. Dato Kamarudin tersengih melihat aksi anaknya. Walaupun umur dah meningkat, sikapnya masih keanakan. Macamanalah kalau anaknya sudah berumah tangga nanti. Ian mengambil tempat di sebelah papanya. Baru sahaja pak ciknya meninggalkan kerusi itu.
            “ Tak nak jamah nasi lemak?” tanya si papa kepada anak bujangnya. Ian hanya menggeleng kepala.
“ Kamu tak makan nasi lemak ker? Rugi la.” Nenek bersuara. Semua mata memandangnya. Ada yang tersengih. Malunya.
“ Dia dari kecil tak boleh makan berat waktu pagi. Nanti perut dia meragam. nak pula sambal macam ni.” Mama menjawab bagi pihaknya.
“ kamu Arleena tak makan nasi lemak juga ker?” tanya nenek kepada Arleena apabila melihat Arleena belum makan lagi. Tersentak Arleena. tidak disangka dia pula yang ditanya. Macam la dia ada kaitan dengan bosnya.
“ Makan nenek. Sekejap lagi. Tunggu diaorang ni habis dulu.
“ Ooo...ingatkan kamu pun sama tak makan pedas.” Alahai nenek ni. Aku memandang ke arah Mr. Ian. dia membuat isyarat kepadaku. alahai nak air lain lagi ker. Dari isyarat mulutnya Ian meminta air milo. Banyak betul pantang larang bosnya ini. Kopi dan teh tidak diminumnya. Susah nak bawak masuk majlis ni.
Arleena bangun. Dia bergerak ke arah almari yang menempatkan barang-barang untuk membancuh air. Susu di dalam peti ais diambilnya. Melihat tingkah Arleena, Puan Serena sudah tahu. Mesti dipinta oleh anaknya. Setahunya Arleena minum sahaja apa yang dihidangkan. Nampaknya Arleena begitu mengikut arahan si bosnya. dah macam isteri melayan suami pula. ian mengadap hidangan dengan tertib. Merah juga telinganya apabila digiat apabila Arleena meletakakn air milo di hadapannya tadi. Dia muka selamba sahaja. Janji perutnya kenyang.
“ Nanti pukul sebelas semua bersiap. Nanti kita muatkan sahaja ke dalam kereta siapa-siapa. Tak perlu bawak banyak kereta.” Datuk memaklumkan agenda pagi nanti. Riuh rendah bunyi suara. Masing-masing mengatur kereta siapa yang hendak digunakan. Arleena dan Qaira hanya melayan nasi lemak di hadapannya. Baru sekarang mereka dapat menjamah hidangan.
“ Sedapnya nasi lemak ni.” Ujarku kepada Qaira.
“ sedap kan? Nenek memang pandai masak.”


            “ Ko tak keluar dengan Nina ker?” Ryzal bertanya kepada Harith apabila Harith mengajaknya ke gym. Harith nenggeleng kepala. “ Nina balik rumah parent dia. Arleena pun tak ada kan?” tanya Harith balik. Sebab itulah dia mengajak kawannya itu ke gym. Terasa badanya telah naik. Tidak sempat hendak bersenam.
            Tersenyap Ryzal dengan pertanyaan Harith. Berubah mukanya. Nasiblah mereka bercakap di talian. Kalau tak pastinya Ryzal akan perasan perubahannya.
 “ Ok..nanti aku jumpa ko kat gym.” Ujar Ryzal sebelum menamatkan perbualan mereka.
Ke mana pula Arleena?arleena tidak memaklumkan apa-apa semasa mereka berjumpa semalam. Dia mendail nombot Arleena. tidak berjawab. Dia mendail lagi. Masih lagi sama. Panggilannya masih tidak bersambut. Dia menghantar mesej kepada Arleena.

“ Akak tak bersolek ker?” soal Qaira. Baginya walaupun Arleena tidak mengenakan make up, wajahnya tetap cantik. Amat cantik. Geram melihat wajah Arleena. dahla wajah Arleena tidak dicemari sebarang kesan jerawat.
“ Meh qaira make up akak.”
“ Betul ker boleh make up?” sebelum ini dia hanya mengenakan make up ketika menghadiri majlis-majlis sahaja. Dia lebih suka mengenakan lip glos dan foundation sahaja. Ada orang menawarkan diri, nak juga dia melayan.
Arleena menadah mukanya kepada Qaira. Melihat cara Qaira menyolek dirinya sendiri tadi dia percayakan kepada Qaira.
 “ Jangan tebal-tebal tau.” Dia member pesan kepada Qaira.
 “ Relaksla akak. Muka akan dah cantik. Qaira Cuma tambah-tambah sikit saja.” Dalam dia disolek, handphonenya berbunyi. Dia mengarahkan Qaira agar menuruskan sahaja solekannya. Panggilan itu akan dibalas selepas ini. Kerap kali juga handfonennya berbunyi. Ada juga mesej yang kedengaran. Siapalah yang mencarinya.
Qaira menyudahkan solekannya. Dia meminta Arleena melihat cermin solek. Terpegun Arleena melihat wajahnya. begitu teliti sekali solekan Qaira.
“ Cantiknya akak.” Terasa kembang mendengar pujian Qaira. Bukan nak bangga diri tapi dia rasakan wajahnya berlainan sekali. Cun jugak aku ni. Anak sape la ni haha..
“ Siapa sebenarnya pengantin ni?” aku mengusik Qaira.
“ Tengokla siapa jurusoleknya.”
“ Eleh dah model semula jadi lawa.” Nampaknya masing-masing tak nak mengalah. Akhirnya dua-dua ketawa.
Arleena mengambil tas tangannya. Lupa untuk melihat gerangan yang menelefonnya tadi. Mereka keluar dari dalam bilik. Jam menunjukkan hampir sebelas pagi. Pukul sebelas sudah hendak bertolak. Kami keluar sambil bergelak ketawa. Sampai di ruang tamu aku tercengang. Kenapa masing-masing senyap memandang aku dan Qaira ni.
“ Antek ye acik... nak awenn..” terdengar suara dari budak kecil yang memakai kemeja blue black. Entah siapa namanya. Cute juga budak ni dengan rambut ala mohawknya. Trend rambut budak-budak sekarang. Amboi laju pula mulut budak ni. Menarik perhatian mereka yang berada di ruang tamu. Tak pasal-pasal aku menjadi tontonan mereka. Aku shy-shy catla weh...
 “ Ni siapa pengantin? Cantiknya kamu.” Mak ngah bersuara. Orang lain mengangguk. Alahai lawa sangat ke aku ni.
“ Ishh... mana ada mak ngah.. Qaira ni ha gatal nak solekkan saya.” Aku cuba cover diri.
Ian dan Abang Zainal naik ke ruang tamu. Dari tadi mereka menunggu di bawah. Apabila dirasakan lambat, mereka berdua naik ke atas semula. Ternganga Ian apabila melihat Arleena. subhanallah.. cantiknya dia. Laju hatinya berdegup. Tidak pernah dia melihat Arleena bersolek demikian. Menyerlahkan kecantikannya. Tidak jemu mata memandang.
“ Mak Ngah tahu la awek kamu cantik, tak payah nak ternganga macam tu.” Bahu Ian ditepuk oleh Mak Ngahnya. Tidak disangka perbuatannya dilihat Mak Ngahnya. Untuk menutup rasa malunya Ian hanya tersengih sahaja.
“ Ni dah kalahkan pengantin.” Abang Zainal pula bersuara. Dia amat terpesona dengan kecantikan makhluk di hadapannya. Nasiblah dia akan berkahwin sekejap lagi. Berdesing telinga Ian apabila mendengar kata-kata sepupunya itu. Amboi dah nak kahwin gatal lagi. apasal la Arleena ni cantik sangat.
Kemunculan nenek ke ruang tamu menghentikan perhatian mereka kepada Arleena. masing-masing bangun untuk bergerak ke rumah pengantin. Nasiblah barang hantaran awal-awal lagi telah disusun dalam kereta. Arleena menarik nafas lega. Segan  kerana dari tadi hanya dia yang menjadi fokusnya. Tak disangka mereka mengkagumi kecantikannya. Kalau macam ni sah-sah la aku cantik. Haha.angkut bakul sendiri nampaknya.
Arleena perasan dengan wajah tegang Ian. apa yang tak kena pula ni. Arleena mengekori Qaira ke kereta papanya.
 “ Ian pandu ye. Ikut saja kereta yang lain. Rumah pengantin tak jauh pun.” Dato Kamarudin menyerahkan kunci kereta ke tangan anak bujangnya. Aik tak kan suruh memandu muka dah ketat.
Ian masih bengang apabila Arleena menjadi perhatian mata-mata sepupunya. Ini belum lagi di tempat majlis kahwin nanti. Baginya Arleena hanya layak dipuji olehnya. Dia tidak suka orang lain melihat Arleena dengan maksud ingin memiliki.
Qaira mencuit Arleena. Dia  menjuihkan mulut ke arah Ian. Arleena hanya mengangkat bahu. Bermaksud dia tidak tahu apa-apa.  Qaira tersengih. Mesti kes cemburu. Tapi mereka hanya kawan. Tidak banyak perbualan dalam kereta. Masing-masing fokus melihat kereta saudara yang lain. Takut tertinggal. Maklumlah orang yang memandu alphard ketika ini agak terganggu emosinya.
Setengah perjalanan mereka telah sampai ke rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ketika makan di bawah khemah yang telah dikhaskan untuk rombongan pengantin lelaki, Ian mendekati Arleena. kerusi kosong sebelah Arleena ditariknya. Badannya dirapatkan ke arah Arleena.
“ Kenapa pakai macam ni?” dari tadi dia tidak dapat menahan perasaannya. Marah kerana Arleena terlalu cantik. Tajam matanya merenung Arleena. arleena berpaling setelah mendengar Ian berbisik di telinganya. Terasa semacam.
Matanya menangkap renungan tajam Mr.Ian. angin apa pula ni. Tegang sekali mukanya.
“ Kenapa pula? saya pakai biasa saja. Apa salah dengan baju saya. Bukan seksi pun.” Jawan Arleena.
“ Lain kali jangan pakai baju ni.” Baju kurung moden yang dipakai Arleena dirasakan mengikut badan. Nampak setiap lekuk badan Arleena. nasiblah badan Arleena kurus sahaja. Malas Arleena hendak melayan perangai bosnya itu. Dia menuruskan suapannya. Qaira disebelah tersengih. Dia dapat mendengar perbualan abangnya tadi. Apa la abang aku ni. Awal-awal lagi dah kongkong. Macamanala kalau dah jadi suami nanti.
           
Ryzal tidak dapat fokus kepada latihannya di gym. Kepala asyik teringatkan Arleena. arleena masih belum membalas panggilannya. Dia berharap agar Arleena tidak ditimpa musibah. Lagipun dia tidak tahu di mana Arleena berada. hendak minta Harith bertanyakan kepada Nina terasa segan. Dia hanya perlu menunggu Arleena menghubunginya.
            Sepanjang majlis, Ian tidak melepaskan Arleena walau sedetik pun. Di mana Arleena berada, pastinya dia ada disebelahnya. Kadang-kadang tangannya memegang pinggang Arleena. berapa kali Arleena menepisnya. Takut dilihat oleh saudara mara mereka. Buat malu sahaja. Tengok saja lah ketika acara bergambar bersama pengantin tadi. Acap kali tangan Ian berada di pinggangnya. arleena menepis takut hatinya tewas. Dia tidak mahu bermain dengan perasaannya. Apa tah lagi hatinya makin menyayangi Ian setelah melihat wajah Ian waktu subuh tadi. Masih terbayang wajah Ian ketika itu. Tapi sayang Ian tidak pernah meluahkan perasaan kepadanya. Hanya dia menyintai Ian dalam diam. Cinta ke suka? Dia pun confius. Yang pasti hatinya akan berirama apabila berada bersebelahan dengan Ian Rayyan.

           
            Keadaan di rumah nenek agak sibuk. Kaum lelaki sedang menyiapkan khemah. Kaum perempuan pula sibuk di dapur. esok akan diadakan majlis di pihak pengantin lelaki pula. masing-masing sibuk menjalankan tugas. Arleena menyusun bahan basah yang dibeli ketika pulang tadi ke dalam peti ais. Bahan itu akan digunakan untuk makan beradap esok.
            Arleena melangkah ke dalam bilik. Ingin melihat handphonenya. Sejak sampai semalam rasanya dia belum melihat lagi telefonnya. Asyik melayan Qaira sahaja. Ruang senggang ini barulah dia teringatkan telefonnya. Dia membuka kunci di skrin. Banyakknya mesej dan miss call. Salah satu miss call dari Ryzal. Alamak aku lupa nak bagitahu Ryzal. Dia menghubungi Ryzal.
            Sekejap sahaja panggilannya dijawab Ryzal. “ Awak kat mana?” belum apa-apa Ryzal dah menyoalnya.
“ Assalamualaikum..” sengaja ingin mengenakan Ryzal. “ Saya ikut bos balik kampung dia. Ada majlis kahwin.” Terangku.
“ kenapa pula awak perlu ikut. Awak ada hubungan dengan diakah?” rasa tidak enak di hati Ryzal. Kenapa Arleena perlu mengikut bosnya. mereka mempunyai apa-apa hubungan kah?
“ Dia tak pernah pulang ke kampung. Dia  minta saya temankan. Sekurangnya dia ada kawan hendak berborak.” Terangku lagi. Bunyi nada suara Ryzal agak lain. Macam marah saja. Ingat aku ni kekasihnya ker nak marah-marah aku.
“ Tak ada orang lain ker nak temankan dia?”
“ Yang awak nak marah ni kenapa?” mendengar suara Arleena sedikit tinggi menyedarkan Ryzal atas keterlanjurannya. Mana mungkin dia menyekat pergerakan Arleena. apatah lagi mereka hanya berkawan.
 “ Bila awak balik?” Ryzal cuba mengubah topik. Tidak mahu timbul pertelingkahan.
“ Malam esok. Ok la awak, saya ada kerja ni. Nak tolong diaorang masak.” Arleena menamatkan perbualannya. Hangin juga dengan sikap Ryzal. Belum apa-apa dah mengongkongnya.
            Perbualannya dengan Ryzal tadi mengusik hatinya. Ryzal terlalu melindunginya. Persis sang suami melindungi isterinya. Dia akui sikap gentleman Ryzal. Sentiasa mendahulukan dia dalam segala hal. Malah ketika keluar bersama pun Ryzal tidak pernah lagi menyakitkan hatinya. Tidak seperti sebentar tadi. Ryzal mula menunjukkan rasa tidak puashatinya. Adakah Ryzal menganggap dia mempunyai hubungan dengan bosnya. Atau Ryzal rasa tergugat. Dia akui perasaan Ryzal terhadapnya. Malah dia sahaja yang belum terbuka untuk menerima Ryzal dengan sepenuhnya. Sukanya sekarang hanyalah sebagai kawan. Arleena merebahkan badannya di atas katil. Berehat sebentar sambil membalas mesej dari Nina. mereka saling membalas mesej.

           
Ryzal merenung handphonenya. Terasa keadaannya sedikit tergugat. Kenapa Arleena boleh mengikut bosnya sedangkan sebelum ini jenuh dia mengajak Arleena berjumpa mamanya, tapi ditolak Arleena. Ryzal perlu melakukan sesuatu. Dia tidak mahu Arleena terlepas dari tangannya. Dia bertekad untuk memiliki Arleena secepat mungkin. Selagi belum mempunyai ikatan yang sah, dia berasa tidak selamat. Dia tidak mahu gadis pujaannya terlepas ke tangan orang lain.
           
            Niat hanya berbalas mesej dengan Nina, tapi akhirnya dia yang tertidur. Deringan di handphonenya mengejutkan dia. Dia mencapai telefon. Butang hijau ditekan. Nama Ian tertera di telefonnya.
“Awak kat mana?” dari tadi puas Ian mencari Arleena tapi bayangnya tidak kelihatan. Melilau dia mencari. Hanya adiknya sahaja yang menyibuk di bawah khemah.
“ Dalam bilik.” Arleena menjawab ringkas. Suara serak-serak Arleena menunjukkan dia baru bangun tidur.
 “ Amboi tidur ke? Orang tengah sibuk kat bawah ni. Cepat turun bawah.” Arah Ian kepada Arleena. arleena melihat jam di tangannya. Agak lama juga dia tidur. Setelah mengemaskan bajunya, dia memakai tudung. Hanya tudung Alya Sarah sahaja. Sarung sahaja. Cukup senang. Antara jenama yang disukainya.
            Arleena mengatur langkah ke arah khemah. Kelihatan Qaira dan bosnya di bawah khemah. Dia menyarung seliparnya. Menuju ke arah mereka di bawah khemah.
“ Baru bangun princess?” tegur Ian setelah melihatnya. Tersengih-sengih yang berada di situ. Hampeh betulla. Bau kuah laksa penang menyucuk hidungnya. Qaira sedang khusyuk makan. Amboi tak pusing kiri kanan. Aku mengambil kerusi kosong sebelah Ian. “ Makan laksa?” tanya Ian.
Aku mengangguk. Sedikit mamai. Ian bangun dan mengambil laksa untukku. Air sirap juga disua kepadaku. bagus punya layanan. Aku mengucapkan terima kasih.
“ Bos tak makan?” aku tanya hanya untuk berbasi-basi.
“ Tunggu awak suapkan.” Tersedak aku mendengar kata-kata Ian. dahla tika itu aku menghirup kuah laksa. Perit tekak. Laju tangan mencapai gelas air sirap. Ian menggosok belakangku. Mata mula berair. Aduh pedihnya.
“ Asal gelabah sangat?” Ian menyoal sambil ketawa. Baru tegur sikit. Kalau ajak kahwin macamana la keadaan gadisnya ini.
Tanpa disedari ada mata-mata yang memerhati tingkah mereka.
“ Betul ker mereka tidak mempunyai hubungan?” tanya Mak Ngah kepada Puan Serena.
“ Ikut kata mereka, kawan pejabat.” Kali pertama Puan Serena melihat Arleena hatinya telah berkenan. Ingin dibuat menantu. Sepanjang berada di sini dilihat Arleena begitu pandai membawa diri. Malah Arleena juga pandai masak. Cukup sempurna untuk menjadi calon isteri. Ralit dia memerhatikan tingkah anak bujangnya dan Arleena. nampak serasi dan sepadan. Nampak Ian Rayyan menguasai dan Arleena hanya mengikutnya. Ada tolak ansur antara mereka.
“ Kakak berkenanla dengan Arleena tu. Sayang along tu baru habis sekolah. Kalau ada anak jantan besar, kakak dah masuk minang si Arleena tu.” Kata Mak Ngah.
            “ Lepas makan kita ronda kampung.” Bagitahu Ian.
“ Aik.. dah serasi dengan kampung ker?” qaira  ketawa kuat mendengar kataku. Merah muka Ian. pipi aku dicubitnya.
“ Apa ni main cubit-cubit. Jatuhla saham macam ni.” Marah aku pada Ian. suka sangat dia menyentuh aku. Kalau aku minta dia bertanggungjawab ke atas aku baru tahu.
“ Akak lepas ni kita pergi kat tali air. Best tau.” Tokok Qaira.
            Rumah nenek terletak ditengah sawah. Cukup tenang sekali. Sekeliling padi sedang menghijau. Saujana mata memandang. Terapi minda ni. Melihat sawah padi terbentang luas membuatkan minda tenang. Dari datang semalam dia telah perasan tapi belum kesempatan untuk menghayati pemandangannya.
            Usai makan, mereka bergerak ke tali air. Hanya berjalan kaki saja. Riuh rendah masing-masing mengusik. Apatah lagi dalam kumpulan itu hanya dia dan Qaira sahaja perempuan. Empat orang lagi lelaki. sudah pasti merekalah menjadi bahan usikan. Arleena senang melihat ingkah Ian. nampaknya dia boleh bergaul dengan sepupunya. Malah kadang-kadang dia yang paling kuat mengusik. Kasihan Qaira sering menjadi mangsanya.
            Berbagai aksi dibuatnya. Ian menjadi mangsa untuk mengambil gambarnya. Masing-masing menunjukkan aksi untuk bergambar. Merakam kenangan terindah di sini. selepas ini belum tentu dia akan datang lagi. Cukup sayang hendak meninggalkan tempat ini. Dalam sibuk mereka bergambar, Ian mengangkat badannya. Dengan aksi hendak melemparnya ke dalam tali air. Disebabkan rasa terkejut dengan aksi Ian, Arleena memeluk leher Ian. mendekatkan badannya dengan Ian. qaira merakamkan gambarnya. Terkejut beruk dengan aksi Ian. tidak disangka Ian akan mengangkatnya. Teruk dia disakat. Merah padam mukanya. Hidung kembang kempis menahan geram. Baru dia tahu Ian ni nakal juga orangnya.
Puas bergambar, mereka duduk di tali air. Kaki terjuntai ke bawah. Aksi seperti remaja belasan tahun saja. Cukup santai. Siapa sangka di situ adanya pemilik hotel terkemuka, engineer dan juga arkitek. Hanya dia sahaja pekerja biasa.
“ Kalau makan kuaci best juga ni. Macam zaman kecil-kecil dulu.” Sepupu Ian bersuara. Aku lupa namanya.
“ Saya tak pernah rasa suasana begini.” Tutur Ian. terasa rugi. Hatinya tersentuh melihat kehijauan sawah padi di depannya. Hidupnya sebelum ini di bandar besar. Di kelilingi tembok batu. Kadang-kadang musim salji dia akan meluncur dengan sepupu-sepupunya.
 “ Itulah abang. Konon suka sangat duduk di luar negara. Adik pertama kali datang sini dah suka. Sebab tu adik nak duduk kat Malaysia.” Qaira cuba mengenakan abangnya. Bukan dia tidak tahu sebelum ini bukan main liat abangnya hendak pulang ke Malaysia. macam-macam alasan . panasla.
“ Bukan tak tahu Qaira. Tak tahan panasla. Tak makan pedasla. Lupa asal usul. Mat saleeh la sangat.” Tokok Arleena lagi. Teringat dia dengan sikap Ian semasa awal-awal dia bekerja di Hotel Grenz. Satu hotel tahu big bosnya tidak tahan panas.
Geram Ian dengan Arleena. dia mengepit kepala Arleena dan dilukunya kepala Arleena perlahan. “ Apa ni bos main kepala.” Arleena geram dengan sikap bosnya. Hampir senja barulah mereka bergerak pulang.


Rumah nenek riuh rendah sekali. Hari ini majlis di sebelah pengantin lelaki pula. Dari awal pagi lagi Arleena telah bangun. Dia ingin membantu Puan Serena menyediakan hidangan makan beradap. Seperti semalam, tugasnya membuat pencuci mulut. Turut dibantu oleh qaira. Ralit dia memerhati Puan Serena menghias masakan.Hiasannya sama cantik dengan hidangan di hotel.
            Setelah menyiapkan kerjanya, Arleena bergegas ke bilik air. Ingin bersiap. Kalau lambat nanti rumah nenek akan dipenuhi oleh jiran-jiran yang datang menolong. Segan pula dia nanti. Apa tah lagi bilik air berada di bahagian dapur.
            Arleena menilik pakaiannya dalam cermin. Hari ini dia juga mengenakan kurung moden berwarna kelabu. Tudung juga dari warna senada. Kalau ditegur Ian tidak tahulah dia hendak pakai apa. Hanya baju itu sahaja yang ada. Dia tidak membawa baju yang banyak. Malam nanti mereka akan berangkat pulang. Esok masing-masing bekerja.
            Keluar dari bilik Arleena bertembung dengan Qaira. “ Cantikla baju akak.” Qaira kagum dengan Arleena. walaupun dia bertudung tapi penampilannya sentiasa menarik. Apa yang dipakai begitu secocok dengan tubuhnya. “ Akak tak nak Qaira make upkan ker?” tanya Qaira. “ Tak nakla.. banyak kerja nanti muka berminyak-minyak. Buruk pula nanti.” Hari ini tentulah banyak kerja yang akan dilakukan. Kalau pakai make up buat rimas saja nanti.
            Arleena mencari Ian. selepas sarapan tadi dia tidak nampak kelibat Ian. mungkin berada di bawah bersama dengan kaum lelaki yang lain. Arleena menjenguk melalui tingkap. Melihat suasana di laman. Nampaknya tetamu telah hadir. Kelihatan tetamu telah berada di khemah. Arleena mengalih pandangan ke arah kiri. Arah khemah kaum lelaki yang ditempatkan untuk memasak. Pandangannya bertaut dengan Ian. Oo...dia ada di sana. ian melontarkan senyuman kepadanya. Arleena membalas. Arleena bersyukur kerana Ian Rayyan telah bermesra dengan sepupunya. Nampaknya dia tidak kekok lagi.
            Cantiknya dia. Dia suka melihat penampilan Arleena. tudung berbelit-belit tapi menarik. Hari ini Arleena tidak mengenakan make up. Itu yang melegakan hatinya. Dia tidak mahu Arleena menjadi perhatian lelaki lain. Tetamu semakin ramai. Sekejap lagi pengantin akan sampai. Ian berkalih dari tempat memasak. Mengatur langkah ke arah rumah neneknya. Matanya melilau mencari Arleena. Cepat benar Arleena hilang.
             
            Banyak mata memerhati Arleena. walaupun dia tidak mengenakan make up tapi dia tetap juga menjadi perhatian. Geram Ian dengan Arleena. semalam sudah ditegur akan tidak memakai baju seperti itu lagi. Baju potongan badan menampakkan susuk tubuh Arleena. Dari tadi Arleena begitu sibuk mengambil gambar pengantin. dia menarik Arleena agar jauh sedikit dari pelamin.
“ Kenapa pakai baju macam ni lagi?” tegur Ian.
“ Apa masalah awak ni. Bukan saya pakai seksi pun.” Arleena geram dengan bosnya. takkan la bajunya pun hendak ditegur. Dah ini saja bajunya yang ada. Ian merenung tajam ke arah Arleena.
“ Tak payah nak tayang body depan orang. Duduk saja diam-diam.” Arah Ian.
“ Apa kena dengan bos ni.” Aku menunjukkan muka bengangnya. Tidak fham dengan angin kus-kus bosnya.
            Arleena bengang dengan Ian. segala geraknya dikawal dan diperhati oleh Ian. pantang dia melayan tetamu lelaki mula Ian akan menghampirinya. Dia ni anggap aku ni kekasih dia ke? Kalau ia asal tak pernah lafazkan. Nak cakapla nak. Tak macho langsung la. Tak kan aku yang nak kena mula dulu. Kalau dia tak suka, sah-sah kat dahi aku ni cop GEDIK!. Ini pun dibawa aku sebab nak hilangkan bosan dia.
            Ian Rayyan perasan perubahan muka Arleena. tak kisahla Arleena hendak marah dengannya. Janji tiada lelaki lain yang melihat Arleena. sakit hatinya melihat mata-mata lelaki yang tidak berkalih memandang Arleena. walau berbaju kurung menutupi tubuhnya, baginya Arleena kelihatan seksi.
            Sepanjang majlis Arleena mengelak dari bertembung dengan Mr. Ian. dia sengaja menyibukkan diri di dapur. malas nak bertelagah dengan Mr. Ian. mata Mr. Ian tajam memerhatinya. Bukan tak pernah dia pakai baju sebegini di hotel. Tak pernah pun ditegurnya. Padahal soal baju saja pun. “Aleen kenapa tak pergi ke depan. Diaorang semua sedang bergambar.” tegur Puan Serena yang baru masuk ke dapur. “ Tak pe aunty. Aleen tolong kat dapur ni aje.”
            “ Akak...jom kita bergambar..” laung Qaira dari pintu yang menghala ke dapur. “ Jomla kakak. Semua orang tunggu akak tu.” Asal la pula orang tunggu aku. aku bukannya sedara diaorang pun. Aku meninggalkan kerja-kerja di dapur. malas mendengar suara jeritan Qaira.
            Semua saudara mara Abang Zainal siap di depan pelamin. Aku menyelitkan badan di sebelah Qaira. Mata tidak sempat memerhati di mana Mr. Ian berada. Pelbagai aksi kami gayakan.


            Ryzal tidak senang duduk. Kepala asyik memikirkan perihal Arleena. adakah meraka mempunyai hubungan. Kalau tak kenapa Arleena boleh mengikut bosnya pulang ke kampung. Rasa tergugat. Aku tak boleh biarkan Arleena rapat dengan bosnya. Tidak mahu gadis yang ditunggu selama ini terlepas ke tangan orang lain. Aku mesti berusaha lagi.
            Ryzal tidak sabar menunggu kepulangan Arleena. misi menawan hati milik Arleena Sofea perlu dilakukan segera. Dia tidak boleh hanya menanti sahaja. Perlu berusaha agar hati Arleena Sofea terpaut padanya.

4 comments:

  1. Thanks baby mio coz follow SSA....

    ReplyDelete
  2. the best!! nak baca lagi~ please sambung ye kak zila.. hehe

    ReplyDelete
  3. Bab 11 smlm ada msukkan dlm fb..xsmpt msuk blog..intnet prblem...

    ReplyDelete