Bilik yang diduduki oleh Qaira dan Arleena diketuk
dari keluar. Puan Serena mengejutkan mereka untuk solat subuh. Dinding kayu
agak bergema juga bunyinya. Lena sekali dia tidur malam tadi. Letak sahaja
kepala di bantal, dia pun hanyut. Terlalu letih barangkali.
Arleena mencapai
tuala yang diletakkan di rak penyidai. Menutup kepalanya. Dia keluar untuk
mengambil wuduk malas pula untuk mengenakan tudung. Dia dan Qaira keluar dari
bilik. Melintasi ruang tidur Mr. Ian. Matanya mencari kelibat Ian. Sepintas
lalu dia melihatnya. kasihannya. Ian
kelihatan meringkuk kesejukan. Mesti dia tidak tahan dengan sejuk malam. Rumah
kampung. Malam terlalu sejuk. Tempat tidur di sebelah menyebelah Ian telah
kosong. Agaknya mereka telah bangun. Tinggal bosnya dan beberapa anak kecil
sahaja. Aduhai liat juga dia ni bangun pagi.
Dia dan Qaira mengambil wuduk bersama. di
dapur nenek sedang menjerang air. Awalnya nenek masuk dapur. usai solat subuh
Arleena keluar semula dari bilik. Qaira menyambung semula tidurnya. Kaki diatur
ke dapur. ingin membasahkan tekaknya dengan air mineral. Kelihatan beberapa
orang lelaki dan Puan Serena berada di dapur. si lelaki sedang menunggu giliran
menggunakan bilik air. Mendengar bunyi derap kaki, Puan Serena berpaling.
“ Belum solat
lagi?” tanyanya kepada Arleena.
“ Dah...nak minum air saja.” Arleena mengambil
cawan lalu menuang air mineral yang berada di atas meja.
“ Boleh tolong
kejutkan Ian? yang lain semua dah bangun tu” arah Puan Serena sambil menjuihkan
mulut ke arah anak buahnya yang berdiri di tepi bilik air. Biar betul dia nak
suurh aku kejutkan bos. Puna Serena memandang Arleena. tiada jawapan daripada
Arleena.
“ Aunty nak
kopek bilis ni. Nenek nak masak nasi lemak pagi ni.” Faham dengan maksud Puan
Serena, Arleena menganggukkan kepala.
Dia menghayun
langkah ke arah ruang tamu. Menuju ke tempat tidur Ian. nampaknya keadaan tidur
Ian masih sama. Macamana aku nak kejutkan dia ni? Arleena menggaru pelipis
keningnya. Dimana mahu disentuhnya. Dia tidak pernah lagi menyentuh bosnya
sebelum ini. Arleena menguatkan semangatnya. Bahu Ian ditepuk perlahan. Nasib
berlapik. Dua tiga kali dia menepuk Ian tetap tidak bergerak. Amboi lenanya.
Arleena menguatkan lagi suara dan tepukannya di bahu Mr. Ian.
Dari jarak dekat
sebegitu membuatkan Arleena tidak keruan. Menguatkan lagi perasaannya terhadap
bosnya itu. Milik siapakah hatinya ini! Matanya tidak berkalih dari menatap
wajah bosnya. Sungguh mulus. Tidurnya lena persis anak kecil. Deru nafas juga
teratur. Dalam mata terpejam begitu, Arleena merasakan bosnya seksi sekali.
Dengan seulas bibir merah tanda tidak merokok. Cukup sempurna ciptaan tuhan. Di
ralit memerhati.
Ian menggeliat
apabila terasa badannya disentuh. Dia membuka perlahan matanya. Terperanjat
rasa hatinya melihat wajah Arleena begitu hampir dengannya. Adakah Arleena yang
menepuknya tadi.
“ Mama bos suruh
saya kejutkan bos. Orang lain semua dah bangun.” Arleena cuba mengawal rasa
gugupnya. Itulah perhati lagi anak orang lama-lama. Nasib tidak diflying kick akibat terperanjat. Dia juga
terkejut melihat reaksi spontan Ian tadi. Apabila melihat Ian duduk, Arleena
bangun lalu menuju ke biliknya semula. Agaknya bos tahu ker aku tilik mukanya
tadi. Apa la ko ni Arleena. buat malu saja. Ian masih lagi duduk. Melihat
Arleena meninggalkannya. Terbayang wajah Arleena tadi. Wajah suci waktu pagi.
Sungguh ayu sekali. Hatinya semakin bergetar melihat Arleena tadi.
Arleena
membancuh air teh dan kopi. Qaira sedang menghidangkan nasi lemak di atas meja
makan. Harum sekali bau nasi lemak. Mengiurkan. Nenek dan datuk dan beberapa
orang lagi mak cik sedang duduk memenuhi meja makan. Nampaknya yang lain
terpaksa dihidangkan di bawah. Biasalah orang ramaikan. Masing-masing telah
memasak tadi. Tugas menghidang dilakukan oleh anak dara pula. hanya dia dan
Qaira sahaja anak dara di sini. yang lain masih lagi kecil. Selepas siap
membancuh air, dia membantu Qaira menghidang di bawah pula. sepupu Qaira yang
lelaki telah duduk mengadap menunggu hidangan. Terasa segan pula apabila
diperhatikan begitu. Mana pula bosnya ini masih tidak keliahatan.
“ Abang dah
bangun belum? Tak masuk dapur ni.” Qaira bertanya kepadaku. aku hanya
mengangkat bahu. Tidak tahu di mana dia berada ketika ini. Takkan masih tidur
lagi.
“ Kita tunggu
diaorang habis makan dulu la ya.” Saranku kepada Qaira. Segan pula hendak duduk
bersama mereka. Dahla semua lelaki.
Belum
sempat Qaira menjawab, kelihatan Ian masuk ke dapur. kacaknya. Walaupun Ian
hanya mengenakan kain pelikat dan baju melayu sahaja. Pandai pula mamat saleh
ni pakai kain pelikat. Kelihatan hujung rambutnya masih basah. Ian mengambil
tempat di sebelahku. Alahai dia ni. Kenapa tak duduk sebelah adiknya sahaja.
“ Awak nak makan
sekarang ker?” soalku. Setahu aku Mr. Ian tidak makan awal pagi. Malah rasanya
dia tidak mengambil makanan berat pada waktu pagi. Boleh ker dia ni makan nasi
lemak.
“ Abang nak
makan apa?” Qaira bertanya kepada abangnya. Malah soalanku tidak dijawabnya
lagi.
Ian
serba salah. Matanya hanya melihat nasi lemak yang terhidang. Apa yang hendak
dimakannya. Kalau mintak lain agak-agak kena kutuk tak. Dahla malam tadi jenuh
dia diusik oleh sepupunya. Matanya memerhati ke arah meja. Mencari kelibat
mamanya. Tiada pula. kalau tak boleh juga dia mengendeng dengan mamanya. Takkan
nak minta Qaira sediakan scrabble egg untuknya.
Kecoh nanti minah ni. Sekadar untuk mengalas perut. Bukan berlagak tapi
perutnya akan sakit apabila makan hidangan berat pada waktu pagi.
“ Mama mana?”
soal Ian kepada adiknya. Qaira memandang ke arah meja. Mamanya tidak kelihatan.
Hanya papanya sahaja yang ada.
“
Kenapa?” tanya Qaira kembali.
“ Buatkan abang scrabble egg.” Suruh Ian kepada adiknya. Dah tak ada orang lain nak
minta tolong. Takkan nak susahkan Arleena. Ian merendahkan suaranya takut
didengari orang lain.
Dato
Kamarudin hanya memerhati tingkah anaknya. Melihat rekasi Ian memandang nasi
lemak sudah tahu apa dalam fikiran anak bujangnya. Bukannya dia tidak tahu
perangai Ian. alahai anak bujangnya itu. Apa yang dipinta dari si adik. Nak
tergelak apabila melihat si abang membuat muka simpati kepada si adik. Dahla si
adik hati kering.
Arleena
hanya menjadi pemerhati.
“ Ala..abang
ni.. Ni kampungla.. makan aja lah nasi lemak ni. Kat sini mana ada baked bean
or sosejla..” malas pula rasanya melayan karenah abangnya. Sedangkan dia dengan
Arleena masih belum menjamah hidangan. Tunggu turn. Mata masih mengantuk lagi ni. Dia tahu hari ini tenaga banyak
hendak digunakan.
Ian
masih merengek kepada adiknya. Kelakar pula rasanya melihat bosnya bersikap
begitu. Boleh tahan juga bosnya itu. Ian melihat kepada Arleena.
“ Kalau nak
gelak, gelak sajalah. Jangan nak buat hidung kembang macam tu.” Selamba badak
Ian menegur aku.
Dua tiga orang
sepupunya memandangku. Mereka tergelak kecil. Hempah malukan aku saja.
“ Awak tolong
carikan biskut atau roti untuk saya.” Tidak
jalan dengan adiknya, aku pula menjadi mangsa.
Aku member
reaksi tidak mahu. Ian membulatkan mata ke arahku. Dalam kami saling membalas
isyarat, Puan Serena masuk ke dapur. ian menarik nafas lega. Penyelamatnya
sudah datang. Dia menjelirkan lidah kepada Arleena. spontan saja tingkahnya.
Tersentak Arleena.
Bingkas
ian bangun ke arah mamanya. Dipeluknya bahu mamanya.
“ Mama tolong
carikan abang biskut or what everlah..not nasi lemak,” pinta Ian kepada
mamanya. Dato Kamarudin tersengih melihat aksi anaknya. Walaupun umur dah
meningkat, sikapnya masih keanakan. Macamanalah kalau anaknya sudah berumah
tangga nanti. Ian mengambil tempat di sebelah papanya. Baru sahaja pak ciknya
meninggalkan kerusi itu.
“
Tak nak jamah nasi lemak?” tanya si papa kepada anak bujangnya. Ian hanya
menggeleng kepala.
“ Kamu tak makan
nasi lemak ker? Rugi la.” Nenek bersuara. Semua mata memandangnya. Ada yang
tersengih. Malunya.
“ Dia dari kecil
tak boleh makan berat waktu pagi. Nanti perut dia meragam. nak pula sambal
macam ni.” Mama menjawab bagi pihaknya.
“ kamu Arleena
tak makan nasi lemak juga ker?” tanya nenek kepada Arleena apabila melihat
Arleena belum makan lagi. Tersentak Arleena. tidak disangka dia pula yang
ditanya. Macam la dia ada kaitan dengan bosnya.
“ Makan nenek.
Sekejap lagi. Tunggu diaorang ni habis dulu.
“ Ooo...ingatkan
kamu pun sama tak makan pedas.” Alahai nenek ni. Aku memandang ke arah Mr. Ian.
dia membuat isyarat kepadaku. alahai nak air lain lagi ker. Dari isyarat
mulutnya Ian meminta air milo. Banyak betul pantang larang bosnya ini. Kopi dan
teh tidak diminumnya. Susah nak bawak masuk majlis ni.
Arleena bangun.
Dia bergerak ke arah almari yang menempatkan barang-barang untuk membancuh air.
Susu di dalam peti ais diambilnya. Melihat tingkah Arleena, Puan Serena sudah
tahu. Mesti dipinta oleh anaknya. Setahunya Arleena minum sahaja apa yang
dihidangkan. Nampaknya Arleena begitu mengikut arahan si bosnya. dah macam
isteri melayan suami pula. ian mengadap hidangan dengan tertib. Merah juga
telinganya apabila digiat apabila Arleena meletakakn air milo di hadapannya
tadi. Dia muka selamba sahaja. Janji perutnya kenyang.
“ Nanti pukul
sebelas semua bersiap. Nanti kita muatkan sahaja ke dalam kereta siapa-siapa.
Tak perlu bawak banyak kereta.” Datuk memaklumkan agenda pagi nanti. Riuh
rendah bunyi suara. Masing-masing mengatur kereta siapa yang hendak digunakan.
Arleena dan Qaira hanya melayan nasi lemak di hadapannya. Baru sekarang mereka
dapat menjamah hidangan.
“ Sedapnya nasi
lemak ni.” Ujarku kepada Qaira.
“ sedap kan? Nenek memang pandai
masak.”
“
Ko tak keluar dengan Nina ker?” Ryzal bertanya kepada Harith apabila Harith
mengajaknya ke gym. Harith nenggeleng kepala. “ Nina balik rumah parent dia. Arleena pun tak ada kan?”
tanya Harith balik. Sebab itulah dia mengajak kawannya itu ke gym. Terasa
badanya telah naik. Tidak sempat hendak bersenam.
Tersenyap
Ryzal dengan pertanyaan Harith. Berubah mukanya. Nasiblah mereka bercakap di
talian. Kalau tak pastinya Ryzal akan perasan perubahannya.
“ Ok..nanti aku jumpa ko kat gym.” Ujar Ryzal
sebelum menamatkan perbualan mereka.
Ke mana pula Arleena?arleena
tidak memaklumkan apa-apa semasa mereka berjumpa semalam. Dia mendail nombot
Arleena. tidak berjawab. Dia mendail lagi. Masih lagi sama. Panggilannya masih
tidak bersambut. Dia menghantar mesej kepada Arleena.
“ Akak tak
bersolek ker?” soal Qaira. Baginya walaupun Arleena tidak mengenakan make up,
wajahnya tetap cantik. Amat cantik. Geram melihat wajah Arleena. dahla wajah
Arleena tidak dicemari sebarang kesan jerawat.
“ Meh qaira make
up akak.”
“ Betul ker
boleh make up?” sebelum ini dia hanya mengenakan make up ketika menghadiri
majlis-majlis sahaja. Dia lebih suka mengenakan lip glos dan foundation sahaja.
Ada orang menawarkan diri, nak juga dia melayan.
Arleena menadah
mukanya kepada Qaira. Melihat cara Qaira menyolek dirinya sendiri tadi dia
percayakan kepada Qaira.
“ Jangan tebal-tebal tau.” Dia member pesan
kepada Qaira.
“ Relaksla akak. Muka akan dah cantik. Qaira
Cuma tambah-tambah sikit saja.” Dalam dia disolek, handphonenya berbunyi. Dia mengarahkan Qaira agar menuruskan sahaja
solekannya. Panggilan itu akan dibalas selepas ini. Kerap kali juga
handfonennya berbunyi. Ada juga mesej yang kedengaran. Siapalah yang
mencarinya.
Qaira
menyudahkan solekannya. Dia meminta Arleena melihat cermin solek. Terpegun
Arleena melihat wajahnya. begitu teliti sekali solekan Qaira.
“ Cantiknya
akak.” Terasa kembang mendengar pujian Qaira. Bukan nak bangga diri tapi dia
rasakan wajahnya berlainan sekali. Cun jugak aku ni. Anak sape la ni haha..
“ Siapa
sebenarnya pengantin ni?” aku mengusik Qaira.
“ Tengokla siapa
jurusoleknya.”
“ Eleh dah model
semula jadi lawa.” Nampaknya masing-masing tak nak mengalah. Akhirnya dua-dua
ketawa.
Arleena
mengambil tas tangannya. Lupa untuk melihat gerangan yang menelefonnya tadi.
Mereka keluar dari dalam bilik. Jam menunjukkan hampir sebelas pagi. Pukul
sebelas sudah hendak bertolak. Kami keluar sambil bergelak ketawa. Sampai di
ruang tamu aku tercengang. Kenapa masing-masing senyap memandang aku dan Qaira
ni.
“ Antek ye
acik... nak awenn..” terdengar suara dari budak kecil yang memakai kemeja blue
black. Entah siapa namanya. Cute juga budak ni dengan rambut ala mohawknya. Trend rambut budak-budak
sekarang. Amboi laju pula mulut budak ni. Menarik perhatian mereka yang berada
di ruang tamu. Tak pasal-pasal aku menjadi tontonan mereka. Aku shy-shy catla weh...
“ Ni siapa pengantin? Cantiknya kamu.” Mak
ngah bersuara. Orang lain mengangguk. Alahai lawa sangat ke aku ni.
“ Ishh... mana
ada mak ngah.. Qaira ni ha gatal nak solekkan saya.” Aku cuba cover diri.
Ian dan Abang
Zainal naik ke ruang tamu. Dari tadi mereka menunggu di bawah. Apabila
dirasakan lambat, mereka berdua naik ke atas semula. Ternganga Ian apabila
melihat Arleena. subhanallah.. cantiknya dia. Laju hatinya berdegup. Tidak
pernah dia melihat Arleena bersolek demikian. Menyerlahkan kecantikannya. Tidak
jemu mata memandang.
“ Mak Ngah tahu
la awek kamu cantik, tak payah nak ternganga macam tu.” Bahu Ian ditepuk oleh
Mak Ngahnya. Tidak disangka perbuatannya dilihat Mak Ngahnya. Untuk menutup
rasa malunya Ian hanya tersengih sahaja.
“ Ni dah
kalahkan pengantin.” Abang Zainal pula bersuara. Dia amat terpesona dengan
kecantikan makhluk di hadapannya. Nasiblah dia akan berkahwin sekejap lagi.
Berdesing telinga Ian apabila mendengar kata-kata sepupunya itu. Amboi dah nak
kahwin gatal lagi. apasal la Arleena ni cantik sangat.
Kemunculan nenek
ke ruang tamu menghentikan perhatian mereka kepada Arleena. masing-masing
bangun untuk bergerak ke rumah pengantin. Nasiblah barang hantaran awal-awal
lagi telah disusun dalam kereta. Arleena menarik nafas lega. Segan kerana dari tadi hanya dia yang menjadi
fokusnya. Tak disangka mereka mengkagumi kecantikannya. Kalau macam ni sah-sah
la aku cantik. Haha.angkut bakul sendiri nampaknya.
Arleena perasan
dengan wajah tegang Ian. apa yang tak kena pula ni. Arleena mengekori Qaira ke
kereta papanya.
“ Ian pandu ye. Ikut saja kereta yang lain.
Rumah pengantin tak jauh pun.” Dato Kamarudin menyerahkan kunci kereta ke
tangan anak bujangnya. Aik tak kan suruh memandu muka dah ketat.
Ian masih
bengang apabila Arleena menjadi perhatian mata-mata sepupunya. Ini belum lagi
di tempat majlis kahwin nanti. Baginya Arleena hanya layak dipuji olehnya. Dia
tidak suka orang lain melihat Arleena dengan maksud ingin memiliki.
Qaira mencuit
Arleena. Dia menjuihkan mulut ke arah
Ian. Arleena hanya mengangkat bahu. Bermaksud dia tidak tahu apa-apa. Qaira tersengih. Mesti kes cemburu. Tapi
mereka hanya kawan. Tidak banyak perbualan dalam kereta. Masing-masing fokus
melihat kereta saudara yang lain. Takut tertinggal. Maklumlah orang yang
memandu alphard ketika ini agak terganggu emosinya.
Setengah
perjalanan mereka telah sampai ke rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah
semuanya berjalan lancar. Ketika makan di bawah khemah yang telah dikhaskan
untuk rombongan pengantin lelaki, Ian mendekati Arleena. kerusi kosong sebelah
Arleena ditariknya. Badannya dirapatkan ke arah Arleena.
“ Kenapa pakai
macam ni?” dari tadi dia tidak dapat menahan perasaannya. Marah kerana Arleena
terlalu cantik. Tajam matanya merenung Arleena. arleena berpaling setelah
mendengar Ian berbisik di telinganya. Terasa semacam.
Matanya
menangkap renungan tajam Mr.Ian. angin apa pula ni. Tegang sekali mukanya.
“ Kenapa pula?
saya pakai biasa saja. Apa salah dengan baju saya. Bukan seksi pun.” Jawan
Arleena.
“ Lain kali
jangan pakai baju ni.” Baju kurung moden yang dipakai Arleena dirasakan
mengikut badan. Nampak setiap lekuk badan Arleena. nasiblah badan Arleena kurus
sahaja. Malas Arleena hendak melayan perangai bosnya itu. Dia menuruskan
suapannya. Qaira disebelah tersengih. Dia dapat mendengar perbualan abangnya
tadi. Apa la abang aku ni. Awal-awal lagi dah kongkong. Macamanala kalau dah
jadi suami nanti.
Ryzal tidak
dapat fokus kepada latihannya di gym. Kepala asyik teringatkan Arleena. arleena
masih belum membalas panggilannya. Dia berharap agar Arleena tidak ditimpa
musibah. Lagipun dia tidak tahu di mana Arleena berada. hendak minta Harith
bertanyakan kepada Nina terasa segan. Dia hanya perlu menunggu Arleena
menghubunginya.
Sepanjang
majlis, Ian tidak melepaskan Arleena walau sedetik pun. Di mana Arleena berada,
pastinya dia ada disebelahnya. Kadang-kadang tangannya memegang pinggang
Arleena. berapa kali Arleena menepisnya. Takut dilihat oleh saudara mara
mereka. Buat malu sahaja. Tengok saja lah ketika acara bergambar bersama
pengantin tadi. Acap kali tangan Ian berada di pinggangnya. arleena menepis
takut hatinya tewas. Dia tidak mahu bermain dengan perasaannya. Apa tah lagi
hatinya makin menyayangi Ian setelah melihat wajah Ian waktu subuh tadi. Masih
terbayang wajah Ian ketika itu. Tapi sayang Ian tidak pernah meluahkan perasaan
kepadanya. Hanya dia menyintai Ian dalam diam. Cinta ke suka? Dia pun confius. Yang pasti hatinya akan
berirama apabila berada bersebelahan dengan Ian Rayyan.
Keadaan
di rumah nenek agak sibuk. Kaum lelaki sedang menyiapkan khemah. Kaum perempuan
pula sibuk di dapur. esok akan diadakan majlis di pihak pengantin lelaki pula.
masing-masing sibuk menjalankan tugas. Arleena menyusun bahan basah yang dibeli
ketika pulang tadi ke dalam peti ais. Bahan itu akan digunakan untuk makan
beradap esok.
Arleena
melangkah ke dalam bilik. Ingin melihat handphonenya.
Sejak sampai semalam rasanya dia belum melihat lagi telefonnya. Asyik melayan
Qaira sahaja. Ruang senggang ini barulah dia teringatkan telefonnya. Dia
membuka kunci di skrin. Banyakknya mesej dan
miss call. Salah satu miss call dari Ryzal. Alamak aku lupa nak bagitahu
Ryzal. Dia menghubungi Ryzal.
Sekejap
sahaja panggilannya dijawab Ryzal. “ Awak kat mana?” belum apa-apa Ryzal dah
menyoalnya.
“
Assalamualaikum..” sengaja ingin mengenakan Ryzal. “ Saya ikut bos balik
kampung dia. Ada majlis kahwin.” Terangku.
“ kenapa pula
awak perlu ikut. Awak ada hubungan dengan diakah?” rasa tidak enak di hati Ryzal.
Kenapa Arleena perlu mengikut bosnya. mereka mempunyai apa-apa hubungan kah?
“ Dia tak pernah
pulang ke kampung. Dia minta saya
temankan. Sekurangnya dia ada kawan hendak berborak.” Terangku lagi. Bunyi nada
suara Ryzal agak lain. Macam marah saja. Ingat aku ni kekasihnya ker nak
marah-marah aku.
“ Tak ada orang
lain ker nak temankan dia?”
“ Yang awak nak
marah ni kenapa?” mendengar suara Arleena sedikit tinggi menyedarkan Ryzal atas
keterlanjurannya. Mana mungkin dia menyekat pergerakan Arleena. apatah lagi
mereka hanya berkawan.
“ Bila awak balik?” Ryzal cuba mengubah topik.
Tidak mahu timbul pertelingkahan.
“ Malam esok. Ok
la awak, saya ada kerja ni. Nak tolong diaorang masak.” Arleena menamatkan
perbualannya. Hangin juga dengan sikap Ryzal. Belum apa-apa dah mengongkongnya.
Perbualannya
dengan Ryzal tadi mengusik hatinya. Ryzal terlalu melindunginya. Persis sang
suami melindungi isterinya. Dia akui sikap gentleman Ryzal. Sentiasa
mendahulukan dia dalam segala hal. Malah ketika keluar bersama pun Ryzal tidak
pernah lagi menyakitkan hatinya. Tidak seperti sebentar tadi. Ryzal mula
menunjukkan rasa tidak puashatinya. Adakah Ryzal menganggap dia mempunyai
hubungan dengan bosnya. Atau Ryzal rasa tergugat. Dia akui perasaan Ryzal
terhadapnya. Malah dia sahaja yang belum terbuka untuk menerima Ryzal dengan
sepenuhnya. Sukanya sekarang hanyalah sebagai kawan. Arleena merebahkan
badannya di atas katil. Berehat sebentar sambil membalas mesej dari Nina.
mereka saling membalas mesej.
Ryzal merenung handphonenya. Terasa keadaannya sedikit
tergugat. Kenapa Arleena boleh mengikut bosnya sedangkan sebelum ini jenuh dia
mengajak Arleena berjumpa mamanya, tapi ditolak Arleena. Ryzal perlu melakukan
sesuatu. Dia tidak mahu Arleena terlepas dari tangannya. Dia bertekad untuk
memiliki Arleena secepat mungkin. Selagi belum mempunyai ikatan yang sah, dia
berasa tidak selamat. Dia tidak mahu gadis pujaannya terlepas ke tangan orang
lain.
Niat
hanya berbalas mesej dengan Nina, tapi akhirnya dia yang tertidur. Deringan di handphonenya mengejutkan dia. Dia
mencapai telefon. Butang hijau ditekan. Nama Ian tertera di telefonnya.
“Awak kat mana?”
dari tadi puas Ian mencari Arleena tapi bayangnya tidak kelihatan. Melilau dia
mencari. Hanya adiknya sahaja yang menyibuk di bawah khemah.
“ Dalam bilik.”
Arleena menjawab ringkas. Suara serak-serak Arleena menunjukkan dia baru bangun
tidur.
“ Amboi tidur ke? Orang tengah sibuk kat bawah
ni. Cepat turun bawah.” Arah Ian kepada Arleena. arleena melihat jam di
tangannya. Agak lama juga dia tidur. Setelah mengemaskan bajunya, dia memakai
tudung. Hanya tudung Alya Sarah sahaja. Sarung sahaja. Cukup senang. Antara
jenama yang disukainya.
Arleena
mengatur langkah ke arah khemah. Kelihatan Qaira dan bosnya di bawah khemah.
Dia menyarung seliparnya. Menuju ke arah mereka di bawah khemah.
“ Baru bangun
princess?” tegur Ian setelah melihatnya. Tersengih-sengih yang berada di situ.
Hampeh betulla. Bau kuah laksa penang menyucuk hidungnya. Qaira sedang khusyuk
makan. Amboi tak pusing kiri kanan. Aku mengambil kerusi kosong sebelah Ian. “
Makan laksa?” tanya Ian.
Aku mengangguk.
Sedikit mamai. Ian bangun dan mengambil laksa untukku. Air sirap juga disua
kepadaku. bagus punya layanan. Aku mengucapkan terima kasih.
“ Bos tak
makan?” aku tanya hanya untuk berbasi-basi.
“ Tunggu awak
suapkan.” Tersedak aku mendengar kata-kata Ian. dahla tika itu aku menghirup
kuah laksa. Perit tekak. Laju tangan mencapai gelas air sirap. Ian menggosok
belakangku. Mata mula berair. Aduh pedihnya.
“ Asal gelabah
sangat?” Ian menyoal sambil ketawa. Baru tegur sikit. Kalau ajak kahwin
macamana la keadaan gadisnya ini.
Tanpa disedari
ada mata-mata yang memerhati tingkah mereka.
“ Betul ker
mereka tidak mempunyai hubungan?” tanya Mak Ngah kepada Puan Serena.
“ Ikut kata
mereka, kawan pejabat.” Kali pertama Puan Serena melihat Arleena hatinya telah
berkenan. Ingin dibuat menantu. Sepanjang berada di sini dilihat Arleena begitu
pandai membawa diri. Malah Arleena juga pandai masak. Cukup sempurna untuk
menjadi calon isteri. Ralit dia memerhatikan tingkah anak bujangnya dan
Arleena. nampak serasi dan sepadan. Nampak Ian Rayyan menguasai dan Arleena
hanya mengikutnya. Ada tolak ansur antara mereka.
“ Kakak
berkenanla dengan Arleena tu. Sayang along tu baru habis sekolah. Kalau ada
anak jantan besar, kakak dah masuk minang si Arleena tu.” Kata Mak Ngah.
“
Lepas makan kita ronda kampung.” Bagitahu Ian.
“ Aik.. dah
serasi dengan kampung ker?” qaira ketawa
kuat mendengar kataku. Merah muka Ian. pipi aku dicubitnya.
“ Apa ni main
cubit-cubit. Jatuhla saham macam ni.” Marah aku pada Ian. suka sangat dia
menyentuh aku. Kalau aku minta dia bertanggungjawab ke atas aku baru tahu.
“ Akak lepas ni
kita pergi kat tali air. Best tau.” Tokok Qaira.
Rumah
nenek terletak ditengah sawah. Cukup tenang sekali. Sekeliling padi sedang
menghijau. Saujana mata memandang. Terapi minda ni. Melihat sawah padi
terbentang luas membuatkan minda tenang. Dari datang semalam dia telah perasan
tapi belum kesempatan untuk menghayati pemandangannya.
Usai
makan, mereka bergerak ke tali air. Hanya berjalan kaki saja. Riuh rendah
masing-masing mengusik. Apatah lagi dalam kumpulan itu hanya dia dan Qaira
sahaja perempuan. Empat orang lagi lelaki. sudah pasti merekalah menjadi bahan
usikan. Arleena senang melihat ingkah Ian. nampaknya dia boleh bergaul dengan
sepupunya. Malah kadang-kadang dia yang paling kuat mengusik. Kasihan Qaira
sering menjadi mangsanya.
Berbagai
aksi dibuatnya. Ian menjadi mangsa untuk mengambil gambarnya. Masing-masing
menunjukkan aksi untuk bergambar. Merakam kenangan terindah di sini. selepas
ini belum tentu dia akan datang lagi. Cukup sayang hendak meninggalkan tempat
ini. Dalam sibuk mereka bergambar, Ian mengangkat badannya. Dengan aksi hendak
melemparnya ke dalam tali air. Disebabkan rasa terkejut dengan aksi Ian,
Arleena memeluk leher Ian. mendekatkan badannya dengan Ian. qaira merakamkan
gambarnya. Terkejut beruk dengan aksi Ian. tidak disangka Ian akan
mengangkatnya. Teruk dia disakat. Merah padam mukanya. Hidung kembang kempis
menahan geram. Baru dia tahu Ian ni nakal juga orangnya.
Puas bergambar,
mereka duduk di tali air. Kaki terjuntai ke bawah. Aksi seperti remaja belasan
tahun saja. Cukup santai. Siapa sangka di situ adanya pemilik hotel terkemuka,
engineer dan juga arkitek. Hanya dia sahaja pekerja biasa.
“ Kalau makan
kuaci best juga ni. Macam zaman kecil-kecil dulu.” Sepupu Ian bersuara. Aku
lupa namanya.
“ Saya tak
pernah rasa suasana begini.” Tutur Ian. terasa rugi. Hatinya tersentuh melihat
kehijauan sawah padi di depannya. Hidupnya sebelum ini di bandar besar. Di
kelilingi tembok batu. Kadang-kadang musim salji dia akan meluncur dengan
sepupu-sepupunya.
“ Itulah abang. Konon suka sangat duduk di
luar negara. Adik pertama kali datang sini dah suka. Sebab tu adik nak duduk
kat Malaysia.” Qaira cuba mengenakan abangnya. Bukan dia tidak tahu sebelum ini
bukan main liat abangnya hendak pulang ke Malaysia. macam-macam alasan .
panasla.
“ Bukan tak tahu
Qaira. Tak tahan panasla. Tak makan pedasla. Lupa asal usul. Mat saleeh la
sangat.” Tokok Arleena lagi. Teringat dia dengan sikap Ian semasa awal-awal dia
bekerja di Hotel Grenz. Satu hotel tahu big bosnya tidak tahan panas.
Geram Ian dengan
Arleena. dia mengepit kepala Arleena dan dilukunya kepala Arleena perlahan. “ Apa
ni bos main kepala.” Arleena geram dengan sikap bosnya. Hampir senja barulah
mereka bergerak pulang.
Rumah nenek riuh
rendah sekali. Hari ini majlis di sebelah pengantin lelaki pula. Dari awal pagi
lagi Arleena telah bangun. Dia ingin membantu Puan Serena menyediakan hidangan
makan beradap. Seperti semalam, tugasnya membuat pencuci mulut. Turut dibantu
oleh qaira. Ralit dia memerhati Puan Serena menghias masakan.Hiasannya sama
cantik dengan hidangan di hotel.
Setelah
menyiapkan kerjanya, Arleena bergegas ke bilik air. Ingin bersiap. Kalau lambat
nanti rumah nenek akan dipenuhi oleh jiran-jiran yang datang menolong. Segan
pula dia nanti. Apa tah lagi bilik air berada di bahagian dapur.
Arleena menilik pakaiannya dalam
cermin. Hari ini dia juga mengenakan kurung moden berwarna kelabu. Tudung juga
dari warna senada. Kalau ditegur Ian tidak tahulah dia hendak pakai apa. Hanya
baju itu sahaja yang ada. Dia tidak membawa baju yang banyak. Malam nanti
mereka akan berangkat pulang. Esok masing-masing bekerja.
Keluar dari bilik Arleena bertembung
dengan Qaira. “ Cantikla baju akak.” Qaira kagum dengan Arleena. walaupun dia
bertudung tapi penampilannya sentiasa menarik. Apa yang dipakai begitu secocok
dengan tubuhnya. “ Akak tak nak Qaira make upkan ker?” tanya Qaira. “ Tak
nakla.. banyak kerja nanti muka berminyak-minyak. Buruk pula nanti.” Hari ini
tentulah banyak kerja yang akan dilakukan. Kalau pakai make up buat rimas saja
nanti.
Arleena mencari Ian. selepas sarapan
tadi dia tidak nampak kelibat Ian. mungkin berada di bawah bersama dengan kaum
lelaki yang lain. Arleena menjenguk melalui tingkap. Melihat suasana di laman.
Nampaknya tetamu telah hadir. Kelihatan tetamu telah berada di khemah. Arleena
mengalih pandangan ke arah kiri. Arah khemah kaum lelaki yang ditempatkan untuk
memasak. Pandangannya bertaut dengan Ian. Oo...dia ada di sana. ian melontarkan
senyuman kepadanya. Arleena membalas. Arleena bersyukur kerana Ian Rayyan telah
bermesra dengan sepupunya. Nampaknya dia tidak kekok lagi.
Cantiknya dia. Dia suka melihat
penampilan Arleena. tudung berbelit-belit tapi menarik. Hari ini Arleena tidak
mengenakan make up. Itu yang melegakan hatinya. Dia tidak mahu Arleena menjadi
perhatian lelaki lain. Tetamu semakin ramai. Sekejap lagi pengantin akan sampai.
Ian berkalih dari tempat memasak. Mengatur langkah ke arah rumah neneknya.
Matanya melilau mencari Arleena. Cepat benar Arleena hilang.
Banyak mata memerhati Arleena.
walaupun dia tidak mengenakan make up tapi dia tetap juga menjadi perhatian.
Geram Ian dengan Arleena. semalam sudah ditegur akan tidak memakai baju seperti
itu lagi. Baju potongan badan menampakkan susuk tubuh Arleena. Dari tadi
Arleena begitu sibuk mengambil gambar pengantin. dia menarik Arleena agar jauh
sedikit dari pelamin.
“ Kenapa pakai baju macam ni lagi?” tegur Ian.
“ Apa masalah awak ni. Bukan saya pakai seksi pun.”
Arleena geram dengan bosnya. takkan la bajunya pun hendak ditegur. Dah ini saja
bajunya yang ada. Ian merenung tajam ke arah Arleena.
“ Tak payah nak tayang body depan orang. Duduk saja
diam-diam.” Arah Ian.
“ Apa kena dengan bos ni.” Aku menunjukkan muka
bengangnya. Tidak fham dengan angin kus-kus bosnya.
Arleena bengang dengan Ian. segala
geraknya dikawal dan diperhati oleh Ian. pantang dia melayan tetamu lelaki mula
Ian akan menghampirinya. Dia ni anggap aku ni kekasih dia ke? Kalau ia asal tak
pernah lafazkan. Nak cakapla nak. Tak macho langsung la. Tak kan aku yang nak
kena mula dulu. Kalau dia tak suka, sah-sah kat dahi aku ni cop GEDIK!. Ini pun
dibawa aku sebab nak hilangkan bosan dia.
Ian Rayyan perasan perubahan muka
Arleena. tak kisahla Arleena hendak marah dengannya. Janji tiada lelaki lain
yang melihat Arleena. sakit hatinya melihat mata-mata lelaki yang tidak
berkalih memandang Arleena. walau berbaju kurung menutupi tubuhnya, baginya
Arleena kelihatan seksi.
Sepanjang majlis Arleena mengelak
dari bertembung dengan Mr. Ian. dia sengaja menyibukkan diri di dapur. malas
nak bertelagah dengan Mr. Ian. mata Mr. Ian tajam memerhatinya. Bukan tak
pernah dia pakai baju sebegini di hotel. Tak pernah pun ditegurnya. Padahal
soal baju saja pun. “Aleen kenapa tak pergi ke depan. Diaorang semua sedang
bergambar.” tegur Puan Serena yang baru masuk ke dapur. “ Tak pe aunty. Aleen
tolong kat dapur ni aje.”
“ Akak...jom kita bergambar..” laung
Qaira dari pintu yang menghala ke dapur. “ Jomla kakak. Semua orang tunggu akak
tu.” Asal la pula orang tunggu aku. aku bukannya sedara diaorang pun. Aku
meninggalkan kerja-kerja di dapur. malas mendengar suara jeritan Qaira.
Semua saudara mara Abang Zainal siap
di depan pelamin. Aku menyelitkan badan di sebelah Qaira. Mata tidak sempat
memerhati di mana Mr. Ian berada. Pelbagai aksi kami gayakan.
Ryzal tidak senang duduk. Kepala
asyik memikirkan perihal Arleena. adakah meraka mempunyai hubungan. Kalau tak
kenapa Arleena boleh mengikut bosnya pulang ke kampung. Rasa tergugat. Aku tak
boleh biarkan Arleena rapat dengan bosnya. Tidak mahu gadis yang ditunggu
selama ini terlepas ke tangan orang lain. Aku mesti berusaha lagi.
Ryzal
tidak sabar menunggu kepulangan Arleena. misi menawan hati milik Arleena Sofea
perlu dilakukan segera. Dia tidak boleh hanya menanti sahaja. Perlu berusaha
agar hati Arleena Sofea terpaut padanya.
Best.
ReplyDeleteThanks baby mio coz follow SSA....
ReplyDeletethe best!! nak baca lagi~ please sambung ye kak zila.. hehe
ReplyDeleteBab 11 smlm ada msukkan dlm fb..xsmpt msuk blog..intnet prblem...
ReplyDelete